Aku ni... bukan memilih sangat... tapi... takkan ni aje stok yang ada?
Apalah along ni... dia buat naya kat adik dia ni ke? Aku ni... satu-satunya
adik perempuan dia. Kot ya pun aku terdesak sangat time ni... janganlah pilih
mamat macam ni... macam mat gian pun ada jugak. Serabai aje. Kalau tak kerana
si gila Alwi tu... tak ada maknanya aku nak berlaki dulu. Buat semak di dada.
Bukan apa... aku masih muda. Aku mahu menumpukan pada kerjaya.
“Acu...” Aku tersentak. Wajahku panas bila tersedar mata sejuk kaku..
salju tu memandang aku dengan kehairanan. Hisy.. tak boleh jadi. Aku menarik
tangan along ke jauh sedikit dari berdirinya insan yang menggelarkan dirinya
Kuzu itu. Entah apa-apa nama. Nama dah cantik-cantik.. Izzudin.. tapi dipanggil
Kuzu. Tak ada nilai komersial langsung.
“Kenapa tarik-tarik ni acu?” Rengus along. Aku berdengus geram.
“Along... along tak sayang acu ke? Along nak buat naya kat acu? Apa salah
acu long?” Tanya menahan sendu. Along memandangku dengan kerutan di dahi.
Wajahnya keliru. Sesekali aku memandang wajah dingin yang berdiri di tepi
kereta along. Sekali tengok, memang orang ingat mat gian. Jambang dah
serabai... hisy.. geli..kalau makan..sah-sah ada yang sangkut. Uwek...
“Apa acu cakap ni?” Tanya along memandangku.
“Sampai hati along carikan suami mat gian macam tu untuk acu. Along ni
memang tak sayang acu nampaknya.” Marahku pilu. Along tergeleng-geleng sambil
tersenyum sumbing. Aku tambah pilu. Kemudian along memeluk bahuku. Kepalaku di
usap lembut.
“Acu... acu dengar sini. Dalam banyak-banyak kawan along... Kuzu ni kawan
yang paling baik yang pernah along jumpa. Tak pernah berkira. Rajin bekerja.
Sepanjang along kenal dia.. keluar sama-sama... dia tak pernah tinggal solat.
Dia baik acu..” along cuba meyakinkan aku. Tapi, aku tergeleng-geleng. Aku
tidak percaya dengan kata-kata along.
“Acu...”
“Cukup long... mamat serabai macam tu along cakap orang yang baik? Along
ni kenapa?” Tanyaku marah. Along Nampak sabar melayan kerenahku kali ini. Dia
mengusap bahuku lembut.
“Acu... dia bukan mat gianlah. Dia memang macam tu. Suka sempoi aje.
Lagipun... dia tu jiwa seni. Suka bidang fotografi... imej dia tu tak penting. Janji dia baik. Acu
kena yakin. Dia pilihan yang terbaik.” Ujar along. Aku telan liur. Masih
terngiang-ngiang kata-kata si gila Alwi tu.
*****
“Hei... Kiah... Aku akan hantar meminang kau hujung minggu ni. Nak tak
nak... kau mesti terima. Kau kena ingat.... aku kan sepupu kau... mesti mak
bapak kau suka aku. Sebab... mak bapak kau mesti tak nak kau jauh dari mereka.”
Memang aku benci sangat dah dengar suara garau si Alwi tu. Anak bongsu Ayah
anjang Razak. Kalau dah anak manja tu... memang anak manja. Dah lah masih
berkepit dengan mak... kalau berkepit tu tak lah heran sangat. Ni tak... orang
umur dia dah ada harta benda nak buat bekalan di hari tua..nak sara keluarga.
Dia tu... menghabiskan harta aje. Aku bukannya jenis perempuan materialistic..
tapi... kalau tak kerja... tak ada duit... mana nak suap anak bini makan? Tak
kerja yang bagus-bagus..macam doctor ke.. cikgu ke.. tak apa... janji rajin
bekerja. Kerja halal. Jangan jadi biawak hidup aje kat rumah.
“Aku peduli apa.. gila...” Marahku.
“Sekarang bolehlah kau berlagak.. tunggulah hujung minggu ni. Mak aku dah
setuju tau.” Ucap Alwi angkuh. Aku makin geram dan takut. Tambah-tambah dengar
hint-hint yang mak aku bagi.
“Acu... kau suka alwi? Mak ni... suka aje dengan budak tu. Dekat aje
dengan kita... dapatlah... mak tengok kau.” Mak ni... memang tak ada wawasan
langsung. Derhaka pulak aku ni. Bukan apa.. orang sekarang ni dah sampai ke
ruang angkasa. Tapi..mak.. masih gak nak aku melekat kat dia. Nasib baik dengan
jasa baik along dan angah, aku boleh menyambung pelajaran di Universiti dan
bekerja di Kula Lumpur ni. Kalau tak... mesti mak masih kurung aku di sekitar
rumah dia.
“Acu.. kau dengar tak? Aku cakap.. kau buat pekak pulak..” Marah mak. Mak
aku ni memang agak brutal bahasa dia.
“Acu tak nak mak... Acu.. tak suka
Alwi. Dia tu...dah lah tak hensem... tak ada kerja.” Rungutku. Aku memandang
ayah memohon simpati. Tapi... Ayah pulak hanya berdiam diri. Jadi badan
berkecuali. Aku tahu.. ayah malas nak campur. Ayah cakap... bukan dia takut
bini. Tapi...bini tak takut dia. Apa-apalah ayah aku tu.
“Kau ni memilih sangat. Nanti tak laku baru kau tau.” Aku berdengus geram
dengan kata-kata mak. Kadang-kadang laser jugak dia. Yelah.. berguru dengan Mak
Nab Sugi rumah sebelah. Mereka ni.. broadband... bergerak sana sini menyebar
info.
“Mak ni.. macam mendoakan aje. Acu tau lah nak pilih sendiri.” Rengusku.
Mak tidak jadi turun ke ruang dapur. Aku terus layan chatting.
“Kau ni Acu... ko jangan nak cari laki jauh-jauh. Kalau masih larat ni..
dapatlah aku menjenguk. Kalau dah tak larat macam mana?” mak sudah meninggikan
suara.
“Habis... takkan Alwi tu mak? Tak ada orang lain ke?” tanyaku.
