Ketika aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran abang,
ramai yang menentang. Mereka cakap... abang tak layak untuk aku. Abang tak
mampu lindungi aku. Abang takkan mampu membahagiakan aku. Mereka cakap.. mereka
cakap... abang pondan.
Abang pondan? Soalan itu sentiasa berlegar menghantui
fikiran aku. Abang yang aku kenal... lemah lembut. Ya... dulu…memanglah dia
terlebih feminin. Tapi, dia dah berubah. Dia dah tukar imej rambut panjang dia.
Cuma… mungkin cara berjalan dia yang
kekal lembut sehingga digelar pondan. Tapi, dia baik. Dia faham perasaan aku.
Dia ambil berat tentang aku. Dia kawan aku. Dia sahabat aku. Dialah orang yang
paling mengenali aku. Abang memang lembut. Tapi... dia bukan pondan.
“Kau langkah mayat aku dulu sebelum kau kahwin dengan dia.
Apa kau pandang kat dia? Kacak? Hei... aku boleh cari yang lebih kacak dari
dia.” Bentak along.
Aku terdiam sambil memandang wajah emak. Hanya emak yang
menerima keputusan aku dengan hati terbuka. Mak cakap, dia tidak memandang
abang dari luaran. Tapi... dia memandang dari sudut peribadi lelaki itu. Ya...
aku sependapat dengan emak. Abang tidak seperti lelaki lain. Dia istimewa.
Sangat istimewa.
“Along... siapa yang nak kahwin sekarang? Kau ke adik?”
Bidas emak.
“Ya mak... memang adik yang nak kahwin. Tapi mak... cuba mak
fikir, mana kita nak letak muka kalau adik jadi dengan si pondan tu.” Emak
mengucap panjang mendengar ucapan along. Aku apatah lagi. Rasa nak menitis air
mataku mendengar along menghina abang.
“Siapa ajar kau menghina orang ni long? Siapa ajar? Dia baik
long.” Emak masih membela abang.
“Mak... betul apa along cakap tu mak. Nanti... orang akan
pandang serong pada adik dan keluarga kita. Mereka akan cakap adik macam
terdesak sangat sampaikan sanggup kahwin dengan pondan.” Celah angah. Sekali
lagi emak mengucap panjang. Aku hanya memerhati dan mendengar mereka
bertingkah.
“Mak sedih tau.. dengar semua ni dari mulut anak-anak mak.
Mak rasa mak dah gagal mendidik korang.” Luah emak nampak kesal.
Along dan angah
cepat-cepat meluru dan melutut memeluk kaki emak. Mereka teresak kecil.
“Ampunkan kami mak. Kami tak bermaksud nak buat mak sedih.”
Pohon along.
“Ya mak. Jangan sedih mak... jangan buat kami jadi anak
derhaka.” Ucap pulak angah dengan esakan kecil. Emak melabuhkan punggung ke
sofa. Along dan angah masih mendongak menunggu kata maaf dari emak. Tapi, emak
hanya diam. Along dan angah berbalas pandang.
“Mak... ampunkan kami. Kami janji takkan menentang keputusan
adik nak kahwin dengan lelaki tu. Mak... kami ikut je. Janji mak tak sedih.
Kami ikut je mak.” Esak along.
Emak memegang bahu along dan angah. Dia menarik along dan
angah ke dalam pelukan. Menggogoi along dan angah menangis di bahu emak. Aku
turut menumpahkan air mata.
“Dia baik long.. angah... mak yakin dia boleh bahagiakan
adik.”ucap emak. Keyakinan emak adalah semangat aku meneruskan keputusan aku
menerima abang. Abang.. Dura sayang abang
****
“Terima kasih sayang... terima kasih kerana sudi terima
abang. I love you.” Bisik abang di telingaku.
Aku tersenyum bahagia mendengar ucapannya. Ucapan lelaki
yang baru sejam lalu menjadi suamiku. Akhirnya… jodoh aku dan abang diikat
dengan ijab dan Kabul. Berwalikan along yang pada mulanya menentang.
Aku tahu… separuh hatinya tidak rela aku bersuamikan abang.
Aku akan buktikan yang abang memang pilihan terbaik untuk aku. Dia suami yang
akan membimbing aku ke jalan yang diredhai. InsyaALLAH..
“Kenapa diam hmm?” soalnya.
Wajahku masih panas melihat senyuman manis dia. Betapa
kacaknya dia dalam persalinan baju melayu putih. Aku tidak peduli dengan
pandangan ahli keluargaku. Tidak peduli dengan bisik-bisik kawan-kawanku. Janji
aku tahu, hanya abang pilihan terbaik untuk aku. Abang dah banyak berkorban
untuk aku.
“Hmm… thanks abang, thanks sebab sudi jadi suami Dura.”
Ucapku perlahan. Abang mencapai tanganku lembut dan dikucup perlahan.
“Kita ucap terima kasih.. dia pun ikut sama. Apa-apa je lah
isteri Sauqi ni…” usiknya dengan gelak kecil. Aku turut tergelak sama. Sempat aku
hadiahkan cubitan kecil di lengannya.
“Aww.. ops…” dia menutup mulutnya. Dia mengaduh sakit.
Aku hanya senyum meleret. Kalau spontan macam ni, memang
keluarlah gaya lembut dia tu. Aku sudah terbiasa begitu. Dia tu je ha.. nak
control macholah kononnya. Macholah sangat.
“Abang tak payah control macho lah bang… Dura tak kisah pun.
Walau macam mana pun abang… Dura tetap sayang dan cinta abang sorang je..
Dura..” Aku terdiam sambil menutup mulut. Aduh... terlepas cakap la pulak. Dia
sengih lebar.
“Wah.. bestnyer dengar isteri abang ni lafazkan kata cinta.
Abang sayang dan cinta Dura kuasa dualah kalau macam ni.” Usiknya mencuit
daguku. Wajahku rasa panas je. Abang ni…
“Esok majlis sanding kita. Hmm… abang kena gerak sekarang
sayang. Pak Su dan Mak Su dah tunggu tu.” Ucapnya.
Hatiku berat melepaskan dia walaupun esok kami akan berjumpa
lagi. Rasa tidak puas berbual dengan lelaki yang telah mengangkat darjatku
menjadi isterinya.
“Hmm.. okeylah bang. Drive carefully. Dura sayang abang.”
Ucapku sambil mencapai tangannya. Tangan lelaki itu aku kucup lembut. Ketika
aku mengangkat kepala memandangnya. Dia mengucup dahiku syahdu. Alah… indahnya
saat ini.
***
“Qiqi… jomlah lepak… malam ni Rizky ada lumba kereta. Dia
nak I tengok sekali.”
Qiqi diam saja bila aku ajak dia menonton Rizky berlumba
kereta malam ni. Biasanya, dia akan mengekori aku ke mana saja. Dia tu… dah
macam bayang-bayang aku. Cuma kalau keluar makan je aku berdua dengan Rizky.
Rizky memang anti sangat dengan si Qiqi ni. Tapi.. ada aku kisah?
“Qiqi..” Rengekku melihat Qiqi masih membelek failnya. Entah
ia ke tidak sibuk buat assignment. Entah-entah buat-buat sibuk.
“Qiqi..” Bentakku.
“Ha… Nape perempuan? Dari tadi memekik. Aku busylah. Kau tak
payah tengoklah malam ni. Stay dengan aku je. Tolong aku buat assignment kita
ni.” Balasnya.
Aku mencebik. Sejak couple dengan Rizky. Baru aku merasa apa
itu kebebasan sebenar. Sejak aku kecil lagi aku dikongkong oleh emakku termasuk
abang-abang. Itu tak boleh, ini tak boleh, sebab itu peluang duduk di kampus ni
aku gunakan sebaik mungkin.
“Kau ni Qiqi.. tak boleh harap. Tak pe… kalau kau tak nak
ikut aku… aku pergi berdua je dengan Rizky.” Ugutku. Qiqi mengerutkan dahi.
“Kau jangan Dura… Rizky tu tak sebaik yang kau sangka..”
keras aje suara Qiqi memberi amaran.
“Alah... kau je yang fikir macam tu. Dia okey apa. Selama
ni, dia okey je. Tak apalah, kalau kau tak nak ikut. Aku pergi dengan dia je.”
Ucapku. Aku yakin dia takkan lepaskan aku pergi berdua dengan Rizky. Entah apa
yang dia takutkan sangat. Rizky tu baik apa. Cuma, yelah… suka berlumba je.
***
Melihat je Qiqi disebelah aku, mulalah si Rizky ni tarik
muka. Anti sangat dengan si Qiqi ni. Aku ingat lagi pertama kali kami keluar
bersama, dia memang perli habis.
‘Eh! Tak sangka dia ni pakej sekali dengan awak ye.’ Ayat
pedas yang aku akan ingat sampai bila-bila.
“Betul ke awak nak lumba malam ni? Kan ni kawasan diaorang.
Awak jangan bual hal wak…” Aku menyuarakan kerisauan aku. Hatiku cuak melihat
gelagat orang ramai disitu. Terasa menyesal pulak setuju dengan ajakan Rizky
semalam.
“Relax k. Ini Rizkylah… awak duduk diam-diam dengan ‘kembar’
awak tu.. saya nak jumpa Ray jab.” Rizky berlalu. Aku melangkah ke arah Qiqi.
Muka Qiqi cemas semacam je.
“Kau tak risau ke Dura? Lain macam je aku tengok diaorang
ni. Ni first time kan Riz lawan dengan Ray tu? Kau tengok tu… sekejab-sekejab
diaorang pandang sini. Seram mak..” luah Qiqi.
Aku hanya jongket bahu, pura-pura tenang. Aku tidak kenal
sangat kawan-kawan si Rizky ni. Dia ni… banyak member. Hanya dua tiga orang je
aku kenal muka.
“Okey..diaorang nak start dah tu… jom pergi ke depan tu.”
Qiqi menarik tanganku, mengajakku bangkit. Aku mengekori langkahnya. Entah
kenapa, hatiku berdebar semacam. Rasa tak sedap hati.
