Monday, March 11, 2013

Sucinya Cinta



Ilyani duduk di koridor merenung suasana malam itu. Cahaya yang dipantulkan oleh bulan menerangi di sekeliling kawasan perumahannya. Dia mengalihkan pandangan ke arah bulan merenung sambil mengingati wajah seorang jejaka yang sekian lama bertahta di hatinya. Sekian lama terpisah..sekian lama juga hatinya merindu.
Afiq… nama itu bergema di dalam hatinya. Dia pergi kerana kerana silapku. Dia pergi dengan hati terguris. Bukan aku tak cinta, tapi.. aku punya tanggung jawab lain. Dan pilihan yang aku buat, menambah deritaku. Kerana pilihan itu, aku dihinggap perasaan bersalah dan hati wanitaku dilukai dengan teruk sekali. Ilyani mengeluh mengenang semula kisah cinta pertamanya.
“ Afiq… maafkan Ilya. Maafkan Ilya kerana tidak mempertahankan cinta kita.” Rintih Ilyani. Dia tersentak mendengar suara anak kecil merengek, cepat-cepat dia masuk ke bilik.
“ Mama..” rengek anak comel itu. Ilyani segera mendaki katil dan memeluk anak kecilnya. Sejak bermimpi di kejar hantu dua hari yang lalu, Ajmal tidak mahu lagi tidur berseorangan. Malam-malam dia akan ke bilik ibunya untuk tidur di situ.
“ Mama ke mana?” Soal Ajmal dalam esak kecil. Ilyani simpati melihat tubuh kecil anaknya menggigil. Mungkin Ajmal takut ditinggal sendirian dan mengingatkannya kepada mimpinya dulu.
“ Mama tak ke mana sayang..Mama kat luar kejab tadi. Janganlah menangis lagi sayang.. Amal anak mama seorang yang berani.” Pujuk Ilyani sambil menghadiahkan kucupan ke dahi puteranya itu. Tangisan Ajmal mula reda, Ilyani menepuk-nepuk bahu anak lelakinya yang berusia 6 tahun itu supaya kembali menyambung lena.
“ Amal nak tidur dengan mama…dekat mama..” esak anak itu lagi. Ilyani tersenyum dan mengangguk. Dia merenung dalam-dalam wajah anaknya yang sudah memejamkan mata itu. Melihat iras wajah Ajmal,dia kembali terheret ke peristiwa lalu. Wajah Ajmal iras benar dengan wajah Arwah suaminya, Zaki. Zaki bukan lelaki yang baik, luka yang dihadiahkan lelaki itu amat menyentap hatinya. Namun, sayang yang dipupuk semenjak menjadi isteri lelaki itu masih menebal, setianya tetap ada untuk arwah suami yang telah lama tiada.


