Monday, March 11, 2013

Suami Tangkap Muat



Aku ni... bukan memilih sangat... tapi... takkan ni aje stok yang ada? Apalah along ni... dia buat naya kat adik dia ni ke? Aku ni... satu-satunya adik perempuan dia. Kot ya pun aku terdesak sangat time ni... janganlah pilih mamat macam ni... macam mat gian pun ada jugak. Serabai aje. Kalau tak kerana si gila Alwi tu... tak ada maknanya aku nak berlaki dulu. Buat semak di dada. Bukan apa... aku masih muda. Aku mahu menumpukan pada kerjaya.
“Acu...” Aku tersentak. Wajahku panas bila tersedar mata sejuk kaku.. salju tu memandang aku dengan kehairanan. Hisy.. tak boleh jadi. Aku menarik tangan along ke jauh sedikit dari berdirinya insan yang menggelarkan dirinya Kuzu itu. Entah apa-apa nama. Nama dah cantik-cantik.. Izzudin.. tapi dipanggil Kuzu. Tak ada nilai komersial langsung.
“Kenapa tarik-tarik ni acu?” Rengus along. Aku berdengus geram.
“Along... along tak sayang acu ke? Along nak buat naya kat acu? Apa salah acu long?” Tanya menahan sendu. Along memandangku dengan kerutan di dahi. Wajahnya keliru. Sesekali aku memandang wajah dingin yang berdiri di tepi kereta along. Sekali tengok, memang orang ingat mat gian. Jambang dah serabai... hisy.. geli..kalau makan..sah-sah ada yang sangkut. Uwek...
“Apa acu cakap ni?” Tanya along memandangku.
“Sampai hati along carikan suami mat gian macam tu untuk acu. Along ni memang tak sayang acu nampaknya.” Marahku pilu. Along tergeleng-geleng sambil tersenyum sumbing. Aku tambah pilu. Kemudian along memeluk bahuku. Kepalaku di usap lembut.
“Acu... acu dengar sini. Dalam banyak-banyak kawan along... Kuzu ni kawan yang paling baik yang pernah along jumpa. Tak pernah berkira. Rajin bekerja. Sepanjang along kenal dia.. keluar sama-sama... dia tak pernah tinggal solat. Dia baik acu..” along cuba meyakinkan aku. Tapi, aku tergeleng-geleng. Aku tidak percaya dengan kata-kata along.
“Acu...”
“Cukup long... mamat serabai macam tu along cakap orang yang baik? Along ni kenapa?” Tanyaku marah. Along Nampak sabar melayan kerenahku kali ini. Dia mengusap bahuku lembut.
“Acu... dia bukan mat gianlah. Dia memang macam tu. Suka sempoi aje. Lagipun... dia tu jiwa seni. Suka bidang fotografi...  imej dia tu tak penting. Janji dia baik. Acu kena yakin. Dia pilihan yang terbaik.” Ujar along. Aku telan liur. Masih terngiang-ngiang kata-kata si gila Alwi tu.
*****
“Hei... Kiah... Aku akan hantar meminang kau hujung minggu ni. Nak tak nak... kau mesti terima. Kau kena ingat.... aku kan sepupu kau... mesti mak bapak kau suka aku. Sebab... mak bapak kau mesti tak nak kau jauh dari mereka.” Memang aku benci sangat dah dengar suara garau si Alwi tu. Anak bongsu Ayah anjang Razak. Kalau dah anak manja tu... memang anak manja. Dah lah masih berkepit dengan mak... kalau berkepit tu tak lah heran sangat. Ni tak... orang umur dia dah ada harta benda nak buat bekalan di hari tua..nak sara keluarga. Dia tu... menghabiskan harta aje. Aku bukannya jenis perempuan materialistic.. tapi... kalau tak kerja... tak ada duit... mana nak suap anak bini makan? Tak kerja yang bagus-bagus..macam doctor ke.. cikgu ke.. tak apa... janji rajin bekerja. Kerja halal. Jangan jadi biawak hidup aje kat rumah.
“Aku peduli apa.. gila...” Marahku.
“Sekarang bolehlah kau berlagak.. tunggulah hujung minggu ni. Mak aku dah setuju tau.” Ucap Alwi angkuh. Aku makin geram dan takut. Tambah-tambah dengar hint-hint yang mak aku bagi.
“Acu... kau suka alwi? Mak ni... suka aje dengan budak tu. Dekat aje dengan kita... dapatlah... mak tengok kau.” Mak ni... memang tak ada wawasan langsung. Derhaka pulak aku ni. Bukan apa.. orang sekarang ni dah sampai ke ruang angkasa. Tapi..mak.. masih gak nak aku melekat kat dia. Nasib baik dengan jasa baik along dan angah, aku boleh menyambung pelajaran di Universiti dan bekerja di Kula Lumpur ni. Kalau tak... mesti mak masih kurung aku di sekitar rumah dia.
“Acu.. kau dengar tak? Aku cakap.. kau buat pekak pulak..” Marah mak. Mak aku ni memang agak brutal bahasa dia.
“Acu tak nak mak...  Acu.. tak suka Alwi. Dia tu...dah lah tak hensem... tak ada kerja.” Rungutku. Aku memandang ayah memohon simpati. Tapi... Ayah pulak hanya berdiam diri. Jadi badan berkecuali. Aku tahu.. ayah malas nak campur. Ayah cakap... bukan dia takut bini. Tapi...bini tak takut dia. Apa-apalah ayah aku tu.
“Kau ni memilih sangat. Nanti tak laku baru kau tau.” Aku berdengus geram dengan kata-kata mak. Kadang-kadang laser jugak dia. Yelah.. berguru dengan Mak Nab Sugi rumah sebelah. Mereka ni.. broadband... bergerak sana sini menyebar info.
“Mak ni.. macam mendoakan aje. Acu tau lah nak pilih sendiri.” Rengusku. Mak tidak jadi turun ke ruang dapur. Aku terus layan chatting.
“Kau ni Acu... ko jangan nak cari laki jauh-jauh. Kalau masih larat ni.. dapatlah aku menjenguk. Kalau dah tak larat macam mana?” mak sudah meninggikan suara.
“Habis... takkan Alwi tu mak? Tak ada orang lain ke?” tanyaku.
“Okey...kalau kau nak cari pilihan sendiri. Kau mesti bawa calon kau tu ke rumah ni..sebelum Ahad depan ni. Ingat...kalau kau tak bawa calon sebelum Ahad depan ni..  aku terima aje pinangan Ayah Anjang kau.” Tegas suara emak.
“Kalau mak terima pinangan Ayah Anjang.. mak nak letak ayah kat mana?” Tanyaku sengaja bergurau. Kot-kot mak boleh lembut hati.
“Ah.. kau jangan putar belit. Aku nak kau bawa calon kau... sebelum Ahad depan ni. Kalau tak... Ahad depan ni ko bertunang. Dua minggu lagi..kau kahwin” putus mak. Aku ternganga. Ini...apa ni? Aku tak nak kena kahwin paksa. Dalam novel-novel yang aku baca...semua heroin merana mulanya time kahwin paksa. Tak mustahil aku akan merana sepanjang hidup. Tambah-tambah dengan Alwi tu. Yang aku tahu perangai dia, sejak dulu lagi. 
“Tapi...kalau acu bawa calon.. mak janji akan terima siapa aje yang acu bawa?” Tanyaku.
“Ya... siapa aje. Mak janji.. asalkan dia tak dok jauh sangat.” Aku tersenyum.. mesti ada syarat mak tu.. tapi.. siapa yang aku nak bawa?
*****
“Acu...” Along mengawang-ngawang tangan di depanku. Ingatan tentang mak dan  beransur pergi.
“Along pasti dia terbaik untuk acu?” tanyaku. Kali ini aku nekad. Apa nak jadi... jadilah. Aku rela bersuamikan lelaki yang tidak aku kenali daripada bersuamikan lelaki seperti Alwi tu. Yang dah sah-sah akan buat aku merana nanti. Tak pasal-pasal aku jadi isteri derhaka nanti. Nak minta tolong dengan kawan-kawan aku...semua tak ada kosong buat masa ni. Kalau pun ada... belum tentu lagi setuju dengan idea gila ni.
“Ya... acu... along pasti. Dia baik acu.. acu bertuah dapat dia.” Puji along. Aku mencebik. Along tergelak.
“Geli pulak acu tengok along ni.. macam.. tut.. aje.” Ucapku sekadar bergurau. Along mencubit pipiku dengan gelaknya.
“Apa-apalah acu ni... kak Min kau kat rumah tu along nak letak mana?.. patut juga nama acu ni Kiah.” Usik along. Aku geram bila along mengungkit nama aku. Tapi... sedikit sebanyak... Memang aku tak puas hati dengan mak dan ayah aku... nama along... Muhammad Azrul Hakimi... dan Angah pulak Muhammad Azril Maliki.. tapi.. bila turn bagi nama aku... boleh pulak mereka bagi nama aku Siti Jakiah... sudahlah masa pendaftaran tu ayah salah tulis. Zakiah... jadi Jakiah. Aku bukannya tak bersyukur nama tu... tapi... tak ada nama moden lain ke? Kot ya pun... nak bagi jugak nama Kiah tu... bagilah nama Tiz Zakiah ke.. ada jugak nilai komersial nya... dekat-dekat aje dengan nama pelakon. Huhuhu... aku janji... nanti-nanti.. kalau aku ada anak.. aku akan bagi nama moden-moden kat anak aku. Nama yang ada nilai komersial sikit.. tapi..maknanya pun baik gak. Hehehe..
“Acu... okey tak?” Tanya along lagi. Aku angguk. Along mengukir senyuman lebar.
Kami kembali menghampiri Kuzu. Kuzu leka mengambil gambar kawasan sekeliling. Mungkin dia bosan menunggu kami tadi. Dia ni.. kalau di beri pilihan.. nak kahwin dengan aku.. atau nak kamera dia tu.. mesti dia pilih kamera kot... dah macam salah satu anggota badan dia je kamera tu.. macam melekat aje.
“Along...dia keje apa?” Tanyaku sedikit berbisik.
“Acu tanya dia sendiri k. Along akan tinggalkan acu dengan dia sekejab. Along tunggu kat situ.” Ujar along dengan sengihnya. Aku mengeluh berat.
“Kuzu... kau berbuallah dengan bakal bini kau ni... Jangan pegang-pegang... duduk rengang-rengang... “ Ujar Along sambil menyanyi kecil. Sengal... marahku di dalam hati. Pipiku rasa panas bila Kuzu mula mengambil tempat di hujung kerusi panjang itu. Aku turut mengambil tempat di hujung sana. Along memerhati kami tidak jauh dari situ dengan geleangan. Yelah... sorang di utara...sorang di selatan.
“Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?” Tanyaku pantas. Kuzu terdiam. Takkan dia ni pekak pulak... tak pun.. bisu... along ni.. kot ya pun aku ni.. cari suami tangkap muat... janganlah.. ambil pakej macam ni sekali.. huhuhu..
“Kuzu...” Panggilku. Kuzu berdehem. Janganlah pulak sengau ke.. gagap ke... tapi.. kalau itu dah jodohku.. aku terima dengan pasrah. Huhuhu...