***
“Kau nak ke mana hah? Malam ni, kau jadi milik aku.” Pekik
suara lelaki dari belakang kami. Aku tidak tahu ke mana kakiku melangkah. Aku
sudah penat berlari diheret Qiqi masuk ke kawasan semak di tepi jalan. Aku
tidak sangka Rizky sanggup buat aku macam ni. Aku dijadikan taruhan untuk
perlumbaan malam ini. Nasib baik Qiqi sempat menarikku lari. Tapi… mereka masih
mengejar kami.
“Qiqi.. aku penat.” Nafasku rasa semput. Qiqi menarikku ke
belukar yang agak tinggi. Tanganku calar bilar terkena ranting kayu. Kaki aku
apatah lagi. Luka-luka dah terasa pedihnya.
“Dura… kau kena kuat. Jangan mengalah. Nanti kau jadi
mangsa. Kau sembunyi sini. Nanti aku alihkan perhatian diaorang.” Bisik Qiqi.
Aku terpana melihat Qiqi. Macam mana dengan dia?
“Jangan Qiqi… kita sama-sama sembunyi kat sini. Aku tak nak
kau jadi mangsa.” Esakku.
“Syus.. Jangan nangis. Jangan bising. Nanti diaorang tau
kita kat sini.” Pujuk Qiqi.
Aku menyebam wajahku ke dadanya menahan tangis. Buat pertama
kali, aku berasa selamat di sisinya. Dia memeluk bahuku, menenangkan aku.
“Jangan tinggalkan aku Qiqi… aku takut.” Esakku.
Qiqi mengusap lembut kepalaku.
“Aku takkan tinggalkan kau.”
“Janji?”
“Janji. Aku takkan tinggalkan kau. Selagi aku ada.. aku
takkan biarkan mereka apa-apakan kau. Kau duduk sini diam-diam. Walau apapun
berlaku… jangan keluar sehingga mereka jauh dari sini. Janji dengan aku.”
Tegasnya menikam pandangan ke anak mataku.
“Tapi.. kau..”
“ Janji dengan aku Dura. Janji dengan aku, kau takkan keluar
dari sini walau apapun yang berlaku.” Qiqi menggengam erat tanganku.
Aku hanya mampu mengangguk dengan esakan yang tertahan. Qiqi
***
“Qiqi...” Sedaya upaya aku merangkak menghampiri tubuhnya
yang sudah terbaring berlumuran darah.
“Qiqi..” panggilku. Tapi… tiada sahutan.
Tubuh kaku itu aku tarik ke dalam pelukan. Aku tidak peduli
lagi. Biarlah samseng-samseng kurang ajar itu kembali ke situ menangkap aku
untuk memuaskan nafsu binatang mereka. Aku tidak peduli. Aku mahu Qiqi bangun.
Aku mahu Qiqi selamat.
“Kau jahat Qiqi.. kau janji takkan tinggalkan aku. Tapi…
sekarang kau nak tinggalkan aku. Aku takut Qiqi… aku takut…” Aku rasa hendak
meraung. Dadanya aku pukul. Tiba-tiba badan itu bergerak sedikit. Hatiku
berbunga harapan. Kepalanya aku pangku.
“Qiqi..” Panggilku.
“Dura… kenapa kau keluar?” Tanya dengan suara lemah.
“Aku tak sanggup kehilangan kau Qiqi. Qiqi… aku takut
kehilangan kau.” Tangisku di dadanya. Qiqi mengengam erat tanganku.
“Sakit Dura.. sakit.” Aku mengangkat kepalaku dari dadanya.
Tanganku bergetar melihat darah membuak dari dadanya.
“Apa patut aku buat Qiqi?” aku panic melihat wajahnya
berkerut menahan kesakitan.
“Call Amin. Handphone aku kat dalam poket aku.” Ucapnya
dengan suara yang main lemah.
“Qiqi..” Aku menyeluk poket seluar Qiqi. Mencari handphone
dia. Handphone aku entah ke mana hilang.
“Hello.. Sauqi..” Sahut suara itu.
“Amin.. tolong kami.. Qiqi kena tikam. Tolong Amin…” esakku.
“Korang kat mana?” suara itu cemas.
***
Nasib baik Amin sempat menghubungi polis dan ambulance
datang ke situ. Kami dibawa ke hospital tidak jauh dari situ. Qiqi dibawa ke
wad kecemasan. Luka di dadanya agak dalam. Badannya penuh dengan lebam akibat
dipukul oleh Ray dan kawan-kawannya. Mereka telah di tangkap sehari kemudian.
Cuma Rizky dapat melarikan diri. Tembelang Rizky juga sudah pecah. Rupa-rupanya
dia bukan student tempat kami belajar. Dia menyamar jadi pelajar hanya untuk
mengorat gadis-gadis sepertiku. Syukur juga aku terselamat dari menjadi mangsa
dia.
Emak datang dari kampung hanya mampu tergeleng. Nasib baik
along kat Dubai. Dia outstation enam bulan kat sana. Angah pulak bertugas di
Sarawak. Kalau tidak... memang teruk aku kena dengan diaorang. Mak pun tak kasi
bagitau diaorang.
Tapi… Qiqi belum sedar. Menurut doctor, dia masih koma. Aku
hanya mampu menangis dengan rasa bersalah yang amat. Pak Su dan Mak Su Qiqi
dari kampung datang sebaik dikhabarkan berita itu.
Nasib baik mereka tidak menyalahkan aku dengan apa yang
berlaku. Aku janji aku akan jaga Qiqi. Ketika dia masih koma, aku dan Mak Su
bergilir menunggu di luar bilik ICU. Ketika kami exam. Dua minggu aku tidak
dapat ke hospital. Mujur Mak Su faham.
Habis je exam terakhir, aku bergegas ke hospital. Aku
mencari Qiqi di bilik ICU. Tapi, Qiqi tiada di situ. Menurut petugas di situ,
Qiqi sudah dipindahkan ke wad biasa dua
hari yang lalu. Mungkin Mak Su tak sempat beritahu aku. Maklumlah, aku exam.
Tak nak mengganggu kot.
Aku memulas pintu wad dengan hati-hati. Bimbang penghuni di
situ terganggu. Mak Su tengah berbual dengan pesakit lain. Aku melangkah ke
arah Mak Su. Sebaik tiba di depan Mak Su, aku menghulurkan tangan bersalaman
dan mengucup tangan orang tua itu.
“Dura minta maaf lama tak datang. Dura baru habis exam tadi.
Mana Qiqi mak Su?” Tanyaku.
Aku buat tidak nampak bila pesakit di sebelah mak Su
memandangku. Entah apa yang dia pandang. Mungkin… dia hairan melihat wajah
pucat aku dengan mata kuyu. Mungkin dia ingat aku ni zombie kampong pisang kot.
Dua minggu ni tak cukup tidur, study. Kesihan Qiqi, dia tak dapat nak ambil
exam. Nasib baik Ketua Program cakap, Qiqi boleh ambil exam berasingan lepas
keluar hospital.
“Dura tak kenal Qiqi lagi?” Tanya Mak Su. Aku mengerutkan
kening.
“Eh.. takkan tak kenal. Mana dia Mak Su? Dia jumpa doctor
ye? Dia sihat kan?” Tanyaku kehairanan.
“Dura..” Panggil suara lelaki itu. Aku mengerutkan dahi dan
pantas menoleh ke arah lelaki yang dari tadi memandangku.
“Qi…qi..?” Suaraku tersekat-sekat. Lelaki itu menarik
senyum. Senyum itu… ya.. senyuman Qiqi… tiba-tiba tawaku meletus. Wajah Qiqi
dan Mak Su serentak berkerut. Berair mataku ketawa.
“Kenapa kau gelak?”
“Kau hensem sangat macam ni Qiqi… nyaris-nyaris aku nak
jatuh cinta tadi.” Gurauku dengan sisa gelak. Terasa lucu pulak tengok dia
macam tu. Mak Su dan Qiqi turut tergelak sama.
“Kalau betul-betul jatuh cinta pun tak apa…” Usik Mak Su.
Dia meminta diri dari situ memberi ruang dan peluang kami berdua berbual. Aku
rasa kekok pulak berbual dengan dia dengan rambut yang pendek. Malu mak…
“Kenapa kau macam malu-malu je dengan aku?” Tanya Qiqi. Aku
cuba buat-buat biasa. Tapi… boleh ke? Huhuhu. Hiys.... macam lain je.
“Rasa pelik.”
“Hah? Pelik? Pelik yang macam mana?” Tanyanya. Dia masih
merenungku membuatkan aku tertunduk. Adoiyai… kenapa tiba-tiba aku rasa
malu-malu miaw pulak ni?
“Selama ni… tengok kau dengan rambut ayu kau. Hehehe…” Aku
gelak lagi. Qiqi turut tergelak sama.
“Aku rasa… sampai masanya aku berubah. Bila pisau tu
terpacak kat dada aku.. aku rasa ajal aku dah dekat. Aku takut tak sempat nak
taubat. Tapi... lepas tu kau datang. Aku rasa Tuhan masih bagi aku peluang
untuk hidup. DIA bagi peluang untuk aku jaga kau. Aku nak berubah Dura. Aku tak
nak jadi Qiqi lagi.“ Tegas Qiqi.
“Habis… aku nak panggil kau apa? Qiqi ke.. Sauqi?” Tanyaku.
“Panggil apa-apa je lah. Tapi… aku suka kau panggil aku
abang. Aku kan tua setahun dari kau.” Ucap Qiqi. Eh! Sauqi.
***
“Apa senyum-senyum ni?” Tanya suara itu. Aku memalingkan
wajah ke sisi, menghadap wajah kacak itu. Lelaki yang sudah hampir tiga bulan
menjadi suamiku itu. Alhamdulillah… setakat ini.. Semuanya baik-baik saja. Baik
along atau angah… mereka nampaknya sudah boleh menerima suamiku.
“Teringat kisah kita dulu-dulu.” Beritahuku. Sedar tak
sedar… sudah dua tahun kami habis study. Dah dua tahun juga aku kerja kat LL
Construction. Mujur lepas praktikal kat situ, aku terus diserap bekerja di
situ. Memang rezeki aku murah sangat.
Abang pulak kerja kat KK Holding. Dia ditawarkan kerja kat
situ lepas syarikat tu tertarik dengan reka bentuk bangunan yang dia buat time
pertandingan mereka bentuk bangunan komersial. Sebelum habis study lagi..
syarikat tu dah tunggu dia. Memang berbaloi-baloi usaha dia ketika belajar.
