Monday, March 11, 2013

Room Mate Yang Romantik II



Huhuhuhu….memang nak kena room mate aku ni. Dah la dia wat aku macam ni..dia sesedap rasa je membuta tak ingat dunia. Aku pulak…. Sejak bagun dari lena tadi, tak dapat nak focus untuk tidur. Asyik teringat nasi beriani. Terbayang-bayang ayam, kuah dal yang di siram di atas nasi beriani ah…sedapnya..seteguk dua aku melan air liur.
“Abang… bangun la…” aku cuba mengejutkan roommateku. Tapi makin sedap pulak dia tidur. Aku makin bengang, kalo la aku tak macam ni. Mesti roommate aku akan merasa sebijik dua tumbukan aku ni. Sekarang dah tak dapat nak brutal lagi. Semua  ni room mate aku punya pasal. Kalo dia tak..tak..wat aku macam ni, tak la segala pergerakan aku terbatas.
“Abang… bangun la…” Aku menguatkan lagi volume suaraku. Singki plak kat bilik air, kalau dekat sebelah je mesti aku dah simbah muka dia ni dengan air.
“Abang..”  Roommateku bangun sambil memisat-misat matanya.
“Kenapa sayang? Sakit perut ye? Belum masa lagi kan?” Tanya roommateku berbaur risau. Aku mencebik. Sejak membawa orang baru ni, aku jadi sensitive sikit. Ada je yang hendak aku rajukkan. Dulu bukan main lagi aku nak control, tak nak merajuk. Tapi…entah la…sekarang emosiku rasa di kawal oleh sesuatu.
“Bukan la…Nur lapar ni…” Aduku. Roommateku membeliakkan mata.
“Biar betul….tadi kan dah makan nasi. Siap ada extra kek sekeping, takkan lapar lagi.” Ucap roommateku. Aku semakin menarik muncung. Sampai hati roommate aku cakap macam tu. Aku makan bukan untuk sorang, tapi untuk junior kami yang ada dalam rahimku ini. Aku dah macam nak jadi ala-ala mak si pekan dan melur dalam cerita batu belah batu bertangkup sebab teringin sangat nak makan nasi beriani.
“Bukan Nur yang nak sangat makan bang…tapi anak abang ni… Nur tak dapat nak tidur selagi tak makan nasi beriani. Jom la kita pergi beli…” rengekku. Roommateku menguap.
“Tak dapat tunggu esok ke sayang? Abang mengantuk sangat ni.” Aku rasa aku mengidam nak hempuk kepala roommate aku je lepas dengar dia cakap  macam tu. Bengang aku. Dia wat tak faham plak kehendak aku. Bayangan nasi beriani seperti malambai-lambai aku, leh plak roommate aku suruh tunggu sampai esok. Perabot yang dibeli pun tak yah tunggu sampai esok, ni…permintaan wanita mengandung dia suruh tunggu sampai esok? Nanti kalo anak kami meleleh air liur dalam perut tu, kan kesihan. Huhuhu….
“Hmm kalau abang tak dapat drive, Nur kejutkan acu tolong drive untuk Nur ke kedai mamak 24 jam depan tu.” Ugutku. Aku kecil hati dengan kata-kata roommateku. Kebetulan acu ada bermalam di rumah kami, aku rasa acu tidak akan menolak kalau aku minta tolong dia untuk memandu ke kedai mamak.
“Eh! Jangan la susahkan dia. Meh la abang temankan. Sorry ye sayang…” pujuknya. Aku jadi lembut hati.

****************************

Tak cukup sepinggan, sepinggan lagi yang roommateku order untuk aku. Aku makan sampai senak perutku. Roomateku  hanya memandangku dengan mulut yang sedikit terbuka. Mesti dia terkejut melihat aku macam kebulur  tak makan beberapa bulan.
“Nak lagi ke?” tanyanya melihat aku tersandar. Aku tahu dia memerli aku.
“Abang ni…kalau tak kerana abang, tak la Nur macam ni.” Rajukku. Roommateku tergelak. Bawah bibirku di kesat dengan tisu. Malu jugak aku kerana makan comot begitu.
“Isteri abang ni sangat comel ketika mengandung macam ni. Ingat tau Nur…lepas kuar  baby ni, enam adik dia akan menyusul.” Aku rasa nak baling je gelas kat muka room mate aku ni. Yang sorang ni belum keluar, dia dah sebut yang enam lagi. Dia tak tau payahnya membawa junior kami ni. Masa di awal bulan dulu asyik muntah je. Makan la banyak mana, banyak tu gak la yang kuar. Kenape la dalam TV nampak best je mengandung ni? Diaorang tak tunjuk sangat la part-part yang sengsara menanggung alahan.
Tapi… bila junior kami ni bergerak dari dalam cuba berkomunikasi denganku, aku rasa tenang aje, semua kesengsaraan itu rasa di bawa pergi. Pandai betul dia memujuk uminya supaya bersabar.  Di sebalik kepayahan, terselit juga kebahagiaan. Bahagia kerana mengandungkan zuriat roommate yang aku cintai. Ye! Aku mengaku, aku sudah jatuh cinta pada roommate pilihan mak ayah aku. Peristiwa lalu banyak mengajar aku erti cinta dan menghargai. Tidak terlintas lagi hatiku nak men’smack down’ roommate aku ni bila dia buat perangai ala-ala manja.
“Nak abang order lagi untuk bawa balik?” suara itu seakan memerliku. Aku sudah menarik muncung.
“Abang  jangan nak perli-perli tau.” Marahku.
“Ala…sayang abang ni, sensitive sangat… abang tanya, nak abang order sebungkus lagi untuk bawa balik untuk acu ke?” tanyanya dengan senyuman mengusik. Aku mencebik. Pandai nak kelentong.
“Beli la…kesihan plak acu kat rumah tu. Tadi, kita ajak kuar dia tak nak ikut.” Keluhku. Adikku sedang di timpa kesedihan.