“ Kenapa mak? Kenapa mak setuju dengan permintaan mak long? mak kan tahu… Ilya bencikan Zaki, anak mak long tu. Kaki botol, kaki judi, angkuh, sombong.” Rasa yang berbuku di hati di luahkan. Ilyani memang tidak suka kepada sepupunya itu. Mentang-mentang anak tunggal, perangai macam hantu. Aku pun anak tunggal jugak, tapi tak adalah perangai macam dia tu.
“ Mak tak dapat nak kata apa-apa. Mak long kau terlalu mendesak. Ilya..kalau kita tolak, apa pulak kata mereka? Hubungan kekeluargaan kita akan terputus. Kita dah tak ada sesiapa selain Mak long dan abang Zaki kau.” Emak memberi alasan yang memeningkan kepala aku. Hatiku kecewa dengan keputusan emak, tapi aku jugak faham kedudukan emak. Emak tersepit antara kasihnya kepadaku dan rasa hormat terhadap Mak long, satu-satunya keluarga terdekat kami di muka bumi ini. Ayah telah tiada, pergi bersama keluarga sebelah ayah dalam nahas jalan raya.
“ Ah…mak bukan tak tau perangai Zaki tu. Lagipun…mak kan tau..Ilya masih cintakan Afiq. Ilya nak tunggu dia.” Tegas Ilyani. Cintanya pada Afiq tak pernah luak dari dulu lagi. Pn. Rohani mengeluh melihat kemarahan anak daranya. Satu-satunya anak yang dia ada. Dia sendiri pun serba salah dengan permintaan kakaknya mahu menjodohkan anak bujang kakaknya dengan anak daranya itu. Alasannya mahu Zaki berubah dan harta pusaka tidak terlepas ke tangan orang lain.
“ Ilya…Ilya pasti ke Afiq pun cintakan Ilya? Entah-entah kau hanya bertepuk sebelah tangan.” Kiranya itu saja ayat untuk menutup mulut Ilyani. Pilihan ayat itu nyata tepat sekali. Ilyani terdiam. Dia buntu, cinta Afiq dalam kesamaran. Afiq tidak pernah mahu serius bila berbual dengannya. Luahan cinta dari mulut Afiq diselang seli dengan gurauan yang menjadikan Ilyani dalam dilemma.
“ Suka hati mak lah. Ilya ikut aje…kalau itu yang mak fakir baik untuk Ilya.” Putus Ilyani lantas bangun dari kerusi untuk masuk ke dalam biliknya.
“ Cuti semester depan, perkahwinan kau berdua akan berlangsung.” Teragak-agak Pn. Rohani bersuara. Ilyani tiba-tiba terhenti mendengar berita itu.
“ Apa mak? Semester depan?” Ilyani terperanjat.
“ Hmm..mak long kau nak cepat.”
“ Tapi… Ilya kan masih belajar lagi. Lagi setahun nak habis..” keluh Ilyani.
“ Tak apa…Kampus kan dekat je dari rumah mak long kau. Kau boleh ulang alik dari sana.” Ilyani menghembus nafas berat. Dia berlalu ke bilik, mengurung dirinya disitu.



