Wednesday, August 14, 2013

Kerana Terlupa (Bab 85)


“Hah..sekarang dah tak gaduh-gaduh lagi?” Aku dan Ikmal sama-sama tersipu mendengar soalan dari mulut papa. Yang lain tersengih saja. Aku meletak kembali sudu ke dalam mangkuk bubur. Sebelum makan tadi, Ikmal merengek mahu aku menyuapnya makan bubur yang dibawa mama dari rumah. Kalau tak sihat macam ni… mulalah dia mengada-ngada.

“Minta-minta tak ya Im.. cukup-cukuplah tu… kesihan cucu abi kat dalam tu.. penat dia travel sana sini.” Usik pulak abi.

Wajahku rasa hangat aje. Abi… cukup-cukup je lah usik alang… huhuhu… alang malu sangat dah ni.. hatiku menjerit. Umi mengusap belakangku dengan senyuman. Mama pulak mengengam erat tangan Ikmal. Semalam kakak anak beranak dan abang Nazri anak beranak sempat menjenguk. Tapi… mereka terpaksa balik semula kerana urusan pejabat.

“Tak apa abi… lepas ni.. kalau Mira hilang… Mal tau mana nak cari dia.” ujar Ikmal, sambil merenungku dalam senyuman. Aku turut membalas senyumannya. Mak Teh dan Murni pun ada menjenguk di sini semalam. Gembira betul aku dengan pertemuan kami.

“Mana Nina?” Tanyaku dari tadi tidak nampak kelibatnya. Waktu sampai tadi je dia muncul sekejab. Itupun tidak sampai 10 minit, selepas menerima panggilan telefon dari seseorang dia meminta diri untuk menyahut di luar.

“Apa lagi… bergayut dengan cik abang dialah tu… Fatiha demam, tu lah dia risau sangat.” Jelas mama. Aku terangguk-angguk dan teringatkan sesuatu.

“Oh… Nina dah bagitau family ye tentang.. aa..apa nama cik abang dia tu?”

“Fauzi.” Sampuk papa.

“Ha a.. Fauzi. Nina dah bagitau rupa-rupanya.”

“Hmm.. kami dah berkenalan. Fauzi pun… Nampak baik orangnya. Hormat orang tua. Fatiha pun cute sangat. Kesihan mama tengok cucu mama tu. Dia kehilangan kasih seorang ibu sejak lahir lagi.” Ujar mama. Suaranya seperti menahan sendu. Aku sendiri pun.. simpati dengan abang Fauzi dan Fatiha.  

“Bila nak langsung mereka tu?” Tanya umi.

“Hmm… cadangnya hujung tahun ni.” Beritahu mama.

“Jangan je Mira dah bersalin time tu.” Ujarku. Sedih je terpaksa duduk di dalam bilik aje bila Majlis tu nanti betul-betul time aku berpantang.

“Eh.. ya tak ya jugak.. bila due?” Tanya papa.

“Hujung tahun ni. Ikut tarikh.. 29 Disember.” Jawab pula Ikmal. Dia memang rajin mengingati tarikh tu. Aku ni..selalu lupa. Apa yang aku ingat, hujung tahun ni aje.

“Tapi.. abi rasa tahun depan cucu abi ni keluar.” Celah abi. Aku dan Ikmal hanya tersenyum. Awal tahun depan ke.. hujung tahun ni ke.. kami tidak kisah. Janji selamat.

“Tapi..kalau bersalin time majlis sanding Nina pun..okey juga kan.. macam Mira juga…  lahir atas pelamin.hehehe..” Ucapku.

Umi sudah mula tersipu. Yang lain tergelak. Kami tidak sabar menyambut kelahiran anak sulong kami. Nama pun.. kami dah pilih. Ajmal untuk anak lelaki dan kalau perempuan.. Annissa.

“Eh.. ateh dan Faizil macam mana?” Tanya mama. Ha a.. kesihan mereka, sebab hal aku dan Ikmal. Mereka terpaksa menangguhkan perancangan mereka.  