*********************

Kesihan acu, bertahun bercinta. Tapi…bila dah nak kahwin, terpaksa batalkan. Itulah…sapa suruh tak selidik dulu sebelum couple. Tak pasal-pasal keluarga pihak perempuan suruh batalkan. Bimbang merosakkan keturunan. Ops…bukan merosakkan keturunan. Tapi…bimbang waris-waris yang lahir nanti akan terganggu kesihatannya.
Talasemia. Tak sangka plak acu salah seorang pembawa talasemia. Nur Dina, kekasih acu pun di sahkan pembawa talasemia. Membazir je bercinta bertahun ni. Alih-alih tak kahwin. Acu aku tengok teruk aje memujuk hati.
Pada couple-couple sekarang sepatutnya sebelum couple tu buat la pemeriksaan darah awal-awal. Nanti kalau nak ngorat, tanya la kat pak we or mak we tu, ada talasemia ke tak. Kalau dah tau diri tu pembawa dan yang nak di ngorat tu juga pembawa, baik awal-awal tak yah couple.  Buang kedit je nak call dan mesej. Tu tak masuk lagi wit habis beli hadiah birthday.
“Apa yang kakak dok termenung tu. Mengalahkan acu yang putus cinta ni. Orang mengandung tak elok termenung macam tu.” Teguran acu mengejutkan aku. Aku tersenyum padanya yang sudah melabuhkan punggung di sebelahku.
“Acu dah ok?” Tanyaku bersimpati.
“Dah ok sikit kak. Acu cuma tanamkan dalam hati ni, dia bukan jodoh acu. Dari awal-awal lagi acu dah ingatkan diri. Jangan mencintai makhluk ciptaan-Nya lebih dari cinta kita kepada-Nya.” Ucap acu. Aku tersenyum. Sesekali otak Muhammad Firdaus ni boleh pakai gak. Tapi…selalunya otak dia ni la yang ligat mencari idea mengenakan aku.
“Tapi…sepatutnya sebelum nak couple tu acu dan Dina dah wat pemeriksaan darah.” Aku menyatakan pendapatku. Acu tegeleng sambil tersenyum kecil.
“Kakak ni pelik la…kot ya pun acu dah wat pemeriksaan darah. Tak kan la time nak ngorat tu acu tanya dia…eh, awak…saya nak ngorat awak.. saya dah check darah. Saya ni pembawa talasemia. Awak macam mana? Kalau awak pembawa talasemia atau apa-apa penyakit lain, tak jadi la saya nak ngorat awak. Kalau awak bukan pembawa, saya nak ngorat awak.” Aku tergelak mendengar omelan acu. Acu pun ikut sekali tergelak. Aku senang mendengar gelaknya. Itu menandakan adik kesayanganku itu sudah menerima kenyataan itu.
“Tapi…idea kakak ni pun memang boleh pakai gak sebenarnya. Cuma agak pelik untuk di praktikkan.” Ujar acu perlahan. Aku tersenyum kelat.
“Abang Amir tak marah ke Acu bermalam rumah akak ni?” Tanya acu kemudian. Aku tersenyum melihat adik bongsuku ini.
“Tak la…dia lagi suka acu ada sini. Boleh tolong tengok-tengokkan kakak. Kenapa? Acu rasa tak selesa ke?” tanyaku balik.
“Hmm…acu selesa kat sini kak. Cuma takut akak dan abang Amir je yang tak selesa. Tak leh nak bermesra lebih-lebih.” Aku sekeh kepala acu mendengar suara nakalnya. Sengihannya menambah geram hatiku. Acu tergelak saja. Aku memang suka acu kat sini. Mak bagitau, acu bercuti tiga minggu. Tidak sanggup berhadapan dengan Nur Dina di pejabat. Kesihan acu.
“Walau apapun berlaku acu mesti ingat, kakak, mak, ayah dan abang Amir sentiasa ada di sisi acu.” Ucapku sebak. Tidak semena-mena air mataku mengalir. Entah, bab ni memang aku tak dapat nak control. Air mata aku keluar tanpa dapat di sekat. Acu terus memelukku. Aku tahu hatinya terluka dengan teruk sekali. Pertama kali dia jatuh cinta, tapi cinta itu terpaksa di lupakan.
“Kalau acu nak cari isteri lepas ni, acu cari yang macam akak je. Best je nak usik.” Ucap acu masih memelukku erat. Bahuku rasa basah, aku tahu dia menangis.
“Tak takut ke kena tumbuk? Nanti tak tahan dapat yang brutal macam akak.” Tanyaku. Acu menggeleng.
“Acu rela kena tumbuk oleh orang tercinta. Asalkan dia memahami acu, sayang kat acu.” Ucap acu.
“Abang pun acu. Abang syukur sangat dapat isteri macam kakak acu ni.” Sampuk roommateku. Entah bila dia sampai. Acu melepaskan pelukan. Roommateku mengambil tempat di sebelahku. Aku menyalami tangannya sambil ku kucup hormat. Acu membantu mengesat air mataku. Aku rasa bahagia di apit oleh dua orang lelaki kesayanganku.
“Abang jaga akak acu ni baik-baik tau. Kakak kalau dah sayang kat seseorang dia akan sayang sepenuh hati.” Ujar acu. Roommateku tersenyum, bahuku di peluk. Tanpa segan silu dahiku di kucup lembut. Aku jadi malu dengan acu yang tersengih.
“Abang janji akan jaga dia baik-baik. Acu jangan bimbang, abang sayang dan cintakan kakak acu ni. Abang cintakan dia baik dan buruknya…” ucap roommateku. Aku jadi terharu. Aku pun sayang dan cintakan dia baik dan buruknya…hehe.
“Apa contoh sikap buruk dia yang abang suke?” Tanya acu. Roommateku tersenyum. Aku cubit peha acu geram.
“Abang tetap cintakan dia walaupun dia tumbuk abang time abang mula-mula kahwin dulu. Abang tetap cintakan dia walaupun dia ni agak pemalas. Abang tetap cintakan dia walaupun perangai dia kadang-kadang tu macam budak-budak. Abang tetap cintakan dia sampai bila-bila.” Ucap roommateku sambil tergelak kecil. Pipiku jadi panas. Hehe…teringat zaman-zaman kami baru kahwin dulu, tak pasal-pasal roommateku kena tumbuk bila dia peluk aku. Acu pulak tersenyum senang. Mungkin dia senang melihat roommateku boleh di harap menjaga aku.
“Nur pun sayang dan cintakan abang, baik buruk abang.” Ucapku tiba-tiba. Roommateku nampak tergamam, jarang aku mahu mengucapkan ucapan keramat itu. Tambah-tambah lagi di hadapan orang lain.
“Thanks sayang….tapi…rasanya…abang tak ada sikap burukkan?” Tanya roommateku. Aku tersenyum sinis.
“Eleh…sapa cakap tak ada? Abang tu suka kentut merata. Tapi…jangan risau, Nur tetap cintakan abang. Abang tu kalau tidur…berdengkur lagi. Tapi…Nur suka.” Ucapku. Roommateku semakin erat memelukku.
“Ala…nak wat drama swasta plak dah ni…acu mintak diri dulu la. Nak solat. Sorry ye abang Amir, mengganggu je.” Ujar acu.
“Acu…abang dah anggap acu macam adik abang sendiri. Acu boleh datang ke rumah ni bila-bila masa je. Abang lagi suka kalau acu ada sini.” Balas roommateku. Acu angguk dan pantas berlalu.
“Abang…dah solat?” tanyaku.
“Belum..tunggu la jab lagi.” balasnya sambil tersandar malas.
“Tak sempurna solat kalau tak terus di kerjakan bila masuk waktu, kecuali di dalam keuzuran.” Ucapku sambil tersenyum nakal. Roommateku menarik hidungku lembut.
“Perli ye? Isteri abang ni sangat nakal. Jom, kita berjemaah sekali.” Roommateku memimpin tanganku ke bilik solat.