            Afiq tergamam melihat kad jemputan di tangannya. Dia amati betul-betul nama yang terpahat indah di atas kad yang berwarna perang itu.
            “What is this Ilya? Are you joking? Cakap betul-betul kat Afiq?” Tanya Afiq mengawal rasa di hati. Bergetar tangannya, nafasnya turun naik tidak sempurna. Akalnya masih menolak kesahihan berita itu.
            “ Itu..kad jemputan perkahwinan Ilya dengan Zaki. Ilya harap Afiq dapat hadir.” Balas Ilyani perlahan-lahan. Dia melarikan pandangan di sekitar taman untuk mengelak Afiq mengesan matanya yang berkaca. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Dia tidak sanggup menentang pandangan Afiq. Dia langsung tidak menyedari wajah lelaki itu jugak berubah.
            “ Kenapa Ilya? Kenapa semua ni terlalu cepat?” persoalan demi persoalan yang keluar dari mulut Afiq. Hatinya remuk, terhiris kecewa.
            “ Semuanya keluarga yang aturkan. Perempuan macam kami ni di pihak menunggu. Kebetulan mak long masuk meminang, mak dah terima. Ilya ikut aje.” Jawab Ilyani. Dia duduk membelakangi Afiq. Air matanya mengalir lesu di pipi dikesat sepintas lalu.
            “ Kenapa tak tunggu Afiq?” lirih sekali suara Afiq. Ilyani terkejut mendengar lelaki itu menangis kecil. Dia menghadap Afiq. Dia terperanjat melihat pipi lelaki itu sudah lencun dengan air mata.
            “ Kenapa tak cakap dari dulu lagi? Kalau tak…Ilya akan tunggu, walau berapa lama pun. Tapi…sekarang..” sedu Ilyani. Kata-katanya tersekat-sekat kerana diselang seli dengan esak tangisnya.
            “ Afiq tunggu masa yang sesuai. Kita kan masih belajar lagi. Tak boleh ke Ilya ubah keputusan ini? Pertahankan cinta kita.” Afiq memaut bahu Ilyani. Ilyani menyebamkankan wajahnya ke dada jejaka itu, tersedu-sedu di situ.
            “ Perkahwinan kami dah ditetapkan dua minggu lagi Afiq. Tak boleh nak ubah apa-apa lagi Fiq… Ilya pinta..kita saling melupakan cinta bodoh kita.” Pinta Ilyani sambil meleraikan tangan Afiq di tubuhnya. Dia rasa kekok begitu, tidak pernah dia membenarkan mana-mana lelaki bukan muhrimnya memeluknya sebelum ini. Tapi..dia seakan terikut dengan emosinya sebentar tadi.
            “ Cinta bodoh? Ilya tak tau betapa dalamnya cinta Afiq pada Ilya. Ilya tak tau.. sejauh mana sayang Afiq pada Ilya.” Rintih Afiq, tidak segan silu menangis. Ilyani semakin kuat tersedu, sudah lama dia menanti kalimat itu. Tapi..sekarang sudah terlambat untuk semua itu menjadi saat bahagia.
            “ Kita kahwin lari, Ilya.” Cadang Afiq.
            “ Tak! Tak boleh Afiq.” Putus Ilyani. Dia tidak dapat gambarkan kekecewaan keluarganya kalau dia berbuat begitu.
            Pertemuan petang itu berakhir di situ sahaja. Ilyani balik dengan cinta yang tidak kesampaian. Afiq pergi dengan sejuta kekecewaan. Selepas perkahwinannya, Afiq terus pergi. Semenjak dari hari itu Ilyani tidak mendengar berita tentang Afiq lagi.selepas Afiq pergi, dia baru tahu Afiq telah memohon bertukar tempat belajar di luarnegara. Ilyani tahu Afiq kecewa dengan keputusannya.
            Namun perkahwinan yang dibinanya merupakan hari-hari sedihnya. Zaki tidak pernah mahu berubah. Dia sedar dari mula lagi Zaki tidak suka dipaksa berkahwin, Zaki masih mahu hidup membujang. Tetapi Zaki setuju jugak sebagai memenuhi permintaan emaknya, seperti dia jugak. Tapi bezanya, hanya dia yang memupuk rasa cinta kepada suaminya. Kesetiaan dan kepatuhannya dibalas dengan tuba. Saban hari hari Zaki balik dengan botol arak di tangan. Kebiasaan berjudi dan minum arak tidak pernah berubah walaupun sudah beristeri.
Sumpah seranah dan sepak terajang adalah hadiah perkahwinan yang di terima oleh Ilyani hampir setiap hari. Mujur anak dalam kandungan Ilyani tidak menjadi mangsa panas baran Zaki. Emak Zaki sendiri memang tidak mampu lagi mengawal Zaki, saban hari jugak orang tua itu berendam air mata bersama menantunya. Pn. Salina rasa sangat menyesal dengan tindakannya menjodohkan anaknya dengan anak adiknya itu.
Ketika kandungan Ilyani menjangkau usia tujuh bulan, Zaki ditimpa kemalangan dan terlantar di hospital. Ilyani patuh menjaga suaminya dengan perasaan cinta tidak berbelah bagi. Ilyani tahu, suaminya menyesal kerana melayannya dengan buruk semenjak menjadi suami isteri. Sinar keinsafan terpancar dari sinar mata dan usapan suaminya yang hanya mampu mengangkat tangan kanan ketika itu meyakinkan hati Ilyani yang Zaki sayangkannya.
Kecederaan dalaman di bahagian saraf tunjang Zaki tidak dapat dirawat. Saraf tunjangnya rosak teruk. Zaki kembali ke Rahmatullah selepas hampir sebulan terlantar. Ilyani menangis sambil dipeluk oleh emak dan mentuanya. Sanak saudara jauh dan kenalan-kenalan simpati isteri yang ditinggalkan ketika sarat mengandung. Berminggu-minggu Ilyani seperti hilang arah,walaupun menderita akibat perbuatan suaminya, namun rasa cinta yang dipupuk semenjak bergelar isteri masih terasa.
Dia tambah pilu di saat melahirkan anaknya, tiada suami menemankannya melahirkan. Zaki telah pergi meninggalkannya seorang putera yang comel, wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Zaki sendiri. Ajmal adalah hadiah perkahwinan yang paling berharga yang pernah Arwah Zaki berikan kepadanya.


