Tuesday, August 13, 2013

Kerana Terlupa (Bab 84)



“Tak jauh bang… hujung kampung ni aje.” Aku mula merengek bila Ikmal tidak melayan kehendakku untuk ke sungai di hujung kampung. Aku mahu menghilangkan kebosanan terperap di rumah sepanjang hari. Selalunya… Setiap kali balik ke kampung, kami sekeluarga selalu berkelah di sana. Suasana di satu mendamaikan dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga. 

“Tapi… abang kena siapkan dokumen ni dulu… esok abang Arie nak meeting guna semua maklumat ni.” Ikmal nampak serba salah. Tapi matanya masih tekun di depan lap top. Aku berfikir sebentar. 

“Hmm… tak apalah.. abang siapkan kerja abang. Mira ajak angah. Mira pergi ya..” Kalau Ikmal tidak dapat pergi sama, angah pun ada. Angah cucu Tok Long Jenal. Angah panggilan kami sedangkan nama sebenar dia Nurul Adzimah. Sebijik macam nama cikgu aku dulu-dulu. 

“ Sayang… abang tak kan benarkan sayang pergi berdua dengan angah.” Tegas Ikmal. Aku menarik muncung.

“Kalau tak boleh… tak apalah.” Aku sudah mula merajuk. Ikmal nampak gelisah di depan lap top. Aku selalu ke sana, tak payahlah dia risau sangat. Bukannya aku nak pergi mandi pun. Aku cuma nak berjalan saja. 

“Petang sikit boleh tak?” Ketika aku hendak masuk ke bilik Ikmal kembali bertanya. Hatiku melonjak suka. 

“Hmm…okey..” balasku pendek. 

*****
Sebaik sampai, aku terus keluar tanpa menunggu Ikmal membuka pintu kereta. Aku keluar dan berjalan ke arah jambatan kayu dan menjutaikan kaki ke bawah sambil merenung di sepanjang sungai. Deruan arus yang agak deras. Malam tadi hujan lebat. 

“Hati-hati sayang.” Laung Ikmal masih yang mengeluarkan barang-barang di dalam kereta. 

“Ya..ya..” Balasku sedikit melaung. Ikmal menjinjit barang-barang menghampiriku. Kesihan juga aku melihat dia terpaksa membawa lap top sekali ke sini untuk memenuhi kehendakku. Dia menghampar tikar di kawasan lapang tidak jauh dari jambatan. Tidak ramai orang di situ hari ni. Mungkin kerana hari ni hari bekerja, sebab tu sunyi aje. Tapi… aku suka suasana sunyi begitu. Hanya dua orang pemancing yang tekun dengan kail. 

“Sayang.. meh la duduk sini. Abang dah siap bentang tikar ni. Bahaya duduk di situ.” Laung Ikmal lagi. Dia sudah duduk bersila sambil memangku lap top. Mesti tengah sambung kerja dia. Detik hatiku. Sedikit kesal aku kerana mementingkan diri. 

“Ha a.. tunggu la jab lagi.. Mira tak puas lagi dok sini.” Jawabku masih merenung kawasan sekeliling. 

'“Hmm… hati-hati ya. Kalau ada apa-apa… panggil abang.” Pesan Ikmal kembali merenung lap top.

Aku menyambung kembali merenung pemandangan di depanku. Kalau dulu, aku suka melakar pemandangan di depan ke dalam kanvas. Entah sejak bila, minat  melukis terhakis sedikit demi sedikit. Komitmen lain membuatkan aku melupakan sedikit minat itu. 

 “Ya ALLAH..” Aku terjerit kecil bila cincin perkahwinanku jatuh ke dalam air. Sedikit kesal kerana dari tadi aku memusing-musing cincin itu di jariku. 

“Sayang…. Kenapa ni?” Terburu-buru Ikmal meletakkan lap top di sisinya. Dia berlari anak menghampiriku dengan wajah cemas. Dia meneliti aku dari atas ke bawah. Aku memandangnya dengan wajah bersalah. 