“Mereka tu… kahwin lepas alang bersalin.” Beritahu umi.

“Eh.. biar betul umi… kan ateh masih study lagi.” Sampukku. Abi dan umi berbalas senyuman. Aku memandang Ikmal. Dia turut tersenyum.

“Faizil ikut sana. Dia dapat tawaran dari syarikat walid Yusuf korang untuk urus pelancong dari syarikat diaorang nak ke sana.” Jelas umi.

Aku terangguk-angguk faham. Wah.. nampaknya.. semuanya sudah berjumpa dengan pasangan masing-masing. Kawan-kawan aku pun dah bertemu dengan pasangan mereka. Waher dah selamat jadi suami Norliza. Mamah pula.. dia cakap dia tunggu aku ada sekali. Baru dia menerima lamaran Firdaus Lee. Lepas kami jumpa hari tu..  tarikh kahwin mereka pun dah ditetapkan pertengahan tahun depan. Cuma ada seorang lagi yang aku tunggu. Aku mahu dia bertemu dengan wanita yang layak untuknya. Aku mahu dia bahagia.

“Abang macam mana? Umi dan abi tak nak kahwinkan sekali ke?” Tanyaku. Abi dan umi tersenyum penuh makna. Mereka mengangguk.

“Itu abi dan umi dah uruskan. Sebelum alang bersalin, ‘kembar’ alang tu akan selamat jadi suami orang.” Aku tidak mengerti maksud mereka. Aku mengerutkan kening memandang wajah abi dan umi silih berganti. Masa jumpa sebelum ni, mana sempat nak tanya itu ini.

“Dengan siapa?” Tanyaku. Banyak lagi yang aku tidak tahu rupanya.

“Dia minta umi pinangkan adik abang Har kamu. Nasuha. Alang ingat lagi tak dengan Nasuha?” Tanya umi. Aku cuba mengingati adik abang Azhar sorang demi sorang. Oh.. Nasuha yang belajar di Jordan tu.

“Eh.. dia dah habis study ke? Bila abang jumpa dia?” tanyaku ingin tahu. Abang ni… bukannya dia nak cerita kat aku. Tapi… aku tidak menyalahkan dia. Aku sendiri yang mengambil keputusan terburu-buru meninggalkan keluarga kerana masalah rumah tangga aku.

Time dia temankan abang Har kamu ambil Nasuha di airport. Sekali jumpa tu aje… lepas balik tu terus minta umi dan abi pergi merisik.” Aku tertawa kecil mendengar cerita umi. Abang… abang…

“Eh.. abang tak pernah jumpa Nasuha ke sebelum ni? Time majlis kahwin Aisya dan Har dulu?” Tanya mama. Keningnya berkerut.

“Time tu Nasuha tak dapat balik. Sebab tu tak pernah jumpa, sampailah time dia temankan Har ambil kat airport.” Jelas umi. Aku dan Ikmal sama-sama menggulum senyuman mendengar cerita umi. Cinta pandang pertamalah tu. Mungkin suamiku turut fikir benda yang sama.

“Suha macam mana? Dia memang suka kat abang ke?” Tanyaku. Bimbang juga aku, abang hanya bertepuk sebelah tangan.

“Itu alang jangan bimbang. Abang dah bincang dengan Nasuha dari hati ke hati. Dia okey je. Lagipun.. dia memang nak orang tua dia carikan suami untuk dia.” jelas umi. Aku menarik nafas lega.

Bibirku menerap senyuman bila terbayangkan abang dan Nasuha. Tidak sangka, abang dan kakak akan jadi biras.

*****

“Bang… Mira nak tanya sesuatu ni… boleh tak?” soalan ini sudah lama aku pendam. Sebelum ini, aku belum berkesempatan bertanya. Kalau boleh… aku mahu melupakan, tapi..selagi aku belum tahu cerita sebenar. Selagi itu hatiku meronta ingin tahu.