“Aku sayang kau... aku akan sayang kau...macam mak bapak kau..abang-abang kau..sayang kau. aku akan lindungi kau.” Aku terpana mendengar suaranya... suara itu... suara itu... rasa begitu dekat dengan hatiku... suara... yang sudah lama aku rindui. Aku ingat.... aku tidak akan mendengar lagi suara itu.. tapi... kenapa mirip sekali?
“Siapa awak sebenarnya?”Tanyaku. Kuzu berdiri. Beralih tempat di depanku. Tangannya di letakkan di atas meja. Dia memang serabai.  Sudah lebih sepuluh kali aku menilainya.. dia memang serabai. Beza dia... dengan pemilik suara itu... sangat berbeza. Sesekali aku curi-curi pandang melihat kukunya. Nasib baik bersih. Aku pantang betul orang berkuku panjang ni.
“Aku Izzudin.. nama aku Izzudin. Apa yang kau nak tahu tentang aku?” Tanya. Masih bersuara dingin. Pandangannya pun... tidak mampu menghangatkan hatiku...seperti pemilik suara yang sama sebelum ini.
“Segalanya... saya nak tahu...segalanya tentang awak. Sebelum... sebelum...”
“Sebelum..kita kahwin?” Celahnya.. aku gigit bibir malu. Dia tersenyum. Jambangnya melindungi senyumannya menyebabkan aku sukar untuk melihat wajah sebenar dia.
“Aku mulakan dengan nama penuh aku. Tengku Izzudin bin Tengku Amri. Umur aku.. 28 tahun. Oleh kerana aku dah agak tua.. aku nak anak cepat lepas kahwin. Kau faham kan?” wajahku kembali panas. Rasa mendidih pulak darahku dengar bicara mamat ni.
“Aku kerja bengkel aje. Tapi.. jangan risau. Aku akan berusaha keras bagi makan minum kau sepenuhnya. Lepas kahwin nanti... aku bagi kebebasan kat kau nak kerja atau duduk rumah aje. Aku.. dengan kamera aku..memang tak boleh nak berpisah. Jadi.. kau jangan jeles kat sayang aku ni. Nama dia Lia. Puan Lia.” Aku meluat melihat kerenah dia ni. Siap peluk kamera dia penuh kasih sayang lagi depan aku. Jeles ke aku ni? Hisy... tak ada maknanya nak jeles.
“Hmmm.. aku ni.. tak memilih sangat soal makan. Tapi.. aku tak boleh makan pedas sangat. Aku suka yang simple-simple aje. Tapi... aku paling tak suka orang belakangkan aku bila keputusan tu melibatkan aku. Itu aje rasanya.” Aku menahan hati aje sepanjang mendengar hikayat kisah si Kuzu ni. Nama aje Tengku Izzudin. Lawa aje namanya... tapi...serabai.
“Ada apa-apa lagi nak tanya?” Tanya Kuzu. Aku mengangguk. Belum puas hati dengan penerangan Kuzu.
“Family awak macam mana?” Tanyaku.
“Tadi cakap nak tau pasal aku aje..” Rungutnya.
“Termasuk family awak lah..” dengusku.
“Aku ni... anak yatim piatu.” Beritahu Kuzu. Aku terdiam. Tidak tahu nak cakap apa lagi.
“Awak tak nak tahu tentang saya?” Tanyaku.
“Buat apa?” Tanyanya endah tak endah. Kepalaku rasa nak berasap aje dengar soalannya tu. Sedikit tersinggung.
“Takut nanti awak menyesal kahwin dengan saya...” ucapku. Kuzu tergelak.
“Aku ada banyak masa lagi nak mengenali kau lepas kahwin.... jangan risau... setiap hari aku akan mengenali kau.. dan jangan lupa... kau  akan mengenali aku... sedikit..demi sedikit.” Aku angguk mengerti. Serba salah aku nak bercakap dengan lelaki ini. Dia memang sangat-sangat berbeza dengan lelaki-lelaki yang aku temui sebelum ini.
“Okey... kita jumpa lagi... Sabtu ni.” Putusku. Kuzu tersenyum.
“Aku boleh jumpa mak bapak kau...dengan gaya macam ni ke?”Tanyanya. Aku mengerutkan kening... tidak mengerti dengan pertanyaan dia.
“Kenapa?”
“Kau tak nak suruh aku cukur jambang yang ada kat muka aku ni ke?” Tanyanya. Aku tersenyum.
“Kalau awak selesa macam ni... ikut suka awak lah. Jangan ikut keselesaan orang... tapi.. ikut keselesaan awak.” Balasku. Kuzu turut tersenyum. Tengok lama-lama pun... masih serabai aje mamat ni. Kalau dia ikat sikit rambut dia ke belakang... sikat sikit jambang dia tu.. rasanya.. boleh tahan juga. Kalau pun tak layak di kategorikan dalam golongan lelaki-lelaki hensem... tapi... sekurang-kurangnya dia boleh masuk dalam list yang paling last dalam lelaki-lelaki yang boleh tahan rasanya.
“Hmm... aku janji aku... akan lindungi kau... kau kena yakin pada aku... kau kena sama-sama dengan aku bina rumah tangga kita.” Walaupun bernada dingin... tapi.. aku agak terpesona mendengar ucapannya. Sekurang-kurang... okey sikit dari si Alwi.. ambil ajelah... dia ni.. jadi.. suami tangkap muat. Daripada tak ada langsung... aku tak nak kena kahwin paksa macam dalam novel-novel yang selalu aku baca tu.
*****
“Lelaki keluar dari gua mana yang kau bawa tu acu? Budak ni... tak habis-habis nak memeningkan kepala aku... kan bagus si Alwi tu... segak...”
“Bergaya... mutu.. dan keunggulan...” Sampuk angah. Emak menampar lengan angah geram, bila cakapnya di potong. Aku meletakkan jari telunjuk ke bibir, tidak mahu emak membesarkan volume suaranya. Bimbang, Kuzu kecil hati dengan kata-kata emak. Emak ni.. kot ya pun tak berkenan... janganlah cakap masa ni. Tunggulah si Kuzu ni balik.
“Mak... mak dah janji.. mak akan terima siapa saja pilihan acu... mak dah janji..” Aku meningatkan emak. Emak berdengus. Terperangkap dengan janjinya. Aku menarik senyum. Angah pun turut sama tarik sengihnya yang macam kerang basi tu.
“Bila keluarga dia nak datang?” Suara emak kendur. Aku tersenyum kecil, nampaknya emak sudah mengalah. Huh!padan muka kau Alwi... tak ada maknanya aku nak kahwin dengan kau... tapi... cepat-cepat aku beristifar sendiri. Kadang-kadang aku rasa... emosi aku membuatkan perangai aku sedikit tersasar.
“Dia anak yatim piatu mak... tapi.. kami dah bincang.. dua minggu lagi kami nak kahwin. Mak restui pilihan acu ye.. dia baik mak...” ujarku meyakinkan emak. Emak terdiam, merenung ke luar tingkap. Mak tu...mesti tengah mode: pilu milu. Sedih mengenangkan anak tunggal perempuannya ini bakal menjadi tanggungjawab orang lain.. mak ni... mak tetap kesayangan acu mak... walaupun acu dah jadi bini orang nanti, bisik hatiku.
“Habis... korang nak duduk KL juga ke lepas kahwin ni?” Tanya emak. Aku angguk.
“Dia kerja kat sana mak.. acu pun kerja kat sana. Mak jangan risau... kami akan selalu jenguk mak kat sini.” Aku meyakinkan emak. Aku memandang angah yang dari tadi curi-curi merasa lauk di dapur. Aku memohon pertolongan angah.
“Betul cakap acu tu mak.. lagipun.. angah kan ada juga kat sini.” Angah seakan faham. Aku tersenyum sebagai tanda terima kasih kepada abang aku ni. Angah bernasib baik kerana bertugas di hospital dekat-dekat sini aje.
“Hmm.... Mak restui pilihan acu. Mak doakan ini yang terbaik untuk anak bongsu kesayangan mak ni...” ucap emak sambil mengusap pipiku. Aku mencebik pada angah yang buat muka jeles.
*********
“Aku terima nikahnya.. siti Jakiah.. hahahahahaha...” Aku dah bengang tahap gaban dah dengan mamat serabai ni. Ini dah kali kedua dia buat hal. Tok kadi dah geleng kepala. Along pulak dan memercik peluh dingin. Angah gelak tahap tak ingat. Ayah dan emak pun... diam aje. Aku pulak... kalau dia dekat sebelah aku... mesti dah kena ketuk dengan microfon. Malunya aku kat saudara mara aku... tambah-tambah dengan si Alwi yang dari tadi tersenyum sinis.
“Kuzu...”Suara along keras. Bila Kuzu sudah sedia, kadi sekali lagi mengengam tangan Kuzu.
“Aku terima nikahnya... Siti Jakiah binti Zafuan dengan mas kahwin.. 350 ringgit tunai...” Ucap Kuzu kali ini lebih serius. Aku melepas nafas lega bila tok kadi dan beberapa saksi menyebut perkataan sah. Entah kenapa air mataku mengalir sedikit. Aku sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Izzudin bin Tengku Amri. Mamat serabai kawan rapat along telah sah menjadi suami tangkap muat aku. Aku mengerling ke wajah Alwi yang berdiri di sudut kiri masjid. Sebenarnya... aku tidak sangka dia sanggup datang. Wajah Alwi yang tadi sinis bertukar merah... marah. Padan muka kau.. tak dapat kahwin dengan aku... dan padan muka aku... dapat mat serabai macam si Kuzu ni.
Tapi....daripada kahwin dengan Alwi, aku rela mempertaruhkan hidupku berkahwin dengan si Kuzu yang tidak aku kenali ini. Biarlah... kami sama-sama belajar mengenali diri masing-masing selepas ini.
********
“Acu... panggilkan Izz makan...” ujar ayah. Aku mengerutkan kening. Siapa Izz?
“Siapa Izz tu ayah?” Tanyaku. Ayah tergelak sambil tepuk dahi. Aku makin tidak mengerti.
“Ya ALLAH budak ni.. Izz tu kan suami acu.” Ujar ayah. Aku menahan gelak. Selama ini...semua panggil dia Kuzu.. ayahlah yang orang pertama aku dengar panggil dia Izz.
“Selama ni.. panggil dia Kuzu aje..” balasku.
“Kau masih panggil dia Kuzu ke acu?” Tanya emak. Aku gigit bibir. Serba salah. Along yang sedang memimpin Kak Min yang sarat mengandung memandang kami dengan pandangan penuh tanda Tanya.
“Kenapa ni?” Tanya along.
“Ni ha.. adik kau ni.. ada ke panggil laki dengan nama aje.” Leter emak. Aku buat muka bosan. Emak mana nak renggang dengan hobi berleter dia tu. Jangan je nanti menurun kat aku.
“Tak apalah mak... belum biasa.. nanti-nanti biasalah tu..” Along mempertahankan aku.
“Tak biasalah kena biasakan...” leter emak lagi. Aku malas hendak memanjangkan leteran emak. Terus aje aku ke anjung rumah memanggil Kuzu dan angah.
*******
“Angah...mak panggil makan.” Laungku sedikit. Aku kerut kening bila wajahku menjadi santapan dua lelaki di depanku. Bila pula kawan angah ni sampai. Entah siapa... tak pernah tengok pula sebelum ni. Kalau aku tau angah ada kawan sekacak ni... mesti aku dah minta tolong kawan angah ni.