“Kenapa ni? Sayang tak apa-apa?” Tanya lagi. Masih cemas seperti tadi. Aku menggeleng. 

“Habis… kenapa sayang terjerit tadi?” Tanyanya. Aku gigit bibir, serba salah untuk memberitahu. Cincin itu, cincin perkahwinan kami. Aku bimbang Ikmal akan marah kalau aku berterus terang. Aku kesal dengan kecuaianku. 

“Sayang..baik cakap.” Desaknya. 

“Abang janji tak marahkan Mira?” Tanyaku. Walaupun masih dingin melayannya, aku sudah membahasakan dia abang seperti dulu. 

“Apa ni? Sayang ada buat salah ke?”Dahinya berkerut. 

“Hmm… Mira minta maaf bang… Tadi.. Mira pusing-pusing cincin kahwin kat jari. Mira tak sengaja.. cincin tu jatuh..” jelasku takut-takut. Ayat pun berterabur. Bimbang Ikmal akan naik angin. Tak pun… Ikmal menuduhku cuai dan tidak menghargai cincin kahwin itu. tapi, sangkaanku meleset. Ikma memeluk bahuku dan melabuhkan punggung di sebelahku. Kakinya turut berjuntai di sisi jambatan itu. 

“Sayang… sayang tak perlu minta maaf kerana hal sekecil ni. Abang tau.. sayang tak sengaja kan.. lagipun… sayang jauh lebih berharga dari cincin tu. Malah bagi abang… jauh lebih bernilai dari apa-apa harta di dunia ni.” Ucap Ikmal. Air mataku menitis perlahan bila mendengar ucapan itu. tapi segera aku kesat. Tidak mahu Ikmal perasan air mata itu. Aku terharu mendengar ucapannya itu.

“Tapi… tu cincin kahwin kita.” Aku masih kesal. Cincin itu sangat bermakna pada aku. 

“Hmmm… abang tahu… tak apa… abang try cari kat bawah tu.” ujar Ikmal. Dia pantas bangkit tanpa sempat ditegah. Dia segera berdiri di sisi sungai yang penuh dengan batu-batu pelbagai saiz itu. 

“Eh.. abang… tak perlulah..” tegahku bila Ikmal mula meletakkan kaki di dalam sungai. 

“Tak apa sayang… abang try cari.” Aku takut-takut melihat Ikmal berjalan di atas batu-batu cuba pergi ke tengah sungai. Dia terpaksa turun ke dalam air kerana jarak antara batu di bibir sungai agak jauh dari tempat cincin itu jatuh tadi. Airnya tidaklah dalam sangat, Cuma arus sungai agak deras berdekatan dengan pertengahan jambatan tempat aku duduk. Tidak jauh dari tempat jambatan tempat kami duduk ni ada dua orang pemancing yang memancing di lubok yang sedikit tenang airnya. 

“Hati-hati bang…” Pesanku bila Ikmal berjalan di dalam air sambil berpaut pada batu. Ikmal hanya mengangguk dan melemparkan senyuman. Panas di hatiku mula mengendur melihat kesungguhannya dua minggu ini memujukku. 

“Sayang… kat mana jatuh tadi?” Laungnya dari bawah. Aku mengensot sedikit. 

“Kat tengah-tengah antara batu tu.” beritahuku. Ikmal menyelam sekejab, tidak lama kemudian dia terkapar-kapar timbul. Aku memandang cemas. 

“Abang… abang tak apa-apa?” Tanyaku risau.

“Tak… jangan risau. Jab lagi..jumpalah cincin tu…” balasnya meyakinkan aku. 

“Abang… kalau susah sangat… tak payahlah cari.” Tegahku kerisauan. Ikmal menggeleng. Dia kelihatan menarik nafas panjang sebelum kembali menyelam. Kali ni agak lama berbanding tadi. Dia nampak tersemput-semput mencari nafas. Aku risau bila sesekali aku melihat badannya tidak stabil di tolak arus. 