“Ya… Tanya apa?” Tanya Ikmal kembali. Semalam kami sudah kembali ke rumah kami. Jauh di sudut hati, ketika di rumah Mak Teh ataupun di rumah rehat di kampung. Aku sebenarnya rindukan suasana di rumah sendiri.

“Macam mana dengan Masliza? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa dia boleh jadi macam tu?” tanyaku bertalu-talu.

“Amboi.. banyaknya soalan..” Ikmal tergelak di hujung bicara. Aku menampar lembut dadanya. Dia terdiam sebentar.

“Hmm… okey.. abang akan cerita. Tapi… sayang kena minum ni.” Senyumku mati melihat Ikmal meletakkan segelas air susu didepanku.

“Tak minum tak boleh?”

“Tak minum… tak ada cerita.” Ugut Ikmal. Aku meneguk air susu itu dengan malas. Apa-apa ajelah laki aku ni. Selalu je ugut aku kalau nak suruh aku minum susu.

“Hah… dah habis. Ceritalah.” Desakku sebaik meletakkan gelas kosong di depannya. Dia tersenyum senang.

“Okey… macam ni… sebenarnya.. abang dan Mas kenal sejak kecil lagi. Kami kawan. Tapi.. Mas ni salah faham. Dia ingat..abang kawan dengan dia.. abang sukakan dia.” Cerita Ikmal.

“Aih… mungkin abang bagi harapan kat dia.” sampukku. Ikmal menarik hidungku sebelum sempat aku menepis.

“Cuba jangan menyampuk.. orang nak cerita.”

“Okey.” Aku menutup mulutku. Ikmal tergelak kecil melihat kelakuanku.

“Abang tak pernah bagi harapan kat dia. Bila dia luahkan perasaan dia kat abang… abang mula tak selesa kawan dengan dia. Time tu.. kami dah kat U. Abang tak sangka dia pilih study kat U yang sama dengan abang sebab dia tak nak jauh dari abang. Abang cakap kat dia… cari lelaki lain yang lebih sesuai untuk dia, sebab abang memang tak boleh nak terima dia.” sambung suamiku. Aku terangguk-angguk. Nak menyampuk.. tadi dah kena tegur.

“Abang pun dah lupa sebenarnya dengan luahan dia. Lepas tu abang jumpa Mira. Kita kahwin, Mas datang semula. Dia cakap dia tak dapat lupakan abang. Dia buat banyak macam untuk pisahkan kitaa. Pasal Faizil. Dia cakap dia pernah terserempak dengan Mira dan Faizil berpelukan kat restoranlah… apalah.. tapi abang tak percaya. Tapi.. bila rasa marah dan rasa curiga datang berbisik. Abang termakan juga dengan kata-kata dia. Maafkan abang ya sayang.” Ucap Ikmal dengan suara kendur.

“Sayang..” Aku menjungkit kening mendengar dia memanggilku.

“Kenapa sayang diam?” Tanyanya. Aku memandang pelik.

“Kenapa sayang diam?” Ulangnya.

“Tadi kan abang suruh diam.” Balasku. Ikmal tergelak dengan gelengan.

“Apa punya bendullah bini aku ni..” ucap Ikmal. Aku mencubit lengannya. Geram.

“Sampai hati abang kutuk Mira.” Ucapku pura-pura marah. Ikmal masih tergelak.

“Sayang ni… abang gurau je lah..” pujuknya. Aku kembali tersenyum dan kembali merebahkan kepala di bahunya. Perutku di usap lembut. Ikmal memang suka berbuat begitu. Dia tidak jemu-jemu menunjukkan kasih pada anak kami yang masih di dalam kandunganku. 

“Sambunglah lagi bang.” Pintaku.

“Hmm.. Lepas problem kita selesai. Mas tak pernah senang. Bila dia tak dapat nak goda abang, dia try nak perangkap abang. Tapi… hari tu abang Arie pulak yang terjerat. Tapi.. itulah..dia masih tak putus asa. Dia jerat abang Arie untuk perangkap abang. Dia ugut nak jatuhkan maruah keluarga kita kalau abang tak kahwin dengan dia. Lagipun…kak Ayu tengah sarat. Abang terpaksa terima. Sayang tahu kan..sejak kami kahwin, abang tak pernah tidur dengan dia. Cuma abang terpaksa jemput dan hantar dia pergi kerja. Sebab tu abang selalu hilang pagi.” Dia berhenti sekejab. Aku hanya diam, member peluang pada dia menyambung ceritanya.