************************

“Abang…. Nur nak mati dah ke ni? Sakit sangat ni…” Aku rasa tidak mampu menanggung kesakitan ini lagi. Roommateku nampak panic. Acu yang memandu terus focus. Nak harapkan roommate aku yang drive masa ni jangan harap. Kalau tak ke longkang, sah atas lori, kereta termasuk kami sekali nanti.
“Sabar ye sayang… abang sayang Nur…abang sayang Nur.. Sesungguhnya semua ini adalah dugaan.” Dalam keadaan macam ni pun roommate aku ni nak bermadah bicara. Ayat power yang entah apa-apa tu. Roommate yang romantic. Tapi, ucapan itu sedikit melegakan hatiku walaupun tidak dapat mengurangkan kesakitanku. Terasa kelam dunia ini aku lihat. Begitukah peritnya membawa nyawa baru ke dunia ini? Huhuhu….macam mana dengan enam lagi yang akan menyusul seperti yang roommate aku nak? Isyk…isyk…isyk… aku sudah menangis.
“Jangan menangis sayang…” pujuk roommateku.
“Macam mana tak menangis. Sakit tau tak…” Aku melepas sedikit geram. Roommateku nampak serba salah. Aku tak tau nak buat apa lagi nak hilangkan sedikit kesakitan ini. Segala surah yang mak ajar aku dah baca. Kesakitan ini masih terasa. Tapi…aku belum lagi minta ampun kat suami aku hari ni. Semalam dah…selepas solat isyak…tapi hari ni..belum lagi. Aku tau, aku banyak buat silap kat dia.…huhuhu aku jadi insaf. Aku harus minta maaf. Tapi, macam mana aku nak cakap? Aku jadi malu pulak nak mintak maaf kat dia. ‘Abang..Nur minta maaf zahir dan batin’. Eh! Takkan aku cakap macam tu pulak. Hari ni bukan hari raya. Huhuhu…
“Ampunkan Nur bang…ampunkan Nur..” ucapku spontan. Idea itu tiba-tiba muncul.  Aku nampak air mata mengalir di pipi roommateku. Aku rasa bersalah pada dia. Kesihan roommateku dapat isteri yang agak brutal macam aku. Betapa banyak dosa aku pada dia. Bukan setakat menengking, menumbuk roommate aku pun aku pernah. Men’smackdown’ je tak sempat dulu. Huhu…
“Sabar ye sayang. Abang sayang Nur. Abang ampunkan segala salah dan silap Nur. Abang doakan Nur dan anak kita selamat.” Ucap roommateku. Aku makin lega mendengar ucapannya. Muncul idea untuk menyakat roommateku. Apa salahnya? Kot-kot leh lupa sikit kesakitan ni.
“Abang..kalau Nur mati…”
“Hisys…jangan la cakap macam tu. Abang tak sanggup hidup tanpa Nur.” Ucap suamiku. Hehehe.. Aku gelak dalam hati. Sayang gak dia kat aku. 
“Nur belum habis cakap la…” Aku buat suara sayu. Aku tidak peduli dengan acu yang curi-curi pandang ke arah kami. Muka dia pun nampak cuak semacam.
“Apa Nur nak cakap sayang?” suara roommateku masih cemas.
“Kalau Nur mati, abang jangan bagi barang kemas Nur kat penganti Nur tau. Kalau abang nak kahwin, abang kahwin la. Barang kemas Nur, abang bagi kat anak kita.” Pesanku. Aku tergelak di dalam hati kerana dapat men’saspen’kan roommateku. Hehe..
Roommateku tergelak kecil.
“Nur ni…dalam keadaan macam ni pun leh cakap macam tu. Buat abang risau je.” Ucap roommateku sambil mengengam erat tanganku. Kesakitan makin kerap bertamu. Aku tidak jadi untuk terus menyakat roommateku lagi.
“Alah…abang doakan la kesakitan Nur ni berkurang sedikit…mana tau berkat doa abang.” Ujarku. Roommateku tergelak sedikit.
“Ya ALLAH…kurangkanlah penderitaan isteriku membawa zuriat kami ke dunia. Ampunkanlah dosanya.” Lafaz roommateku. Entah mengapa aku rasa kesakitan itu berkurang sedikit. ALLAH memakbulkan doa suamiku.