            “ Hmmm… Mak cik ni..kena diet. Masa makan jangan ambik makanan yang berkolestrol sangat. Nanti darah mak cik naik lagi.” Nasihat Dr. Afiq kepada Pn. Salina.
            “ Dah tua doktor..banyak macam aje penyakit. Tak payah berpantang pun kalau penyakit dah nak datang.” Dr. Afiq tersenyum mendengar omelan pesakitnya itu. Sedikit lucu dengan tutur kata dan mimik muka orang tua di hadapannya.
            “ Mak cik ada anak dengan cucu? Berapa orang?” Tanya Dr. Afiq.
            Berkerut dahi Pn. Salina mendengar pertanyaan doctor muda itu, tapi tetap menjwab soalan.
            “ Anak dua…cucu…sorang.” Balas Pn. Salina.
            “ Ha…kalau macam tu, tentu anak-anak dan cucu mak cik nak ibu dan nenek dia sihat.” Tambah doktor muda itu sambil melemparkan senyuman mesra. Pn. Salina tertawa. Dia senang dengan keramahan doktor di depannya.
            “ Mak cik ke sini dengan siapa?” Tanya Dr. Afiq lagi, sambil berbual mesra dia ligat mencatat laporan kesihatan pesakit di depannya.
            “ Dengan anak dan cucu. Mereka di bilik sebelah, cucu mak cik tu demam sikit. Tidur malam menangis, dia cakap ada hantu kejar dia.” Cerita Pn. Salina. Dr. afiq tertawa. Selepas selesai menulis sesuatu di atas kad, doktor itu menyerahkan kembali kad itu kepada Pn. Salina. Pn. Salina meminta diri beredar dari situ.




