Haji Fadzli
(Ayah): Nurjiha ni….lahir tanggal 8 Ogos. Dia ni dalam lurus orangnya, ada
lucunya jugak. Dia anak yang mendengar kata. Tak pernah bantah. Tapi…yang buat
pak cik takut, dia ni tak matang walaupun dah tua bangka.
Hajah Khadija
(Mak): Kakak? Mak cik rasa dia anak yang baik. Ikut je cakap mak cik.
Cume…macam budak-budak. Agak pemalas orangnya. Cantik….manis…macam mak cik
muda-muda dulu. Hehe(biasala…mak memang suka puji anak. Nak bagi saham up
sikit)
Acu: Kakak paling
sporting. Senang di buli. Pemurah. Kelam kabut, lurus, kalo menipu muka dia
akan cuak semacam. Kahkahkah…sebenarnya…saya sangat sayang pada kakak.
Wan: Nur Jiha?
Korang pernah dengar perkataan sengal? Aku tak pernah jumpe lagi budak sesengal
dia. Orangnya agak lurus, kelam kabut dan paling tak tahan. Suke berangan.
“Wan….kau nak kawan kau sihat kan?” Aku mula buat senyum comel. Wan sudah buat muka
cuak. Hehe…mungkin dia tau, dia akan kena dengan aku lagi.
“Kau ni mesti ada sesuatu. Cakap je la…jangan nak banyak simpang
siurnya.” Balas Wan.
“Kalau ko nak aku sihat, kau belanja la aku beli air soya tu..” Aku
memuncungkan mulut ke gerai Pak Mail. Wan menjeling geram.
“Ni tak ada keje lain. Asyik nak mintak aku belanja je. Jom…kita
pergi beli.” Ajak Wan sambil tersenyum kecil.
“Thanks Wan…ko la kawan aku di dunia.” Ucapku sambil senyum nakal.
“Takkan kawan di dunia je..” ujar Wan tak puas hati.
“Yela…kawan di dunia je la. Kalo ko masuk neraka kat akhirat nanti,
tak nak la aku ikut sama.” Balasku mengenakannya. Wan menampar lenganku lembut
sambil ketawa geli hati. kahkahkah… itu la yang aku suka sangat dengan si Wan
ni. Dia kalo dengan aku tak pernah berkira. Kalo aku rasa aku nak mintak dia
belanja aku, dia tak lokek bagi wit. Aku pun macam dia gak. Aku bagi je wit kat
dia kalo dia tengah-tengah sempit.
Aku harus tegas. Aku tidak boleh mengalah dengan kehendak orang
lain. Aku berhak menentu masa depanku sendiri. Yes! Aku harus kuat. Wacha…
“Nur…” aku telan liur bila namaku di laung.
“Ye..ye mak…” aku gugup. Pantas aku melangkah ke tingkat bawah.
Siapa aku?
Nama: Nur Jiha bt Muhammad Fadzli.
Tarikh lahir: 8 Ogos…(tahun dirahsiakan)
Perwatakan: Kelam kabut, tidak matang, anak yang taat (semestinya)
dan lain-lain lagi.
Penampilan diri:
Muka- Leh tahan
Hidung-Leh tahan
Mata-Leh tahan
Bibir-seksi.(hehe..seksi ke?)
Kulit- putih bersih
“Nur…dalam berjalan pun sempat berangan.” Tegur emak. Aku duduk
mengambil tempat di sebelah emak.
“Ada apa mak dan ayah panggil Nur?” tanyaku. Wajah orang tuaku
Nampak serius. Terutama ayah.
“Kami cadang nak kahwinkan Nur.” Beritahu ayah.
“Hah?” Aku rasa nak pengsan.
Mak dan ayah memang tak patut wat aku macam ni. Semua keputusan
mereka yang buat. Aku tau, mereka wat semua tu kerana takut aku tersilap pilih
jalan. Mereka kenal anak mereka ni, tak matang walaupun umur dah 23 tahun.