************************

“Satu, dua, tiga..o… som…”
“Seri. Sekali lagi.”
“Okey…ni yang last… oo….som..”
“Hah! Abang kalah…abang pergi tukar lampin Aisya.” Aku tersenyum menang. Hehe…roommateku menarik muka masam. Ini kali ke tiga roommate aku terpaksa bangun malam itu untuk menguruskan anak kami. Aku pulak sudah bersedia untuk menyambung tidurku. Heh! Biar dia rasakan macam mana nak jaga anak. Ni tak…sesenang hati je nak mintak tujuh. Ni baru sorang…tak termasuk enam lagi yang bakal menyusul.
“Ala…sayang abi ni pupu ye…meh abi tukarkan lampin dia.” Aku tersenyum kecil mendengar suara roommateku. Aisya merengek kuat.
“Sepohon kayu, daunnya rimbun. Lebat buahnya serta bunganya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.”
Aku dah nak tergelak berguling-guling je dengar lagu yang roommate aku dendangkan untuk mendodoi anak kami.  Tapi aku tahan saja.
Ajaib. Tiba-tiba Aisya terdiam mendengar suara abinya mendendangkan lagu nasihat itu. Tadi aku rasa nak tergelak. Tapi…sekarang aku kagum pulak. Aisya terdiam sehingga abinya selesai menyalin lampinnya.
“Tidur ya puteri abi dan umi. Tidur ya sayang… dah besar nanti jadi orang yang berguna. Jadi wanita solehah.” Aku rasa sebak pulak mendengar kata-kata roommateku. Roommateku memang seorang suami dan ayah yang baik.
“Aisya dah tidur ke?” tanyaku sebaik roommateku merebahkan badan di sebelahku. Roommateku mengangguk. Dia menarik aku rapat di sisinya. Kepalaku di rebahkan di lengannya seperti selalu. Sejak aku balik dari lari dari rumah dulu, bantalku hanyalah lengannya. Roommateku tidak membenarkan aku jauh darinya. Aku jadi terharu melihat layanannya.
“Anak kita anak yang baik. Cepat je tidur. Abang nyanyi sikit je dia dah lena.” Ujar roommateku.
“Lagu macam tu pun leh tido gak?” Tanyaku rasa tidak percaya.
“Yela sayang oi… Anak-anak ni sepatutnya di biasakan dengan lagu-lagu nasihat.” Aku angguk setuju. Leh tahan gak la roommate, merangkap suami aku ni. Ye! Memang tak di nafikan roommate aku ni agak menitik beratkan pasal agama. Roommate aku la yang banyak mengajar dan menegur aku selama ini. Aku bersyukur kerana dapat roommate macam dia.

**************************

“Abang…..”Aku menjerit rasa tidak percaya melihat alat yang aku pegang. Hatiku berdebar-debar…takkan la…. Roomateku cemas mendapatkan aku.
“Kenapa sayang?” Tanyanya dengan wajah pucat. Aku masih kaku.
“Nur….Nur…” Aku serba salah untuk memberitahu.
“Kenapa sayang? Cakap kat abang.” Roommateku memelukku sambil mengusap belakangku.
“Nur mengandung lagi bang…” Ucapku. Roommateku terdiam. Usapan tangannya di belakangku turut terhenti.
“Apa sayang cakap? Cuba ulang?” Tanya roommateku lagi.
“Nur mengandung bang. Mengandung!” Ucapku. Roommateku tiba-tiba ketawa. Tubuhku semakin erat dipeluk. Aku mengerutkan dahi.
“Abang…Aisya masih kecik lagi….” Aku tidak puas hati melihat reaksi roommateku. Ini semua kerana dia.
“Ya…abang tau Aisya masih kecik. So what? Tak ada masalah kan? Abang happy sangat Nur…thanks sayang…Thanks…” Ucap roommateku tulus. Aku hanya mampu tergamam. Tak tau nak cakap apa. Takkan nak salahkan dia sorang. Aku pun…huhu..
Sepanjang mengandung anak kedua ni, aku tidak banyak masalah. Mengidam yang pelik-pelik pun tak. Pendek kata, semuanya mudah saja. Mak cakap wajahku makin berseri. Roommateku pun rajin membantu aku membuat kerja rumah. Yela…sapa suruh dia wat aku macam ni? Aisya plak…kesihan Aisya. Dia selalu demam, orang cakap dengkikan adik. Betul ke? Yela…belum puas bermanja dah dapat adik. Tapi aku janji aku takkan sia-siakan dia. Aku akan cuba berlaku adil. Mereka permata hati aku dan roommate aku. Lambang cinta suci kami.
Tanggal 2 Januari, Muhammad Ammar bin Muhammad Amir selamat di lahirkan. Di azankan sendiri oleh abinya. Roommateku nampak gembira menyambut putera kami ini. Di sebalik keriangan kami menerima cahaya mata baru. Aisya tidak kami lupakan. Kebahagiaan keluarga kami melimpah ruah.