“Okey...kalau kau nak cari pilihan sendiri. Kau mesti bawa calon kau tu
ke rumah ni..sebelum Ahad depan ni. Ingat...kalau kau tak bawa calon sebelum
Ahad depan ni.. aku terima aje pinangan
Ayah Anjang kau.” Tegas suara emak.
“Kalau mak terima pinangan Ayah Anjang.. mak nak letak ayah kat mana?”
Tanyaku sengaja bergurau. Kot-kot mak boleh lembut hati.
“Ah.. kau jangan putar belit. Aku nak kau bawa calon kau... sebelum Ahad
depan ni. Kalau tak... Ahad depan ni ko bertunang. Dua minggu lagi..kau kahwin”
putus mak. Aku ternganga. Ini...apa ni? Aku tak nak kena kahwin paksa. Dalam
novel-novel yang aku baca...semua heroin merana mulanya time kahwin paksa. Tak
mustahil aku akan merana sepanjang hidup. Tambah-tambah dengan Alwi tu. Yang
aku tahu perangai dia, sejak dulu lagi.
“Tapi...kalau acu bawa calon.. mak janji akan terima siapa aje yang acu
bawa?” Tanyaku.
“Ya... siapa aje. Mak janji.. asalkan dia tak dok jauh sangat.” Aku
tersenyum.. mesti ada syarat mak tu.. tapi.. siapa yang aku nak bawa?
*****
“Acu...” Along mengawang-ngawang tangan di depanku. Ingatan tentang mak
dan beransur pergi.
“Along pasti dia terbaik untuk acu?” tanyaku. Kali ini aku nekad. Apa nak
jadi... jadilah. Aku rela bersuamikan lelaki yang tidak aku kenali daripada
bersuamikan lelaki seperti Alwi tu. Yang dah sah-sah akan buat aku merana
nanti. Tak pasal-pasal aku jadi isteri derhaka nanti. Nak minta tolong dengan
kawan-kawan aku...semua tak ada kosong buat masa ni. Kalau pun ada... belum
tentu lagi setuju dengan idea gila ni.
“Ya... acu... along pasti. Dia baik acu.. acu bertuah dapat dia.” Puji
along. Aku mencebik. Along tergelak.
“Geli pulak acu tengok along ni.. macam.. tut.. aje.” Ucapku sekadar
bergurau. Along mencubit pipiku dengan gelaknya.
“Apa-apalah acu ni... kak Min kau kat rumah tu along nak letak mana?..
patut juga nama acu ni Kiah.” Usik along. Aku geram bila along mengungkit nama
aku. Tapi... sedikit sebanyak... Memang aku tak puas hati dengan mak dan ayah
aku... nama along... Muhammad Azrul Hakimi... dan Angah pulak Muhammad Azril
Maliki.. tapi.. bila turn bagi nama aku... boleh pulak mereka bagi nama aku
Siti Jakiah... sudahlah masa pendaftaran tu ayah salah tulis. Zakiah... jadi
Jakiah. Aku bukannya tak bersyukur nama tu... tapi... tak ada nama moden lain
ke? Kot ya pun... nak bagi jugak nama Kiah tu... bagilah nama Tiz Zakiah ke..
ada jugak nilai komersial nya... dekat-dekat aje dengan nama pelakon. Huhuhu...
aku janji... nanti-nanti.. kalau aku ada anak.. aku akan bagi nama moden-moden
kat anak aku. Nama yang ada nilai komersial sikit.. tapi..maknanya pun baik
gak. Hehehe..
“Acu... okey tak?” Tanya along lagi. Aku angguk. Along mengukir senyuman
lebar.
Kami kembali menghampiri Kuzu. Kuzu leka mengambil gambar kawasan
sekeliling. Mungkin dia bosan menunggu kami tadi. Dia ni.. kalau di beri
pilihan.. nak kahwin dengan aku.. atau nak kamera dia tu.. mesti dia pilih
kamera kot... dah macam salah satu anggota badan dia je kamera tu.. macam
melekat aje.
“Along...dia keje apa?” Tanyaku sedikit berbisik.
“Acu tanya dia sendiri k. Along akan tinggalkan acu dengan dia sekejab.
Along tunggu kat situ.” Ujar along dengan sengihnya. Aku mengeluh berat.
“Kuzu... kau berbuallah dengan bakal bini kau ni... Jangan
pegang-pegang... duduk rengang-rengang... “ Ujar Along sambil menyanyi kecil.
Sengal... marahku di dalam hati. Pipiku rasa panas bila Kuzu mula mengambil
tempat di hujung kerusi panjang itu. Aku turut mengambil tempat di hujung sana.
Along memerhati kami tidak jauh dari situ dengan geleangan. Yelah... sorang di
utara...sorang di selatan.
“Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?” Tanyaku pantas. Kuzu
terdiam. Takkan dia ni pekak pulak... tak pun.. bisu... along ni.. kot ya pun
aku ni.. cari suami tangkap muat... janganlah.. ambil pakej macam ni sekali..
huhuhu..
“Kuzu...” Panggilku. Kuzu berdehem. Janganlah pulak sengau ke.. gagap
ke... tapi.. kalau itu dah jodohku.. aku terima dengan pasrah. Huhuhu...
“Aku sayang kau... aku akan sayang kau...macam mak bapak kau..abang-abang
kau..sayang kau. aku akan lindungi kau.” Aku terpana mendengar suaranya...
suara itu... suara itu... rasa begitu dekat dengan hatiku... suara... yang
sudah lama aku rindui. Aku ingat.... aku tidak akan mendengar lagi suara itu..
tapi... kenapa mirip sekali?
“Siapa awak sebenarnya?”Tanyaku. Kuzu berdiri. Beralih tempat di depanku.
Tangannya di letakkan di atas meja. Dia memang serabai. Sudah lebih sepuluh kali aku menilainya.. dia
memang serabai. Beza dia... dengan pemilik suara itu... sangat berbeza. Sesekali
aku curi-curi pandang melihat kukunya. Nasib baik bersih. Aku pantang betul
orang berkuku panjang ni.
“Aku Izzudin.. nama aku Izzudin. Apa yang kau nak tahu tentang aku?”
Tanya. Masih bersuara dingin. Pandangannya pun... tidak mampu menghangatkan
hatiku...seperti pemilik suara yang sama sebelum ini.