“Bila kita gaduh semula. Abang pergi ke apartmen kita. Bila tahu sayang pergi ke apartmen kita, abang happy sangat. Tapi… Mas rupa-rupanya lebih awal tahu. Dia ugut nak letupkan gas kat dapur kalau abang masih berbaik dengan sayang. Abang terpaksa cakap kasar dengan sayang supaya sayang keluar dari apartmen. Abang takut dia cederakan Mira. Dia macam orang gila dah masa tu. Sebenarnya..dia desak abang ceraikan sayang. Tapi.. abang tak sanggup.” Jelas Ikmal. Dia terhenti sebentar. Aku terdiam saja. Ya ALLAH… terlalu banyak peristiwa yang terjadi di luar pengetahuanku.

“Lepas sayang keluar dari apartmen kita. Dia ketuk belakang kepala abang. Dia marah sebab abang tak lafazkan cerai. Dia ikat kaki dan tangan abang dan terus bakar langsir. Abang pun dah rasa tak boleh bernafas lepas tu. Nasib baik sayang datang semula.” Ceritanya. Aku terdiam mengingati kembali situasi masa itu. Memang masa aku sampai, Ikmal dalam keadaan terikat.

“Itulah kan bang..kerana cinta manusia sanggup buat apa saja.” Ujarku. Ikmal mengangguk.

“Tapi..abang rasa bersalah sangat kat Mira. Kerana sikap kebudak-budakan abang… abang terus marah Mira time kat hospital tu. Mira penat-penat jaga abang… abang tak hargai. Malah… marah-marah kat sayang. Tak tau kenapa abang sensitive sangat time tu.” Ikmal meluahkan kekesalannya. Tangannya yang berada di gengaman tanganku ke bawa ke bibir dan ku kucup lembut. Aku tidak mahu dia diselubungi dengan rasa kesal.

“Abang sensitive kerana pembawakan baby ni kot… asyik merajuk je.” Usikku. Ikmal tergelak.

“Ya kot..” balasnya. Dia tersenyum bahagia sambil mengusap perutku lembut. Wajahnya mengambarkan kasih sayangnya.

“Apa dah jadi pada Mas sekarang?” tanyaku. Tidak ada sesiapa pun membuka cerita pasal Masliza di depanku. Mungkin takut aku akan terasa hati.

“Abang dah ceraikan dia lama dah. Dia sekarang di tahan oleh pihak polis. Abang akan pastikan dia takkan kacau kita lagi lepas ni. Ayah dia pun dah beri jaminan. Sebelum abang jatuhkan talak pun… abang dah cakap kat dia. Jangan rendahkan maruah untuk dapatkan cinta. Jangan sakiti hati wanita lain kerana kepentingan sendiri.” Ucap Ikmal panjang lebar.

“Ampunkan Mira bang… Mira dah fikir bukan-bukan kat abang.” Ucapku. Ikmal tersenyum dan memeluk bahuku lebih erat. Pipiku di kucup lembut.

“Abang dah lama maafkan Mira, sebab abang sedar… jika ada pun abang terasa hati dengan sikap Mira. Semuanya salah abang sendiri. Abang yang lukakan hati Mira.  Abang pun… nak minta maaf kat Mira. Sorry.. kerana banyak kali lukakan hati Mira.” Ucap suamiku tenang. Aku mengangguk dan menghadiahkan kucupan di pipinya. Ikmal tersenyum gembira.
 
Note: Salam... sorry.. baru pg ni b'kesempatan nk ltk bab 85 ni. smlm blk keje btul2 pnt. slmt mmbc. kalo de rs xbest.. de kslhn... tegur2 la k.

No comments:

Post a Comment