*****************************

Amir
Aduh!...sakitnya kepala aku.. kenapa aku rasa nak tumbang je ni?
Amir melangkah perlahan berpaut pada singki. Muntahnya terhambur. Pandangannya rasa gelap. Berkali-kali dia membasuh mukanya.
Apa nak jadi pada aku? Mungkinkah semua ni kesan kemalangan dulu? Aku ada penyakit berbahaya ke? Ya ALLAH betul ke? Pak ngah dulu pun macam ni. Selalu pengsan, sakit kepala. Lepas di periksa, doctor mengesahkan pak ngah ada ketumbuhan dalam otak. Pak ngah ambik keputusan untuk buat pembedahan. Tapi…pembedahan tu tak berjaya. Akhirnya selepas seminggu dalam ICU pak ngah di jemput ILAHI.
Tapi…kalau aku pun macam pak ngah… Macam mana dengan Nur,Aisya dan Ammar? Siapa nak jaga mereka? Pintu bilik di ketuk dari luar.
“Masuk.” Arah Amir. Wajah Khalil terpacul dengan senyuman.
“Eh! Kau ni kenapa Mir? Semacam aje aku tengok. Kau sakit ke?” Tanya Khalil risau. Wajahnya bertukar riak. Senyumannya terus hilang.
“Entah la Khal. Aku tak tau apa yang tak kena kat aku. Aku rasa kepala aku pening je. Dah beberapa kali aku pengsan. Aku bimbang semua ni kerana kesan kemalangan dulu.” Luah Amir sambil memicit dahinya. Khalil memandang simpati.
“Baik kau check kat hospital.” Cadang Khalil.
“Aku takut. Aku takut macam pak ngah dulu.” Luah Amir. Khalil tergeleng, dia kenal dengan Amir sejak di zaman kampus lagi. Bahkan dia rapat ahli keluarga Amir. Dia ada datang sama di hari pengebumian pak ngah kepada Amir. Selang sebulan kemudian, Amir menerima satu lagi tamparan hebat. Kesemua ahli keluarga Amir rentung dalam kebakaran rumah mereka.  Cuma masa Amir berkahwin dulu, dia masih di Dubai. Dia baru di pindahkan semula ke sini bulan lalu. Tapi, dia dan Amir tidak pernah terputus hubungan.
“Apa-apa pun Mir…kau bawa berbincang dengan Nur. Mungkin dia ada ikhtiar lain.” Saran Khalil. Amir mengeluh dalam diam. Nur Jiha punca kekuatannya selama ini. Tapi…Nur Jiha juga kelemahannya. Apa-apa yang membahagiakan isterinya adalah sumber kekuatannya. Dan apa-apa yang melukakan isterinya itu adalah kelemahannya. Dia takut untuk melukakan hati itu andai telahannya betul. Bimbang isterinya tidak dapat menerima kenyataan dan mengabaikan hidup dan anak-anak mereka.
“Nanti lah aku fikirkan. Hmm…kau datang pasal tender baru kan?” ujar Amir mengubah topik. Khalil mengangguk. Mereka terus meneruskan perbincangan. Sesekali Amir mengeluh berat sambil memicit kepalanya yang berat.

*****************************

“Ko ni kenape Nur? Ko mengandung ke?” Aku terkejut mendengar pertanyaan ex-roommateku si Wan. Sesuka hati dia je nak cakap aku mengandung. Aku cume risaukan seseorang. Atau lebih spesifik lagi, aku risaukan roommate aku. Semenjak dua menjak ni roommate aku nampak lain macam aje. Jarang hendak berbual dengan aku. Dia lebih suka menyendiri. Dan lebih menyanyat hati aku bila roommate aku semakin kerap tidur di bilik tamu. Apa masalahnya? Aku ingin bertanya pada dia, tapi dia macam mengelak.
“Nur..” Wan mengawang-ngawang tangannya di depan mataku.
“Ko ni kenapa? Minah brutal ni dah jadi minah jiwang ke?” Aku rasa nak hempuk je kepala Wan. Suka menyakat aku dengan nama minah jiwang. Dia ni, dah nak jadi mak orang, tapi perangai tak ubah-ubah. Ops….aku pun.
“Tak ada apa-apa la..aku cuma penat. Yela….ni Aisya dan Ammar kan masih kecik lagi. Penat nak menjaga kedua-duanya.” Dalihku. Aku rasa tidak wajar aku mengabarkan hal rumah tangga aku dan roommateku pada orang luar.
“Itulah kau…sapa suruh ko beranak rapat-rapat? Sengaja nak menambah rakyat. Tau la rakyat Malaysia ni masih kurang.” Pipiku rasa panas mendengar kata-kata Wan. Kata-kata dia memang ada betulnya. Aisya dan Ammar tak ada renggang tahun pun. Semua ni roommate aku punya pasal. Nak sangat si Aisya ada adik.
“Rezeki….” Balasku menutup malu. Wan tersenyum sinis. Aku jadi geram dengan si buncit ini. Dah la datang ke rumah orang, siap lagi nak memerli aku. Nanti aku bagi penendang baru dia tau, terberanak kat sini.
“Kau ada masalah dengan Amir?” Wan bijak meneka. Aku menggeleng. Takkan nak cerita hal rumah tangga dengan orang. Walaupun aku dan Wan selalu berkongsi cerita, tapi aku tidak mahu Wan terbeban dengan masalah aku. Tambah-tambah dalam keadaan dia yang sarat itu. Bukan aku tak tau ex-roommate aku ni, nanti dia pulak yang emo lebih-lebih.