“Janganlah ingat lagi citer lama k. Malu abang tau.” Entah
apa yang dia cakapkan sebelumnya. Hanya sebaris itu yang aku dapat tangkap. Aku
masih belum puas mengusiknya.
“Qiqi…” usikku. Wajah suamiku merona merah.
“Nakal..” tanpa amaran dia menarik hidungku. Puas aku
menepis, baru dia melepaskan. Aku mengurut hidungku dengan rasa tidak puas
hati.
“Alololo… sayang isteri abang ni… jangan buat muka macam tu…
tak comel dah..” Pujuknya. Bahuku dipeluk lembut.
Aku tersenyum. Dia memang pandai memujukku. Tidak sangka…
aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini.
“Abang… baby teringin nak makan pengat pisang.. ” rengekku.
Sengaja hendak bermanja dengan dia.
“Ni… baby ke Dura yang nak ni?” Usiknya tersenyum manis.
Sejak aku disahkan mengandung. Dia memang memanjakan aku betul-betul. Apa je
aku nak, sebolehnya dia bagi. Aku pun... mengada-ngadalah nak itu ini.
Kadang-kadang memang aku sengaja mengambil kesempatan.
“Nape? Kalau Dura yang nak… abang tak nak masaklah ye?” Aku
menarik muncung berpeluk tubuh sambil berpaling darinya. Geram je dengan dia
ni.
Abang tergelak kecil. Aku memukul tangannya yang menakal
untuk memelukku. Sebaik dapat memelukku, dia terus menyandandarkan aku ke
dadanya. Dia menyangkut dagunya ke bahuku. Sesekali dia mengucup bahuku.
Tangannya mengusap lembut perutku yang masih kempis.
“Asyik merajuk je mama baby ni… entah-entah perempuan ni
yang…” Ujarnya. Aku masih menahan diri dari bersuara. Kononnya nak merajuklah
ni. Nak tengok… sejauh mana dia nak pujuk.
“Merajuk lagi lah ni… sayang… abang minta maaf k. Apa je sayang minta… abang masak. Sayang nak
makan apa lagi? Pengat pisang je? Nak sup unta? Sup kuda?”
Aku tidak dapat menahan gelakku. Tangannya diperutku aku
tampar lembut. Dia turut sama ketawa kecil.
“Ha… macam ni lah baru cute. Sayang kalau gelak cute sangat
tau.” pujinya. Aku mencebik. Dia tu, sengaja nak jual minyak lah tu..
“Mengada.”
“Betul…” Ucapnya bersungguh-sungguh.
“Itu belakang kira… Dura tau.. Dura memang cute sangat…
Tapi, sekarang ni.. Dura nak makan pengat pisang.” Pintaku sudah kecur air
liur.
Abang cepat-cepat bangkit. Dia menghentak kaki dan
mengangkat tangan paras telinga. Seperti askar.
“Yes mem..” Jawabnya dan terus terkocoh-kocoh ke dapur. Aku
hanya tergelak kecil. Nasib baik ada pisang yang kami bawa dari kampung hujung
minggu lalu.
***
“Dura...” Aku terkejut melihat lelaki itu di depanku. Serta
merta darahku rasa mengelodak marah. Aku ingin lari dari situ. Dah dua tahun
rasanya aku tidak melihat dia. Sejak dia lari selepas mempertaruhkan aku pada
Ray selepas dia kalah berlumba malam hitam itu. Dia sempat lari ketika pihak
polis menyerbu tempat lumba haram mereka dulu. Ray dan beberapa orang lagi
ditangkap polis atas beberapa kesalahan.
“Dura..” Rizky mencapai tanganku. Aku terus menepis kasar.
“Jangan pegang-peganglah.” Marahku. Dia mengangkat tangannya
paras dada.
“Okey... okey.. I tak pegang. You ni sombonglah...” perlinya
dengan wajah sinis.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasa menyesal pulak merayau
ke bahagian pakaian lelaki tanpa abang tadi. Kononnya nak beli sesuatu untuk
dia untuk surprise. Tak sangka pulak jumpa dengan si Bangang ni.
“Hah! Nak apa?” bentakku. Dia senyum lagi.
“Kalau you hanya nak tersengih kat sini... I pergi dulu.”
Dia menghalang aku pergi dengan badannya. Aku menjauh. Geram.
“Ops... ops.. relax dulu. You ni... tak dapat usik sikit.
Hmm... you apa khabar? Lama tak jumpa. Bertahun I cari you. I betul-betul nak
minta maaf pasal hal dulu-dulu tu. I terpaksa sayang. I merana lepas tu. I
betul-betul rindukan you, Dura..”
Sekali lagi darahku rasa menyirap mendengar kata-katanya.
Boleh pulak dia cakap macam tu?
“You ni gila ke apa?”
“Hahaha... you ni makin comellah Dura. You dah kahwin?” Aku
meluat melihat muka tak malu dia. Dia masih bersandar sambil merenungku.
“I dah kahwin. Dah lah... I nak jumpa husband I. Dia dah
tunggu I tu.” Aku pantas berlalu.
“I akan dapatkan you balik Dura... ingat tu. Si Pondan tu
tak layak untuk you.” Aku tersentak mendengar kata-katanya. Macam mana dia
tahu? Maknanya... dia cuma nak kepastian lah tadi? Aku terus berlalu tanpa
menoleh lagi. Makin lama aku di situ. Makin sakit hati aku.
***
“Qiqi.. Qiqi.. jangan tinggalkan aku.. Qiqi...” Aku menangis
teresak-esak melihat Qiqi dibelasah..
“Qiqi..”
“Sayang...” Aku terasa kepalaku diusap. Aku tergeleng dengan
mata yang masih terpejam. Aku tidak berani untuk mencelikkan mata.
“Qiqi... tolong... jangan pukul Qiqi...” esakku makin deras.
“Sayang... bangun.. hei.. buka mata tu sayang... abang ada
sebelah sayang ni.” Pujuk suara Qiqi. Aku tergeleng.
“Sayang... sayang mimpi ni.. buka mata ye..” Pujuknya.
Mimpi? Perlahan-lahan aku mencelikkan mataku. Aku
terkebil-kebil melihat abang. Dia mengusap-usap rambutku sambil berbaring
mengiring menghadapku. Aku terus menyebamkan wajah ke dadanya dengan esakan.
Pertemuan semula dengan Rizky siang tadi seakan mendekatkan semula aku dengan
peristiwa hitam itu. Aku betul-betul takut.
“Abang... Dura.. Dura..” Aku gagal meneruskan kata. Esakanku
menguasai ruang.
“Syuss... dah.. jangan nangis... abang takkan tinggalkan
sayang. Abang akan lindungi sayang selagi abang masih hidup. Abang janji
sayang..” bisiknya sambil menepuk-nepuk lembut lenganku. Aku terus menarik
tangannya dan berbaring di lengannya. Dia memeluk erat tubuhku. Aku rasa
selamat di situ.
“Dah... jangan nangis lagi. Sayang tidur ye.” Mataku makin
memberat. Tepukan lembut dia seakan mendodoikan aku. Abang... terima kasih..
***
“Kau ingat pondan tak mampu bagi zuriat? Kau tengok si Dura
tu... mengandung jugak.” Langkah aku dan emak terhenti di pintu dapur.
Bisik-bisik itu membuatkan aku menitiskan air mata. Emak pun diam saja sambil
mengengam erat tanganku. Aku tidak kisah mereka menghina aku. Tapi.. jangan
hina abang. Abang bukan pondan.
“Sabar je lah Dura. Mak Lang kau mulut je macam tu...” pujuk
emak, berbisik. Aku hanya mampu berdiam diri memujuk hati.
Abang pulak entah ke mana. Mungkin memasak di khemah bawah.
Kalau ada kenduri kendara saudara mara kami, memang abang yang akan dicari.
Masakan dia sedap. Kalah masakan aku. Kat rumah tu memang kami dah bahagi
tugas. Dia memasak. Aku kemas rumah. Tapi... sejak mengandung ni, memang dia
tak kasi aku banyak gerak. Kerja aku cuma masukkan pakaian dalam mesin. Sidai
dan melipat pakaian. Kerja yang tak mencabar langsung. Dulu… akulah yang panjat
tangga untuk betulkan lampu. Sekarang… jangan harap. Panjat kerusi nak ambil
barang atas almari pun… dia dah bising. Macam mulut murai berleter.
“Eh.. Dura.. mana isteri.. ops.. suami kau?” Aku geram
mendengar pertanyaan mak Lang yang sengaja buat-buat tersasul. Kata-kata itu mengundang marahku.
“Kau ni lang... mulut tu.. jaga sikit.” Tegur emak. Emak
nampak kurang senang dengan adik iparnya itu. Emak tidak ada adik beradik lain.
Adik beradik sebelah arwah ayahlah adik beradik dia.
“Orang tersasullah long... ha.. mana menantu kak long tu?”
Tanya Mak Lang. Memang aku kurang berkenan dengan mak lang ni. Mulut dia memang
tak bertapis lagi.
“Dia ada kat khemah memasak tu.” Beritahu emak, selamba.
Aku melabuhkan punggung bersebelahan Mak su. Mencapai
pinggan untuk dilap. Kalau tidak mengenangkan kenduri doa selamat tok abah dan
tok umi balik dari mengerjakan haji, memang aku dah ajak abang balik. Kenduri
ni pun… untuk family kami-kami je. Sebab tu takut pulak saudara mara lain kecil
hati, terutama tok abah dan tok umi.
“Nape dia tak tolong si Shah dan Mil tu pasang khemah? Nak
jugak memasak. Entah apa nasib kau ni Dura... dapat suami lembut macam tu. Dulu
aku nak kenenkan kau dengan abang Yazid kau... kau tak nak..” leter mak Lang.
“Alang...” Mak Su mencubit lengan Mak lang. Wajah Mak Su
nampak serba salah.
“Alang... kenapa kau ni? Siapa ajar kau menghina orang macam
tu? Aku tak pernah ajar anak aku cakap macam tu.” Kami tersentak mendengar
suara tok abah dari belakang kami. Mak lang terkulat-kulat. Emak dan Mak Su
sama macam aku. Hanya mampu berdiam diri.
“Alah abah... orang cakap pasal anak saudara sendiri.”