“Kenapa tengok abang macam tu sekali?” Aku tambah keliru mendengar petanyaan kawan angah tu. Suami tangkap muat aku pulak.. entah di mana. Entah-entah buat tahi mata kat bilik. Mana tak penatnya... dari pagi terpaksa bersiap nak bersanding. Bila aku cakap kat mak tak nak bersanding... mulut mak terus macam peluru aje membebel tahab tak ingat. Aku akhirnya setuju aje.
“Eh... mana ada saya tengok awak. Angah... jomlah makan. Ajak kawan angah tu sekali. Acu nak panggil laki acu jab kat bilik.” Ujarku menutup malu. Saja aku menegaskan perkataan laki tu tadi. Biar mamat perasan tu tahu aku dah bersuami.. walaupun serabai.. yelah.. main tangkap muat aje. Tapi..dia tetap suami aku.
Angah tiba-tiba tergelak. Kawan angah pun...ikut sama. Aku tidak jadi melangkah ke dalam rumah.
“Acu.. dah tak kenal ‘KAWAN’ angah ni?” Tanya angah dengan sisa tawanya. Aku merenung sekejab wajah kawan angah, suara dia..macam familiar.. tapi..muka dia yang kemas... bersih tu... tak pulak.
“Entah... dia ni artis ke? Macam pernah gak tengok.” Jawabku malas untuk berteka teki. Nanti.. tak pasal-pasal keluar suara tarzan emak memanggil kami. Bising pulak satu rumah. Malu pulak kat si Kuzu dan kawan angah ni.
“Ya ALLAH.. acu.. kau ni apa-apalah.. ni laki kau. kau tak kenal ke?” Daguku rasa jatuh mendengar kata-kata angah. Mamat itu tersenyum sambil menggosok dagunya yang tinggal janggut sejemput. Aku memejam kelib mataku berkali-kali.
“Kenapa? Tak percaya? Hensem juga abang ni kan?” ucap lelaki yang dikatakan angah adalah suamiku itu. Aku telan liur. Tak sangka.. macam manalah lelaki yang selama ini tak hensem.. boleh jadi hensem macam ni. Huhuhu...kenapa dia tak cukur jambang dia tu semua masa sebelum kahwin.. kan cantik aje gambar kahwin. Ni.. kalau tengok gambar kahwin kami... hiys..entah-entah orang ingat aku keluar dengan jantan lain.
“Sudahlah tu..acu.. Kuzu.. jom kita ke dapur. Angah dah lapar ni” ucap angah melangkah ke dalam rumah. Kuzu turut mengekori, dia berhenti di sebelahku melihat aku masih tidak melangkah. Dia menghadiahkan senyuman.
“Jom sayang... kita ke dapur.” Bisiknya lembut sebelum menarik tanganku lembut mengekorinya. Aku rasa macam dipukau aje.. terus aje mengekori. Entah...
********
Dia ni..memang menguji jiwa raga aku aje sejak kami kahwin. Bukan aje muka dia yang selekeh.. perangai pun.. suka menyepah aje. Time aku basuh baju kena cek betul-betul poket baju dan seluar dia. Kalau tak.. ada aje nut-nut kat dalam poket. Nyaris-nyaris lagi minah kat rumah rosak kerana nut dari baju dan seluar dia. Nasib akulah dapat suami macam dia. Suami tangkap muat. Tu nasib baik nut..kalau ada spanar dalam poket...memang nak kena berus laki aku ni.
“Abang... tolong Kiah jab bang..” Awal-awal pagi aku dah berlatih vocal. Dah macam bini tarzan si Jane pulak aku melolong pagi buta ni. Ini semua kerana laki aku ni.
“Abang...” Laungku lebih kuat. Geram aku. Berapa kali nak cakap.. hisy.. itulah.. pilih suami tangkap muat aje. Apa boleh buat.. suami tangkap muat tu lah buat aku melayang-layang macam mabuk kepayang sekarang. Rasa dah mabuk cinta.
“Abang...” sekali lagi aku melaung. Wajah si Kuzu masih monyok melangkah ke dapur. Aku menunggu sambil bercekak pinggang.
“Ha nape memekik dari tadi? Orang nak tido lah...” Rengusnya dengan wajah monyok. Aku memandang geram.
“Abang.... cuti-cuti macam ni.. boleh tak tolong Kiah kemas barang-barang abang yang bersepah tu..  kalau Kiah buang kan... nanti abang marah.” Leterku. Aku bukannya sesaje nak keluar hobi berleter ni. Menurun perangai mak yang suka berleter tu. Dulu.. aku pernah kemas barang-barang dia. Tak pasal-pasal ada yang hilang. Lama juga Kuzu diam aje. Kalau dia marah... dia diam. Terkulat-kulat juga aku nak memujuk. Tiga hari baru dia keluar suara berbual dengan akul. Aku siap nangis-nangis lagi depan dia. Takut sangat tengok dia marah. Aku rela dia berleter memarahi aku.. tapi.. jangan aje dia diam. Dia cakap.. aku sudah hilangkan foto yang dia ambil. Aku memang ada membuang beberapa keping gambar yang nampak buruk pada pandangan aku. Tapi.. tak sangka pula pada dia... gambar itu mempunyai seribu makna. Manalah aku tahu.. aku bukan orang seni macam dia. Sejak dari hari tu.. aku tidak berani lagi mengemas barang-barang seni dia. Cinta dia pada bidang fotografi kadang-kadang aku tengok lebih dari cinta dia pada aku. Cemburu? Adalah juga. Kamera dia tu lah.. bini nombor satu dia. Aku ni.. bini nombor dua. Huhuhu.. aku jeles la..
“Yalah lah...cik Kiah oi... nanti tak pasal-pasal ada yang cakap saya dera bini saya, dan sayang kamera lebih dari bini.” Ujarnya. Aku hanya mencebik. Jeles?.. ya.. jeles pada Puan Kamera dia. Kalau tak silap aku...nama kamera dia Lia. Entah-entah dia auta aje.. mungkin tu nama mak we lama dia.
******
Seminggu...dua minggu... memanglah elok aje... tapi... lepas tiga minggu..semak balik janggut dia. Apatah lagi dah lima bulan ni. Aku dah tak hairan dah dengan laki aku ni. Suami tangkap muat pun.. tangkap muatlah. Aku tak kisah, yang pasti aku dah jatuh sayang sangat-sangat kat dia. Paling aku suka... dia ni tak pernah merungut bila aku masak apa pun. Aku tahulah..kemahiran aku memasak tak sehebat mana. Banyak cacat cela di mana-mana... dan kadang-kadang bila aku busy sangat dengan kerja di pejabat..aku akan balik lewat. Dia sabar aje tunggu aku di rumah. Memang... aku selesa sekali dengan dia. Dalam diam..rasa sayang itu makin menyubur dalam hati. Siapa tak sayang laki oi???? Baik buruk... hensem..ke tak hensem...dia tetap laki aku.
“Sayang...sayang tak sihat?” Aku tersentak mendengar suara kuzu dari depan pintu. Aku menjauhkan tangan dari dahi. Dari tadi aku memicit dahi menghadap lab top. Aku segera berdiri untuk menyalami tangan suamiku. Kuzu menggeleng. Aku sedikit tersinggung dengan tingkahnya. Adakah dia tidak sudi untuk disalami aku. Sebelum ini... tidak pulak. Aku jadi sensitive tiba-tiba.
“Sayang... kenapa ni? Sayang kecil hati?” Tanyanya dengan wajah sayu. Aku menggeleng masih berdiri kaku sambil menunduk kepala di depannya.
“Abang tau..mesti sayang kecil hati abang tak nak salam sayang... bukan abang tak nak... tapi... tangan abang kotor ni. Motorsikal abang rosak kat simpang jalan tu tadi...” jelasnya. Aku gigit bibir, rasa bersalah kerana berperasangka buruk.
“Sorry...” Ucapku. Kuzu tergelak kecil.
“Hmm... sayang okey tak ni? Cepat bersiap... lepas abang solat isyak ni.. kita keluar nak? Kita makan kat luar..esok kan cuti.” Ujar Kuzu. Aku menggeleng.
“Kiah dah masak bang... lauk kesukaan abang.” Ujarku. Kuzu tersenyum gembira.
“Wah...  ni yang abang makin sayang kat sayang ni... hmm.. abang mandi sekejab ye. Kita makan sama-sama.” Ucapnya. Aku tersenyum senang.
*****
“Asal berlaki aje Jah.. kalau tak nanti..jadi andartu.... entah mat gian mana dia buat laki...aku tak tau... rembat aje...sementara ada orang nak..” rasa berasap aje telinga aku mendengar kata-kata sinis rakan sepejabatku ketika aku membawa suamiku ketika dinner syarikat tempatku bekerja.
“Ha a.. betul kata kau tu Zana... dulu...jual mahal... si Muzri... Idris nak...dia jual mahal..bila dah tak laku... kutip mat gian tepi jalan buat laki... entah-entah jadi biawak hidup kat rumah.... dia yang sara hidup laki dia.” Air mataku menitis sedikit mendengar suara-suara sumbang itu. Aku merenung suamiku yang leka mengambil gambar. Hatiku pilu bila orang menghina dia. Sepanjang kami menjadi suami isteri... dia sangat baik pada aku. Dia melayan aku bagaikan puteri. Tidak pernah berkasar kelakuan ataupun tutur kata. Kalau pasal pendapatan yang menjadi isunya... tidak pernah sekalipun suamiku meminta wang dari aku. Malah... semua bil di rumah dan barang dapur dibeli oleh Kuzu. Dan setiap bulan juga wang dalam akaun aku bertambah. Mungkin.. tidak banyak seperti suami orang lain berikan... tapi... itu sudah cukup memadai. Bukan itu saja, Kuzu juga memasukkan wang ke akaun tabung haji mak dan ayah. Mulanya... mak dan ayah hairan melihat baki akaun lebih dari biasa kami adik beradik masukkan setiap bulan.  Bila aku terjumpa kertas deposit wang masuk ke tabung haji nombor akaun mak dan ayah.. aku aku tahu. suamiku turut menyumbang kepada orang tuaku. Aku bangga dengannya.
“Mulut longkang betul si Ijah dan Zana tu Kiah... ah..pedulikan apa mereka nak kata. Mereka tu..kalau tak bercakap buruk tentang orang lain tak sah. Dah jadi darah daging agaknya.” Aku sedikit tersentak mendengar suara Awin. Di sebelahku. Awin yang paling rapat dengan aku di pejabat. Dia datang ke sini dengan teman istimewanya.
“Sayang..”Aku segera menyeka air mataku sebelum mendongak memandang suamiku. Aku tidak mahu dia mengesan kesedihanku. Dia terlalu baik.
“Hmm..muram aje ni..mana dia senyuman yang buat abang rasa sakit pun jadi sihat.. marah pun.. terus sejuk..?” Tanyanya dengan nada mengusik. Aku mengukir senyuman sambil merangkul lengan suamiku. Aku tidak mengendahkan pandangan jelik rakan pejabatku yang lain. Bukan mereka yang harus membuat keputusan untuk kebahagiaan rumah tanggaku.
“Hmm.. abang dah puas ambil gambar?” Tanyaku. Dia mengangguk sambil meneguk minuman.
“Nak tengok boleh?” Tanyaku mencapai kameranya. Dia cepat-cepat mencapai kembali kameranya di tanganku.