***************************

                “Abang ni kenapa?” Aku menyoal roommateku bila hatiku rasa tak tertahan melihat kerenahnya. Aku rasa tidak berguna lagi dalam hidupnya. Terbayang-bayang wajah Aisya dan Ammar, putera dan puteri kami itu asyik merengek rindukan abinya. Biasanya abi mereka rajin melayan mereka. Sekarang sentuh pun tak. Bila Aisya mendepangkan tangan pada abinya, abinya buat-buat tidak nampak. Ammar meskipun belum pandai menunjukkan reaksi seperti Aisya, tapi..dari renungannya aku seakan merasa, anak kecil kami itu rindukan belaian abinya. Tapi… roommateku semakin mejauhkan diri. Sudah hampir sebulan dia begitu. Permasalahan ini membuatkan aku tidak endah sangat pasal diriku. Fikiranku kusut dengan masalah perhubungan rumah tanggaku.
“Abang …abang ni kenapa?” Aku menyoal lagi bila roommateku buat-buat tidak dengar.
                “Kenapa apa?” balasnya buat tak tau.
“Abang nampak berbeza. Kenapa abang jauhkan diri dari kami. Abang dah ada orang lain?” tanyaku. Roommateku tersenyum sinis. Aku semakin gusar.
“Kalau ada kenapa?” Tanya roommateku. Jawapan itu betul-betul mencabar kesabaranku.
“Apa kurangnya Nur bang? Apa kurangnya Nur sehingga abang boleh cari perempuan lain?” tanyaku dengan tangis terhambur. Aku tidak dapat menahan air mataku. Roommateku membelakangkan aku. Aku sudah terduduk di sofa.
“You tu berperangai macam budak. Tak matang. I dah rimas. Rimas nak layan kerenah you.” Bentak roommateku nyaring. Aku terpana, roommateku kembali menggunakan kata ganti nama diri seperti kami mula kahwin dulu. Pengakuannya tentang sikapku agak keterlaluan. Tanganku ku gengam erat menahan perasaan. Aku mengaku perangai aku kadang-kadang agak keterlaluan. Tapi…dia boleh menegurku dan aku boleh memperbaiki sikapku.
Ammar dan Aisya tiba-tiba menangis bila terdengar suara nyaring abinya. Roommateku merengus kurang senang.
“Hah…tu lagi budak-budak tak guna. Bising. Anak-anak  you tu buat I rimas kat rumah ni tau tak.” Aku berdiri tegak mendengar ucapan itu. Tidak percaya ucapan itu keluar dari mulut roommateku.
“Abang boleh marah Nur. Tapi jangan anak-anak kita. Mereka tak tau apa-apa. Kalau abang dah tak suka kami, cakap je terus terang. Nur dan anak-anak boleh pergi dari rumah ni. Nur boleh besarkan mereka.” Aku terlalu kecil hati bila anak-anakku di caci begitu. Orang yang mencaci itu bukan orang lain. Tetapi abi mereka sendiri.
“Suka hati you lah. Kalau you rasa tak suka dok sini lagi. You boleh keluar. Tapi jangan lupa, bawa anak-anak you sekali. Bising je.” Ujar roommateku. Aku tidak menunggu lama. Kakiku ku hayun ke bilik untuk mengemas barangku dan anak-anak. Aku tidak rela mendengar kata-kata yang menyakitkan hati dari lelaki yang aku cintai lagi. Tidak sangka begitu cetek rasa cintanya pada aku dan anak-anak.

************************

Ayah, emak dan acu terkejut menyambut kedatanganku dan anak-anak. Aku terus menyebamkan muka ke dada emakku sambil menghambur tangisku. Dalam esak tangis aku bercerita apa yang berlaku pada aku dan Amir.
“Dia dah melampau. Acu nak jumpa dia.”Acu sudah mengambil kunci kereta. Tapi ayah memegang bahunya.
“Sudahla Acu…mungkin Amir ada alasan dia sendiri.” Pujuk ayah. Ayah nampak lebih tenang. Emak pulak hanya diam sambil mengendong Aisya yang merengek.
“Tapi ayah…dia dah halau kakak macam tu je. Dia ingat dia tu siapa? Acu nak buat perhitungan kat dia.” Wajah Acu merah marah.
“Muhammad Firdaus….ayah tak pernah ajar anak ayah terburu-buru macam ni. Duduk dulu…cuba bertenang. Kita kena selidik dulu, kenapa Amir macam tu.” Acu menurut bila ayah menarik tangannya. Acu duduk di sebelahku dan mengambil Ammar dan di peluk sayang. Aku tahu, dia bersimpati melihat anak saudaranya itu. Aisya dan Ammar masih terlalu kecil. Mereka tidak mengerti apa-apa. Apa nasib mereka nanti?

**********************

Amir
“Maafkan abang Nur…maafkan abang.” Amir menangis seorang diri di dalam bilik. Baju kurung Nur Jiha di peluk erat.
“Abang tak nak Nur sedih bila abang tak ada nanti. Abang nak Nur bersedia dari sekarang untuk hidup tanpa abang. Abang terpaksa buat Nur benci abang.” Ucap Amir lagi.