“Kau cakap tak fikir perasaan orang. Kau tak ada hak nak
cakap pasal orang lain. Kau kena ingat, kau tu ada anak. Lepas ni nak bercucu.
Kalau tak kau... anak cucu kau yang terkena.” Leter Tok abah. Wajah mak lang
makin kelat.
“Abah ni... macam mendoakan je.” Rungut mak lang. Kami tidak
berani menyampuk. Tok abah memang tak suka anak cucu dia menghina orang lain.
Pantang betul dia.
“Itulah... cakap hal orang tak ingat.” Mak Su tersenyum
kecil melihat wajah kelat mak lang. Aku dan emak hanya membatukan diri.
***
Aku gembira melihat hubungan along, angah dan abang semakin
baik. Hubungan dia dengan sepupu aku yang lain pun boleh tahan. Aku hanya ada
seorang sepupu perempuan, anak mak lang. Petang ni baru dia sampai dari Sabah.
Yang lain semua lelaki. Bayangkan, dua perempuan lawan dengan 18 lelaki. Aku
dan Rasyma memang kena buli aje. Nasib baik tok abah selalu protect kami.
Setakat ni.. memang aku sorang je yang dah kahwin. Along
sebagai cucu Haji Sahari yang paling tua buat pekak je bila soal kahwin
disebut. Dia dah bertunang sebenarnya. Tapi, Kak Nia minta tempoh sehingga dia
habis ambik master.
Angah pula.. huh! Memang tak ambil port langsung. Dia cakap
tunggu puteri raja pinang dia. Hampeh punya abang. Abang Ajid anak sulong Mak
lang pun… diam-diam je. Tak ada bunyi langsung nak kahwin. Rasyma pernah cakap…
along dia tu frust giler time aku kahwin dengan abang dulu. Entah betul.. entah
tidak si Rasyma tu. Aku tak tau lah. Dia tu kalau bab mengenakan orang nombor
satu.
“Sayang buat apa tu?” Aku tersentak mendengar suara abang
melaung dari khemah memasak. Malu pulak aku tengok sepupu sepapat aku memandang
kami dengan senyuman mengusik. Entah apa-apa abang tu. Macam tak boleh datang
dekat .
Aku melangkah ke arahnya yang sedang menggaul lauk di dalam
kawah.
“Lapar?” Aku geleng saja. Lauk ayam masak rendang tu Nampak
menyelerakan. Tapi… perut aku belum lapar lagi.
“Hmm.. sayang duduk atas jelah… kat sini panas.”
“Tak apalah bang… Dura temankan abang.”
“Hmm… suka hati Duralah ye. Kalau penat… naik atas tau.” Aku
hanya tersenyum.
***
Sejak seminggu yang lalu, aku tengok abang banyak termenung.
Tanpa dia sedar, kadang-kadang dia mengeluh kesah. Aku tidak senang melihat
wajah tegang dia. Bila aku tanya, dia cuma cakap tension sebab projek baru
company. Company dia tengah bersaing untuk mendapatkan tender untuk projek
kondominium mewah di Bukit K. Ya.. aku tahu itu. Sebelum ni… ada juga projek
besar masuk. Tak pulak dia setegang ini. Aku malas hendak mengganggu bila dia
cakap, dia akan settlekan sendiri. Aku faham sangat kalau dia dah cakap macam
tu. Dia perlukan masa untuk diri sendiri.
Abang dengan masalah dia. Aku pulak… dua minggu yang lalu
asyik dapat panggilan dari Rizky sehingga membuatkan aku tekad menukar nombor
handphone. Bila aku tukar nombor… ada pulak SMS dari pengirim misteri yang
masuk. Mungkin juga Rizky. Entah… Tapi, kalau betul-betul dia. Memang cekap
betul dia siasat tentang aku. Dia jadi penjahat kelas satu kot. Geram betul
aku.
SMS yang aku terima sebaik aku masuk ke pejabat pagi tadi
betul-betul membingungkan aku. Siapa yang hantar mesej ni? Sebelum ni Rizky
pernah menghubungi aku. Pelbagai cerita tentang abang dia cakapkan. Semuanya
buruk-buruk belaka. Aku tidak percaya langsung. Abang takkan buat aku macam tu.
‘U dtg ke Kelab BB malam ni. U tengok sendiri, apa yg
husband U buat’
Aku malas nak reply. Entah-entah si hantu Rizky tu. Sengaja
dia guna nombor baru untuk elak aku delete terus mesej dia. Belum sempat aku
menyimpan handphoneku, sekali lagi handphoneku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘U jgn percaya sgt dgn hubby u 2. Xrugi pun, kalo U dtg mlm
ni. Kalo U x dtg, U akn t’tipu spjg hayat U. baik U tau skrg’
Aku betul-betul bingung. Antara percaya atau tidak. Antara
rasa ingin tahu dan rasa takut. Perasaanku saling bertingkah. Apa perasaan
abang kalau dia tahu aku mula curiga dengan dia? Ya… ALLAH, apa patut aku buat?
***
Mulutku ternganga melihat seseorang di atas pentas itu. Aku
tidak tahu apa yang membuatkan aku berkunjung ke situ seorang diri. Mungkin
juga kerana rasa sangsi selepas menerima SMS dari seseorang yang tidak
dikenali. Aku tidak tahu. Tapi.. apa yang aku jumpa amat mengejutkan aku.
Betul-betul melukakan hati aku. Sampai hati abang… air mataku mengalir.
Perlahan-lahan aku melangkah ke depan pentas. Nyata… dia tergamam melihatku.
Dia terus terkaku. Suara sorakan dari tetamu yang datang seakan sepi. Seakan
aku dan dia saja di situ.
‘Dura..’
Aku seakan dapat membaca gerak bibirnya menyeru namaku. Aku
tergeleng terus melangkah keluar dari situ. Aku tidak sanggup melihat dia lagi.
Betul-betul tidak sanggup. Entah mana janji dia pada aku. Entah mana iman dia.
Ya ALLAH.. apa yang aku perlu buat? Esakan aku tidak dapat aku bendung.
Ketika aku menunggu
teksi, aku terasa tanganku dipegang. Wajah itu memandang aku dengan pandangan
sayu. Aku cepat-cepat mengesat air mataku.
“Lepaslah…” marahku.
“Abang takkan biarkan Dura balik sorang.” Ucapnya.
“Abang? Bukan Qiqi?” Sindirku sinis. Melihat dia dalam
pakaian macam itu membuatkan aku jelik.
“Jom balik.” Dia tidak menunggu jawapan dari mulutku, pantas
menarikku ke keretanya. Sepanjang perjalanan balik, kami diam. Aku berusaha
untuk mengawal tangisku.
Sebaik sampai aku melangkah ke bilik. Tapi, dia menahanku.
“Dura..” Serunya. Aku memandangnya dengan hati yang membara.
“Abang.. kenapa abang buat Dura macam ni bang? Apa yang
abang nak lagi? Abang cakap abang dah berubah. Abang tekad nak berubah.” Aku
terus menghambur tangisku. Dari dalam kereta tadi aku menahan tangisku.
Abang hanya membatu. Aku tergeleng-geleng memandangnya
dengan rasa tak percaya. Dia dah janji nak berubah. Dia dah janji takkan jadi
macam dulu. Abang...
“Abang... jangan diam je. Dura dah tak penting pada abang
ke? Abang tak ingat ALLAH? Abang tak ingat anak kita?” Aku kecewa sangat-sangat
melihat wajah dia. Wajah yang lama. Kenapa abang sampai hati buat aku macam ni?
Apa kata keluargaku nanti? Susah payah aku nak yakinkan along dan angah.
“Abang..”
“Dura tak faham sayang...”
“Cuba fahamkan Dura.. jangan biar Dura buat tafsiran
sendiri. Tengok abang macam ni... Dura kecewa sangat bang. Mungkin ini balasan
Dura sebab melawan cakap along dan angah.”
“Dura... Jangan cakap macam tu sayang. Jangan buat abang
rasa bersalah. Abang sayang Dura.. Abang..” Dia tidak menghabiskan
kata-katanya.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba menghalau rasa kecewaku.
Kalau dengar dari orang lain, sumpah aku tak percaya. Ini... dia yang berdiri
di depanku. Melihat dia sekarang seakan mengiakan kata-kata Rizky selama ini.
Aku ingat Rizky hanya membuat fitnah untuk memisahkan kami.
“Dura rasa... Dura
kena pergi dari rumah tu. Izinkan Dura balik rumah mak ye bang. Masa tu...
terpulang pada abang nak fikir macam mana. Samaada abang nak Dura terus jadi
isteri abang.. atau abang nak lepaskan Dura. Tapi... kalau abang nak Dura masih
dengan abang. Dura nak abang bertaubat takkan kembali macam ni. Dura nak
besarkan anak kita macam pasangan normal bang.” Ucapku panjang lebar.
Sekarang... terpulang pada dia untuk membuat keputusan. Aku pasrah dengan apa
saja keputusan dia. Aku tidak mahu kami berpisah. Tapi... kalau dia sudah tidak
mahukan aku terus menjadi isterinya. Aku terpaksa terima. Memaksa dia kembali
menjadi suamiku, tidak sesekali. Aku mahu dia ikhlas berubah. Tapi, kalau
ditetapkan kami akan berpisah, biarlah hubungan kami putus dengan baik.
“Sayang... sayang jangan pergi.”
“Tapi bang... Dura perlukan masa untuk diri Dura. Dura
perlukan masa untuk tenangkan fikiran.” Luahku. Panggilan sayang dari dia
membuatkan hatiku rasa tersayat pilu. Entah ikhlas atau tidak panggilan itu.
Adakah dia sayangkan aku sebagai lelaki? Hatiku dihinggap curiga. Ya ALLAH...
kuatkan hatiku. Kuatkan cinta kami.
“Kalau macam tu... sayang duduk je kat rumah ni. Ajak mak.
Rumah ni memang abang beli untuk sayang. Nanti abang duduk kat apartmen lama
abang. Nanti abang jenguk sayang dan anak kita. Kalau sayang dah tenang...
sayang boleh call abang.” Putusnya. Entah aku tak pasti kenapa dia berkata
begitu. Seakan keputusan di tanganku. Bukan dia yang perlu membuat keputusan.