Tapi…takkan la bakal suami pun mereka juga nak tentukan. Ala-ala zaman P.Ramlee
plak aku sekarang. Aku pun ada impian untuk mencari bakal suami aku ikut selera
aku. Tapi…sebagai anak aku tak berani nak bantah. Sejak habis study, aku di
paksa rela keje dengan ayah. Mule-mule ayah bagi aku keje kerani, dua tiga bulan aku di naikkan pangkat jadi
pembantu pengurus kewangan. Genap setahun aku jadi plak PA ayah. Leh kerana aku
tak berminat, aku setuju je. Kan aku cakap tadi, aku di paksa rela keje dengan
ayah aku.
Sebenarnya…aku punya impian aku sendiri. Aku nak bukak business aku
sendiri. Business jual top up. Bagi aku business jual top up ada masa depan,
business sentiasa jalan. Tak perlu pening kepala urus itu ini, cukup la stall
kecik depan rumah, banner dan sorang pekerja. Kalau nak jimat kos, aku sendiri
leh jadi pekerja, aku lantik diri aku sendiri jadi CEO dan sekaligus jadi
pengurus.
Tapi…bila aku bagitau impian aku ni depan family, mak dan ayah macam
nak terkam marah kat aku. Acu plak…tak guna langsung. Berguling-guling dia
gelak atas karpet. Sampai hati mereka mempersendakan impian murni aku. Lepas tu
mak aku bersyarah dengan aku. Dia cakap kalo setakat nak wat business jual top
up depan rumah, baik tak yah belajar tinggi-tinggi ambik degree. Lepas tu bla,
bla, bla..dan bla, bla, bla lagi. Entah ape yang cikgu Khadija cakap lagi aku
dah tak tau. Rasa tepu je kepala otak aku dengan leterannya.
Ayah pulak…terus koyak proposal yang aku wat tiga hari tiga malam
kerana terlalu marahkan aku. Kononnya proposal tu aku nak bawak pergi bank nak
wat pinjaman kalo ayah tak nak bagi modal.
Aku kecut melihat kemarahan orang tua aku. Aku paling takut kemungkaran
orang tua selain dari kemungkaran yang maha Esa.
Bab si acu yang terguling-guling gelakkan aku tak habis lagi. sebaik
je mak dan ayah masuk bilik, aku hempuk kepala acu dengan buku dia. Aku terus
pecut lari, lepas hempuk kepala acu. Bimbang serangan balas dari acu. Tak
pasal-pasal nanti aku sumpah dia jadi adik derhaka kalo dia balas.
Sekarang…mak dan ayah nak aku kahwin plak. Entah dengan sapa, aku
pun tak tau. Nak memberontak pun tak dapat. Aku pun ada ciri-ciri lelaki idaman
aku sendiri.
Pertama..semestinya yang beriman. Senang nak bimbing aku dan anak-anak
kami nanti
Kedua… mesti la tinggi seinci
dua je dari aku. Tak la aku mendongak dia je bila nak cakap kalau dia tinggi
sangat.
Ketiga…kulit sawo matang. Tak
nak yang putih. Tak macho kalo putih. (Pendapat Nur Jiha, lelaki yang berkulit
putih, jangan kecik ati)
Keempat… tak nak yang romantic. Geli la dapat mat romantic ni. Wat
malu je kalo dia ucap bahasa jiwang depan orang ramai. Tambah-tambah kalo yang
romantic ni berpotensi untuk di kebas orang.
Kelima..bukan laki orang.
Keenam..penyayang.
Ketujuh, setia.
Kelapan-matang.
Kesembilan- tak nak yang kaki judi, kaki botol dan segala jenis kaki
yang buruk. Kaki bangku tu leh diterima.
Kalo boleh…yang ke sepuluh…bukan perokok. Bukan pe…rimas dengan bau
lelaki yang bau asap je. Macam bau tempat pembakaran je.
Aku gelisah tak tentu pasal sejak mak ayah bagitau aku tentang hal
kahwin. Sesuka hati diaorang je nak kahwinkan aku. Aku belum cukup umur lagi.
Eh! Kalo 23 tahun tak cukup umur lagi ke? Huhuhu…tak nak…nanti tak leh tumpang
tido bilik mak ayah lagi. Nanti mesti semua kena kongsi melainkan barang-barang
keperluan yang terlalu peribadi. Hah…..aku geram.