******************

“Nur Jiha?” Sebulan kemudian aku di datangi oleh tetamu yang tidak aku kenali. Emak dan ayah yang sudah sedia di ruang tamu menggamitku supaya duduk. Aku hanya memerhati lelaki yang tidak ku kenali itu.
“Saya Khalil, kawan Amir.” Hatiku rasa panas mendengar sebaris nama itu.
“Awak nak apa? Saya tak nak dengar nama dia.” Bentakku. Perasaan marah lebih menguasaiku sehingga aku tanpa malu bersuara kasar sebegitu.
“Nur….Jangan biadap depan tetamu. Maafkan Nur ye Khalil, Nur ni sejak keluar dari rumah Amir jadi sensitive pulak.” Emak menegurku sekaligus memohon maaf dari tetamu kami itu. Aku hanya berpeluk tubuh.
“Saya faham mak cik. Maafkan saya kalau kedatangan saya ni membuatkan Nur marah. Tapi..Nur kena tau sesuatu.” Ucap Khalil.
“Kalau awak nak cakap pasal dia. Baik tak payah. Saya tak nak tau.” Balasku. Hatiku terhiris bila minggu lepas aku melihat  roommateku membawa wanita lain pergi ke shopping complex. Hatiku bagai di tusuk sembilu melihat adegan mesra itu.
“Tapi awak kena tau Nur. Wanita yang awak tengok dengan Amir minggu lepas isteri saya, Iza. Amir terpaksa buat macam tu Nur. Dia terpaksa buat awak benci kat dia.” Aku terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Khalil. Emak dan ayah juga nyata terkejut.
“Apa maksud awak?” Tanyaku dengan suara bergetar.
“Amir buat macam tu sebab nak awak benci kat dia. Semenjak beberapa bulan yang lalu, kesihatan Amir merosot. Dia bimbang kesan dari kemalangan yang dia alami dulu. Dia syak dia ada penyakit berbahaya. Dia tak sampai hati nak tinggalkan Nur dan anak-anak. Tapi, dia kata kalau Nur benci kat dia. Tak la susah Nur lepaskan dia pergi.” Aku rasa hendak rebah mendengar kata-kata itu. Wajah roommateku terbayang di mata. Ya! Aku tidak nafikan semenjak beberapa bulan yang lalu, roommateku nampak berbeza. Wajahnya pucat. Ya ALLAH…kenapa aku tak perasan? Isteri jenis apa aku ni? Air mataku semakin lebat mengalir.
“Sampai hati abang Amir buat saya macam tu. Saya isteri dia, sepatutnya dia bagi tau hal ni kat saya. Susah senang kami boleh hadapi bersama.” Esakku. Emakku mendekatiku dan memelukku erat.
“Saya pun tak sampai hati tengok dia Nur. Sebab tu saya datang ke sini. Lagipun isteri saya pun cakap tak sampai hati tengok muka awak time tengok Amir berjalan dengan dia dulu.” Beritahu Khalil lagi.
“Terima kasih ye Khalil kerana bagitau hal ni. Kalau tak kerana Khalil, sampai bila-bila la kami terus salah sangka kat Amir.” Ucap Ayahku. Selepas berbual sebentar dengan ayah, Khalil meminta diri untuk balik. Aku sudah mengemas barang-barangku dan anak-anak untuk balik ke rumah kami. Sudah sebulan aku meninggalkan rumah itu. Aku berjanji akan menemani roommateku walau apa jua yang berlaku. Aku janji.

***************************

“Abang…” panggilku sebaik masuk ke bilik yang aku huni selama ini dengan roommateku. Aisya dan Ammar yang masih lena sudah aku letak dalam bilik mereka. Aku terkejut melihat tubuh yang terdampar lemah di atas katil.
“Abang..”Aku usap bahunya. Roommateku membuka mata. Wajahnya nampak terkejut melihatku.
“You buat apa kat rumah I ni?” Tanya roommateku dengan suara kasar.
“Maafkan Nur bang…Nur sayangkan abang. Nur tak sanggup tinggalkan abang. Nur takkan tinggalkan abang walau apapun yang berlaku. Nur sayang abang.” Aku peluk tubuhnya erat. Roommateku terkaku.
“I dah ada orang lain. I dah tak sayangkan you.” Ucap roommateku perlahan. Aku tahu dia bohong. Aku tahu.
“Nur sayang dan cintakan abang, baik dan buruknya. Nur dan anak-anak sayangkan abang.” Ucapku. Masih erat memeluknya.
“Tapi…mungkin abang tak mampu jaga Nur dan anak-anak nanti. Mungkin abang akan pergi tinggalkan Nur dan anak-anak.” Tiba-tiba roommateku teresak. Aku jadi pilu.
“Abang kena buat pemeriksaan dulu. Berubat. Jangan terus putus asa.” Pujukku.
“Pak ngah pun pergi juga lepas pembedahan Nur. Dia pergi di depan mata abang.” Esak roommateku.
“ALLAH sentiasa di sisi kita bang. Kita berusaha, berdoa pada-NYa dan kita tawakal aje lepas tu. Tapi…tolong jangan sisihkan Nur dan anak-anak.” Ucapku. Roommateku membalas pelukanku. Aku dapat rasakan kasih sayangnya.
“Maafkan abang Nur…abang tak nak Nur tengok abang macam ni.” Ucap roommateku.
“Nur pun mintak maaf bang…suka ambik tindakan terburu-buru. Kalau tak kerana Khalil, pasti Nur masih berdendam dengan abang.” Ujarku. Roommateku mengucup pipiku.
“Aisya dan Ammar mana?” tanyanya.
“Mereka ada dalam bilik. Tertidur masa Nur bawak ke sini tadi. Sebelum masuk bilik ni tadi, Nur dah letak diaorang dalam bilik.” Beritahuku.
“Janji dengan Nur ye bang…jangan pernah berahsia dari Nur lagi,” Aku menagih janjinya. Roommateku mengangguk.
“Abang janji.” Lafaznya.
“Esok kita ke hospital ye? Please bang… demi Nur dan anak-anak. Lagipun, Nur pun nak check gak. Nur rasa tak sihat semenjak dua menjak ni.” Pujukku. Roommateku mengangguk. Aku tersenyum senang melihat persetujuannya.
“Ni mesti Nur demam rindukan abang.” Aku hanya tersenyum masih menyelesakan diri dalam dakapannya.