“Abang kena fikir, apa yang terbaik untuk hidup kita.”
Ucapku pula. Sengaja aku menyebut hidup ‘kita’. Keputusan yang dia buat bukan
saja melibatkan hidup dia. Tapi.. hidup aku dan anak kami yang ada di dalam
kandungan ini.
***
“Dah lama abang sampai?” Tegurku sebaik masuk. Abang duduk
terpacul di ruang tamu rumah kami sudah sedia menungguku. Melihat saja aku,
abang segera mencapai beg di tanganku, menarik tanganku duduk tanpa menjawab
soalanku.
“Dura apa khabar? Nampak penat je.” Tanyanya.
“Penat sikit je. Hari ni kena pergi site.” Aku menarik nafas
kelelahan. Hari ini aku terpaksa turun ke tapak projek memeriksa masalah pada
roofing bangunan. Kontraktor tu memang degil. Tak ikut spesifikasi dalam skop
kerja. Nak untung lebih je. Rungutku dalam hati.
“Kenapa orang lain tak turun? Sayang kan dah enam bulan.
Bahaya pergi kat tapak projek.” Wajahnya nampak kerisauan.
“Dura kena pergi juga bang. Dura yang handle projek tu.
Lagipun... Dura bukan pergi seorang. Mia ada sekali. Dura ingat... sebelum Dura
cuti bersalin, nak explain kat dia lebih lanjut pasal projek ni.” Jelasku.
Hatiku masih berdebar sebenarnya melihat kedatangan dia. Minggu lepas dia hanya
sempat menghantar barang dapur. Tak sempat berbual panjang. Hari ini... dia
datang lagi. Risau apa perkhabaran yang dia bawa kali ini. Aku betul-betul
berharap agar dia kembali pada kami menjadi abang, suamiku, dan bukannya Qiqi.
“Hmm... apa-apapun... Dura kena hati-hati ya sayang. Tolong
jaga diri tu. Abang tak dapat temankan Dura selalu.” Ucapnya seakan menahan
sebak. Aku ikut sama. Apa nak jadi pada hubungan kami?
“Hmm... abang jangan risau sangat. Dura boleh jaga diri.”
Balasku, akhirnya. Rasa kekok untuk berbual dengannya. Dia pun... macam
teragak-agak untuk bersuara. Melihat dia membuatkan rasa rinduku sedikit
terubat. Tentu dia baru balik dari kerja. Masih berkemeja. Tapi tidak
dibutangkan dibahagian paling atas kemeja. Gaya lebih santai.
“Abang ada belikan makanan tadi. Malam ni Dura tak payah
masak. Ayam, daging, ikan, sayur untuk satu minggu ni abang dah letak dalam
peti sejuk tu. Susu untuk Dura... esok abang hantar. Minggu lepas tak perasan
pulak dah nak habis.” Ujarnya tanpa ditanya. Aku terdiam saja. Dia masuk ke
dapur, membawa buah delima yang sudah siap dipotong.
“Makanlah. Buah ni elok untuk baby.” Ucapnya. Aku hanya
memerhati saja.
“Abang sihat?” Tanyaku sebaik makan sehiris buah delima.
Hanya tawar aku rasa. Penat seharian membuatkan tekakku rasa pahit.
“Sihat.. Hmm.. abang boleh jaga diri. Apa yang penting Dura
tu.” Dia tidak henti berpesan itu ini. Aku tahu dia risaukan aku.
“Abang tak payah risau. Dura boleh jaga diri. Selama ni..
Dura duduk sorang boleh je.” Balasku. Dia mengerutkan kening memandangku tajam.
“Apa? Dura duduk sorang?” Tanyanya pantas.
“Ha a. Nape?”
“Mana emak? Dura tak ajak dia duduk temankan Dura kat sini?
Ingatkan dia keluar kejab.” Tanyanya. Aku hanya geleng. Dia menarik muka tidak
puas hati.
“Kenapa?” Tanyanya. Suaranya sedikit tinggi. Aku malas.
“Dura boleh tinggal sorang kat sini.” Balasku malas.
“Kenapa Dura makin degil ni?” Tanyanya dengan nada suara
yang sedikit tinggi. Hatiku makin panas mendengarnya.
“Dura degil ke... apa ke... tak ada kena mengena dengan
abang. Dura boleh jaga diri.” Jawabku. Kalau dia boleh marah. Aku pun boleh.
“Nak jaga diri macam mana? Tengoklah Dura sekarang. Dalam
keadaan macam tu. Ingat boleh nak protect diri tu kalau ada orang nak buat
jahat? Dura tu.. bawa nyawa orang lain juga.” Tegasnya. Aku terus bangkit
bercekak pinggang. Tak sangka, perbualan yang tenang tadi sudah bertukar panas.
“Abang jangan risau. Dura akan jaga anak abang ni baik-baik.
Biar nyawa Dura tergadai sekalipun.” Ucapku sebak. Hatiku rasa pilu bila dia
meninggikan suara. Dua minggu lepas,memang aku bercadang untuk mengajak emak
menemaniku di situ. Tapi, bila aku fikir masak-masak, tindakan aku nanti akan
mengundang keraguan pada along dan angah. Kalau boleh, aku tidak mahu perkara
ini sampai ke pengetahuan mereka.
“Dura... abang minta maaf. Abang...” Kata-katanya terhenti
bila aku tergeleng. Dia cuba menghampiriku tapi aku makin berundur. Melihat aku
berundur, dia tidak jadi melangkah.
“Abang nak apa lagi sebenarnya?” Tanyaku. Aku berharap dia
cepat beredar. Lagi cepat dia pergi dari situ. Lagi baik dari melukakan hati
aku.
“Abang takut Dura tinggal sorang. Takut jadi apa-apa kat
Dura.” Jelasnya.
“Dura tak nak family Dura tahu problem kita. Kalau mak duduk
sini, along akan tahu. Tak mustahil angah pun tahu. Abang nak mereka pandang
serong kat abang?” tanyaku. Abang terdiam. Aku menunggu kata balas darinya.
“Dura... abang minta maaf. Hmm... abang sayangkan Dura.
Abang takut Dura duduk sorang-sorang kat sini.” Ucapnya dengan suara yang
kendur.
“Dura boleh jaga diri. Abang jangan risau. Abang ada lagi
nak cakap?” tanyaku. Bukan hendak menghalau dia. Tapi... aku takut aku hilang
sabar, takut menangis depan dia. Aku harus kuat.
“Hmm... abang... abang sayang Dura. Take care ye sayang.”
Ucapnya melangkah ke arahku. Dia mendakapku erat. Bila dia meleraikan
pelukannya, aku cepat-cepat mengesat air mataku.
“Assalammualaikum..” Ucapnya sebelum melangkah pergi.
“Waalaikumsalam..” Jawabku perlahan. Entah dengar atau
tidak. Ampunkan Dura bang... Dura sayang abang. Dura tak sanggup kehilangan
abang. Jerit hatiku.
***
“Dura... cantik bunga kat meja kau. Hubby kau bagi ek? Mesti
kau tengah merajuk dengan dia kan?” Aku hanya terpingga-pingga mendengar soalan
Mia. Dia tersenyum-senyum mengekori aku sampai ke bilik. Memang aku agak lewat
hari ini, semalaman aku tak boleh tidur.
“Eh! Tak adalah. Hmm... kau dah buat research pasal projek
semalam tu?” Tanyaku.
“Dah... Cuma.. ada certain part aku tak faham. Yang kat SOW
dan drawing tu. Itulah aku nak tanya pada yang pakar ni.” Guraunya dengan gelak
kecil. Aku ikut tergelak sama. Gadis ceria ini sentiasa menyenangkan aku. Nasib
baik juga En. Sharkawi minta dia yang ambil alih tugas aku sepanjang aku cuti
bersalin nanti. Dia jenis yang tidak berkira. Cekap dan cepat belajar. Dia
lewat enam bulan je dari aku masuk ke LL Construction.
Aku terpegun melihat jambangan bunga yang dimaksudkan oleh
Mia di awal tadi. Sebaik aku duduk di kerusiku, aku terus capai jambangan itu.
Automatic aku menghidu bau wangi bunga segar itu. Bunga lili. Abang sorang je
tahu bunga lili adalah bunga kesukaan aku. Mungkin dia hantar bunga ni sebagai
tanda minta maaf selepas kami berselisih faham semalam.
“Kau suka bunga lili?” Tanya Mia. Aku sedikit tersipu kerana
terlupa dia sedang duduk di depanku. Kelekaan aku pada jambangan bunga itu
membuatkan aku lupa dia masuk sekali dengan aku tadi.
“Ha a. Hmm... part mana kau tak faham?” Aku malas hendak
bercerita pasal jambangan bunga it uterus bertanya pasal projek kami.
“Oh... ni... kat drawing ni... “ aku terus melepaskan
jambangan bunga itu ke sisi meja. Terus menumpukan perhatian pada drawing
bangunan blok sekolah yang dibawa oleh Mia masuk sekali tadi. Projek ni
bernilai jutaan ringgit. Antara projek yang besar bagi company sederhana macam
LL Construction. Lainlah kalau KK Holding, tempat abang bekerja. Projek nak
mereka dapat lebih dari ratusan juta.
“Mia.. petang ni kau ada hal tak? Lepas balik kerja?”
Tanyaku sebaik kami selesai berbincang. Mia kembali menggulung drawing dan
dimasukkan ke dalam plan holder.
“Tak. Nape? Kau nak belanja ek?” Tanyanya riang.
“Ha a. Kau nak?”
“Eh! Mestilah nak. Kita nak makan kat mana?” Tanyanya masih
dengan wajah cerianya.
“Kita makan satay Kajang.” Ucapku. Entah... mungkin ini
orang cakap mengidam. Aku teringin sangat nak makan Satay Kajang. Kalaulah
abang ada.
Aku rasa separuh nanar bila dia tiada di sisi. Tapi... aku
cuba cekalkan hati. Aku harus berdikari. Jumpa semalam pun kami berselisih
faham.
“Wokey... bestnya. Lama tak makan satay Kajang. Eh! Hubby
kau tak joint sekali ke?” Tanyanya dengan kening berkerut. Aku serba salah
untuk menjawab.
“Dia... dia busy. Malam ni... balik lewat.” Hanya itu
jawapan yang sempat aku reka. Mia terangguk-angguk.