“Tak boleh...” balasnya. Aku menarik muncung. Memang inilah satu-satunya benda yang aku tidak suka. Aku terpaksa bersaing dengan kamera dia.
“Kedekut... mesti abang nak sembunyikan sesuatu dari kiah...” ucapku dengan rajuk. Kuzu tergelak kecil sambil tergeleng.
“Tak ada apalah sayang...gambar sekitar majlis ni aje..” balasnya memujuk sambil menggengam tanganku.
“Bohong...mesti banyak gambar perempuan lain.” Rajukku lagi. Kuzu makin kuat tergelak. Aku jadi sakit hati. Ain dan suami, Kamal dan isterinya, Awin dan Muliati bersama-sama pasangan masing-masing hanya memandang dengan senyuman kelakuan kami. Kami satu meja ini memang rapat.
“Sumpah sayang.... kalau ada pun gambar perempuan lain... ni gambar biasa-biasa aje..” ucapnya cuba meyakinkan aku. Aku akhirnya sedikit terpujuk dengan usapan lembutnya di lenganku. Laki aku ni.. mana boleh aku nak marah lama-lama kat dia.
***
Aku tergamam sebaik masuk ke bilik ketua baru di Unit Pemasaran. Selama ini...aku belum berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Tapi..tidak sangka pula..dia ini Shahril yang di maksudkan oleh rakan sepejabat yang lain. Aku ingat hanya kebetulan...tapi... Argh...
“Siti... kecilnya dunia...” Suara itu... masih sama. Wajah itu pun... masih sama, Cuma di hiasi dengan garis kematangan. Siti... memang dia seorang aje kawan di universitiku dulu memangilku Siti.
“Kenapa terjegat aje kat situ? Duduklah..” Pelawa lelaki itu. Aku menghenbus nafas berat dan terus duduk.
“Hmm... tak sangka.. kat sini rupanya awak bawa diri. Awak dah kahwin?” aku terkejut mendengar pertanyaan Shahril. Hatiku jengkel melihat senyuman dia.
“Saya kahwin atau tak..bukan ada kena mengena dengan awak.” Balasku. Shahril tergelak. Aku makin meluat melihat lelaki itu.
“Cepatlah cakap..kenapa awak nak jumpa saya?” balasku dengan marah yang terkawal. Lelaki itu tersenyum sinis.
“Awak tau tak...  company ni.. company bapa mertua saya?” Tanyanya. Aku terkejut. Tapi sedaya upaya aku menahan riak wajahku.
“Huh... kalau you nak cakap you nak buktikan you ni lelaki sengkek.. hanya bergantung harap pada harta mertua you... tak payah. Sebab I tahu.. you memang mata duitan.” Ujarku sinis. Wajah Shahril merah.
“Kau jangan nak kurang ajar kat sini. Aku boleh tendang kau keluar dari sini.” Suara Shahril makin meninggi. Dia mengetap bibirnya kegeraman. Aku tersenyum menyindir. Kadang-kadang.. mulut aku ni..memang tak ada insuran.. main lepas aje. Tak fikir dulu.
“I tak kisah. Rezeki seseorang di tangan Tuhan. Bukan di tangan you. Dah lah..kalau you hanya nak cakap harta mertua you tu..yang you tumpang tu... i nak minta diri dulu.” Balasku pantas bangkit.
“Hei.. tunggu dulu. Kau mesti buat benda ni untuk aku. Esok aku ada presentation.” Tegasnya sambil melontarkan fail di depanku. Aku mengerling sekejab. Tak ada maknanya aku nak buat untuk dia.
“You buatlah sendiri. Tak guna you duduk kerusi manager ni...kalau benda senang tu pun you tak boleh buat,” balasku berani. Wajah Shahril makin merah. Aku pantas melangkah keluar. Hatiku tidak habis-habis mengomel. Kenapa aku tak tahu syarikat ni milik mertua si Shahril tu. Mana dia sebelum ni? Argh...
********
“Sayang...sayang tahu tak.. bengkel kami dah ada cawangan kat tempat lain. Lepas ni... mungkin abang busy sikit.” Aku tidak jadi melelapkan mata mendengar suamiku membuka bicara. Badanku cepat betul letih sejak kebelakangan ini. Mungkin... letih ke otak membawa ke badan. Sejak Shahril masuk ke pejabat tu.. hidup aku jadi tak tenang. Ada aje lelaki tu nak cari pasal. Tapi..baru-baru ni... lelaki itu merayu-rayu memohon maaf dari aku. Dia cakap dia tak bahagia. Dia ajak aku kahwin senyap-senyap. Tak ke gila namanya tu? Tapi...awal-awal lagi aku dah tolak. Aku cakap...aku dah kahwin. Mulanya dia tak percaya... tapi..aku cakap suruh dia Tanya kat rakan sepejabat lain. Lepas tu..dia slow sekejab. Tapi... sekarang ni makin menjadi. Dia siap nak cakap sanggup nak bayar suami aku untuk lepaskan aku. Lelaki tak guna. Sumpahku di dalam hati.
“Sayang...sayang dah tidur?” Tanya suamiku kembali. Aku menggeleng dan memeluk pinggang suamiku lebih erat. Semakin hari... aku semakin mencintainya. Suamiku meletakkan kepalaku di dadanya.
“Hmmm... kenapa ni? Penat ye?” Tanyanya. Aku tersenyum dan bermain-main dengan jangggutnya yang memanjang. Apalah selekeh suami aku ni. Detik hatiku.
“Kalau penat..sayang tak payah kerjalah. Duduk rumah..jaga makan minum abang. Mana tau..lepas ni.. ada junior...ehem...” Ucapnya nakal. Aku sedikit terjerit, pipinya aku cubit manja.
“Kalau Kiah tak kerja... susahlah bang... zaman sekarang ni...semuanya nak duit. Kalau kita ada anak...nanti..makin besar perbelanjaan kita. Kesihan abang... nanti makin serabai..nak cari duit.. setahun tak sempat tebas jambang ni semua.” Perliku. Suamiku tergelak. Tahu aku menyindirnya.
“Sayang tak suka abang simpan jambang ni semua?” tanyanya. Aku tergelak saja. Ubun-ubunku di kucup lembut. Aku bahagia bila berdekatan dengannya.
“Abang bukan sengaja simpan jambang ni semua tau.. abang nak tolong sayang. Abang tak nak perempuan lain tackle abang. Maklumlah... abang ni kan hensem kalau muka bersih. Mak Bedah sebelah rumah mak sayang di kampong pun...selalu skodeng abang time kita baru-baru kahwin dulu.”aku tergelak kecil. Lengannya aku cubit lembut. Perasanlah dia ni... tapi..memang tidak di nafikan kekacakan suami aku ni kalau dia bersihkan semua ‘semak’ di mukanya itu.
“Perasan.. Kiah ni..tak perlu nak makeup cantik-cantik tau.. ramai lelaki terpikat. Baru-baru ni..bos.. opss..” Aku menutup mulutku bila terlepas bicara. Suamiku pantas duduk dan memandangku tajam. Aku terkulat-kulat dan turut duduk bersila.
“Kenapa dengan bos sayang?” Tanyanya. Aku gigit bibir. Masih berat untuk berterus terang.
“Sayang..baik cakap..” Suaranya lebih tegas.
“Kalau Kiah cakap...abang jangan marah tau.. “ ujarku.
“Cakaplah dulu..” ucapnya.
“Abang janji dulu.” Aku masih tawar menawar. Mungkin bosan, akhirnya suamiku mengangguk.
“Sebenarnya... bos Kiah sekarang.. ex-boyfriend Kiah. Dia.. cakap..dia nak Kiah balik bang. Tapi... Kiah memang dah meluat sangat dengan dia. Tapi.. abang jangan marah k. Kiah sayangkan abang. Kiah cintakan abang sorang aje.” Ucapku bersungguh-sungguh.  Suami masih diam. Aku makin serba tidak kena. Air mataku menitis perlahan. Tidak dapat nak tahan. Hati aku rasa pilu. Bimbang Kuzu akan marah.
“Sayang... hei..kenapa menangis ni. Abang tak marahlah..” Sebaik mendengar dia berkata. Aku makin kuat teresak. Wajahku di sebam di dadanya. Kuzu mengusap belakangku lembut.
“Sayang..jangan nangis k. Abang tak marah. Abang sayang kat Kiah. Abang sayang sangat-sangat kat Kiah. Abang percayakan Kiah. Lagipun... abang happy sangat. Akhirnya..Kiah mengaku yang Kiah sayangkan abang. Cintakan abang.” Ucapnya. Aku mengangkat kepalaku dari dadanya. Dia memandangku dengan senyuman. Air mataku di kesatnya lembut.
“Dah..jangan nangis... walau macam manapun..abang akan mempertahankan rumah tangga kita. Abang takkan bagi dia rampas isteri abang yang cantik molek ni. Abang akan lindungi isteri abang tercinta ni.” Ucap Kuzu. Aku terharu, pantas memeluknya lebih erat. Kiah pun sayang abang sangat-sangat. Bisikku dalam hati.
*****
Mulutku sedikit ternganga melihat lelaki yang menghampiriku sambil membawa sejambak bunga. Biar betik... bukan kali pertama aku melihat wajahnya sekemas dan sekacak ini. Tapi... kehadirannya mengundang tanda tanya di mata rakan sepejabatku yang lain. Dia berdiri betul-betul di depanku dengan senyuman. Aku menghulurkan tangan bersalaman dan aku kucup hormat.
“Apa mimpi abang datang kat office Kiah ni? Dan...”
“Hensem tak?” pintasnya. Aku kelu. Mestilah hensem... tapi..
“Hensem tak?” Ulangnya sambil mengengam tanganku. Wajahku merah bila kelakuan kami menjadi tontonan beberapa rakan sekerja yang lain. Aku hanya mampu menarik sengih.
“Hensem..” Jawabku pendek.
“Mana lebih hensem? Abang ke Shahril?” Tanya. Aku tergeleng.
“Kenapa harus tanya soalan tu?” Tanyaku. Aku seakan menghidu bait-bait cemburu bila dia menyebut nama Shahril.
“Abang jeles kat dia. Abang nak buktikan pada sayang.. abang sayang kat Kiah..lebih dari dia sayang kat Kiah. Abang nak goda sayang ni. Nak buat sayang terpikat kat abang aje.” Ucapnya berterus terang. Aku tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Terbalik pulak dah ni.. biasa dengar isteri yang bersiap cantik-cantik untuk suami.. ni.. suami pulak yang bersiap kemas-kemas macam ni untuk isteri. Apa-apalah suami aku ni.
“Tak perlulah buat macam ni bang.. Kiah sayang abang sorang aje.” Ucapku meyakinkan dia.
“Hmm.. tak apalah sayang. Lagipun... abang pun dah mula rimas dengan jambang semenyeh je. Nanti-nanti..kalau kita ada anak... malu pulak kalo diaorang tegur. Baik start dari sekarang.” Ujarnya penuh makna. Aku turut menerapkan senyuman. Kami sama-sama punya impian yang sama. Mahukan cahaya mata sendiri. Kami tidak jemu berdoa.
“Okey.. thanks untuk bunga ni.” Ucapku sambil menghidu bau wangi bunga hidup itu.
“You are welcome.. everything for you sayang...” balasnya.