“Segalanya... saya nak tahu...segalanya tentang awak. Sebelum...
sebelum...”
“Sebelum..kita kahwin?” Celahnya.. aku gigit bibir malu. Dia tersenyum.
Jambangnya melindungi senyumannya menyebabkan aku sukar untuk melihat wajah
sebenar dia.
“Aku mulakan dengan nama penuh aku. Tengku Izzudin bin Tengku Amri. Umur
aku.. 28 tahun. Oleh kerana aku dah agak tua.. aku nak anak cepat lepas kahwin.
Kau faham kan?” wajahku kembali panas. Rasa mendidih pulak darahku dengar
bicara mamat ni.
“Aku kerja bengkel aje. Tapi.. jangan risau. Aku akan berusaha keras bagi
makan minum kau sepenuhnya. Lepas kahwin nanti... aku bagi kebebasan kat kau
nak kerja atau duduk rumah aje. Aku.. dengan kamera aku..memang tak boleh nak
berpisah. Jadi.. kau jangan jeles kat sayang aku ni. Nama dia Lia. Puan Lia.”
Aku meluat melihat kerenah dia ni. Siap peluk kamera dia penuh kasih sayang
lagi depan aku. Jeles ke aku ni? Hisy... tak ada maknanya nak jeles.
“Hmmm.. aku ni.. tak memilih sangat soal makan. Tapi.. aku tak boleh makan
pedas sangat. Aku suka yang simple-simple aje. Tapi... aku paling tak suka
orang belakangkan aku bila keputusan tu melibatkan aku. Itu aje rasanya.” Aku
menahan hati aje sepanjang mendengar hikayat kisah si Kuzu ni. Nama aje Tengku
Izzudin. Lawa aje namanya... tapi...serabai.
“Ada apa-apa lagi nak tanya?” Tanya Kuzu. Aku mengangguk. Belum puas hati
dengan penerangan Kuzu.
“Family awak macam mana?” Tanyaku.
“Tadi cakap nak tau pasal aku aje..” Rungutnya.
“Termasuk family awak lah..” dengusku.
“Aku ni... anak yatim piatu.” Beritahu Kuzu. Aku terdiam. Tidak tahu nak
cakap apa lagi.
“Awak tak nak tahu tentang saya?” Tanyaku.
“Buat apa?” Tanyanya endah tak endah. Kepalaku rasa nak berasap aje
dengar soalannya tu. Sedikit tersinggung.
“Takut nanti awak menyesal kahwin dengan saya...” ucapku. Kuzu tergelak.
“Aku ada banyak masa lagi nak mengenali kau lepas kahwin.... jangan
risau... setiap hari aku akan mengenali kau.. dan jangan lupa... kau akan mengenali aku... sedikit..demi sedikit.”
Aku angguk mengerti. Serba salah aku nak bercakap dengan lelaki ini. Dia memang
sangat-sangat berbeza dengan lelaki-lelaki yang aku temui sebelum ini.
“Okey... kita jumpa lagi... Sabtu ni.” Putusku. Kuzu tersenyum.
“Aku boleh jumpa mak bapak kau...dengan gaya macam ni ke?”Tanyanya. Aku
mengerutkan kening... tidak mengerti dengan pertanyaan dia.
“Kenapa?”
“Kau tak nak suruh aku cukur jambang yang ada kat muka aku ni ke?”
Tanyanya. Aku tersenyum.
“Kalau awak selesa macam ni... ikut suka awak lah. Jangan ikut keselesaan
orang... tapi.. ikut keselesaan awak.” Balasku. Kuzu turut tersenyum. Tengok
lama-lama pun... masih serabai aje mamat ni. Kalau dia ikat sikit rambut dia ke
belakang... sikat sikit jambang dia tu.. rasanya.. boleh tahan juga. Kalau pun
tak layak di kategorikan dalam golongan lelaki-lelaki hensem... tapi...
sekurang-kurangnya dia boleh masuk dalam list yang paling last dalam
lelaki-lelaki yang boleh tahan rasanya.
“Hmm... aku janji aku... akan lindungi kau... kau kena yakin pada aku...
kau kena sama-sama dengan aku bina rumah tangga kita.” Walaupun bernada
dingin... tapi.. aku agak terpesona mendengar ucapannya. Sekurang-kurang...
okey sikit dari si Alwi.. ambil ajelah... dia ni.. jadi.. suami tangkap muat.
Daripada tak ada langsung... aku tak nak kena kahwin paksa macam dalam
novel-novel yang selalu aku baca tu.
*****
“Lelaki keluar dari gua mana yang kau bawa tu acu? Budak ni... tak
habis-habis nak memeningkan kepala aku... kan bagus si Alwi tu... segak...”
“Bergaya... mutu.. dan keunggulan...” Sampuk angah. Emak menampar lengan
angah geram, bila cakapnya di potong. Aku meletakkan jari telunjuk ke bibir,
tidak mahu emak membesarkan volume suaranya. Bimbang, Kuzu kecil hati dengan
kata-kata emak. Emak ni.. kot ya pun tak berkenan... janganlah cakap masa ni.
Tunggulah si Kuzu ni balik.
“Mak... mak dah janji.. mak akan terima siapa saja pilihan acu... mak dah
janji..” Aku meningatkan emak. Emak berdengus. Terperangkap dengan janjinya.
Aku menarik senyum. Angah pun turut sama tarik sengihnya yang macam kerang basi
tu.
“Bila keluarga dia nak datang?” Suara emak kendur. Aku tersenyum kecil,
nampaknya emak sudah mengalah. Huh!padan muka kau Alwi... tak ada maknanya aku
nak kahwin dengan kau... tapi... cepat-cepat aku beristifar sendiri.
Kadang-kadang aku rasa... emosi aku membuatkan perangai aku sedikit tersasar.
“Dia anak yatim piatu mak... tapi.. kami dah bincang.. dua minggu lagi
kami nak kahwin. Mak restui pilihan acu ye.. dia baik mak...” ujarku meyakinkan
emak. Emak terdiam, merenung ke luar tingkap. Mak tu...mesti tengah mode: pilu
milu. Sedih mengenangkan anak tunggal perempuannya ini bakal menjadi
tanggungjawab orang lain.. mak ni... mak tetap kesayangan acu mak... walaupun
acu dah jadi bini orang nanti, bisik hatiku.
