Bab 83
Ketika
duduk di pangkin sebuah kereta menghampiri laman rumah. Macam kereta papa Rul.
Aku bangkit menghampiri. Mama Wan pantas meluru ke arahku. Kami berepelukan
melepas rindu. Sekali lagi kami bertangisan. Papa Rul, abang Faizil, Farah dan
Feruz menghampiri kami.
“Farah
dan Feruz tak ke sekolah ke? Papa Rul? Abang Fazil? Tak kerja?” Tanyaku sedikit
hairan ketika bersalaman dengan mereka. Semalam nenek, ayah cu dan ibu cu
datang. Sepupuku yang lain tidak dapat datang sebab mereka ke sekolah. Hari ni
aku aku di kejutkan dengan kedatangan Mama Wan sekeluarga.
“Hmm…
kami cuti hari kak lang.” Sahut Farah.
“Jomlah
duduk sana.” Ajakku ke pangkin di bawah pokok.
“Mal
mana?” Tanya Abang Faizil.
“Ada kat
atas tu.” Balasku sambil memuncungkan mulut ke arah rumah.
“Mal buat
apa kat dalam rumah tu?” Tanya pulak papa Rul.
“Memasak
kot. Tadi… dia baru balik dari pasar.” Balasku. Abang Faizil dan papa Rul
tergelak.
“Mal
memasak?” Tanya abang Faizil. Aku mengangguk.
“Kenapa?
Tak percaya?” Tanyaku. Abang Faizil meminta diri ke untuk berjumpa dengan
Ikmal. Feruz dan Farah ikut sekali.
“Baby apa
khabar?” Tanya Papa Rul. Mama Wan pulak dah mood leleh. Aku tersenyum dalam
kepiluan.
“Baby
sihat aje papa Rul. Ni… mama ni… jumpa baby je… mesti pasang mode leleh…”
usikku. Mama Wan tergelak. Pipiku di usap lembut. Segera aku melentok di bahu
mama Wan.
“Mana tak
leleh… anak mama ni.. bawa diri berbulan-bulan. Kalau ingat baby je… mama rasa
entah apa tau tak… bila Mal cakap… dia dapat tau mana baby berada… kami nak
datang. Tapi… Mal cakap.. jangan dulu. Dia takut baby lari jauh lagi.” Cerita
mama Wan. Aku hanya angguk. Betullah apa yang Mak Teh cakap dulu. Ikmal sudah
lama berada dekat dengan aku. Cuma dia tidak memunculkan diri. Bimbang aku
pergi lagi jauh.
“Ha a…
macam mana dengan perancangan abang Faizil dan ateh?” Dua hari lalu aku lupa
nak Tanya tentang ini.
“Mereka
tangguh dulu. Kena tunggu alang.” Jawab Mama Wan. Aku rasa bersalah.
“Kalau
tak kerana alang..”
“Hisy…
jangan cakap macam tu.” Tegah papa Rul.
“Kita ni
kan… satu keluarga. Mana boleh tinggalkan salah sorang.” Ujar Mama Wan pula.
Tanganku masih erat di gengamannya. Dia memang sudah aku anggap seperti ibuku
sendiri. Kasih mereka sekeluarga pada aku tidak pernah luak.
Ikmal,
abang Faizil, Farah dan Feruz menghampiri dengan gelak tawa. Keningku
terjungkit sedikit melihat kemesraan mereka. Sebelum ini, abang Faizil anti
betul dengan Ikmal.
Ikmal
pun… memanjang asyik cemburukan abang Faizil walaupun dia tahu aku dan abang
Faizil tidak mungkin bersatu. Sekarang… dua lelaki itu boleh bergurau senda dan
bergurau mesra begitu. Aku sudah banyak tersisih dari mereka beberapa bulan
ini. Kadang-kadang… aku sendiri termagu sendiri bila ahli keluarga kami berbual
mengenai peristiwa yang berlaku sepanjang aku tiada. Aku hanya menjadi
pendengar dan pemerhati. Sudahnya… aku akan meminta diri masuk ke bilik dan
berehat.
“Sayang
dah minum susu tadi?” Tanya Ikmal sebaik berdiri di depanku. Aku angguk dengan kepala
yang berat. Tapi Ikmal mengecilkan matanya memandangku. Aku gigit bibir. Mama
Wan dan Papa Rul berkerut dahi.
“Kenapa
Mal?”Tanya Papa Rul.
“Mal
rasa… susu masih tak luak kat rumah tu.” ujarnya. Aku sengih saja.
“Saya
lupalah… saya ingat awak tanya saya dah minum susu ke semalam..” ucapku
selamba. Mama Wan menepuk pahaku. Tahu aku berbohong. Ikmal hanya tergeleng
sementara yang lain tergelak.