“Awin.. kenapa tengok aku macam tu?” Tegur Kuzu melihat Awin memandangnya aneh. Awin menghampiri kami.
“Ya ALLAH Ya Tuhanku... kau rupanya Kuzu... aku ingat balak mana yang berani-berani berpegang tangan dengan si Kiah ni.. wei.. hensem jugak kau ni rupanya.” Awin sudah buka perangai dia bila jumpa laki aku ni. Dia tu brutal juga orangnya. Memang sekepala dengan si Kuzu ni.
“Heh.. baru kau tau.. sebab tu isteri aku ni tak dapat nak tido malam asyik terfikirkan aku, tau tak.” Aku mencebik mendengar kata-kata Kuzu. Perasan... muka dia tak ada kena mengena dengan selera tidur aku.
“Eh.. dah tengah hari ni.. aku datang nak ajak bini aku ni lunch.. kau nak joint sekali?” Pelawa Kuzu.
“Hmm.. tak apalah Kuzu.. aku bagi peluang korang date berdua hari ni.” Balas Awin.
“Kau nak bagi kami peluang berdua ke.. kau nak ambil peluang dating dengan ehem-ehem kau tu..” Usikku. Muka Awin merah tersipu. Aku dan suamiku ketawa mengusik.
“Hehehe...” Awin tersengih.
*********
“Satakat nak tunjuk laki you yang kerja merempat tu.. tak payahlah Kiah hoi.. pakai smart mana pun.. masih jugak bertempel minyak hitam kat dia.” Kalau di ikutkan hati, memang aku lempang muka Shahril saat tu juga. Dia tidak ada hak untuk menghina suami aku. Entah mana dia tahu pekerjaan suami aku.. aku tidak tahu. ini.. mesti ada mulut longkang bercerita. Aku bukan malu dengan pekerjaan suami aku.. tapi.. kalau untuk menghina dia. Memang aku tidak boleh terima.
“Apa yang dia kerja tu halal. Kami tak pernah mengemis. Buat pengetahuan en. Shahril... walaupun suami saya tu kerja bengkel aje. Dia tak pernah minta duit kat saya. Malah.. dia yang tanggung semua perbelanjaan kat rumah tu.” Balasku. Wajah Shahril Nampak tidak puas hati. Aku peduli apa dengan dia.
“You dapat apa dengan dia? Kalau you nak... kita boleh kahwin. I boleh bagi lebih dari apa yang dia bagi kat you.” Ujarnya. Aku ketawa sinis. Lelaki gila. Kutukku dalam hati. Biar bercerai nyawa sekalipun.. aku tidak akan balik kepada dia. Menyesal pulak aku ke pantry tadi. Kalau tau.. mesti aku dah minta tolong Awin aje ambilkan air kosong untuk aku. Aku mahu makan panadol. Dari semalam lagi kepala aku ni pening.
“Boleh blahlah dengan duit mertua you. Gila agaknya kau ni.” Balasku. Dengan dia ni... memang aku dah tak reti nak bersopan. Nanti dia naik daun. Aku terus kembali ke mejaku selepas menelan panadol. Aku hanya membiarkan Shahril terkulat-kulat kat pantry. Makin meluat aku tengok dia.
*****
“Hei... betina gatal.. kau yang goda laki aku kan?” Aku terkejut menerima serangan. Staf-staf lain sudah berkerumun di depan pintu bilikku. Wajahku rasa hangat. Malu.
“Puan… apa puan cakap ni? Saya tak ada apa-apa dengan En. Shahril. Lagipun… saya dah bersuami.” Balasku cuba berlembut, walaupun rasa marah dan malu silih berganti.
“Huh…kau ni perempuan… jangan nak berlakon. Entah-entah kau dah mandrem laki aku. Aku nak ingatkan kat sini, kalau nak kerja lama kat sini.. jangan berani nak goda laki orang.” Aku beristifar dalam hati. Tergeleng-geleng aku melihat isteri Shahril.
“Puan... saya tak ada apa-apa dengan En. Shahril. Terpulang pada puan nak percaya ke tak. Saya berkerja di sini pun nak cari rezeki yang halal.” Tegasku. Isteri Shahril mundar mandir di depanku. Dia menikam pandangan pada staf-staf lain yang memandang kami dari luar bilik.
“Hah... yang korang tengok buat apa? Nak kena pecat?” Hambur isteri Shahril. Semua staf yang berkerumun bertempiaran di tempat masing-masing. Aku masih bersandar.
“Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau perempuan. Ingat tu.” Keras suara isteri Shahril memberi amaran. Aku hanya mampu tergeleng. Ya ALLAH... aku ingat dalam novel dan drama TV aje ada perempuan macam ni. Dunia... dunia...
*********
Aku hairan... sejak akhir-akhir ni.. Kuzu selalu termenung. Pergi kerja pun... lambat dari aku. Selalunya.. dia yang dulu pergi kerja. Bila aku balik dari pejabat, dia dah terpacak di rumah menyediakan makan malam. Rumah pun nampak bersih berkemas. Takkan dia tak pergi kerja kot..
Masalah di pejabat lagi. Buat aku sakit hati. Dengan bini si Shahril tu... dengan si sengal tu sendiri. Buat aku terseksa jiwa raga. Sejak si Shahril tu muncul balik dalam hidup aku,  hidup aku tak pernah aman.
“Kenapa ni sayang? Penat ye?” Tegur Kuzu. Aku menarik senyum melihatnya menghampiriku. Bila dia hendak memelukku, aku menolak lembut.
“Sorry bang... bukan Kiah tak nak abang peluk Kiah. Tapi... Kiah baru balik ni.... tak selesa. Peluh lagi ni.” Terangku melihat wajahnya berubah ketika aku menolak tangannya yang hendak memelukku sebentar tadi. Aku sebolehnya... tidak mahu dia rapat denganku dalam keadaan yang baru balik kerja macam ni. Rimas dengan keadaan yang berpeluh dan serabai macam ni.
“Hmm... tak apalah sayang.” Ucapnya mengucup dahiku. Aku menyalami dan mengucup tangannya.
“Hmm... awal abang balik. Abang tak kerja ke?” tanyaku. Dari minggu lalu lagi aku hendak bertanya. Tapi, belum ada kesempatan.
“Sayang...kalau abang cakap... sayang jangan marah ya.” Ujarnya dalam serba salah. Aku menjungkit kening bertanya.
“Apa?” Tanyaku malas.
“Abang minta maaf sayang. Abang kena buang kerja. Bengkel tempat abang kerja tu dah di beli Puan Ellina. Entah...anak orang kaya mana. Abang tengah berusaha cari kerja kat tempat lain.” Beritahunya. Wajahnya keruh. Aku menggeleng dan menarik senyum.
“Tak apalah bang... Kiah masih kerja ni. Mana tau lepas ni abang dapat kerja kat lain.” Balasku.
“Sayang penat ke? Cepatlah mandi... kita solat maghrib..lepas tu kita makan.” Ujarnya. Aku tersenyum dan menghulur tangan padanya. Dia menarik tanganku lembut untuk berdiri. Puan Ellina? Aku macam pernah terdengar nama tu.
“Bang... siapa nama pemilik baru bengkel tu?” Tanyaku dalam perjalanan ke bilik.
“Hmm...Puan Ellina Datuk Sudin.” Beritahunnya. Langkahku terhenti mendengar nama itu. Puan Ellina Datuk Sudin? Kan itu nama isteri Shahril? Ya ALLAH... kalau betul dia..nampaknya Ellina betul-betul mahu menyusahkan hidup aku. Ya ALLAH...
********
“Saya nak awak bagi resignation letter kat saya. Saya tak sangka awak sanggup buat macam ni Kiah.” Aku tersandar mendengar kata-kata Datuk Sudin. Aku tergamam.
“Kenapa Datuk? Apa salah saya?” Tanyaku. Kepalaku rasa pening. Berkali-kali aku memicit dahiku, cuba menghalau pening kepalaku.
“Ni.. semua bukti yang Shahril bagi. Kenapa tuntutan perjalanan pekerja semua tak masuk akaun mereka? Awak dah sign semua ni.” Aku sekali lagi tergamam.
“Datuk... saya dah bagi semua cek pada Indra. Dia sepatutnya dah bank in...” Balasku cuba mempertahankan diri.
“Sudahlah Kiah. Saya tak nak dengar alasan awak. Saya tahu, awak pekerja berbakat. Sebab tu saya tak nak pecat awak. Saya nak awak surat perletakkan jawatan awak kat saya esok. Awak boleh keluar.” Tegas Datuk Sudin. Aku menahan air mataku dari mengalir. Ya ALLAH... dugaan apakah ini lagi? Aku berusaha untuk melangkah.
Melihat wajah sinis Shahril menyebabkan aku makin membenci dia. Aku menghampirinya, dia tersenyum mengejek.
Pang... Wajah Shahril merah menerima tamparan dariku. Shahril mengangkat tangannya hendak membalas, Awin menghampiri kami. Shahril kembali menurunkan tangan. Mujur tiada staf lain di situ.
“Kau memang melampau.” Ucapku.
“Kau tu yang tak tau malu. Pergi dari sini. Bawa sekali semua barang kau.” herdik Shahril. Aku terus berlalu ke bilikku. Mengemas semua barang peribadiku. Awin menghampiriku dengan wajah cemas.
“Apa dah jadi ni Kiah?” Tanya Awin melihatku berkemas-kemas. Aku tidak mampu menahan air mata. Awin memegang tanganku yang mengemas.
“Kiah... duduk dulu.” Awin menarik tanganku duduk.
“Cakap kat aku...apa dah jadi?” Tanya Awin. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Entahlah Awin. Aku tak tau macam mana semua ni jadi. Aku dah sign semua cek untuk bayar claim staf kita semua. Tapi... semua staf tak dapat claim mereka. Aku tak tau..sebelum ni aku dah serahkan pada Indra.” Ceritaku.
“Datuk Sudin cakap aku songlap duit tu. Ya ALLAH... Awin..kau tau kan aku macam mana? Mana aku nak songlap duit tu semua.” Sambungku.
“Kiah..aku rasa ada orang yang pedajal kau ni. Kau dah cakap dengan Indra?” Tanya Awin. Aku tergeleng.
“Indra mana ada sekarang. Dia kan cuti 2 minggu.” Balasku lemah. Entah..aku sendiri tidak tahu, aku keliru dengan semua ni.
“Kiah... aku tak nak kehilangan kawan macam kau. kau dah terangkan pada Datuk?” Tanya Awin lagi. aku hanya menggangguk. Kalau orang sudah tidak percaya, aku tidak tahu lagi macam mana hendak bercerita lagi.
“Sabarlah Kiah... aku akan tolong bersihkan nama kau. kita tunggu Indra masuk Ofis 2 minggu lagi. Kiah... Kalau kau perlukan apa-apa... kau call aku ye.” Suara Awin bergetar menahan pilu. Aku sudah siap mengemas baranganku. Aku menaip surat perletakkan jawatanku. Bergetar tanganku menandatangan surat itu. Aku pilu, susah payah aku berada di tahap ini. Segala usahaku musnah kerana sikap busuk hati manusia.
“Aku tolong...” Tawar Awin. Aku hanya angguk.
“Huh... baguslah kau berambus dari sini.” Ketika keluar dari pintu lift aku di sapa dengan suara sinis Puan Ellina. Aku hanya diam.