“Habis... korang nak duduk KL juga ke lepas kahwin ni?” Tanya emak. Aku
angguk.
“Dia kerja kat sana mak.. acu pun kerja kat sana. Mak jangan risau...
kami akan selalu jenguk mak kat sini.” Aku meyakinkan emak. Aku memandang angah
yang dari tadi curi-curi merasa lauk di dapur. Aku memohon pertolongan angah.
“Betul cakap acu tu mak.. lagipun.. angah kan ada juga kat sini.” Angah
seakan faham. Aku tersenyum sebagai tanda terima kasih kepada abang aku ni.
Angah bernasib baik kerana bertugas di hospital dekat-dekat sini aje.
“Hmm.... Mak restui pilihan acu. Mak doakan ini yang terbaik untuk anak
bongsu kesayangan mak ni...” ucap emak sambil mengusap pipiku. Aku mencebik
pada angah yang buat muka jeles.
*********
“Aku terima nikahnya.. siti Jakiah.. hahahahahaha...” Aku dah bengang
tahap gaban dah dengan mamat serabai ni. Ini dah kali kedua dia buat hal. Tok
kadi dah geleng kepala. Along pulak dan memercik peluh dingin. Angah gelak
tahap tak ingat. Ayah dan emak pun... diam aje. Aku pulak... kalau dia dekat
sebelah aku... mesti dah kena ketuk dengan microfon. Malunya aku kat saudara
mara aku... tambah-tambah dengan si Alwi yang dari tadi tersenyum sinis.
“Kuzu...”Suara along keras. Bila Kuzu sudah sedia, kadi sekali lagi
mengengam tangan Kuzu.
“Aku terima nikahnya... Siti Jakiah binti Zafuan dengan mas kahwin.. 350
ringgit tunai...” Ucap Kuzu kali ini lebih serius. Aku melepas nafas lega bila
tok kadi dan beberapa saksi menyebut perkataan sah. Entah kenapa air mataku
mengalir sedikit. Aku sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Izzudin bin Tengku
Amri. Mamat serabai kawan rapat along telah sah menjadi suami tangkap muat aku.
Aku mengerling ke wajah Alwi yang berdiri di sudut kiri masjid. Sebenarnya...
aku tidak sangka dia sanggup datang. Wajah Alwi yang tadi sinis bertukar
merah... marah. Padan muka kau.. tak dapat kahwin dengan aku... dan padan muka
aku... dapat mat serabai macam si Kuzu ni.
Tapi....daripada kahwin dengan Alwi, aku rela mempertaruhkan hidupku
berkahwin dengan si Kuzu yang tidak aku kenali ini. Biarlah... kami sama-sama
belajar mengenali diri masing-masing selepas ini.
********
“Acu... panggilkan Izz makan...” ujar ayah. Aku mengerutkan kening. Siapa
Izz?
“Siapa Izz tu ayah?” Tanyaku. Ayah tergelak sambil tepuk dahi. Aku makin
tidak mengerti.
“Ya ALLAH budak ni.. Izz tu kan suami acu.” Ujar ayah. Aku menahan gelak.
Selama ini...semua panggil dia Kuzu.. ayahlah yang orang pertama aku dengar
panggil dia Izz.
“Selama ni.. panggil dia Kuzu aje..” balasku.
“Kau masih panggil dia Kuzu ke acu?” Tanya emak. Aku gigit bibir. Serba
salah. Along yang sedang memimpin Kak Min yang sarat mengandung memandang kami
dengan pandangan penuh tanda Tanya.
“Kenapa ni?” Tanya along.
“Ni ha.. adik kau ni.. ada ke panggil laki dengan nama aje.” Leter emak.
Aku buat muka bosan. Emak mana nak renggang dengan hobi berleter dia tu. Jangan
je nanti menurun kat aku.
“Tak apalah mak... belum biasa.. nanti-nanti biasalah tu..” Along
mempertahankan aku.
“Tak biasalah kena biasakan...” leter emak lagi. Aku malas hendak
memanjangkan leteran emak. Terus aje aku ke anjung rumah memanggil Kuzu dan
angah.
*******
“Angah...mak panggil makan.” Laungku sedikit. Aku kerut kening bila
wajahku menjadi santapan dua lelaki di depanku. Bila pula kawan angah ni
sampai. Entah siapa... tak pernah tengok pula sebelum ni. Kalau aku tau angah
ada kawan sekacak ni... mesti aku dah minta tolong kawan angah ni.
“Kenapa tengok abang macam tu sekali?” Aku tambah keliru mendengar
petanyaan kawan angah tu. Suami tangkap muat aku pulak.. entah di mana.
Entah-entah buat tahi mata kat bilik. Mana tak penatnya... dari pagi terpaksa
bersiap nak bersanding. Bila aku cakap kat mak tak nak bersanding... mulut mak
terus macam peluru aje membebel tahab tak ingat. Aku akhirnya setuju aje.
“Eh... mana ada saya tengok awak. Angah... jomlah makan. Ajak kawan angah
tu sekali. Acu nak panggil laki acu jab kat bilik.” Ujarku menutup malu. Saja
aku menegaskan perkataan laki tu tadi. Biar mamat perasan tu tahu aku dah
bersuami.. walaupun serabai.. yelah.. main tangkap muat aje. Tapi..dia tetap
suami aku.
Angah tiba-tiba tergelak. Kawan angah pun...ikut sama. Aku tidak jadi
melangkah ke dalam rumah.
“Acu.. dah tak kenal ‘KAWAN’ angah ni?” Tanya angah dengan sisa tawanya.
Aku merenung sekejab wajah kawan angah, suara dia..macam familiar.. tapi..muka
dia yang kemas... bersih tu... tak pulak.
“Entah... dia ni artis ke? Macam pernah gak tengok.” Jawabku malas untuk
berteka teki. Nanti.. tak pasal-pasal keluar suara tarzan emak memanggil kami.
Bising pulak satu rumah. Malu pulak kat si Kuzu dan kawan angah ni.
“Ya ALLAH.. acu.. kau ni apa-apalah.. ni laki kau. kau tak kenal ke?”
Daguku rasa jatuh mendengar kata-kata angah. Mamat itu tersenyum sambil
menggosok dagunya yang tinggal janggut sejemput. Aku memejam kelib mataku
berkali-kali.