“Bang… tak payahlah.. cepat naik ke atas ye..” Pujukku. Ikmal masih berdegil. Kali ketiga dia menyelam, hasilnya masih sama. 

“Abang akan dapatkan semula cincin tu.” Ucapnya sebelum menyelam. Agak lama dia menyelam kali ini, aku risau. Bila dia kembali timbul. Aku menarik nafas lega. 

“Sayang..abang dah dapat cincin sayang..” Dia menjerit keriangan. Aku tersenyum gembira. Tiba-tiba sebatang kayu hanyut dan merempuh belakang Ikmal. 

“Aduh..” Ikmal terjerit. Aku ikut terjerit melihat tubuh Ikmal tertolak ke tepi. Entah bagaimana Ikmal gagal mengimbangi tubuhnya. Dia tertolak ke batu besar. Kepalanya terhantuk pada batu. Aku panic bila Ikmal sedikit demi sedikit hanyut. Suaranya tidak lagi kedengaran.

“Tolong…tolong…” Aku hanya mampu menjerit. Seorang pemancing tidak jauh dari situ berlari ke arahku. Seorang dari mereka terjun ke sungai bila melihat Ikmal hanyut. 

Aku hanya mampu menangis dan bangkit perlahan-lahan ke arah mereka. Ikmal sudah di bawa ke sisi sungai. Seorang lagi pemancing itu menarik tubuh Ikmal ke atas. Aku terus memangku kepala Ikmal. Darah yang mengalir di dahinya membuatkan aku makin cemas. 

“Abang… bangunlah bang…. Tolonglah bangun… jangan tinggalkan Mira…” Raungku. Tapi Ikmal masih begitu. Air mataku semakin deras. 

“Abang… jangan buat Mira macam ni… abang… tolonglah bangun,,” Rayuku pada tubuh kaku itu. 

“Sabarlah dik...” Ucap salah seorang daripada mereka. 

“Macam mana dengan suami saya ni bang?” tangisku.

“Kita bawa ke hospital..” Saran mereka. aku terdiam. Ya ALLAH… selamatkanlah suamiku… Ya ALLAH.. aku janji aku akan memaafkan dia. selamatkanlah dia… doaku dalam hati. 

****

Ikmal di kejarkan ke bilik kecemasan. Aku menunggu di luar dengan tangisan. Ya ALLAH… selamatkanlah suamiku. Doaku tidak putus-putus. Abang Kushairi dan abang Mat pemancing yang membantu menyelamatkan suamiku turut sekali menemaniku. Sudah banyak kali aku cakap tidak perlu menunggu bersamaku, tapi… atas dasar kemanusiaan. Mereka turut sama di situ. 

“Tak apa lah dik.. kesihan adik sorang-sorang depan ni. Adik ni kan tengah sarat mengandung. Family adik jauh. Lagipun… kita ni sama-sama saudara sesama islam.” Jawab abang Mat tika aku menyuarakan agar mereka berdua tidak perlu menemaniku. Abang Kushairi pulak ke kantin membeli makanan dan minuman untuk kami. Sebaik sampai dia menghulurkan roti dan air soya pada aku. Aku tidak selera untuk makan. Abang Mat dan abang Kushairi kelihatan tenang sambil menasihatiku agar tidak perlu risau. 

Doctor hanya keluar dari bilik itu selepas dua jam. Ikmal masih belum sedar. Tapi doctor mengesahkan dia sudah stabil dan tidak ada apa yang perlu di risaukan. Bila Doktor menyerahkan cincin yang dijumpai mereka digengaman tangan Ikmal, aku kembali pilu. Dia bersusah payah untuk aku. Aku rasa bersalah sangat.

1 comment:

  1. mmg payah untuk memaafkan..
    Sukar untuk mmberi peluang kedua..
    Namu n kadang2 untuk mengcapi bahagia,hati kena ikhlas..Lupakn yg sudah berlalu sbb masa depan itu yg lagi penting..
    Best..ada tersurat dan tersirat..

    ReplyDelete