“ Dah selesai ke mak?” Tanya Ilyani. Pn. Salina tersenyum manis kepada menantunya. Matanya meliar ke sekeliling.
            “ Mana Amal?” Tanya pn. Salina melihat cucu kesayangannya tiada di situ.
            “ Oh… Amal ke toilet. Dia tak nak Ilya temankan. Dia cakap dia dah besar.” Cerita Ilyani. Meletus tawa Pn. Salina, dia mengusap-usap bahu menantunya itu. Kini pada Ilyani tempat dia bergantung harap. Ilyani menantu yang baik. Dia rasa berdosa di atas penderitaan menantu yang jugak anak saudaranya itu ketika menjadi isteri arwah anaknya. Sekarang Ilyani pun tinggal yatim piatu, kerana emak Ilyani meninggal hujung tahun lepas akibat sakit buah pinggang.
            “ Mak..” tegur Ilyani melihat mentuanya seakan termenung. Pn. Salina tersentak.
            “ Eh! Mak nak ambik ubat. Ilya tunggulah kat kat kantin. Amal tentu akan ke situ.” Ucap Pn. Salina. Dia kenal benar dengan perangai cucunya itu, kalau menemaninya ke situ, pasti melencong ke kantin di situ.
            “ Biarlah Ilya yang ambilkan.”
            “ Biar mak ambil sendiri. Ilya tunggu je kat kantin.” Ucap Pn. Salina pantas berlalu. Dia tidak mahu menyusahkan Ilyani.
            Ilyani mencari meja kosong dan duduk di situ, sambil menunggu anak dan mentuanya. Matanya meliar mencari kelibat anaknya, walaupun Ajmal sudah biasa di situ, tapi kerisauannya tidak dapat dihindar.
            “ Mama…” Ilyani tersenyum mendengar jeritan Ajmal memanggilnya, dia menoleh. Tapi senyumannya mati melihat lelaki yang sedang memimpin tangan anaknya. Lelaki itu tergamam tapi tetap meneruskan langkah menghampiri apabila Ajmal menarik tangannya mendekati mamanya.Dr. Afiq tergamam lagi melihat anak kecil yang dipimpinnya tadi meluru pantas memeluk gadis yang suatu masa dulu membuatkan dia kecewa separuh gila. Namun hatinya tetap berbisik, aku merinduinya.
“ Uncle…nilah mama Amal. Mama… uncle ni..kawan Amal.” Ajmal masih memeluk mamanya manja. Ilyani tidak mampu bersuara, dia melarikan pandangan ke arah anaknya sambil mengucup ubun-ubun anaknya.
            “ Ilya?” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Dr. Afiq. Ilyani masih tertunduk, tidak sanggup menatap wajah yang dirinduinya dalam diam itu.
            “ Boleh Afiq duduk?” Tanya Dr. afiq. Ilyani hanya mampu mengangguk.
            “ Anak berapa sekarang?” Tanya Dr. Afiq.
            “ Sorang ni aje..” jawab Ilyani sedaya upaya menahan perasaan. Dia memeluk Ajmal erat bagi meredakan perasaannya yang gementar apabila bertemu pandang dengan jejaka itu..
            “ Zaki mana? Dia apa khabar?” Tanya Afiq lagi.
            “ Ayah dan mening” Ilyani menutup mulut Ajmal pantas. Dia berbibisik ke telinga anaknya agar anaknya mendiamkan diri saja. Ajmal akur walaupun ada protes. Bibirnya sengaja dimuncungkan.
            “ Dia..dia okey…” Dalam getar Ilyani menjawab.
            “ Amal… jom kat uncle. Amal kan dah besar, berat mama nak dukung.” Panggil Dr. Afiq. Ajmal pantas aje meluru ke arah doktor muda. Ilyani hairan sendiri melihat anaknya yang mudah mesra dengan lelaki itu sedangkan sebelum ini anaknya itu amat sukar untuk beramah mesra dengan orang lain.
            “ Eh! Dr. Afiq.” Sapa satu suara. Afiq, Ilyani, dan Ajmal serentak menoleh ke arah suara itu. Sedikit sebanyak Pn. Salina senang melihat mereka bertiga di situ. Dia teringatkan arwah anaknya yang telah pergi, kalaulah arwah Zaki masih hidup, Ajmal tidak akan kehilangan ayah ketika masih di dalam kandungan lagi. Dia yakin selepas kemalangan itu dulu Zaki telah berubah. Ketika hampir ajalnya Zaki sempat berpesan dia izinkan Ilyani mencari kebahagian di samping orang lain nanti. Dia sendiri pun tidak menghalang Ilyani untuk mencari pengganti anaknya, tapi..Ilyani sendiri yang sukar menerima orang lain. Bukan tidak ada orang berkenan dan masuk meminang.
            “ Emak kenal ke dengan Afiq? Errr.. Dr. Afiq?” Pn. Salina tersentak. Dia tersenyum dan mengangguk perlahan. Ilyani menarik lembut tangan mentuanya duduk di kerusi di sebelahnya.
            “ Hmm.. Dr. Afiq ni yang merawat emak tadi. Jemputlah makan bersama kami doktor. Amal ni…kalau ke sini mesti ke kantin ni.” Beritahu Pn. Salina. Afiq angguk setuju, Ilyani tidak terkata di depannya. Dia perasan mata Afiq bersinar terang ketika curi-curi melihatnya.
            “ Afiq berapa orang anak sekarang?” Tanya Ilyani. Dia sendiri pun terkejut dengan soalannya, dia perasan perubahan wajah Pn. Salina.
            “ Err…sebenarnya mak… Afiq  ni kawan lama Ilya dulu.”
            “ Oh.. patutlah kadang-kadang nampak biasa dan kadang-kadang kekok je tadi. Doktor dah kahwin? Anak berapa?” Tanya  Pn. Salina sambil tergelak kecil. Tapi hati tuanya dapat membaca bahawa ada cerita tersendiri di antara dua insane itu.
“ Belum mak cik. Belum sampai jodoh. Hmm.Biar Afiq pesan makanan, hari ni biar Afiq belanja. Amal nak ikut uncle?” ajak Afiq pada anak kecil yang duduk manja di dalam pangkuannya. Ajmal seronok aje diajak Afiq.
“ Lawakan doktor tu Ilya. Kawan lama Ilya yang mana ni? Tak pernah mak dengar Ilya cerita tentang dia.” Soal Pn. Salina, sengaja mahu mencungkil rahsia hati menantunya itu. Dia mahu Ilyani mencari kebahagiaannya sendiri untuk Ajmal jugak.
“ Errr… kawan Ilya di U dulu. Tapi dia tak habiskan pelajaran kat sana, dia belajar di luar negara.” Balas Ilyani, dia tidak selesa berbual tentang Afiq.
“ Hmmm… Amal nampaknya sukakan Dr. Afiq tu.” Komen Pn. Salina selamba. Ilyani terpempan mendengar kata-kata mentuanya itu. Dia hanya mendiamkan diri, ketika itu dia melihat Afiq dan Ajmal menghampiri meja itu. Dia meminta diri ke bilik air sebelum Afiq sampai ke situ.
“ Nek…mama ke mana?” Tanya Ajmal pantas. Ajmal memang manja dengan mamanya.
“ Mama Amal ke bilik air, dia takkan tinggalkan Amal..” balas Pn. Salina. Pipi comel cucunya diusap perlahan.
“ Nek… bestlah uncle ni… Amal nak ada ayah macam uncle ni. Kawan-kawan Amal semua ada ayah.” Ucap Ajmal. Afiq tersentak mendengar kata-kata dari mulut comel anak kecil itu. Pn. Salina menahan pilu, dia tahu Ajmal sangat rindukan belaian dan kasih sayang seorang ayah..
“ Ayah.. amal…. Errr…” Afiq tidqk terkata.
“ Hmmm ayah Amal anak mak cik. Anak mak cik meninggal ketika Amal dalam kandungan lagi. Mamanya aje yang membesarkannya. Ilya tu sebenarnya menantu mak cik.” Terang Pn. Salina. Afiq tersandar ke belakang mendengar semua itu. Hatinya sedikit terusik. Kenapa Ilya tidak berterus terang kepadanya? Apa yang hendak di sembunyikan darinya? Namun hatinya kembali berputik, cinta dihatinya seakan mekar kembali.
“ Amal… amal boleh panggil uncle, ayah…” ucap Afiq ikhlas. Dia menghadiahkan kucupan di dahi Ajmal.
“ Betul ke uncle?” Tanya Ajmal riang.
“ Betul…” ucap Afiq bersungguh. Pn. Salina terharu di situ. Afiq mengalihkan pandangan ke arah Pn. Salina. Dia yakin dengan hatinya.
“ Mak cik… kalau saya ambik Ilya jadi isteri saya, Amal jadi anak saya.. dan mak cik jadi mentua saya…. Boleh ke mak cik?” Tanya Afiq panjang lebar. Pn. Salina tambah terharu dengan kemurnian hati doktor muda itu.
“ Mak cik tak menghalang…mak cik memang nak sangat mereka ada orang jaga.” Balas Pn. Salina.