Target dikenalpasti. Okey…mulakan operasi. Aku berjalan hati-hati ke
ruang dapur. Misi kali ni mesti berjaya. Aku menyelitkan badanku di tepi langsir
sebelah pintu dapur. Mak dan ayah pun dok seronok berbual. Dari apa yang aku
curi-curi dengar, perkataan yang paling banyak di sebut KAKAK, KAHWIN, TAK
MATANG, SUAMI, BAIK, CUCU, AMIR, BANYAK
‘Kahwinkan kakak sebab kakak tak matang. Bakal suami dia seorang
yang baik. Cucu Pak Amir dah banyak.’ aku merumuskan perbualan mak dan ayah.
Betul ke? Macam buat karangan budak UPSR je. Apa kena mengena dengan Pak Amir?
Sapa plak Pak Amir? Entah!
“Kakak…keluar dari situ, badan macam gajah ada hati nak sembunyi.”
Panggilan mak wat aku terkejut. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah mereka. Dua pasang mata memandangku
dengan senyuman. Nampak bahagia sangat muka mereka. Mereka tak tau anak tunggal
perempuan mereka ni dah macam apa dah… serabutnya fikiran aku macam berserabutnya
rambut acu tak bersikat sebulan.
“Ni….mak dan ayah dah bincang. Kakak ni….walaupun dah tua bangka,
tapi tak matang. Jadi…mak ayah dah cari calon suami yang untuk kamu. Dia sorang
yang baik. Boleh kakak bagi kami cucu. Nama calon suami kakak…Amir. Lepas
korang berdua kahwin, dapat la kami timang cucu banyak-banyak. Kami pun memang
tak sabar nak ada cucu sendiri.” Terang
emak membetulkan pemahamanku tadi. Aku plak…rasa makin tension yang
amat.
Mak dan ayah ni pun satu hal. Seram sejuk je aku dengar perkataan
cucu. Kot ya pun tak sabar nak ada cucu, ambik la cucu angkat. Banyak
budak-budak kecik kat rumah anak yatim yang boleh mereka jadikan cucu angkat.
“Tapi…mak…tak awal sangat ke?” tanyaku separuh berani. Mak dan ayah
pandang tepat ke wajahku.
“Nur…mak dulu kahwin masa masih study.” Balas emakku. Aku terkejut.
“Mak kahwin masa masih study? Mak kahwin dengan sapa?” tanyaku. Aku
tak pernah tau, mak kahwin masa study. Mak tak pernah cerita pun.
“Kau ni…tu la aku nak kahwinkan kau cepat-cepat. Mesti la mak kau
kahwin dengan ayah. Bendulnya tak habis-habis.” Ucap ayah. Aku tertunduk malu.
Ya tak ya jugak. Aku dah cuak tengok muka ayah. Ayah…kalo dia dah bengang
memang bahasanya akan bertukar jadi ‘aku’ dan ‘kau’. Seimbang la dengan mak
yang lemah lembut. Entah aku ni ikut perangai siapa entah…
Rupa-rupanya bakal suami aku yang mak uar-uar kan sebelum ni adalah
si Amir ni anak arwah Pak Wan, rakan kongsi ayah dulu. Aku tak pernah jumpe si
Amir ni sejak aku darjah enam. Amir masa
tu tingkatan dua. Memang tak pernah
nampak si Amir lepas tu sebab dia dah
pindah Alor Setar, kemudian dia masuk U, habis je U dia mengurus cawangan
syarikat keluarga kami di Alor Setar. Tapi…setahu aku si Amir ni dah la comot.
Bukannya nak mengutuk la, seingat aku, Si Amir ni jerawat bertompok sana sini,
muka berminyak. Kalo buat goreng telur, sah-sah masak sebijik. Yang lain tu
pun…rasanya bukannya okey sangat. Tapi…tang mengusiknya la aku tak tahan. Tau
la aku dulu ketegori, budak-budak comel sedunia masa tu, dan sekarang pun masih
comel. Hehe… aku selalu je jadi mangsa usikan si jahat Amir. Apa yang aku ingat
pasal si Amir ni semuanya yang buruk-buruk belaka. Tak ada yang baiknya.
Mengingati pasal Amir wat aku meluat yang amat. Sampai aku naik menyampah nak
sebut nama dia.