*******************************

“Hasil pemeriksaan semua ok. Encik tak ada sakit merbahaya.” Penerangan yang di beri Dr. Siti Hasnida melegakan hatiku dua minggu selepas kami ke hospital untuk membuat pemeriksaaan. Roommateku juga tersenyum lega.
“Tapi…kenapa saya rasa kepala saya bisa semacam, muntah, tak bermaya kadang-kadang pengsan,  doctor?” Tanya roommateku. Aku juga angguk inginkan jawapan.
“Hmm…kami dah buat dua kali test. Semuanya ok encik tak ada penyakit berbahaya. Tapi…Puan Nur…..” Dr. Siti Hasnida terdiam sebentar menarik nafas. Aku jadi cemas semacam. Apa kena dengan aku? Sebenarnya dua minggu lepas, selepas pemeriksaan kami terpaksa bergegas balik tak sempat nak tunggu keputusan pemeriksaan ke atas aku. Emak cemas bagitau ayah terjatuh kat bilik air, acu plak tak ada kat rumah, outstation ke Singapura.
“Kenapa dengan saya?” tanyaku.
“Ye doctor? Kenapa dengan isteri saya?” Tanya roommateku juga cemas sepertiku. Tangannya mengengam erat tanganku.
 “Sebenarnya sakit yang baik. Tahniah Encik…Puan…Puan Nur mengandung. Empat  bulan.” Beritahu Dr. Siti Hasnida. Serentak dengan itu aku rasa mulutku ternganga. Roommateku pun nampak tergamam dan tiba-tiba tergelak gembira. Aku plak rasa muka aku di simbah dengan air hangat.
“Empat bulan ye Doktor?” tanyaku dengan rasa tidak percaya. Dr. Siti Hasnida angguk.
Kenapa aku tak perasan selama ni? Mungkin kerana permasalahanku dan roommateku membuatkan aku tidak peduli dengan diriku lagi masa itu, sehingga tidak perasan kehadiran nyawa baru dalam rahimku.
Tapi…cepat-cepat aku sedar. Kepala otakku ligat mengira. Sekarang dah empat bulan, ada lima bulan lagi sebelum anak kami yang ke tiga lahir. Aku rasa nak pengsan je bila mendapat jawapan. Maknanya anak ketiga kami akan di lahirkan bulan 12. Hah! Bulan 12? Takkan la… Ammar lahir bulan satu tahun ni. Dan adiknya bulan 12? Mak….macam mana ni? Lepas ni mesti puas kena sakat, terutama si jahat acu tu.
“Kenapa puan?” Tanya Dr. Siti Hasnida.
“Cepat sangat.” Ucapku spontan. Roommateku dan Dr. Siti Hasnida tergelak.
“Rezeki kan. Tahniah ye…Hmm…encik  Amir jangan la risau tentang kesihatan encik  Amir. Saya rasa, semua yang encik  Amir alami mungkin kerana pembawakan budak.” Ucap Dr. Siti Hasnida. Roommateku tersipu, aku menghadiahkan senyuman sinis. Heh! Itulah…sesuka hati je teka diri sendiri ada penyakit. Aku rasa nak sekeh je kepala dia. Buat penat aku je sedih-sedih dua bulan ni. Nak tergelak pun ada. Lucu je, kerana salah sangka aku dan roommate aku nyaris berpisah. Itu la..jangan memandai nak buat andaian sendiri.

************************

“Selangkah Nur pergi dari abang. Seribu langkah abang akan kejar.” Aku mencebik. Ni la… ayat-ayat power yang tak leh pakai dari roommate aku. Tak logic.
“Kenapa Nur buat muka macam tu?” Tanya Amir.
“Abang ni…cuba la cari ayat yang logic sikit. Kalau Nur baru langkah selangkah, abang dah kejar seribu langkah tentula kita lebih jauh terpisah. 999 langkah lagi Nur nak kejar abang.” Ucapku sambil tersenyum nakal.  Amir tergelak. Pipiku di cubit lembut.
“Isteri abang ni nakal. Maafkan abang ye Nur…abang janji takkan wat Nur risau lagi. Abang akan jaga Nur dan anak-anak kita sebaik mungkin. Si kecil dalam ni… Nur kena jaga. Mesti  baby boy  ni.” Pesan Amir sambil mengusap perutku lembut. Sesekali dia mencuit hidung Ammar yang tertidur dalam pangkuanku. Aisya pun tidak di lupakan, wajah comel yang masih lena di tepiku di usap sayang.
 Aku menyandar di dadanya. Aku ingat, aku tidak berpeluang lagi untuk menikmati hari bahagia dengannya. Tapi… ternyata ALLAH masih memberi kesempatan untuk kami bersama.
“Umi….” Rengekan halus Aisya menyentakku. Aku dan room mateku serentak berpaling ke arah puteri sulong kami. Ammar masih tidur dengan pulas. Tidak terganggu pun dengan tangisan kakaknya.
“Ye sayang….Umi kat sini.” Bisikku.
“Bi?” Aisya merengek pulak memanggil abinya.
“Hmm…abi pun. Abi takkan biarkan umi, Aisya, Ammar dan adik jauh dari abi lagi.” ucap Amir seperti berjanji. Bibir comel itu mengukir senyuman.
Amir menarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya. Tubuhku turut di dakap lembut. Aku dapat merasa kehangatan kasih sayangnya. Aku berdoa, agar kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila. Semoga ALLAH merahmati  kasih sayang kami.

3 comments:

  1. http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/cara-puaskan-pria-dengan-sentuhan-di.html
    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/pelangiqq-gara-gara-hash-brown-pria-ni.html
    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/pelangiqq-10-tersangka-terlibat-pesta.html

    BBM : 2B3F0E24/D1E0517C
    WHATSAPP : +85598874341
    LINE : PELANGIQQ
    FB : pelangiQQ

    ReplyDelete