“Kenapa? Tak percaya? Hensem juga abang ni kan?” ucap lelaki yang
dikatakan angah adalah suamiku itu. Aku telan liur. Tak sangka.. macam manalah
lelaki yang selama ini tak hensem.. boleh jadi hensem macam ni. Huhuhu...kenapa
dia tak cukur jambang dia tu semua masa sebelum kahwin.. kan cantik aje gambar
kahwin. Ni.. kalau tengok gambar kahwin kami... hiys..entah-entah orang ingat
aku keluar dengan jantan lain.
“Sudahlah tu..acu.. Kuzu.. jom kita ke dapur. Angah dah lapar ni” ucap
angah melangkah ke dalam rumah. Kuzu turut mengekori, dia berhenti di sebelahku
melihat aku masih tidak melangkah. Dia menghadiahkan senyuman.
“Jom sayang... kita ke dapur.” Bisiknya lembut sebelum menarik tanganku
lembut mengekorinya. Aku rasa macam dipukau aje.. terus aje mengekori. Entah...
********
Dia ni..memang menguji jiwa raga aku aje sejak kami kahwin. Bukan aje
muka dia yang selekeh.. perangai pun.. suka menyepah aje. Time aku basuh baju
kena cek betul-betul poket baju dan seluar dia. Kalau tak.. ada aje nut-nut kat
dalam poket. Nyaris-nyaris lagi minah kat rumah rosak kerana nut dari baju dan
seluar dia. Nasib akulah dapat suami macam dia. Suami tangkap muat. Tu nasib
baik nut..kalau ada spanar dalam poket...memang nak kena berus laki aku ni.
“Abang... tolong Kiah jab bang..” Awal-awal pagi aku dah berlatih vocal.
Dah macam bini tarzan si Jane pulak aku melolong pagi buta ni. Ini semua kerana
laki aku ni.
“Abang...” Laungku lebih kuat. Geram aku. Berapa kali nak cakap.. hisy..
itulah.. pilih suami tangkap muat aje. Apa boleh buat.. suami tangkap muat tu
lah buat aku melayang-layang macam mabuk kepayang sekarang. Rasa dah mabuk
cinta.
“Abang...” sekali lagi aku melaung. Wajah si Kuzu masih monyok melangkah
ke dapur. Aku menunggu sambil bercekak pinggang.
“Ha nape memekik dari tadi? Orang nak tido lah...” Rengusnya dengan wajah
monyok. Aku memandang geram.
“Abang.... cuti-cuti macam ni.. boleh tak tolong Kiah kemas barang-barang
abang yang bersepah tu.. kalau Kiah
buang kan... nanti abang marah.” Leterku. Aku bukannya sesaje nak keluar hobi
berleter ni. Menurun perangai mak yang suka berleter tu. Dulu.. aku pernah
kemas barang-barang dia. Tak pasal-pasal ada yang hilang. Lama juga Kuzu diam
aje. Kalau dia marah... dia diam. Terkulat-kulat juga aku nak memujuk. Tiga
hari baru dia keluar suara berbual dengan akul. Aku siap nangis-nangis lagi
depan dia. Takut sangat tengok dia marah. Aku rela dia berleter memarahi aku..
tapi.. jangan aje dia diam. Dia cakap.. aku sudah hilangkan foto yang dia
ambil. Aku memang ada membuang beberapa keping gambar yang nampak buruk pada
pandangan aku. Tapi.. tak sangka pula pada dia... gambar itu mempunyai seribu
makna. Manalah aku tahu.. aku bukan orang seni macam dia. Sejak dari hari tu..
aku tidak berani lagi mengemas barang-barang seni dia. Cinta dia pada bidang
fotografi kadang-kadang aku tengok lebih dari cinta dia pada aku. Cemburu?
Adalah juga. Kamera dia tu lah.. bini nombor satu dia. Aku ni.. bini nombor
dua. Huhuhu.. aku jeles la..
“Yalah lah...cik Kiah oi... nanti tak pasal-pasal ada yang cakap saya
dera bini saya, dan sayang kamera lebih dari bini.” Ujarnya. Aku hanya
mencebik. Jeles?.. ya.. jeles pada Puan Kamera dia. Kalau tak silap aku...nama
kamera dia Lia. Entah-entah dia auta aje.. mungkin tu nama mak we lama dia.
******
Seminggu...dua minggu... memanglah elok aje... tapi... lepas tiga
minggu..semak balik janggut dia. Apatah lagi dah lima bulan ni. Aku dah tak
hairan dah dengan laki aku ni. Suami tangkap muat pun.. tangkap muatlah. Aku
tak kisah, yang pasti aku dah jatuh sayang sangat-sangat kat dia. Paling aku
suka... dia ni tak pernah merungut bila aku masak apa pun. Aku
tahulah..kemahiran aku memasak tak sehebat mana. Banyak cacat cela di
mana-mana... dan kadang-kadang bila aku busy sangat dengan kerja di pejabat..aku
akan balik lewat. Dia sabar aje tunggu aku di rumah. Memang... aku selesa
sekali dengan dia. Dalam diam..rasa sayang itu makin menyubur dalam hati. Siapa
tak sayang laki oi???? Baik buruk... hensem..ke tak hensem...dia tetap laki
aku.
“Sayang...sayang tak sihat?” Aku tersentak mendengar suara kuzu dari
depan pintu. Aku menjauhkan tangan dari dahi. Dari tadi aku memicit dahi
menghadap lab top. Aku segera berdiri untuk menyalami tangan suamiku. Kuzu
menggeleng. Aku sedikit tersinggung dengan tingkahnya. Adakah dia tidak sudi
untuk disalami aku. Sebelum ini... tidak pulak. Aku jadi sensitive tiba-tiba.
“Sayang... kenapa ni? Sayang kecil hati?” Tanyanya dengan wajah sayu. Aku
menggeleng masih berdiri kaku sambil menunduk kepala di depannya.
“Abang tau..mesti sayang kecil hati abang tak nak salam sayang... bukan
abang tak nak... tapi... tangan abang kotor ni. Motorsikal abang rosak kat
simpang jalan tu tadi...” jelasnya. Aku gigit bibir, rasa bersalah kerana
berperasangka buruk.
“Sorry...” Ucapku. Kuzu tergelak kecil.
“Hmm... sayang okey tak ni? Cepat bersiap... lepas abang solat isyak ni..
kita keluar nak? Kita makan kat luar..esok kan cuti.” Ujar Kuzu. Aku
menggeleng.