“Mesti kau mengidam kan Dura? Cian baby ni... nanti auntie
Mia teman baby dan mama baby makan satay Kajang ye.” Aku tergelak kecil melihat
telatah Mia. Masih berperangai kebudak-budakan.
“Dura... boleh aku pegang perut kau? Macam teringin.” Dia
tersengih meminta kebenaran. Aku angguk saja. Letak saja Mia tangan di perutku,
aku terasa bayiku bergerak. Mulut Mia melopong.
“Eh! Dia bergerak. SUBHANALLAH...” Ucap Mia kagum. Aku
senyum kecil.
“Kalau nak merasa sendiri..cepatlah kahwin.” Saranku. Bukan
aku tidak tahu dia tengah syok bercintan cintun dengan akauntan ofis kami.
“Ala.. Relax la dulu. Kami masih muda. Kalau dah ready...
nanti kami melangkah ke gerbang perkahwinan.” Ucapnya selamba.
“Yelah tu... jangan tunggu lama-lama tau.” Pesanku. Mia
tergelak.
“Wei... aku minta diri dulu. Lunch nanti kita borak lagi k.”
Ucap Mia sebelum melangkah keluar. Aku tergeleng saja. Mia... Mia...
***
Tanpa dia di rumah ini membuatkan aku rasa orang bodoh. Tiga
bulan hubungan kami tergantung. Aku sudah menunggu hari untuk melahirkan. Aku
jadi ralat hidup sendirian. Selama ini... dia memanjakan aku sehingga aku
terlupa untuk hidup berdikari. Hari-hari yang aku lalui tanpa semangat. Di
pejabat pulak, aku pura-pura ceria macam biasa. Tidak mahu kawan-kawan berfikir
yang bukan-bukan. Apa yang mereka hairankan, rutin aku pergi dan balik kerja
dengan teksi. Abang mesej dengan aku supaya naik teksi yang dia sudah tempah
untuk aku sepanjang dia tiada. Sebelum ini… memang dia nak hantar aku pergi dan
balik. Abang.. Dura rindukan abang.. rintih hatiku. Dalam keadaan yang sarat
ini... aku rasa semakin lemah. Aku sengaja tidak mengajak emak menemaniku di
sini. Bimbang emak akan berfikir yang bukan-bukan.
Bunyi loceng rumahku membuatkan aku sedikit tersentak. Aku
menggagahkan diri membuka pintu. Emak dan along. Detik hatiku melihat mereka
berdiri di pintu pagar. Aku melangkah lambat-lambat membuka pintu pagar.
“Emak dengan along apa khabar?” Tanyaku ketika menyalami
mereka. Aku tidak sedap hati melihat wajah tegang along. Aku mempelawa mereka
masuk.
“Apa semua ni Dura? Please... explain kat along sebelum
along belasah dia.”
Belum sempat kami duduk, along melempar gambar-gambar itu di
depan meja. Aku ternganga melihat gambar yang along lemparkan. Dia berjalan
mundar mandir depan aku dan emak. Macam mana along boleh dapat gambar ni? Aku
telan liur pahit.
“Itu… itu..”
“Kau cakap Sauqi tu bukan pondan. Hah… ni apa ni? Gambar dia
kat atas pentas ni. Dia buat part time jadi model untuk fashion show ke apa?”
wajah along kemerahan. Marah. Aku terkulat-kulat di sebelah emak. Emak hanya
tergeleng saja.
“Dia.. dia..”
“Dia.. dia apa?” Sergah along.
Aku tidak mampu untuk
mencari kata-kata untuk menjawab soalan along.
“Itulah kau… dari dulu lagi aku larang kau kahwin dengan si
pondan tu. Kau tengok sekarang… dia kembali dengan perangai dulu-dulu.” Marah
Along. Dia mengepal-ngepal penumbuknya. Aku rasa, kalau abang ada di situ,
memang teruk abang menjadi mangsa tumbukan dia.
“Kalau dia masih macam tu. Baik kau minta cerai dari dia.”
Tegas along.
Kata-kata itu bagaikan halilintar. Aku gerun melihat
kemarahan along. Along jarang marah. Kalau dia marah, memang aku takut sangat.
Entah.. apa aku nak cakap lagi. Aku masih sayangkan abang. Dia suami aku. Tetap
akan jadi suami aku, kalau abang kembali pada aku.
“Along… cuba bawa bersabar. Dengar dulu apa kata adik. Bagi
peluang Sauqi untuk jelaskan. Tak baik menghukum tanpa mendengar penjelasan
dari dia.” Ujar emak lebih berdiplomasi.
“Nak dengar apa lagi mak? Mak tengok sendiri gambar tu kan..
Pondan tu....”
“Along… dia tu ada nama. Jangan nak kusutkan lagi keadaan.
Kesihan adik ni.” Celah emak lagi. Dia Nampak susah hati. Aku serba salah
melihat wajah mereka. Apa lagi hendak aku jawab.
“Along tak peduli. Adik kemas barang adik sekarang. Ikut
along dan emak balik rumah kita. Along nak adik tuntut cerai dari pondan tu.”
Tegas along. Aku terpana. Emak hanya tergeleng.
“Tapi long... adik tak nak bercerai.” Jawabku takut-takut.
“Tak nak bercerai? Habis? Kau nak bermadu dengan jantan?”
Bentak along. Aku menikus.
“Kemas barang kau sekarang.” Sergah along. Bahuku sedikit
terangkat. Terkejut mendengar sergahan along.
“Along... kesihan adik kau ni.” Celah emak.
“Kerana kesihanlah along nak adik berpisah dengan si pondan
tu mak. Mak sanggup tengok adik hidup dengan si pondan tu? Mak nak tengok adik
merana hidup dengan lelaki macam tu? Entah penyakit apa orang macam tu boleh
bawa.” Leter along.
Aku diam saja, terus bangkit ke bilik. Air mataku tumpah
bila satu persatu pakaianku aku letak ke dalam luggage. Emak masuk tidak lama
kemudian.
“Dura duduk je. Biar mak simpan.” Tegah emak sambil menarik
tanganku supaya duduk saja.
“Mak... mak rasa abang betul-betul pondan?” Tanyaku dengan
sendu yang bersisa. Kebisuan emak seakan menjawab segalanya. Siapa lagi yang
boleh sokong keyakinan aku yang abang bukan pondan? Siapa?
***
“Apa maksud ni Dura? Dura macam mereka juga? Tak percaya kan
abang?” Tanya abang dengan riak wajah nyata muram. Setelah along memaksa aku
mengikut mereka balik ke rumah. Aku mengambil keputusan berjumpa dengan dia,
tengah hari di tempat kerja dia. Dia mengajak aku ke tasik. Bimbang
perbincangan kami akan menjadi pergaduhan.
“Abang... Dura...Dura..” Aku serba salah.
“Abang bukan pondan, Dura. Apa yang berlaku dulu satu
kesilapan. Abang buat semua tu bersebab.” Ujarnya. Aku tidak faham apa yang
cuba dia sampaikan. Cerita yang masih ada tirainya untuk aku faham.
“Habis... apa sebabnya?” Tanyaku separuh mendesak.
“Abang tak boleh cakap dulu. Sampai masanya abang akan
explain satu persatu.” Balasnya. Aku makin rimas dengan semua ini. Rasa marah,
terdesak ingin tahu saling bertingkah.
“Kerana jawapan abang inilah Dura terpaksa ikut cakap along
bang. Abang pentingkan diri abang je.” Esakku tidak dapatku tahan. Aku
sayangkan dia. Kalau boleh... aku tak nak kehilangan dia.
“Jangan nangis sayang. Sayang..” Aku menepis tangannya yang
cuba membantuku mengesat air mata di pipiku.
“Dah.. jangan sentuh Dura..” marahku. Abang diam.
“Abang tahu tak, seksanya Dura tanggung semua ni. Abang apa
tahu. Dura tak nak kehilangan abang. Dura tak nak besarkan anak kita seorang
diri. Tapi bang... along dah desak Dura tuntut fasakh. Abang tahu tak..” Luahku
bersama tangisan.
Abang menarik aku ke dalam dakapannya. Mengusap lembut
belakangku. Aku menghamburkan tangis di dadannya. Biarlah dia tahu bebanan
perasaan yang aku tanggung. Biar dia terseksa sama.
“Abang akan berusaha selesaikan semuanya sayang. Abang akan
buat yang terbaik untuk sayang dan anak kita.” Pujuknya. Kucupannya singgah di
dahiku dan atas kepalaku yang bertudung silih berganti. Betapa aku rindu pada
suara dan belaian dia.
“Dura harap abang bukan seperti apa yang orang lain cakap.
Jangan ulang kesilapan lalu bang.” Ucapku perlahan. Abang hanya diam, tetap
mengemaskan pelukannya. Aku turut membalas, melerai kerinduan yang tertanggung.
Selepas ini... mungkin aku tidak berpeluang mendakapnya seperti itu.
***
“Berapa kali along nak cakap? Jangan jumpa si pondan tu...
kau memang degil Dura.” Herdik along sambil melemparkan gambar perjumpaanku
dengan abang, mingu lepas. Aku menggigil melihat kemarahan along. Tapi... siapa
pulak yang bagi dia gambar tu?
“Kenapa kau ni long? Sampai je terus nak marahkan adik?”
Tanya emak segera menghampiriku. Aku terus memeluk emak. Gentar along akan
bertindak di luar kawalan. Wajah dia nyata kemerahan. Marah.
“Mak tanya sendiri dengan anak kesayangan emak tu. Along dah
tak nak dia ada apa-apa hubungan dengan si pondan tu. Tapi... dia degil. Tak dapat jumpa kat
rumah, dia pergi jumpa kat tepi tasik tu. Mak tengok gambar tu.” Marah along
sambil menghulurkan handphone pada emak. Emak terdiam tapi turut memandang ke
arah skrin handphone along. Aku diam.
“Dia jumpa suami dia long. Bukannya orang lain.” Bela emak.
“Suami ke macam tu? Dia sendiri yang rosakkan hidup dia mak.
Kalau dia tak pilih si pon.”