“Itulah... lain kali..jangan nak menggatal kat laki orang.”
“Saya ke.. laki you yang menggatal?” balasku sinis. Wajah Puan Ellina merah, dia menerpa ke arahku. Dia menolakku kasar, aku tidak bersedia menerima serangannya. Aku terpelanting ke tiang. Awin menerpa ke arahku melihatku memicit dahi.
“Kau tak apa-apa Kiah?” Tanya Awin cemas. Aku menggeleng sambil melemparkan pandangan tajam pada Puan Ellina yang melangkah angkuh ke dalam lift.
“Muka kau pucat sangat Kiah.. kau tak apa-apa?” Tanya Awin. Aku tidak mampu menyahut. Pandanganku rasa berpinar, ruang lobi rasa berpusing.
“Kiah...” Aku sempat mendengar suara Awin.
*******
Aku rasa badanku penat sekali. Aku berusaha untuk membuka mata. Tanganku rasa di gengam seseorang. Sekejab-sekejab terasa kucupan lembut. Siapa? Aku mencelikan mata.
“Sayang...” seru Kuzu. Dia tersenyum manis, tapi masih ada garis kerisauan.
“Sayang tak apa-apa?”Tanya Kuzu. Aku cuba menarik senyum, menghalau kerisauannya. Aku cuba bangun.
“Sayang baring je k.. sayang tak sihat sangat tu.” Tegah Kuzu. Aku tidak jadi untuk bangkit. Kepalaku masih pening.
“Macam mana Kiah boleh kat sini bang?” Tanyaku.
“Kiah pengsan, Awin bawa Kiah ke sini. Dia dah balik... budak ofis call.” Beritahu Kuzu bila mataku melilau mencari kelibat Awin.
“Sayang pening lagi tak?” Tanya Kuzu lagi.
“Hmm... sikit. Entah kenapa boleh pengsan pulak.” Ujarku. Kuzu tersenyum.
“Sayang... Sayang tahu tak sayang mengandung?” Aku ternganga.
“Betul ke bang?” Tanyaku.
“Betul sayang.. Alhamdulillah... kita bakal dapat baby..” ucap suamiku penuh kesyukuran.
“Alhamdullillah... Kiah.... tak sangka..” Aku rasa kehilangan kata-kata. Air mata kegembiraan mengalir tanpa dapat di tahan. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
“Tapi bang.... Kiah.. Kiah..baru kehilangan kerja. Macam mana kita nanti?” Aku kerisauan. Kuzu tersenyum.
“Sayang jangan risau k. Kita akan sama-sama berusaha. Buat masa ni... sayang rehat aje di rumah. Abang akan berusaha cari kerja.” Ujar suamiku memujuk. Aku tersenyum.
****
Kuzu tersenyum sebaik masuk ke dalam rumah. Kandunganku baru masuk tiga bulan, alahan yang aku alami tidak teruk sangat. Mungkin... dia tahu... ibunya sedang menghadapi masalah yang besar.
“Sayang macam mana hari ni?” Tanya Kuzu memeluk bahuku. Aku memeluk pinggangnya, rasa ingin selalu dekat dengannya.
“Okey je bang.... baby kita anak yang baik. Dia tak dera ibu dia sangat. Cuma pagi tadi je muntah.” Balasku. Kuzu tersenyum senang. Tapi...dari raut wajahnya...aku tahu dia menyembunyikan sesuatu. Aku dapat rasa, suamiku belum dapat pekerjaan. Dalam kelulusan yang cukup-cukup makan... mana mungkin dia dapat kerja segera.
“Bang... apa kata kita buka bengkel sendiri? Kiah ada sedikit simpanan. Rasanya... cukup untuk kita buka bengkel kecil-kecil.” Cadangku. Kuzu terdiam.
“Tak payahlah sayang... nanti-nanti adalah..” Balas Kuzu. Aku kurang setuju dengan suamiku. Bukan apa....sampai bila? Kami dua-dua tidak bekerja. Sewa rumah, bil-bil di rumah ni, barang dapur, kereta lagi. Aku diam.
“Sayang...kalau boleh abang tak nak guna duit sayang. Abang nak usaha sendiri.” Mungkin tahu ada sesuatu yang bermain di fikiranku, dia bersuara. Dia masih membatu di sebelah. Mengusap lembut perutku.
“Abang... duit Kiah ke.. duit abang sama aje bang. Kita kan suami isteri.” Aku cuba meyakinkannya. Kami sudah berkongsi hidup, kalau boleh semua aku hendak kongsi bersama. Jatuh bangun kami, kami sama-sama hadapi.
“Abang masih mampu nak sara keluarga kita.” Dengusnya kecil. Aku menarik nafas dalam-dalam. Rasanya.... ini pertama kali kami bertikam lidah. Aku dapat melihat kerutan di dahinya. Faham sangat dengan tabiat dia yang satu itu. Dia tengah marah kalau dahinya berkerut begitu. Aku cuba menenangkan diriku sendiri. Cuba bertolak ansur.
“Kiah tak nafikan keupayaan abang nak sara keluarga kita bang... tapi sampai bila? Abang belum dapat pekerjaan. Kiah pun tak kerja sekarang. Kiah Cuma bagi cadangan untuk kita mulakan perniagaan sendiri. Kiah boleh tolong abang urus apa yang patut.” Jelasku panjang lebar. Kuzu hanya diam memandang ke dinding seolah berfikir panjang. Aku angkat kepalaku dari dadanya. Tangannya aku gengam dan aku bawa ke bibir. Aku kucup lembut, memujuk.
“Tapi... abang takut usaha kita tak menjadi. Duit tu duit Sayang.” Luahnya. Aku menarik senyum, mengusap lembut pipinya yang bersih. Jambang yang selama ini menghiasi wajahnya sudah di cukur bersih. Tinggal sejemput kecil dan kumis yang membuatkan dia Nampak kacak di mataku. Sejak dia janji nak nak buat aku sentiasa terpikat dan tergoda pada dia, wajahnya sentiasa bersih. Dulu dia bukannya tidak pembersih, tapi... pakaian dan jambangnya yang agak selekeh. Aku tidak kisah pun imejnya, aku tahu...hatiku memilih dia.
“Kalau kita tak cuba... kita tak tahu hasilnya bang... biar kita bersusah dulu.” Ucapku meyakinkannya. Anggukannya membuah senyumku. Pipinya aku kucup lembut. Dia turut membalas.
*****
Aku hanya diam bila emak berleter panjang. Kata-kata ayah pun dia tak dengar. Berkali-kali dia mendesakkan aku dan Kuzu duduk saja di kampung mengusahakan kebun ayah. Tapi... macam mana perancangan kami? Kami sudah mencari tempat yang sesuai. Kebetulan, bekas majikan suamiku menawarkan tawaran yang sukar kami tolak. Kami sepakat berkongsi niaga. Kuzu meminta aku membantu dalam pengurusan di bengkel itu, termasuk akaun dan stok bila aku menyatakan hasrat untuk mencari kerja lain. Dia cakap... sementara waktu, aku boleh menolongnya di situ. Dia boleh tengok-tengokkan aku. Aku setuju saja.
“Kiah bukan tak nak mak... tapi..kami dah ada perancangan kami sendiri.” Balasku. Nasib baik Kuzu tidak ada di rumah, kalau balik ke kampung, mana pernah dia duduk diam. Dia selalu ke kebun membantu ayah menebas ataupun meluaskan parit.
“Itulah kau.. dulu mak cakap kahwin dengan si Alwi tu...terjamin masa depan.” Aku diam. Kecil hati dengan kata-kata mak. Kalau Kuzu dengar, mesti dia terasa hati. Emak mencebik, masih ligat menggoreng cucur udang.
“Mak... abang Izz dah cukup baik untuk Kiah mak... Kiah sayangkan dia. Walaupun dia tak ada kerja tetap, dia rajin mak. Dia tak minta satu sen pun pada Kiah. Mak jangan nak sebut nama Alwi tu lagi. kiah menyampah. Tolong mak... jangan ungkit benda ni lagi. kiah tak nak abang Izz kecil hati kalau dia terdengar apa yang mak cakap.” Ujarku masih merendahkan suara. Walau apapun... emak tetap orang tuaku. Dia membesarkan aku, terlalu besar jasanya. Sampai matipun aku tidak mampu membalas. Emak meletakkan cucur udang di depanku.
“Mak bukan apa Kiah. Mak takut masa depan Kiah macam mana nanti. Mak tengok Kiah ni makin kurus. Perut aje membonjol depan tu. Kau tu tak lama lagi nak bersalin. Ada duit tak nak beli semua kelengkapan?” Suara emak kendur. Aku tahu, walaupun kata-kata emak sedikit berbisa, dia sebenarnya risaukan anak-anaknya. Tangan emak terus aku gengam.
“Mak jangan risau k. Menantu mak tu sangat baik. Dia takkan biarkan hidup anak mak ni susah.” Ucapku meyakinkannya. Emak mengangguk perlahan.
Petang itu rumah orang tuaku riuh bila along sekeluarga turut datang. Sudah lama aku tidak melihat Haizil anak along dan kak Min yang baru menginjak setahun. Ketika aku berkahwin dulu, kak  Min tengah sarat mengandung. Kami masing-masing berkongsi cerita. Angah pula tak lama lagi akan mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya. Cikgu dari kampung seberang. Mungkin bulan depan akan bertunang.
*****
Bukan senang untuk memulakan sesebuah perniagaan. Walaupun berkongsi modal, tapi... kami masih memerlukan pinjaman. Bengkel kami masih baru, belum ada pelanggan tetap. Urusan pun tidak banyak. Kalau ada majlis kahwin kenalan kami, adalah juga rezeki kami bila mereka meminta Kuzu menjadi jurugambar.
Aku tersenyum hambar melihat baki dalam akaun aku. Baru dua minggu lepas aku mengeluarkan wang untuk membeli peralatan lama yang sudah rosak. Aku mengira-ngira sendiri. Abang Suaidi, rakan kongsi kami memang tidak masuk campur dalam urusan lain. Dia menyerahkan sepenuhnya pada kami. Share dia pun hanya 15 % saja.
Perutku makin membulat. Bimbang juga aku, bil bersalin nanti. Kelengkapan lain yang perlu di beli. Kami belum sempat lagi nak beli barang kelengkapan bayi. Kuzu tidak betah meninggalkan bengkel tanpa seliaannya. Dia bimbang jika ada rungutan dari pelanggan. Kamri, pembantunya belum cekap melayan pelanggan. Kadang-kadang jejaka itu mudah melenting.
“Sayang menungkan apa tu?” Aku tersentak mendengar suara Kuzu di depan pintu. Dia mengelap tangannya yang berminyak dengan kain buruk. Aku menjeling jam di dinding. Mesti dia nak solat kalau mula membersihkan diri.
“Hmm.. tak ada apa-apa bang...” balasku menyembunyikan kegusaranku. Kuzu tersenyum dan menghadiahkan kucupan di pipi dan di perutku yang memboyot.
“Anak ayah apa khabar kat dalam tu? Penat ye tolong ibu buat kira-kira?” aku tersenyum bahagia melihat dia bercakap di tepi perutku.
“Anak ibu rindukan ayah...” kuzu tergelak.