Takkan aku nak kahwin dengan lelaki jahat tu? Tak pasal-pasal naya
idup aku. Entah-entah dia masih tak hensem macam dulu macam mana? Aku bukannya
memilih sangat, tapi…biar la sedap mata memandang. Tak hensem tak pe, janji
sedap mata memandang. Kalo dia dah hensem tu satu bonus. Tapi…dapat ke dia jadi
hensem? Huhu…masih berjerawat dan berminyak ke muke dia?
Assalammualaikum Nur…lama tak jumpa..” tegur suara lelaki itu. Aku
tidak kenal siapa tu. Macam mana dia boleh kenal aku? Muka aku ni bukannya ada
kuar majalah hiburan pun. Majalah sekolah ada la, tu pun kecik je muka aku kat
situ. Masa aku tunjuk muka aku kat majalah sekolah tu ayah terpaksa pinjam
kanta pembesar kawan dia sebab nak tengok muke aku.
“Waalaikum salam…awak ni sapa?” tanyaku. Emak dan ayah tepuk dahi.
Aku kerut kening tak mengerti.
“Saya Amir….awak tak ingat ke?” aku terkejut. Eh! Betul ke lelaki
yang agak hensem ni Amir? Macam tak caya je..
“Ada apa-apa nak tanya ke?” Tanya Amir lagi. mungkin dari tadi dia
hairan melihat aku menilik wajahnya curi-curi. Jangan nak perasaan ye Amir, ada
sesuatu tentangnya mengganggu fikiranku.
“Hmm….saya musykil la…” balasku masih di belengu oleh beberapa
soalan.
“Apa..yang awak musykilkan?” Tanya Amir macam tak sabar. Mata dia
pun nampak bersinar.
“Mana pergi jerawat awak dulu? Pencuci apa yang awak pakai untuk
hilang jerawat tu?” tanyaku. Aku musykil…macam mana Amir boleh menghilangkan
jerawatnya. Aku jadi hairan bila Amir dan kedua orang tuaku tergelak.
“Tak ada soalan lain ke nak tanya Nur?” Tanya Ayah terseyum geli
hati. Aku kerut kening.
“Yela ayah…dulu..punya la banyak jerawat. Sekarang dah licin. Produk
apa yang awak guna?” Tanyaku lagi. Tak puas hati.
“Hmm…tak ada apa-apa..mungkin kerana air wuduk.” Cheh! Entah apa
punya jawapan yang dia bagi. Nak perli aku ke? Aku pun solat gak.. tak pernah
tinggal solat melainkan di waktu-watu keuzuran. Tapi..memang la suke
lambat-lambatkan. Dah terbiasa masa study dulu.
“Wan….walau apapun…kau kena tolong aku…” Aku tidak tahu hendak minta
tolong kat sapa lagi. acu? Tak leh harap, nanti tolong nya tak seberapa.
Upahnya…berlebih-lebih.
“Nak tolong apa? Kau ni…serabut je.” Balas Wan malas. Ni la yang wat
aku bengang dengan ex-roommate aku ni. Kalo dah emo…dia plak yang lebih-lebih.
Tapi, part tak endahnya…wat kesabaran aku ke tahap maksima.
“Tolong siasat tentang seseorang.” Ujarku. Wan merenungku dengan
mata yang bulat.
“Kau ni main apa plak dah ni Nur? Nak main polis perompak ke nak
siasat-siasat..” Keluh Wan. Aku rasa kalo bagi terajang kat perut Wan ni, mana
tak seminggu dia dok dalam wad. Ada ke dia cakap aku main-main?.. Dah la aku
dalam keadaan tension yang amat ni.
“Aku serius la…aku nak minta tolong kau siasat bakal suami aku.”
Balasku. Wan tergelak, sampai berair biji matanya.
Aku dah sedia kepal jemari aku. Kalo lima minit lagi dia tak henti,
siap la aku bagi sebiji dua kat kepala dia. Biar benjol tiga tingkat.
Sepuluh, Sembilan, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu.
Tup…
Serta merta gelak Wan mati. Aku pandang wajahnya serius membalas
pandanganku sambil bersila.
“Ye Nur…Siapa bakal suami kau?” Tanya Wan serius. Heh! Lepas kena
ketuk baru betul cikit kepala budak sengal ni.
“Amir.” Jawabku pendek. Wan mengerutkan dahi . Keningnya terangkat.
“Sapa dia tu?” Tanya Wan lagi.