“Along…”
Kami terkejut mendengar suara angah dari muka pintu. Bila
dia sampai? Kata-kata along turut terhenti di situ. Hatiku rasa dicarik-carik
setiap kali ada orang yang mengutuk abang. Tapi… aku tidak tahu apa alasan
untuk aku pertahankan dia, sedangkan gambar abang dengan pakaian wanita sudah
sampai ke tangan keluargaku. Aku malu.. tapi.. aku tidak sanggup kehilangan
abang.
“Kau kenapa baru sampai? Kau dah jumpa si pondan tu?” Tanya
along keras.
“Along jangan hina Sauqi macam tu.” Tegah angah.
Aku memandang wajah angah dengan rasa tidak percaya. Aku
ingat dia akan mengutuk abang macam along juga. Along mempamerkan wajah tidak
puas hati. Angah mengambil tempat di sebelah emak.
“Kau pun dah termakan dengan kata-kata si pondan tu. Hah...
kau tunggu sekejab. Aku ambil gambar si pondan tu.” Along berlalu ke biliknya.
Aku memandang angah dengan perasaan penuh tanda tanya. Emak hanya mampu
mengusap bahuku. Memujuk.
“Kau tengok gambar ni. Gambar si pondan tu tengah berpesta
sakan.” Herdik along sebaik sampai. Gambar abang berpakaian wanita dia hulur
kat angah. Angah diam memandang gambar itu. Aku hanya mampu membisu bersama
emak.
“Along tengok video ni pulak.” Ujar angah.
Mataku membulat mendengar suara-suara gelak dan teriakan
dari video yang angah buka. Darahku rasa naik ke kepala. Suara-suara dari dalam
video itu seakan mengheret aku kembali ke malam itu. Walaupun, aku tidak
melihat video itu. Tapi... aku tahu, video yang along tonton dalam handphone
angah itu video malam hitam itu. Aku menutup telingaku.
Aku tidak sanggup mengingati tragedy hitam itu... Malam
itu.. Ya malam yang hampir-hampir meragut kesucianku. Malam itu nyaris-nyaris
diperkosa oleh Ray dan kawan-kawan dia. Tapi… abang yang selamatkan aku. Abang
yang heret aku lari . Tapi… siapa pulak yang sempat merakam aksi dalam video
itu? Kenapa sudah bertahun baru video tu muncul? Atau… memang sudah lama video
tu ada kat you tube? Hatiku makin kuat berdebar. Ya ALLAH…
Aku tidak sanggup melihat wajah along dan angah. Mesti
mereka terkejut melihat aku dipeluk lelaki yang tidak mereka kenali malam itu.
Melihat bagaimana lelaki itu menarik bajuku sampai terkoyak di bahu. Aku tidak
sanggup.
“Jangan tengok long.. ngah..”
“Adik boleh explain apa maksud video ni?” Tanya angah dengan
suara tenang.
Along dan emak tergeleng-geleng. Ya… video itu kelihatan
mencurigakan. Tapi… aku berani bersumpah. Tiada apa-apa yang berlaku masa tu.
Ketika Ray baru hendak mendidihku. Abang telah memukul Ray dengan kayu. Abang
mengugut mereka dengan mengacukan pisau jika mereka berani menghampiri. Kami
berjaya melarikan diri. Walaupun akhirnya abang ditikam di perut selepas
mengalihkan perhatian Ray dan kawan-kawannya dari tempat aku bersembunyi.
“Macam mana angah dapat video ni?” Tanyaku dengar suara
bergetar.
“Angah nak adik jawab soalan angah tadi. Bukan adik tanya
angah balik.” Tegas angah.
Aku pandang wajah emak. Emak masih menunggu jawapan dariku.
Along terdiam. Mungkin juga menunggu aku menjawab.
“Adik.. adik mengaku… adik tak sebaik yang along dan angah
fikir selama ni.” Akuiku.
Mereka tergeleng dengan wajah kecewa. Along nampak kesal.
Angah masih memandangku menunggu penjelasan lanjut.
“Tapi… adik berani bersumpah ngah.. long… tak ada apa-apa
yang berlaku malam tu. Adik berjaya larikan diri dari mereka. Qiqi tolong adik
dengan acukan pisau pada mereka. Qiqi heret adik bersembunyi kan semak sebelah
jalan. Sumpah long.. sumpah ngah…” ceritaku dalam esakan.
Emak membawa aku ke dalam pelukan menenangkan aku. Aku sudah
bercerita semuanya pada emak sebelum ini. Dia lebih memahami. Tapi.. dia pun
macam aku. Baru tahu kewujudan video ini. Mungkin juga hatinya terluka. Mak…
ampunkan adik mak..
“Kenapa kau jadi macam ni dik? Kenapa kau boleh bergaul
dengan orang macam tu, dulu?” Tanya along dengan suara kesal. Dia tersandar.
“Adik fikir nak seronok je masa tu long. Adik nak bebaskan
diri dari dikongkong. Adik ingat… kebebasan boleh bagi keseronokkan pada adik.
Tapi.. adik silap long. Adik silap. Adik hampir kehilangan maruah adik kerana
nak cari kebebasan. Kalau tak ada Qiqi adik tak tau apa yang jadi malam tu.”
Jawabku dengan sendu yang bersisa.
“Qiqi tu.. Sauqi?” Tanya along lagi. Aku angguk.
“Sejak malam tu dia berubah long. Dulu ye.. memang dia
berperwatakan lembut. Dia ditikam selepas alihkan perhatian samseng-samseng tu
dari tempat persembunyian adik. Dia cakap.. dia
betul-betul ikhlas nak lindungi adik. Tapi… nampaknya… adik silap
menilai. Dia… dah kembali..”
“Tak dik.” Pintas angah.
Aku terdiam. Tiga pasang mata memandang angah tepat.
“Adik tau tak… sebab video ni.. Sauqi sanggup jadi macam tu
semula. Dia terpaksa dik. Dia buat macam tu untuk selamatkan maruah adik. Ada
orang ugut dia nak sebarkan video ni kat internet kalau Sauqi tak jadi boneka
pada malam adik cekup dia kat party tu.” Terang angah. Aku tergamam. Emak
mengucap panjang.
“Malam tu je dik.. malam tu je dia buat macam tu. Ada orang
nak pedajal korang.” Jelas angah. Wajahnya menahan kemarahan, atau mungkin
geram. Tapi… macam mana angah boleh dapat video ni?
“Mana angah tau hal ni?” Emak bertanya selepas dari tadi
hanya menjadi pendengar.
“Angah jumpa masa kami serbu kat rumah suspek pecah rumah
kat Taman M semalam.” Beritahu angah. Kami sekali lagi terkejut.
“Kita kenal penjahat? Siapa dia ngah?” Desak along.
“Rizky.” Jawapan angah sudah dapat aku teka. Dialah dalang
sebenarnya.
“Siapa Rizky?” Tanya along. Mereka memang tidak pernah tahu
siapa Rizky tu.
“Dia.. dia ex-boyfriend adik. Dia… dialah yang pertaruhkan
adik pada malam hitam tu dalam lumba kereta haram.” Jelasku. Sekali lagi along
dan angah tergeleng. Melihat wajah kecewa mereka membuatkan rasa bersalah makin
kuat bergayut. Tambah-tambah bila teringatkan abang.
“Angah dah dapat tangkap dia?” Tanya emak.
“Tak. Tapi, angah dah soal siasat salah seorang ahli ninja.
Tak sangka Rizky ketua geng ninja. Kumpulan pecah rumah yang kami cari selama
ni. Tapi… sampai sekarang kami masih belum berjaya tangkap Rizky. Dia sempat
larikan diri dalam serbuan semalam.” Beritahu angah lambat-lambat. Aku ternganga.
Sekali lagi rasa kena renjatan elektrik.
“Adik takut… dia sebarkan video adik tu.” Luahku perlahan.
“Adik tak payah risau lagi. Lap top dia dah dirampas. Video
adik takkan tersebar. Angah dah deletekan. Ini… angah ambik video ni untuk
minta penjelasan adik. Angah nak dengar sendiri dari mulut adik. Angah dah
dapat jawapan. Sekarang angah akan delete.” Cerita angah. Aku sedikit lega.
Tapi… hatiku tidak tenteram mengenangkan
abang. Macam mana dia sekarang? Aku harus jumpa dia. Dia… dia banyak berkorban
untuk aku.
“Macam mana angah tau, cerita pasal abang di paksa jadi..
jadi..” aku serba salah untuk menyebutnya.
“Sebenarnya… serbuan itu atas maklumat Sauqi. Dia minta
angah tolong dia untuk siasat hal video tu. Dari situ angah tau, dia diugut supaya
kembali jadi pondan untuk malam tu sebagai syarat supaya Rizky serahkan video
tu pada dia. Tapi… tak sia-sia juga angah intip Rizky tu. Intipan tu membawa
kami kepada penangkapan ahli kumpulan ninja.” Cerita angah. Kami hanya
terangguk-angguk. Nasib baik juga abang kedua aku ni seorang inspector polis.
“Mak.. adik bersalah kat abang.” Ucapku kesal sambil
melentokkan kepala ke bahu emak.
“Adik pergi cari suami adik. Kembali pada dia.” Ucap emak.
Aku pandang wajah dia dengan pandangan yang kelam. Air mataku semakin lebat
mengalir. Nyata… abang tidak sejahat yang disangka.
***
Aku meminta angah menemani aku sampai ke depan pintu lift
saja. Aku tak nak menyusahkan dia. Lagipun, dia nak masuk bertugas lagi lepas
ni. Sepanjang menunggu lift sampai ke tingkat tujuh, aku merangka ayat yang
sesuai untuk memohon maaf dari abang. Aku takut dia enggan memaafkan aku.
Ketika aku memulas pintu apartmen, aku sedikit hairan bila
pintu tidak berkunci. Ruang depan sedikit berselerak. Takkan abang tak kemas.
Setahu aku… abang seorang yang rajin mengemas. Langkahku terhenti melihat abang
duduk di kerusi yang menghadap ke tingkap besar. Dia tidak sedar kehadiranku
memandangkan kerusi itu membelakangkan aku.
“Abang…” Panggilku. Abang tidak menyahut. Aku jadi serba
salah.
“Abang… ampunkan Dura bang… Dura tak tau. Dura…” Aku tidak
mampu bersuara bila mengenangkan rasa bersalah aku. Abang diam masih tidak mahu
menoleh. Hatiku tidak keruan melihat dia diam saja. Marah betul dia pada aku.