“Anak ke... ibu yang rindukan ayah ni?” Tanyanya dengan senyuman nakal. Aku tergelak saja. Walaupun tidak berenggang tapi...aku sentiasa rindukan dia. Mahu dia sentiasa di depan mataku.
“Dua-dua.”
“Ayah pun rindukan ibu dan baby.” Ucapnya tulus. Dia menghadiahkan senyuman manis untukku.
“Hmm... abang nak mandi kejab. Jab lagi kita berjemaah k.” Ujarnya. Aku hanya angguk.
******
Aku tidak sangka pula petang itu suamiku membawaku membeli barang kelengkapan bersalin dan sedikit baju-baju untuk anak kami nanti. Kami dah pesan kat Kamri supaya tutup bengkel.
“Wah... banyak duit abang. Kena lottery yek?” Tanyaku sekadar bergurau. Kuzu menarik hidungku lembut membalas usikanku.
“Apalah sayang ni... haram tau lottery tu.” Ujarnya dalam senyuman. Kami teruja memilih barangan untuk bayi kami nanti.
“Mana tau.... terikut-ikut dengan kawan baik abang tu...” ujarku sekadar menduga. Aku tidak rela dia memberi kami anak beranak makan dengan hasil judi. Tapi... aku percayakan dia.
“Itu dia.. abang takkan nak buat naya kat isteri abang yang cantik manis ni..dan anak kita tau. Yang haram tu... tetap haram. Abang bukan apa... abang pun fikir juga. Mat tu Nampak berduit... dia bagi makan kat anak bini dia. Sayang nampakkan apa jadi kat anak dia? Mat tu selalu merungut pasal bini dia. Kalau ikut akal...macam tak logic aje semua tu mempengaruhi perangai anak-anak dan isteri. Tapi... kita kena ikut rasionalnya. Bukan dia aje tau... tapi banyak kawan abang yang lain macam tu. Anak-anak mereka berani melawan kata orang tua. Dah kita bagi makan anak-anak dengan hasil yang haram. Dah jadi darah daging mereka. Sebab tu mereka jadi macam tu.” Panjang lebar suamiku berbiara. Aku tersenyum sambil mengengam tangannya lebih erat. Dia menoleh ke arahku.
“Sayang nak tahu tak... impian abang dari dulu lagi?” Tanya memeluk bahuku.Aku bersyukur... tak sangka pula suami tangkap muat aku ini telah menghadiahkan kehidupan yang bahagia pada aku.
“Apa?” Tanyaku sambil menjongket kening.
“Abang nak anak ramai. Abang nak jadi suami dan ayah yang baik. Abang akan berusaha untuk bina keluarga yang diberkati oleh ALLAH. Abang tidak mengimpikan hidup yang mewah, tapi... cukuplah yang selesa dan sentiasa di berkati ALLAH.” Beritahunya. Aku memeluk pinggangnya.
“Kiah pun macam tu bang... tak guna hidup mewah, kalau hati tak tenang.” Ucapku.
“Moga-moga anak kita nanti..jadi anak yang soleh.” Ucapnya. Doanya seiring dengan doaku.
“Hmm.. jomlah balik bang... Kiah penat.” Ajakku. Dia tergelak. Membimbit bakul barangan yang kami pilih. Mujur tidak ramai orang di kawasan barangan bayi itu. Malu juga kalau ada yang terperasan dengan drama sebabak kami suami isteri.
*****
Awin datang meminta Kuzu mengambil gambar untuk majlis perkahwinannya hujung bulan ni. Tapi kawan baikku itu pulang dengan hampa. Kuzu menolak permintaannya. Mulanya... aku ingat Kuzu ada urusan lain, tapi...bila dia masih turun ke bengkel, hatiku di hinggap curiga. Sudah lama aku tidak melihat dia menghabiskan masa dengan ‘Puan Lia’ dia tu.
Aku menjenguk ke bilik ‘peribadi’ Kuzu. Bilik itu dia gunakan untuk aktiviti seninya. Kuzu keluar sekejab katanya, nak cari lauk untuk makan malam kami. Hari ni aku rasa penat sangat, tidak larat untuk memasak. Aku pun memang dah tunggu hari lagi nak bersalin.
Aku membuka almari, tempat dia menyimpan kamera dia. Tapi...kamera dia tiada di situ. Aku hairan. Mana pula dia letak kamera dia. Tidak puas hati dengan hasil pencarianku, aku membuka pula laci meja. Tidak ada apa-apa di situ, kecuali kamera kecil. Dia memang tidak boleh berenggang dengan kamera. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Aku terkejut melihat resit di situ.
Resit pembelian kamera... mana kamera besar? Mungkinkah... Kuzu jual kamera besar dia dan beli kamera kecil ni? Tapi...kenapa? aku mula tidak sedap hati, aku terus melangkah keluar. Kepalaku pening tiba-tiba. Tapi... persoalan tentang ‘Puan Lia’ suamiku masih menyesak. Kuzu sayang sangat kat kamera dia. Kenapa dia tukar dengan kamera kecil tu?
“Sayang... sayang ok?” Aku tidak menyedari bila Kuzu sampai. Tidak pula dengar bunyi kereta dan grill di buka tadi. Mungkin...aku leka melayan pening kepala dan pasal kamera suamiku.
“Sayang...”Kuzu menghampiriku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Dia melekapkan belakang tangan di dahiku.
“Sayang...kita ke hospital.”ucapnya. Aku tidak mampu berkata apa-apa selain dari mengangguk. Aku tahu, waktu itu sudah makin hampir. Peluh dingin rasa memercik di dahiku. Kuzu hilang sekejab dari sebelahku. Tidak lama kemudian dia muncul semula memimpinku ke masuk ke dalam kereta.
“Kepala Kiah pening sangat bang...” beritahuku.
“Sabar ye sayang... tak lama kita sampai. Sayang baca selawat banyak-banyak... beristifar...baca surah yang mak ajar tu.” Pujukknya. Suaranya cemas. Secemas hatiku.
****
Aku mencelikkan mata. Aku tersenyum melihat suamiku terbaring merengkok kesejukan di atas sofa. Dia memeluk kamera kecil. aku meramas perutku. Kempis! Aku menelan liur pahit. Berusaha untuk mengingat kembali apa yang terjadi sebelum aku tertidur.   
Ya aku ingat lagi. sebaik sampai aku di bawa masuk ke bilik bersalin. Kuzu sendiri tidak berenggang denganku. Kata-kata semangatnya membuatkan aku kuat. Dia sendiri yang menyambut kelahiran anak kami. Aku sempat memeluk tubuh kecil itu. Kami dapat anak perempuan yang comel. Wajahnya iras betul dengan ayahnya.
“Abang...” panggilku.
“Abang...” Ulangku bila dia tidak berkutik. Panggilan keduaku membuatkan dia bangkit dan membuka mata. Aku menghadiahkan senyuman. Dia turut  membalas bila melihatku. Segera dia menghampiriku, menarik kerusi dekat dengan katil tempat aku berbaring. Tanganku di gengam dan dikucup perlahan.
“Sayang...” Ucapnya dengan suara serak, baru bangun dari tidur.
“Anak kita?” Tanyaku.
“Anak kita kat dalam bilik baby. Nanti abang ambil. Sayang rehat dulu.” Sarannya. Aku tersenyum bahagia, dia pun.
“mak ayah dah tau?” Tanyaku. Dia menggangguk. Jejarinya masih mengusap pipiku penuh kasih. Dia angguk perlahan.
Alhamdulillah..... semuanya selamat.
“Abang bahagia sangat sayang. Sayang dah bagi abang zuriat. Keluarga yang sempurna. Selama ni abang sebatang kara.” Ucapnya. aku tersenyum.
“Saya tau tak kenapa abang tak pernah cerita pasal keluarga abang?” Tanyanya.
“Sebelum ni Kiah pernah tanya abang. Tapi... abang macam tak suka.” Jawabku.
“Bukan abang tak suka. Tapi... sebolehnya abang tak nak imbau kembali kisah lalu. Mak ayah, kakak dan adik abang meninggal dalam kemalangan tu. Masa tu...abang tertanya-tanya..kenapa abang sorang yang terselamat dalam kemalangan tu. Abang rasa dah putus harapan nak hidup. Mujur... Arwah nenek sentiasa di sisi abang. Abang membesar dengan arwah nenek. Tapi... dia tak sempat nak temankan abang lama. Dia meninggal ketika abang di tingkatan lima. Abang terpaksa berhenti sekolah bila arwah nenek meninggal. Abang bekerja di bengkel di kampung dan lepas tu abang merantau di KL ni.” Aku sebak mendengar suamiku bercerita. Hampir dua tahun kami berumah tangga, baru kali ini dia membuka kisah lalunya. Bukan aku tidak bertanya, tapi dia cakap kisah lalunya tidak menarik untuk di cerita. Aku tidak tahu dia mengalami kisah lalu yang menyedihkan. Tangannya aku bawa ke bibir dan aku kucup lembut. Aku membiarkan dia menyambung bicara. Mendengar dan akan sentiasa sudi mendengar dia berbicara.
“Abang kenal dengan along. Dia pelanggan tetap bengkel kami dulu. Kalau ada masa kami keluar makan dan minum sama. Sayang ingat tak jurugambar yang ambil gambar time along nikah?”  Tanyanya.
“Hmm... tak ingat bang.” Balasku berterus terang.
“Mana nak ingat dengan mamat serabai ni. Suami tangkap muat kan?” Wajahku rasa panas. Macam mana dia tahu panggilan aku pada dia? Dia tergelak melihat aku terkejut. Aku tersipu malu. Malu kerana pernah memanggilnya begitu. Mesti along yang beritahu dia.
“Mana abang tahu? along cerita ye?” Tanyaku. Dia angguk dengan senyuman manis. Aku senang kerana dia bukan jenis yang bukan cepat naik darah. Syukur yang amat...suami tangkap muatku ini lah yang menyempurna hidupku.
“Jadi...abang dah kenal Kiah sebelum kita jumpa dulu kan?” Tanyaku. Dia angguk lagi.
“Abang tengok sayang jadi pengapit Min. Abang terpikat habis kat sayang masa tu. Sayang percaya atau tidak... kalau sayang tengok koleksi gambar kahwin along. Sebenarnya... gambar sayang lagi banyak dari gambar kahwin along. Time sayang senyum, mencebik, muncung... senyum paksa... dan paling abang suka... time sayang tersipu malu. Semua abang ambil. Sorry ye.. ambil tanpa kebenaran.” Ucapnya. Aku tergelak dan mengusap lembut pipinya. Tulus sekali dia bercerita.
“Manalah Kiah nak perasan time tu bang... jadi pengapit pun kena paksa. Kak Nona, cousin kami yang sepatutnya jadi pengapit tu tiba-tiba sakit perut pagi tu. Malu sangat time tu.” Beritahuku. Ya... memang malu sangat. Kalau ada kenduri kendara dalam keluarga kami, aku selalunya menjadi sukarelawan di dapur. Tapi... hari itu aku tidak boleh mengelak. Tambah-tambah dengan rayuan along dan Kak Min. Angah yang jadi pengapit along beria-ia memujuk.
“Habis...mana gambar-gambar tu?” Tanyaku.
“Ada...abang dah siap cuci dan letak kat tempat rahsia.” Balasnya. Aku tersenyum saja. Bahagia rasa di mana-mana.
“Thanks bang.... thanks untuk segalanya.” Ucapku. Dia mengucup dahiku lama. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Ya ALLAH... syukur kepada-Mu.