“Kiah dah masak bang... lauk kesukaan abang.” Ujarku. Kuzu tersenyum
gembira.
“Wah... ni yang abang makin sayang
kat sayang ni... hmm.. abang mandi sekejab ye. Kita makan sama-sama.” Ucapnya.
Aku tersenyum senang.
*****
“Asal berlaki aje Jah.. kalau tak nanti..jadi andartu.... entah mat gian
mana dia buat laki...aku tak tau... rembat aje...sementara ada orang nak..”
rasa berasap aje telinga aku mendengar kata-kata sinis rakan sepejabatku ketika
aku membawa suamiku ketika dinner syarikat tempatku bekerja.
“Ha a.. betul kata kau tu Zana... dulu...jual mahal... si Muzri... Idris
nak...dia jual mahal..bila dah tak laku... kutip mat gian tepi jalan buat
laki... entah-entah jadi biawak hidup kat rumah.... dia yang sara hidup laki
dia.” Air mataku menitis sedikit mendengar suara-suara sumbang itu. Aku
merenung suamiku yang leka mengambil gambar. Hatiku pilu bila orang menghina
dia. Sepanjang kami menjadi suami isteri... dia sangat baik pada aku. Dia
melayan aku bagaikan puteri. Tidak pernah berkasar kelakuan ataupun tutur kata.
Kalau pasal pendapatan yang menjadi isunya... tidak pernah sekalipun suamiku
meminta wang dari aku. Malah... semua bil di rumah dan barang dapur dibeli oleh
Kuzu. Dan setiap bulan juga wang dalam akaun aku bertambah. Mungkin.. tidak
banyak seperti suami orang lain berikan... tapi... itu sudah cukup memadai.
Bukan itu saja, Kuzu juga memasukkan wang ke akaun tabung haji mak dan ayah.
Mulanya... mak dan ayah hairan melihat baki akaun lebih dari biasa kami adik
beradik masukkan setiap bulan. Bila aku
terjumpa kertas deposit wang masuk ke tabung haji nombor akaun mak dan ayah..
aku aku tahu. suamiku turut menyumbang kepada orang tuaku. Aku bangga
dengannya.
“Mulut longkang betul si Ijah dan Zana tu Kiah... ah..pedulikan apa
mereka nak kata. Mereka tu..kalau tak bercakap buruk tentang orang lain tak
sah. Dah jadi darah daging agaknya.” Aku sedikit tersentak mendengar suara
Awin. Di sebelahku. Awin yang paling rapat dengan aku di pejabat. Dia datang ke
sini dengan teman istimewanya.
“Sayang..”Aku segera menyeka air mataku sebelum mendongak memandang
suamiku. Aku tidak mahu dia mengesan kesedihanku. Dia terlalu baik.
“Hmm..muram aje ni..mana dia senyuman yang buat abang rasa sakit pun jadi
sihat.. marah pun.. terus sejuk..?” Tanyanya dengan nada mengusik. Aku mengukir
senyuman sambil merangkul lengan suamiku. Aku tidak mengendahkan pandangan
jelik rakan pejabatku yang lain. Bukan mereka yang harus membuat keputusan
untuk kebahagiaan rumah tanggaku.
“Hmm.. abang dah puas ambil gambar?” Tanyaku. Dia mengangguk sambil
meneguk minuman.
“Nak tengok boleh?” Tanyaku mencapai kameranya. Dia cepat-cepat mencapai
kembali kameranya di tanganku.
“Tak boleh...” balasnya. Aku menarik muncung. Memang inilah satu-satunya
benda yang aku tidak suka. Aku terpaksa bersaing dengan kamera dia.
“Kedekut... mesti abang nak sembunyikan sesuatu dari kiah...” ucapku
dengan rajuk. Kuzu tergelak kecil sambil tergeleng.
“Tak ada apalah sayang...gambar sekitar majlis ni aje..” balasnya memujuk
sambil menggengam tanganku.
“Bohong...mesti banyak gambar perempuan lain.” Rajukku lagi. Kuzu makin
kuat tergelak. Aku jadi sakit hati. Ain dan suami, Kamal dan isterinya, Awin
dan Muliati bersama-sama pasangan masing-masing hanya memandang dengan senyuman
kelakuan kami. Kami satu meja ini memang rapat.
“Sumpah sayang.... kalau ada pun gambar perempuan lain... ni gambar
biasa-biasa aje..” ucapnya cuba meyakinkan aku. Aku akhirnya sedikit terpujuk
dengan usapan lembutnya di lenganku. Laki aku ni.. mana boleh aku nak marah
lama-lama kat dia.
***
Aku tergamam sebaik masuk ke bilik ketua baru di Unit Pemasaran. Selama ini...aku
belum berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Tapi..tidak sangka pula..dia ini
Shahril yang di maksudkan oleh rakan sepejabat yang lain. Aku ingat hanya
kebetulan...tapi... Argh...
“Siti... kecilnya dunia...” Suara itu... masih sama. Wajah itu pun...
masih sama, Cuma di hiasi dengan garis kematangan. Siti... memang dia seorang
aje kawan di universitiku dulu memangilku Siti.
“Kenapa terjegat aje kat situ? Duduklah..” Pelawa lelaki itu. Aku
menghenbus nafas berat dan terus duduk.
“Hmm... tak sangka.. kat sini rupanya awak bawa diri. Awak dah kahwin?”
aku terkejut mendengar pertanyaan Shahril. Hatiku jengkel melihat senyuman dia.
“Saya kahwin atau tak..bukan ada kena mengena dengan awak.” Balasku.
Shahril tergelak. Aku makin meluat melihat lelaki itu.
“Cepatlah cakap..kenapa awak nak jumpa saya?” balasku dengan marah yang
terkawal. Lelaki itu tersenyum sinis.
“Awak tau tak... company ni..
company bapa mertua saya?” Tanyanya. Aku terkejut. Tapi sedaya upaya aku
menahan riak wajahku.
“Huh... kalau you nak cakap you nak buktikan you ni lelaki sengkek..
hanya bergantung harap pada harta mertua you... tak payah. Sebab I tahu.. you
memang mata duitan.” Ujarku sinis. Wajah Shahril merah.
