Tuesday, August 20, 2013

Kerana Terlupa (Epilog)



Aku mencelikkan mata. Aku bangun dengan perasaan yang aneh. Aku hairan melihat suasana di sekelilingku. Kiri kanan jalan hanya hutan. Mataku merayap ke tempat duduk pemandu. Ikmal? Takkan mamat perasan hensem ni nak culik aku…huhuhu…

“Eh! Kita nak ke mana ni?” Tanyaku cemas. 

“Lupa lagi la tu...” Rungut Ikmal dengan senyuman di bibir.

“Kita nak ke mana?” Tanyaku.

“Kita nak ke rumah Mak Teh, kan majlis kahwin Malek sayang oi.. kan Malek, abang sulong Murni kan kahwin.” jawabnya. Malek? Murni? kahwin? Aku melihat keadaan diriku. Ya ALLAH… aku terlupa… aku menarik sengih memandang Ikmal di sebelah. 

Sorry terlupa..” ucapku dengan rasa bersalah. Ikmal tergelak dan tergeleng. 

“Jangan awak cakap.. yang awak lupa kita dah kahwin dah la..” ujar suami.

“Hah! Bila kita kahwin?” Tanyaku. 

“Ya ALLAH.. awak lupa kita dah kahwin ke?” Wajah suamiku merah. Aku tersengih. Saja nak menyakat dia tadi. 

“Gurau aje bang...macam mana nak lupa..ni perut dah besar macam ni nak lupa apa..” Ujarku. Suamiku tergelak di sebelah. Rengekan di tempat duduk belakang membuatkan aku dan Ikmal sama-sama menoleh. Kami tersenyum memandang Ajmal di tempat duduk belakang. Ikmal kembali memandang ke depan. 

“Alololo.. Amal… tak mungkin umi akan lupakan anak bujang umi yang hensem ni..” ucapku pada anak bujangku itu. Ajmal macam tahu-tahu aje, terus aje diam dan menyambung lena. Aku dan Ikmal tertawa. Ajmal dan adiknya nanti akan mengikuti kisah aku dan abang. Lahir pada tahun yang sama. Mula-mula dapat berita tu… sampai merajuk-rajuk aku dengan Ikmal. Aku cakap nak merancang, dia tak nak. Nak juga bagi Ajmal adik. Sekali periksa… doctor cakap aku mengandung kembar pulak tu. Aduh… puas jugalah diri ini menjadi mangsa usikan family kami. Mereka siap perli lagi… kami nak kalahkan abi dan umi. Abi dan umi dapat dua setahun. Tapi… aku dan Ikmal dapat tiga sekali. Yang tak boleh tahan..si abang tu. Dia siap perli… aku dan Ikmal produktiviti tinggi. Melampau sungguh abang aku tu, ingat aku dan Ikmal ni kilang ke? Walaupun dah jadi suami orang dan tak lama lagi akan jadi ayah orang… abang tetap suka menyakat. Tapi, masih juga menjadi abang terbaik aku. 

“Kalau kita masih dengan sikap kita dulu… pasti kita tak sebahagia ini kan?” ucap suamiku tiba-tiba. Aku mengangguk setuju dengan kata-katanya. 

Aku ingat lagi ketika kepala Ikmal terhantuk di batu dan hanyut di bawa arus dulu. Saat itu aku rasa menyesal membiarkan dia menyelam mencari cincin perahwinan yang jatuh dari jariku. Masa aku beria-ia menangis bila dia tidak sedarkan diri. Aku merayu-rayu menyuruhnya bangun. Sepanjang perjalanan ke hospital aku meraung menangis.

Ikmal hanya sedar semula pada tengah malam. Sebaik dia sedar aku terus memeluknya erat. Bibirku tidak jemu-jemu mengucap syukur. 

“Sukalah abang buat Mira macam ni..” esakku. 

“Sayang… abang tak apa-apa… janganlah nangis macam ni. Tak elok untuk sayang dan baby” Pujuk suamiku. Ikmal membantuku mengesat air mataku. Melihat wajahnya yang bersungguh memohon kemaafan aku terus menyebamkan wajah ke dadanya. Sungguh! Aku betul-betul tidak sanggup kehilangannya. Masa dia tidak sedar aku berjanji akan memaafkan dia bila dia bangun. 

“Abang sayang Mira. Sayang sangat-sangat.” Ucapnya. Aku hanya tersenyum di dadanya. 

“Sayang ni.. suka termenung. Ingatkan apa tu?” tegur suamiku di sebelah. Aku menahan senyumku. Lucu menggamit hatiku bila teringatkan kisah-kisah kami dulu. Pahit manis yang kami lalui mematangkan perhubungan kami. 

“Hmm…ingatkan kisah dulu-dulu. Kerana terlupa.” Balasku. Suamiku tergelak kecil di sebelah. 

Semuanya ketentuan ALLAH.. Ya! Kerana terlupa, aku bertemu dengan suamiku. Kerana terlupa aku mendapat kerja itu.. Kerana terlupa aku nyaris kehilangan nyawa.. kerana terlupa.  

Tapi… ada benda yang tidak mungkin aku lupa, cintaku pada yang Maha Pencipta dan Rasul-rasul-Nya. Kasihku pada abi, umi, adik beradik dan anak-anak saudaraku. Sayangku pada suami dan anak-anak kami.. InsyaALLAH hingga ke hujung nyawa tidak akan aku lupakan. 

“Bang… sebenarnya..tadi kan…” Aku serba salah untuk berterus terang.

“Ha..tadi apa sayang?” Tanyanya.

“Mula-mula bangun dari tidur tadi..Mira betul-betul lupa kita dah kahwin. Mira fikir..kenapa mamat perasan hensem ni nak culik Mira?” Jelasku berterus terang. 

“Sayang……” Ikmal terjerit geram. Aku pamer wajah tidak bersalah. Tidak lama kemudian, terdengar tawa Ikmal. Aku tahu… mana dia nak marah lama dengan aku. Hihihi.. begitulah al-kisah tentang aku.
-Tamat-

 Note : Salam... terima kasih pada yg sudi m'ikuti citer ni smpai habis. walaupun de ms citer ni lmbt kuar. Sy mohon maaf kalo xdpt puaskn hati smua org. Terima kasih juga pd P2U, (hehehe... de ke diaorg bc?) Pd pembc yg sudi bc, komen & bg pendapat tentang penulisan lc yg agak cincai. lc happy dpt share citer2 lc. kat kwn2 yg sudi mmbaca. Citer baru pulak... mungkn 'Suami Tangkap Muat' dlm versi novel akn menyusul. Pd yg kenal Kiah & Kuzu, citer ni akan menceritakan kmbali saat2 jatuh bangun mrk sbg suami isteri.

Tp lc xbrani janji... bila nk kuar. lc msh de komitmen lain yg perlu lc utamakn. Mgkn lc ltk kat p2u spt biasa, sbb lc xperlu pantau selalu sbb lc mmg jrg dpt buka blog. Lgpun.. lc bermula dr situ. Sekian.... semoga baik2 je.

7 comments:

  1. Terima kasih LC tuk KERANA TERLUPA
    Akan sentiasa mengikuti penulisan u...♥

    ReplyDelete
  2. Dah lama tetinggai BAca citer ni
    Anyways thanks to writer sbb citer ni mg best

    ReplyDelete
  3. salam..nak tanya..kenapa saya cari novel ni tak de ya? mcm mana nk baca full?

    ReplyDelete