*******
Petang itu, ramai bekas rakan sepejabatku yang datang. Kebetulan, lepas aku bersalin, Awin cuba menghubungiku. Kuzu yang menjawab telefon dan mengabarkan berita aku sudah bersalin. Menurut Awin, Shahril sudah di hantar ke Sabah menguruskan cawangan di sana. Dia telah di tangkap kerana pecah amanah. Merayu-rayu Ellina pada ayahnya Datuk Sudin supaya tidak menghantar Shahril ke balai. Datuk Sudin memberi syarat dan menghantar dia ke Sabah dan gaji bulanannya di potong bagi membayar balik kerugian yang di alami syarikat. Indra pun kena juga. Aku kesihan mendengar cerita Awin, Indra telah di ugut oleh Shahril. Tapi... atas budi bicara Datuk Sudin, dia hanya di hantar ke Kelantan. Aku bersyukur kerana Indra telah membersihkan namaku kembali. Semua tu..Awin yang ceritakan pada aku.
Datuk Sudin pun ada datang sekali melawatku bersama Datin Ezila. Dia memujukku kembali bertugas di syarikatnya. Dia dengan rendah diri memohon kemaafan dariku. Aku tidak berani berjanji, aku hanya memintanya masa untuk berfikir. Apa-apapun... aku harus berbincang dengan suamiku. Aku tidak mahu membelakangkan dia dalam membuat keputusan. Dia paling tak suka tu.
********
“Mana kamera kau Kuzu? Cepatlah ambik gambar aku dengan anak buah aku yang cun ni?” Aku tersenyum melihat keriangan angah memeluk Tengku Aufa Fariha. Entah bila masa anak kami bernama. Semua ni Kuzu yang bagi. Dalam kesibukan kami membangunkan bengkel kami, kami terlupa untuk merancang nama anak kami. Mujur si Kuzu ni ada idea. Aku rasa... cantik je nama tu.
“Kuzu?” Aku turut sama tersentak mendengar angah memanggil Kuzu. Termenung rupanya laki aku ni.
“Tunggu jab. Aku ambil dalam beg ni.” Jawab Kuzu. Emak, ayah, Along dan Kak Min yang mendukung Haizil hanya terseyum memerhati. Emak dan ayahlah yang paling gembira. Mereka dah ada sepasang cucu.
“Woi... mana kamera besar kau? ni... kamera kecil..” Aku menoleh ke arah angah, Kuzu dan Aufa, anak kami. Aku terkejut. Kan... itu kamera kecil yang aku jumpa dalam laci. Mana kamera besar dia?
“Alah.. ni aje yang sempat aku sambar. Cepatlah... angah..senyum k... Aufa anak ayah... senyum ye sayang... 1, 2, 3...” Pelbagai aksi yang angah buat bergambar dengan anak buahnya itu. Keluargaku yang lain tidak ketinggalan bergambar dengan orang baru dalam keluarga kami itu. Aku baru teringatkan resit yang aku jumpa... kamera kesayangan suamiku ‘Puan Lia’ sudah di jual. Dan aku sedar...selama ini... aku ingatkan cintanya pada kamera dia melebihi cintanya pada aku. Rupa-rupanya aku silap. Dia sanggup menjual barang yang amat di sayangi untuk aku dan anaknya. Siapa kata suami tangkap muat tidak mampu membahagiakan aku?
“Sayang...” Aku cepat-cepat menyeka air mata yang mua bergenang di tubing mataku. Aku membalas senyumannya.
“Bak sini kamera kau tu Kuzu. Angah nak ambil gambar korang dan baby cun ni.” Ujar angah. Aku tergelak. Emak meletakkan Aufa ke dalam pelukankan hati-hati. Kuzu memeluk pinggangku mesra dan kami sama-sama tersenyum. Tersenyum bahagia. Angah pula dah lebih-lebih. Rasa nak baling dengan botol air panas pun...ada juga. Banyak macam aksi yang dia suruh kami tiga beranak buat. Dia tak tau ke...aku ni baru bersalin. Masih belum boleh nak cergas sangat. Yang bengangnya... ada ke patut dia suruh Aufa senyum. Macamlah Aufa tu dah besar. Aufa pulak.. sporting aje. Tak meragam.
“Thanks bang... kerana sayang Kiah lebih dari Puan Lia.” Ucapku. Kuzu Nampak tersentak. Aku tersenyum. Dia turut tersenyum dan mengucup dahiku. Angah memang tak lepas peluang. Entah berapa kali dia snap gambar romantic kami laki bini.
*****
“Thanks along..”Along mengerutkan dahi mendengar ucapanku. Aku tersenyum.
“Untuk apa?” Tanya along.
“Kerana memperkenalkan acu dengan lelaki hebat seperti Kuzu.” Balasku. Along tergelak. Dari dulu lagi aku ingin berterima kasih pada along.
“Hmm... bukan ke dia suami tangkap muat aje? Asal ada aje? Daripada kena kahwin paksa dengan Alwi?” Tanya along dengan nada mengusik. Tawaku dan tawa along serentak meletus. Aku memeluk lengannya. Tika itu ahli keluargaku yang lain sibuk di ruang tamu. Along menjengukku di dalam bilik kerana dari pagi dia di pejabatnya. Kebetulan ada panggilan penting dari bosnya.
“Dia suami tangkap muat yang hebat long... Alhamdulillah.... ALLAH tetapkan jodoh acu dengan suami sebaik dia.” Ucapku sebak. Wajah suamiku terbayang di fikiran.
“Itu yang along nak dengar acu. Along yakin Kuzu boleh bahagiakan adik kesayangan along ni. Along kenal dia acu. Walaupun tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tapi... along tahu...dia mampu jaga dan lindungi acu lebih dari kami. Along pun banyak berhutang dengan dia acu. Acu ingat tak dulu along pernah kemalangan?” Tanya along.
“Ya..kenapa?” Tanyaku kembali.
“Dialah yang bawa along ke hospital. Dia yang derma darah kat along.” Aku terkejut mendengar cerita along itu. Kuzu tidak pernah cerita.
“Kenapa terkejut? Dia tak pernah cerita?” Tanya along seakan dapat membaca riak wajahku. Aku angguk perlahan.
“Dia memang macam tu acu. Dia tak suka menghebohkan apa yang dia buat. Along Nampak keikhlasan dia. Jadi... along harap... acu boleh jadi isteri yang baik pada dia.” Nasihat along sambil mengusap rambutku. Aku hanya mampu mengangguk. Masih terharu mengenang kemurnian hati suamiku. Lelaki yang selama ini nampak sempoi dan macam tidak endah keadaan sekeliling telah banyak berjasa pada kami sekeluarga. Entah bila along berlalu keluar dari bilik, aku sendiri tidak sedar.
*****
Alhamdulillah..... berkat kesabaran, doa, dan usaha yang tidak putus... bengkel kami sekarang sudah semakin maju. Kamri sudah boleh diharap menguruskan bengkel dan dibantu oleh tiga orang pekerja baru kami. Suamiku sekarang hanya memantau. Abang Suaidi menarik diri kerana kembali ke Sarawak. Dia menjual share pada kami sepenuhnya. Setelah perbincangan bersama, kami suami isteri memberi Kamri 5% share di bengkel itu. Kamri pun makin bertanggungjawab dan bersemangat dengan kerja. Tambah-tambah dia nak kahwin tak lama lagi.
Aufa... puteri kesayangan kami.... sudah menginjak ke usia lima tahun. Kecil-kecil lagi sudah pandai bergaya di depan kamera. Ayahnyalah yang selalu menjadikan dia model. Pantang nampak kamera anak dara aku tu... ada aje aksinya. Sampaikan kalau kami bawa bersiar di taman... dia akan tumpang sekali bergambar dengan pengunjung lain. Aku dan suami hanya geleng kepala bila ada yang minta bergambar dengannya. Wah... kecil-kecil dah dapat offer... hehehe...
Suamiku? baru-baru ni...dia dah jadi mamat serabai balik. Dah macam mat gian bawah jambatan. Semua tu...demi cintanya pada aku. Sejak membawa orang baru ni.... perasaan aku pelik sikit. Aku mahu dia kelihatan serabai seperti kami mula-mula kenal dulu. Mula-mulanya... dia rimas kerana sudah biasa tidak berjambang. Tapi.. dia akhirnya mengalah bila aku merengek manja memintanya menyimpan jambang. Dia cakap.. tak apa.. hanya 4 bulan lagi sebelum aku melahirkan si kembar dalam perut ni. Dia akan tebas balik segala jambang di wajahnya. Hehehe... dia memang suami tangkap muat yang baik. Tapi... yang tak bestnya... dia dah dapat balik ‘Puan Lia’ dia. Aku pun.... terpaksa bersaing kembali dengan ‘Puan Lia’ dia. 
Aku sekarang....selain dari menjadi isteri kepada Tengku Izzudin... ibu kepada Tengku Aufa Fariha dan si kembar dalam perut ni... aku memilih untuk menjadi suri rumah saja. Aku tidak menyesal menolak tawaran Datuk Sudin dulu. Lagipun... aku juga yang menguruskan akaun bengkel tu dan aku juga dah pandai menjahit sekarang. Aku ambil kelas jahitan sebaik melahirkan Aufa. Pendapatanku... Alhamdulillah... amat memberansangkan. Pelangganku tidak putus, bermula dengan Awin yang mempromosi di pejabat lama aku. Sampai sekarang... tempahan tidak putus. Dari kenalan mereka yang lain. Datin Eliza, isteri Datuk Sudin pun menempah baju dari aku. Cuma...kadang-kadang aku hadkan tempahan kerana aku hendak menumpukan perhatian pada keluarga. Si Kuzu ‘anak sulong’ aku tu... dengan si Aufa dan si kembar kat dalam perut aku ni... tetap menjadi keutamaanku.
Keluargaku di kampung pun.... tidak risau lagi dengan kami. Emak pun...diam aje. Tak lagi membebel setiap kali kami balik kampong. Dia tahu... Kuzu mampu membahagiakan aku. Aku tahu... emak buat begitu demi kasihnya pada anak tunggal perempuannya itu. Selain dari itu, kami suami isteri juga membuka bengkel di kampung. Di uruskan oleh ayah dan di bantu oleh beberapa orang sepupuku. Daripada tidak bekerja, menghabiskan duit mak bapak... baik buat kerja berfaedah. Si Alwi  pun kerja dengan kami. Syukur...sejak jatuh cinta buat kali ke lima. Aku tengok dia berusaha untuk berubah. Mungkin... Ain cinta sejatinya. Khabarnya... tak lama lagi mereka nak bertunang. Hehehe... dulu benci sangat aku dengan Alwi tu sehingga aku sanggup kahwin dengan Kuzu yang tidak aku kenali langsung. Kuzu... Suami tangkap muat yang memberi kehidupan yang begitu bermakna pada aku. Alhamdulillah.....



2 comments:

  1. best sangat citer ni
    bila nak wat versi panjang nye
    N kerana terlupa tu dah lama x update kat penulisan2u.. cepat2 update ye

    ReplyDelete
  2. Dari start baca sampai habis,memang bayang yang Kuzu ni Izzue islam.Perghh,hemsem.Izzue islam dulu kan dalam gambar apa tah pernah berjambang,

    ReplyDelete