“Amir tu…anak rakan kongsi ayah. Arwah Pak Wan. Aku jumpe dia masa
aku kecik lagi. Kau tau kan, aku dulu cute sangat. Si Amir ni selalu usik aku.
Muke dia dulu…Ya ALLAH….penuh dengan jerawat. Tapi….sekarang tak lagi. Licin
je. Aku da juak usha-usha tanya dia produk ape yang dia pakai. Dia tak cakap
pun. Kau tolong siasat pasal dia.” Ceritaku. Kembang kempis lubang
hidungku dengan dada yang turun naik.
Nafasku ku tarik panjang. Biar masuk sikit oksigen.
“Okey….nanti aku siasat pasal produk apa yang dia guna buang jerawat
dia.” Balas Wan penuh yakin. Aku tepuk dahi. Budak ni nak kata bengap…tak
jugak. Tiap sem dapat dean list time study… tapi… Arahan mudah yang aku bagi…
Dia tak leh tangkap.
“Aku bukan nak kau siasat pasal produk apa yang dia guna nak hilang
jerawat dia…tapi…aku nak kau siasat tuan punya badan dia macam mana…aku bagi
sekali lagi baru tau…” marahku. Wan mamandangku lama, lepas itu baru dia
terangguk-angguk.
“Entah apa-apa kau punya cerita…berbelit-belit. Cuba la cakap
straight to the point je… ni kalo cerita ko buat tulis jawapan exam, sah-sah
kena repeat paper.” Kutuk Wan. Aku sengih aje.
“Wan…aku minta maaf ketuk kepala kau tadi…” ucapku. Sedikit sebanyak
aku rasa bersalah. Setakat ketuk mengetuk, apa la sangat. Mintak Wan halalkan
je la… Sengihan Wan membuahkan senyumku.
“Aku pun sama. Minta maaf ye…” Habis je ayat tu aku rasa telingaku
berdengung sekejab. Sakit bila menerima serangan balas dari kawan derhaka macam
Wan. Wan memang tak tunggu lama kat situ. Dia terus berlari keluar dari bilik
aku. Ke mana lagi tempat yang paling selamat, kalo tak kat sebelah cikgu
Khadija.
Beriman, baik hati, bukan laki orang, tak merokok, bukan kaki judi
atau sewaktu dengannya, penyayang, matang….romantik.
Beriman…buktinya…sembahyang tak tinggal. Jarang nak berbual kosong.
Tak bersalaman dengan wanita bukan mahram, dan banyak lagi sikap mahmudah.
Baik hati-disenangi rakan sekerja dan kenalan-kenaan.
Bukan laki orang-Jiran-jiran cakap tak pernah lagi tengok wanita
atau budak kecik kat rumah.
Tak merokok-Berbau nyaman.
Bukan kaki judi atau sewaktu dengannya-destinasi yang di kunjungi,
rumah ke pejabat, pejabat ke rumah, rumah ke masjid, masjid ke rumah. Tak
pernah lagi nampak dia pergi Kasino atau dok bawah pokok mempelam sama dengan
penagih judi.
Penyayang-buktinya…pernah sekali sorang budak kecik terlanggar dia
kat shopping complex lepas tu dudak tu nangis, dia plak dokong budak tu dan
pujuk sampai budak tu berhenti nangis.
Matang-Ye..segala tindakan Nampak matang.
Romantik- buktinya tak payah suruh Wan yang siasat. Aku sendiri dah
tau, setiap kali datang rumah bawa bunga. Menyampah pun ada. Kenapa la setiap
bukti yang aku dapat baik-baik je tentang dia. Macam mana aku nak tolak? Nak
bagi dia nampak buruk je di mata mak dan ayah?
“Apa kata kita bagi laporan palsu kat mak ayah aku?” Cadangku agak
pendek akal. Sebab dah terdesak sangat nak tolak. Aku tak sedar lagi baik
buruknya.
Beristifar panjang Wan mendengar cadanganku. Rambut aku pun dah
serabut kerana terlalu tension. Mak ayah terlalu memaksa dalam keputusan ni.
Tapi… kalo di fikir balik…Mak dan ayah tak salah sebenarnya. Aku jugak yang
bersalah. Aku angguk je bila mak dan ayah cakap nak kahwinkan aku.