           
            “ Tak boleh mak….. Ilya isteri abang Zaki.” Tekan Ilyani apabila mertuanya mengungkit hal itu. Dia benar-benar terkejut apabila Afiq melamarnya tengah hari tadi. Malah mertua dan anaknya nampak beria-ia mahu dia menerima lamaran itu.
            “ Ilya…. Ilya kena cari suami tempat Ilya bergantung harap. Amal pun perlukan seorang ayah.” Pujuk pn. Salina lagi.
            “ Ilya tak perlukan semua itu. Abang Zaki ayah Amal, dia tak perlukan ayah yang lain.” Tegas Ilyani lagi. Setianya kepada arwah suami sukar untuk dirungkai, walaupun memori pahit menghantui sepanjang perkahwinan, namun kenangan manis itu tetap ada.
            “ Ilya tak sanggup mak… tak sanggup menduakan abang Zaki.” Sambung Ilyani lagi.
            “ Ilya..mak tahu.. Ilya sayangkan Zaki. Kalau Ilya sayangkan dia, Ilya harus buat yang terbaik untuk waris dia. Amal! Amal rindukan kasih seorang ayah yang tidak pernah dia rasa, walaupun dia masih kecil tak pandai nak cakap, tapi mak tau..dia betul-betul dahagakan kasih seorang ayah untuk memimpin dia menjadi lelaki yang berguna. Lagipun…. Mak rasa Ilya patut tahu… sebelum arwah Zaki meninggal dia sempat berpesan agar mak carikan jodoh baru untuk Ilya. Dia nak Ilya cari kebahagiaan Ilya dan Amal sendiri.” Panjang lebar Pn. Salina berbicara. Ilyani terpempan mendengar kenyataan yang tidak pernah terfikirnya sebelum itu. Air matanya mengalir perlahan di pipi di kesat.
            “ Mak…Ilya nak tahu… pernah ke abang Zaki cintakan Ilya dan sayangkan Amal mak?” Tanya Ilyani penuh berharap.
            “ Dia cintakan Ilya sejak Ilya kecil lagi. Tapi… apabila mendapat tahu ayah dia terbunuh kerana menyelamatkan ayah Ilya yang lemas di hulu sungai, dia menyimpan dendam. Tapi… mak tau…dia sayangkan Ilya dan anak dia.” Beritahu pn. Salina. Ilyani tersedu di situ.
            “ Ilya…demi amanat terakhir arwah, terimalah Afiq. Mak tau, dia bekas kekasih ILya kan? Mak rasa..Ilya masih sayangkan dia.” Ilyani terdiam. Wajah sayu Pn. Salina di renung dengan hati yang berbelah bagi, kemudian muncul wajah arwah suami di ingatan, tidak semena-mena wajah kerinduan Ajmal menyelitkan diri.