“Hmm…Mama
dengan papa makan kat sini sekali ye..” pelawa Ikmal. Aku memandang mama Wan
dan Papa Rul berharap. Tadi mereka sudah beria mahu balik. Farah nak balik
semula ke asrama.
“Mama..papa…”
rengekku. Akhirnya mereka mengganguk. Aku gembira. Ikmal turut tersenyum
gembira. Sebaik mereka makan tengahari mereka sekeluarga berangkat balik. Kami
berkongsi cerita ketika makan.
Selepas
mereka balik aku menelefon Murni bertanya khabar. Rindu pada dia dan Mak Teh.
“Ya.. ya…
insyaALLAH sebelum akak balik KL akak singgah ke rumah.” Aku memujuk Murni.
Merajuk dia denganku kerana baru menghubunginya sejak di jemput abi dari
rumahnya dulu. Bukan aku sengaja tidak menelefonnya. Tapi… belum ada
kesempatan.
“Akak
minta maaf ye dik.. akak bukan lupakan Murni dan Mak Teh.. tapi belum ada
kesempatan. Akak nak pujuk hati orang tua akak.. family lain… akak buat salah tinggalkan mereka. walaupun mereka tak
marah… tapi..akak rasa bersalah sangat tengok air mata mereka tumpah sebab
akak.” Jelasku. Baik umi.. abi pun… menumpahkan air mata kerana aku. kakak,
abang dan adik-adik lain apatah lagi. keluargaku yang lain tak usah cerita.
Nenek, ayah cu, ibu cu, mama dan papa mertuaku… semuanya menitiskan air mata
kerana aku. Tidak lagi masuk air mata yang di tumpahkan mama Wan, papa Rul dan
abang Faizil. Abang sudah ceritakan satu persatu. Cuma… Ikmal tidak aku ambil
kira. Semua tindakan yang aku buat kerana terluka kerana kata-kata yang Ikmal
lemparkan.
“Kak…
Murni rindukan akak…jangan lupakan keluarga sebelah sini ye.” Pesannya. Air
mataku meluncur laju. Mana mungkin aku melupakan mereka.
“Hisy…
tak mungkin akak lupakan Murni dan keluarga.” Ucapku menggit bibir menahan
pilu.
“Hmm…mak
pesan…kalau bersalin nanti… bagitau..” Pesan Murni lagi.
“Ya…ya…
insyaALLAH…akak akan bagitau. Hmm… Murni…nanti akak call lagi ye.. kirim salam
kat mak Teh. Murni tu..jangan nakal-nakal tau. Jaga mak tu.” pesanku.
“Hmm…akak
pun jaga diri. Assalammualaikum…”
“Waalaikum
salam..” sahutku sebelum mematikan talian.
***
“Sayang, nak jalan-jalan?” Tanya Ikmal. Aku menoleh. Handphoneku aku letak di meja dan
melangkah ke kerusi. Nafasku rasa pendek aje sekarang ni.
“Sayang…”
Serunya lembut. Rasa lain macam aje dia ni makin hari.
“HIsy…
kenapa suara awak ni…” Tanyaku hairan.
“Kenapa
apa?” Tanya kembali.
“Suara
awak ni..lembut semacam… slow pulak tu.” ujarku. Ikmal menarik kerusi ke
belakang dan duduk. Dia memandangku.
“Bukan lembut
sayang… romantic kan? Macam abi..” ujarnya dengan senyuman. Aku menjelirkan
lidah. Tu bukan romantic… macam ala-ala.. hiys… geli tau..
“Romantik
apa.. geli tau telinga ni dengar.” Ikmal tergelak. aku makin hairan dengan dia
ni.
“Tak kena
ya? Abang try nak ikut cara abi.. romantic aje.” balasnya. Aku tergeleng.
“Abang…
Mira tak suka abang paksa diri buat sesuatu perubahan yang buat abang sendiri
tak selesa.” Ucapku. aku tutup mulut lepas tu. tersasul pulak panggil dia
abang. Bila Ikmal buat muka selamba, aku pun… diam aje.
“Ntah la
sayang… abang buat semua ni…sebab abang nak pujuk hati sayang tu.” ujarnya
berterus terang. Aku menghembus nafas deras. Aku tidak pernah mengharapkan
begitu.
“Abang…
selagi Mira ingat kata-kata abang dulu.. selagi tu hati masih liat nak maafkan
abang.” Ucapku. Ikmal terdiam. Aku kerling sekejab wajahnya.
“ Abang
tak akan bosan pujuk sayang untuk maafkan abang. Abang akan berusaha.” Ucapnya
sebelum berlalu. Aku tersandar.
tergerak hati nak buka blog ni...tup2 da ada entry...suka sgt...ala, da nak abes?cm xpuas ag nk seksa ikmal tuh...==
ReplyDeletealhamdulillah, akhirnye.. Kuar jgak n3 baru nii.. Suka sangat2 ;)
ReplyDelete