“Fitnah tu lebih kejam dari membunuh tau tak. Gila ke apa kau? Dia
tu baik la Nur…. Aku dah intip dia dua minggu ni… lelaki macam mana lagi yang
kau nak cari?” Keluh Wan. Ye…baik tu memang baik. Tapi…argh…Wan tak faham.
“Aku cuma nak yang sesuai dengan jiwa aku.” Balasku.
“Jangan mencari yang sempurna Nur…kerana yang sempurna tu akan
menuntut kesempurnaan dari kita.” Ucap Wan. Kalo nak bagi nasihat ni Wan memang
pandai sangat.
“Aku bukan nak sempurna. Tapi…aku tak nak dengan Amir. Aku benci dia
sejak aku kecil lagi.” Aku rasa nak menjerit je.
“Benci ke…atau kau takut nak kahwin…yela…hehe…”Wan dah sengih nakal.
Aku dah buat muka bosan dengar dia merapu.
“Kalau kau tak dapat tolong, aku cari idea sendiri. Aku nak
berhadapan dengan dia. Ya! Aku harus tegas.” Aku menjerit kecil. Semangatku
rasa berkobar-kobar.
“Hello..”
“Hello…Assalammualaikum…you. I
nak you tolak proposal ayah nak kahwinkan kita. Ingat! Jangan nak
memandai je setuju. I tak cintakan you. You tak cintakan I. I yakin rumah
tangga yang kita bina nanti tak akan ke mana-mana. ” Hamburku sebaik talian
sebelah bersahut. Aku rasa semput je kerana bercakap tak henti-henti.
Oksigen…oksigen… aku menarik nafas dalam-dalam. Aku harus tegas, Amir harus menolak cadangan
ayah untuk menyatukan kami berdua. Aku tidak boleh menerima dia.
“Hello adik manis…siapa cakap ni? Saya bukan muslim la adik manis…”
aku terkejut mendengar suara di talian. Wajahku rasa panas. Eh! Aku salah
nombor ke?
“Sorry..sapa ni?” tanyaku dengan rasa sedikit cuak bercampur malu.
“Ini Ravi cakap. Adik manis ni siapa?” aku rasa tawaku nak terhambur
je. Tapi aku tahan. Malu pun tak terkira dah ni.
“Hehehe…encik Ravi…encik Ravi terkena panggilan hangus…tut..tut…”
aku terus mematikan talian. Ada ke panggilan hangus? Entah! Tapi… hal dengan si
‘A’ bukan nama sebenar tak settle lagi ni.
Aku dail semula nombor Amir. Tadii aku salah tekan, butang lima, aku
tekan lapan. Tapi…untuk keselamatan aku harus berlakon.
“Assalammualaikum…. Ni encik Murad, pembuat batu nisan ke?” tanyaku.
“Waalaikumsalam…Eh! Tak… ni Amir ni.” Balas suara di sebelah.
“Amir…ni Nur.” Ucapku.
“Nur….sapa yang meninggal?” Tanya Amir cemas. Cheh! Celupar betul si
Amir ni.
“Sapa yang meninggal?” tanyaku balik.
“Tadi Nur cari encik Murad, pembuat batu nisan.” Balas Amir. Bengap
betul si Amir ni. Tadi aku berlakon je la… kalo ada pun yang meninggal lepas
ni, si Amir ni la. Aku cadang nak upah dua tiga orang gangster belasah dia.
Tapi…lepas tu mesti aku kena tagkap polis la plak… huhuhu.. Tensionnya….
“Tak ada sesapa pun yang meninggal. Tadi, saje wat lawak. Lawak tak?
Hahaha..” Aku gelak tak ikhlas. Amir turut tergelak sama. Entah…dia ikhlas tak
gelak.
“Ada apa call I ni?” Tanya dia.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpul keberanian untuk
memberitahunya apa yang berbuku di dada.
“I nak you batalkan rancangan nak kahwin dengan I. I tau, you tak
cintakan I. Dan I pun tak cintakan you…” Aku terus mematikan talian.
Tut…tut…tut…..
Nk meletop perut gelak sorang2 bce cerpen ni..mmg terbaik..
ReplyDeleteLawak2...hhahahaahah..
ReplyDeleteLawak2...hhahahaahah..
ReplyDeleteLawak2...hhahahaahah..
ReplyDelete