“Kau jangan nak kurang ajar kat sini. Aku boleh tendang kau keluar dari
sini.” Suara Shahril makin meninggi. Dia mengetap bibirnya kegeraman. Aku
tersenyum menyindir. Kadang-kadang.. mulut aku ni..memang tak ada insuran..
main lepas aje. Tak fikir dulu.
“I tak kisah. Rezeki seseorang di tangan Tuhan. Bukan di tangan you. Dah
lah..kalau you hanya nak cakap harta mertua you tu..yang you tumpang tu... i
nak minta diri dulu.” Balasku pantas bangkit.
“Hei.. tunggu dulu. Kau mesti buat benda ni untuk aku. Esok aku ada
presentation.” Tegasnya sambil melontarkan fail di depanku. Aku mengerling
sekejab. Tak ada maknanya aku nak buat untuk dia.
“You buatlah sendiri. Tak guna you duduk kerusi manager ni...kalau benda
senang tu pun you tak boleh buat,” balasku berani. Wajah Shahril makin merah.
Aku pantas melangkah keluar. Hatiku tidak habis-habis mengomel. Kenapa aku tak
tahu syarikat ni milik mertua si Shahril tu. Mana dia sebelum ni? Argh...
********
“Sayang...sayang tahu tak.. bengkel kami dah ada cawangan kat tempat
lain. Lepas ni... mungkin abang busy sikit.” Aku tidak jadi melelapkan mata
mendengar suamiku membuka bicara. Badanku cepat betul letih sejak kebelakangan
ini. Mungkin... letih ke otak membawa ke badan. Sejak Shahril masuk ke pejabat
tu.. hidup aku jadi tak tenang. Ada aje lelaki tu nak cari pasal.
Tapi..baru-baru ni... lelaki itu merayu-rayu memohon maaf dari aku. Dia cakap
dia tak bahagia. Dia ajak aku kahwin senyap-senyap. Tak ke gila namanya tu?
Tapi...awal-awal lagi aku dah tolak. Aku cakap...aku dah kahwin. Mulanya dia
tak percaya... tapi..aku cakap suruh dia Tanya kat rakan sepejabat lain. Lepas
tu..dia slow sekejab. Tapi... sekarang ni makin menjadi. Dia siap nak cakap
sanggup nak bayar suami aku untuk lepaskan aku. Lelaki tak guna. Sumpahku di
dalam hati.
“Sayang...sayang dah tidur?” Tanya suamiku kembali. Aku menggeleng dan
memeluk pinggang suamiku lebih erat. Semakin hari... aku semakin mencintainya.
Suamiku meletakkan kepalaku di dadanya.
“Hmmm... kenapa ni? Penat ye?” Tanyanya. Aku tersenyum dan bermain-main
dengan jangggutnya yang memanjang. Apalah selekeh suami aku ni. Detik hatiku.
“Kalau penat..sayang tak payah kerjalah. Duduk rumah..jaga makan minum
abang. Mana tau..lepas ni.. ada junior...ehem...” Ucapnya nakal. Aku sedikit
terjerit, pipinya aku cubit manja.
“Kalau Kiah tak kerja... susahlah bang... zaman sekarang ni...semuanya
nak duit. Kalau kita ada anak...nanti..makin besar perbelanjaan kita. Kesihan
abang... nanti makin serabai..nak cari duit.. setahun tak sempat tebas jambang
ni semua.” Perliku. Suamiku tergelak. Tahu aku menyindirnya.
“Sayang tak suka abang simpan jambang ni semua?” tanyanya. Aku tergelak
saja. Ubun-ubunku di kucup lembut. Aku bahagia bila berdekatan dengannya.
“Abang bukan sengaja simpan jambang ni semua tau.. abang nak tolong
sayang. Abang tak nak perempuan lain tackle abang. Maklumlah... abang ni kan
hensem kalau muka bersih. Mak Bedah sebelah rumah mak sayang di kampong
pun...selalu skodeng abang time kita baru-baru kahwin dulu.”aku tergelak kecil.
Lengannya aku cubit lembut. Perasanlah dia ni... tapi..memang tidak di nafikan
kekacakan suami aku ni kalau dia bersihkan semua ‘semak’ di mukanya itu.
“Perasan.. Kiah ni..tak perlu nak makeup cantik-cantik tau.. ramai lelaki
terpikat. Baru-baru ni..bos.. opss..” Aku menutup mulutku bila terlepas bicara.
Suamiku pantas duduk dan memandangku tajam. Aku terkulat-kulat dan turut duduk
bersila.
“Kenapa dengan bos sayang?” Tanyanya. Aku gigit bibir. Masih berat untuk
berterus terang.
“Sayang..baik cakap..” Suaranya lebih tegas.
“Kalau Kiah cakap...abang jangan marah tau.. “ ujarku.
“Cakaplah dulu..” ucapnya.
“Abang janji dulu.” Aku masih tawar menawar. Mungkin bosan, akhirnya
suamiku mengangguk.
“Sebenarnya... bos Kiah sekarang.. ex-boyfriend Kiah. Dia.. cakap..dia
nak Kiah balik bang. Tapi... Kiah memang dah meluat sangat dengan dia. Tapi..
abang jangan marah k. Kiah sayangkan abang. Kiah cintakan abang sorang aje.”
Ucapku bersungguh-sungguh. Suami masih
diam. Aku makin serba tidak kena. Air mataku menitis perlahan. Tidak dapat nak
tahan. Hati aku rasa pilu. Bimbang Kuzu akan marah.
“Sayang... hei..kenapa menangis ni. Abang tak marahlah..” Sebaik
mendengar dia berkata. Aku makin kuat teresak. Wajahku di sebam di dadanya.
Kuzu mengusap belakangku lembut.
“Sayang..jangan nangis k. Abang tak marah. Abang sayang kat Kiah. Abang
sayang sangat-sangat kat Kiah. Abang percayakan Kiah. Lagipun... abang happy
sangat. Akhirnya..Kiah mengaku yang Kiah sayangkan abang. Cintakan abang.”
Ucapnya. Aku mengangkat kepalaku dari dadanya. Dia memandangku dengan senyuman.
Air mataku di kesatnya lembut.
“Dah..jangan nangis... walau macam manapun..abang akan mempertahankan
rumah tangga kita. Abang takkan bagi dia rampas isteri abang yang cantik molek
ni. Abang akan lindungi isteri abang tercinta ni.” Ucap Kuzu. Aku terharu,
pantas memeluknya lebih erat. Kiah pun sayang abang sangat-sangat. Bisikku
dalam hati.