            “ Aku terima nikahnya Ilyani binti Ilyas dengan mas kahwin 80 ringgit tunai..” Afiq tenang melafazkan akad nikah. Hatinya senang sekali apabila dua saksi dan tok kadi di depannya mengangguk berpuas hati dengan lafaznya.
            Afiq ceria sebaik menjadi suami Ilyani. Dia mengucup Ajmal di sebelah isterinya, selepas itu dia menghadiahkan kucupan ke dahi isteri tercinta. Wajah jelita itu direnung lembut. Masing-masing tersenyum bahagia.
           
            “ Terima kasih Ilya. Terima kasih kerana jadi isteri abang.” Ucap Afiq ketika mereka ditinggal berdua malam itu.
            “ Errr… err… sepatutnya Ilya yang ucapkan terimah kasih kerana sanggup terima kami. Ilya janji akan beri sepenuh kesetiaan dan cinta ILya pada abang.” Balas Ilyani tersipu-sipu.
            “ Cinta  abang pada Ilya tak pernah luak dari dulu lagi.” Kata-kata itu amat bermakna bagi ILyani. Air mata menitis, terharu dengan keluhuran hati suaminya. Afiq mengesat air mata isterinya, dia mengucup dahi isterinya penuh syahdu.
            “ Ehem…” Afiq dan Ilyani serentak menoleh ke pintu bilik. Ajmal tersengih nakal.
            “ Ayah…mama… Amal nak tidur dengan ayah dengan mama malam ni…” rengek Ajmal. Ilyani tergelak melihat wajah kalut Afiq.
            “ Hei.. Amal. Amal tidur kat bilik sendiri. Jangan ganggu mama dengan ayah. Nanti… kalau Amal dah ada adik, tak malu ke kalau adik cakap abang dia penakut?” Pn. Salina penyelamat keadaan. Dia menarik tangan Ajmal lembut. Ilyani tersenyum mendengar derap langkah anaknya yang jelas merajuk.
            “ Adik-adik Amal? Kalau boleh… abang nak Amal dapat adik banyak-banyak…” bisik Afiq ke telinga Ilyani. Wajah Iyani merona kemerahan.
            “ Apalah abang ni..merepek aje…” Ilyani tersipu malu.
            “ Ilya tau tak…Ilya sangat cantik dengan wajah yang merona merah macam ni..”
            “ Ye ke?”Ilyani tertawa.
            “ Ye….” Afiq turut terjerat dalam tawa isterinya. Dia benar-benar bersyukur kerana cinta itu masih milik mereka. Dia tahu, semua itu adalah berkat kesabarannya kerana menunggu dan setia dengan cinta itu.


2 comments:

  1. LC. novel kerana terlupa tu letak dlm blog nih laa. lambat la kuar p2u..

    ReplyDelete
  2. sorry.. lc busy ckit. kalo nk ltk dlm blog pun...lmbt rsnya

    ReplyDelete