“Abang…” Panggilku. Aku tidak sedap hati melihat dia tidak
berkutik sedikitpun. Perlahan-lahan aku melangkah ke depannya. Mataku terbeliak
melihat darah di dadanya. Ya ALLAH… Peristiwa dia ditikam beberapa tahun lalu
terbayang di mata.
“Abang..” Aku sudah berteriak.
“Abang.. bangun bang… bang..” Panggilku mengusap kepalanya.
Aku terus meletak jari di hidungnya. Dadaku sedikit lega merasa hembusan
nafasnya. Cepat-cepat aku menyelongkar handbag mencari handphone. Tapi, tiada.
Mungkin lupa kat rumah emak.
Aku segera berlari ke arah telefon rumah. Aku tidak tahu,
apa yang aku pijak. Kakiku tersadung. Badanku rasa melayang sebelum aku merasa
kesakitan yang amat sangat pada seluruh badanku. Ya ALLAH... pandanganku rasa
berpinar.
“Abang…. Ya ALLAH… sakitnya. Tolong…” Aku cuba berteriak.
Tapi… suaraku tidak mampu aku besarkan. Aku tidak mampu menahan air mata.
“Ya ALLAH…selamatkanlah kami ya ALLAH… abang.. bangun bang…
Dura sakit bang..” tangisku. Aku mengensot cuba mendapatkan dia. Kakinya aku
tarik. Kesakitan pada perutku membuatkan aku makin kuat menangis. Ya ALLAH..
sakitnya.
“Abang…” nafasku rasa sesak. Aku tidak mampu membuka mata.
“Du..Dura..” suara itu membuatkan aku sedaya upaya membuka
mataku.
“Abang.. sakit bang..” Tangisku. Dalam kelam pandanganku aku
melihat dia sedaya upaya untuk bangun.
“Sabar sayang.. sabar.. abang bawa Dura ke hospital ye.” Pujuknya
bersama usapan di pipiku. Aku tidak mampu bersuara. Hanya esakan yang
terkeluar. Kesakitan itu membuatkan aku jadi kaku. Tidak mampu untuk bergerak.
Apa yang aku rasa.. abang cuba mengendongku. Ya.. Abang membawa aku keluar dari
apartmen itu.
***
“Dura..” Suara itu dekat di telingaku. Aku membuka mata
perlahan-lahan. Wajah emak pertama kali menyapa pandanganku. Dia mengusap-usap
lembut rambutku. Along dan angah pun ada disitu. Mana abang?
“Mana abang?” Tanyaku memandang wajah emak.
“Adik rehatlah dulu. Adik tak sihat lagi ni.” Pujuk emak.
Hatiku rasa berdebar. Aku terus teringatkan kandunganku.
Pantas aku meraba perutku. Hah? Kempis? Air mataku terus mengalir.
“Mana anak adik mak? Dia selamat kan? Mana dia? ” Tanyaku
dengan suara bergetar. Hatiku berdoa agar anak aku selamat. Anak aku dan abang.
Kalau diikutkan.. memang aku tengah menunggu hari untuk melahirkan.
“Alhamdulillah… dia selamat. Cuma masih dalam bilik baby
sayang. Adik dapat anak perempuan. Comel. Muka iras papa dia.” Beritahu emak.
Aku meraup tangan ke muka dengan ucapan Alhamdulillah. Ya ALLAH… syukur..
tapi.. abang macam mana?
“Abang macam mana?” Tanyaku pantas.
“Adik... adik rehat dulu. Jangan fikir hal lain. Dura masih
lemah tu.” Pujukan emak membuatkan aku makin berdebar. Emak seolah
menyembunyikan sesuatu.
“Angah?” Wajah angah aku pandang.
“Betul cakap emak tu dik.. adik rehat dulu. Nanti...”
“Kenapa semua orang tak faham perasaan adik? Kenapa semua
orang tak nak berterus terang?” Tangisku. Emak dan angah nampak gelabah. Along
menghampiri kami. Aku memandangnya menagih jawapan.
“Adik.. Sauqi tak ada..”
“Hah? Abang dah tak ada? Ya ALLAH… adik banyak dosa kat
abang. Along.. along tipu kan? Along jahat. Along memang tak sukakan abang..”
tangisku memeluk lengan emak.
“Adik... hei... apa adik cakap ni?” Emak cemas memelukku.
“Sampai hati abang tinggalkan adik mak... adik dan anak kami
masih perlukan dia. Kesihan anak kami mak... dia tak sempat..”
“Dura.. apa Dura merepek ni?”
Aku terkejut mendegar suara itu. Sekali lagi aku ternganga
memandang wajah itu. Angah memberi ruang tok abah menyorong kerusi roda itu
menghampiri aku.
“Abang?” aku tergamam. Abang tersenyum tawar. Mukanya
sedikit pucat.
“Along cakap.. along cakap abang tak ada..” aku rasa tidak
percaya.
“Itulah… orang belum habis cakap dia dah melalak tahap tak
ingat. Along nak cakap Sauqi tak ada kat sini. Dia jenguk anak korang.”
Tempelak along.
Aku tersipu malu. Masing-masing menahan gelak dengan senyum
simpul. Wajahku rasa panas.
“Abang sihat tak?” Tanyaku. Dia masih mengengam tanganku.
Ahli keluargaku yang lain keluar dari wad itu, memberi ruang aku dan abang
berbual berdua.
“Abang sihat je. Sayang macam mana? Dah okey sikit?”
Tanyanya. Aku angguk menahan rasa hati.
“Ampunkan Dura bang.. Dura bersalah kat abang. Dura..”
Kata-kataku mati di situ. Bila jari telunjuknya hinggap di bibirku. Dia
menggeleng.
“Dura.. semua orang buat silap. Abang tak boleh salahkan
Dura, sebab Dura salah faham. Abang pun salah sebab tak berterus terang dengan
Dura. Abang biarkan Dura fikir macam-macam. Masa tu… abang Cuma fikir nak
selesaikan masalah ni sendiri. Lepas selesai, abang ingat memang nak berterus
terang dengan Dura. Tapi… tak sangka.. jadi macam dua hari lepas.” Balas abang.
“Hah? Dua hari?” Aku terkejut. Maknanya.. dua hari aku tidak
sedarkan diri?
“Ha a sayang. Anak kita lahir pun.. melalui pembedahan.
Abang takut sangat tengok sayang tak sedar. Abang tak boleh kehilangan sayang.
Abang tak boleh..” Ucapnya sebak. Aku turut sama sebak.
“Macam mana hal ni boleh berlaku bang? Apa yang terjadi
sebenarnya?” Tanyaku.
Abang menarik nafas dalam-dalam. Satu persatu dia ceritakan.
Ya ALLAH… terima kasih kerana masih menyelamatkan kami.
Terima kasih di atas kurniaan ini. Menurut cerita abang… Sebelum aku sampai
malam itu, Rizky datang mendesak abang untuk memberi duit 30 ribu ringgit untuk
dia melarikan diri. Tapi.. abang tidak ada wang tunai sebanyak tu. Rizky naik
darah dan menikam abang dengan pisau.
Ketika abang mengangkat aku ke hospital pun… nasib baik
jiran depan rumah kebetulan baru sampai dari makan malam kat luar. Dua orang
pemuda itu yang membantu membawa kami ke hospital.
Menurut abang juga, Rizky telah berjaya diberkas dalam
sekatan jalan raya semalam. Rizky cuba melarikan diri ke Thailand. Nasib baik
juga dia tak sempat meloloskan diri.
“Anak kita macam mana?” Tanyaku. Aku belum berkesempatan
memeluk dan memandang wajah buah hati kami itu. Hatiku rasa tidak sabar.
“Alhamdulillah… Nadira sihat. Cuma… dia masih dalam
incubator. Dia kena kuning sikit.” Beritahu abang.
“Alhamdullillah… dia ikut muka siapa?”
“Mestilah muka papa dia yang hensem ni.” Ucap abang. Aku
mencubit pehanya.
“Perasan.” Balasku tersenyum bahagia. Tidak sabar untuk
melihat anak kami itu.
“Tak percaya sudah. Jangan kecil hati tau tengok muka dia
betul-betul iras abang. Anak papalah katakan?” Dia tersenyum bangga. Aku hanya
gelak saja melihat keriangan dia. Alhamdulillah.. tak kisahlah ikut muka siapa.
Janji dia sihat.
“Tak apa… orang cakap anak perempuan memang selalu ikut muka
ayah dia. Lepas ni, kalau kita dapat anak lelaki. Mesti ikut muka Dura.”
Balasku.
“Wah… ini memang best. Nampaknya… tahun depan ada peluang
nak tambah satu lagi.” Dia gelak.
“Jangan harap bang… Dura kan caesarean.. mana boleh beranak
rapat.” Aku sengaja mengingatkannya.
“Ala… nampaknya…
lambat lagilah nak tambah lagi satu. Tak apalah… lambat ke cepat.. kalau boleh…
Nadira ada enam lagi adik.” Ujarnya. Aku hanya tergeleng dalam senyuman. Iya
sangatlah tu. Macam dia pulak yang beranak.
Alhamdulillah… setelah apa yang kami lalui, kami masih tetap
bersama. Peristiwa yang lalu akan aku jadikan pengajaran untuk masa hadapan.
Aku bersyukur dikurniakan abang sebagai suami. Dia betul-betul suami yang baik.
Hati dia cantik… jiwa dia lembut. Tapi… abang bukan pondan. Ya… dia lelaki
sejati. Hehehe. Aku bahagia dikurniakan suami macam dia. Dia tidak cepat marah
dan sangat pemaaf.
Syukur tidak terhingga juga, anak kami Nadira selamat dan
sihat. Aku sangka aku akan kehilangannya. Nyata… TUHAN masih mahu memberi
peluang si kecil itu menemani kami suami isteri. Aku berjanji tidak akan
mensia-siakan peluang ini. Aku sentiasa berdoa, agar bahagia ini sentiasa
mengiringi keluarga kami. Semoga terus berkekalan hingga ke Jannah.
p/s: Salam... citer ni dah siap edit. mgkn de gak slh ejaan.
Jd makin best cerpen ni...
ReplyDeleteLg bestvyg sebelumnya..