*****
Mulutku sedikit ternganga melihat lelaki yang menghampiriku sambil
membawa sejambak bunga. Biar betik... bukan kali pertama aku melihat wajahnya
sekemas dan sekacak ini. Tapi... kehadirannya mengundang tanda tanya di mata
rakan sepejabatku yang lain. Dia berdiri betul-betul di depanku dengan
senyuman. Aku menghulurkan tangan bersalaman dan aku kucup hormat.
“Apa mimpi abang datang kat office Kiah ni? Dan...”
“Hensem tak?” pintasnya. Aku kelu. Mestilah hensem... tapi..
“Hensem tak?” Ulangnya sambil mengengam tanganku. Wajahku merah bila
kelakuan kami menjadi tontonan beberapa rakan sekerja yang lain. Aku hanya
mampu menarik sengih.
“Hensem..” Jawabku pendek.
“Mana lebih hensem? Abang ke Shahril?” Tanya. Aku tergeleng.
“Kenapa harus tanya soalan tu?” Tanyaku. Aku seakan menghidu bait-bait
cemburu bila dia menyebut nama Shahril.
“Abang jeles kat dia. Abang nak buktikan pada sayang.. abang sayang kat
Kiah..lebih dari dia sayang kat Kiah. Abang nak goda sayang ni. Nak buat sayang
terpikat kat abang aje.” Ucapnya berterus terang. Aku tergelak kecil sambil
menggeleng-gelengkan kepala. Terbalik pulak dah ni.. biasa dengar isteri yang
bersiap cantik-cantik untuk suami.. ni.. suami pulak yang bersiap kemas-kemas
macam ni untuk isteri. Apa-apalah suami aku ni.
“Tak perlulah buat macam ni bang.. Kiah sayang abang sorang aje.” Ucapku
meyakinkan dia.
“Hmm.. tak apalah sayang. Lagipun... abang pun dah mula rimas dengan
jambang semenyeh je. Nanti-nanti..kalau kita ada anak... malu pulak kalo
diaorang tegur. Baik start dari sekarang.” Ujarnya penuh makna. Aku turut
menerapkan senyuman. Kami sama-sama punya impian yang sama. Mahukan cahaya mata
sendiri. Kami tidak jemu berdoa.
“Okey.. thanks untuk bunga ni.” Ucapku sambil menghidu bau wangi bunga
hidup itu.
“You are welcome.. everything for you sayang...” balasnya.
“Awin.. kenapa tengok aku macam tu?” Tegur Kuzu melihat Awin memandangnya
aneh. Awin menghampiri kami.
“Ya ALLAH Ya Tuhanku... kau rupanya Kuzu... aku ingat balak mana yang
berani-berani berpegang tangan dengan si Kiah ni.. wei.. hensem jugak kau ni
rupanya.” Awin sudah buka perangai dia bila jumpa laki aku ni. Dia tu brutal
juga orangnya. Memang sekepala dengan si Kuzu ni.
“Heh.. baru kau tau.. sebab tu isteri aku ni tak dapat nak tido malam
asyik terfikirkan aku, tau tak.” Aku mencebik mendengar kata-kata Kuzu.
Perasan... muka dia tak ada kena mengena dengan selera tidur aku.
“Eh.. dah tengah hari ni.. aku datang nak ajak bini aku ni lunch.. kau
nak joint sekali?” Pelawa Kuzu.
“Hmm.. tak apalah Kuzu.. aku bagi peluang korang date berdua hari ni.”
Balas Awin.
“Kau nak bagi kami peluang berdua ke.. kau nak ambil peluang dating
dengan ehem-ehem kau tu..” Usikku. Muka Awin merah tersipu. Aku dan suamiku
ketawa mengusik.
“Hehehe...” Awin tersengih.
*********
“Satakat nak tunjuk laki you yang kerja merempat tu.. tak payahlah Kiah
hoi.. pakai smart mana pun.. masih jugak bertempel minyak hitam kat dia.” Kalau
di ikutkan hati, memang aku lempang muka Shahril saat tu juga. Dia tidak ada
hak untuk menghina suami aku. Entah mana dia tahu pekerjaan suami aku.. aku
tidak tahu. ini.. mesti ada mulut longkang bercerita. Aku bukan malu dengan
pekerjaan suami aku.. tapi.. kalau untuk menghina dia. Memang aku tidak boleh
terima.
“Apa yang dia kerja tu halal. Kami tak pernah mengemis. Buat pengetahuan
en. Shahril... walaupun suami saya tu kerja bengkel aje. Dia tak pernah minta
duit kat saya. Malah.. dia yang tanggung semua perbelanjaan kat rumah tu.”
Balasku. Wajah Shahril Nampak tidak puas hati. Aku peduli apa dengan dia.
“You dapat apa dengan dia? Kalau you nak... kita boleh kahwin. I boleh
bagi lebih dari apa yang dia bagi kat you.” Ujarnya. Aku ketawa sinis. Lelaki
gila. Kutukku dalam hati. Biar bercerai nyawa sekalipun.. aku tidak akan balik
kepada dia. Menyesal pulak aku ke pantry tadi. Kalau tau.. mesti aku dah minta
tolong Awin aje ambilkan air kosong untuk aku. Aku mahu makan panadol. Dari
semalam lagi kepala aku ni pening.
“Boleh blahlah dengan duit mertua you. Gila agaknya kau ni.” Balasku.
Dengan dia ni... memang aku dah tak reti nak bersopan. Nanti dia naik daun. Aku
terus kembali ke mejaku selepas menelan panadol. Aku hanya membiarkan Shahril
terkulat-kulat kat pantry. Makin meluat aku tengok dia.
*****
“Hei... betina gatal.. kau yang goda laki aku kan?” Aku terkejut menerima
serangan. Staf-staf lain sudah berkerumun di depan pintu bilikku. Wajahku rasa
hangat. Malu.
“Puan… apa puan cakap ni? Saya tak ada apa-apa dengan En. Shahril.
Lagipun… saya dah bersuami.” Balasku cuba berlembut, walaupun rasa marah dan
malu silih berganti.
“Huh…kau ni perempuan… jangan nak berlakon. Entah-entah kau dah mandrem
laki aku. Aku nak ingatkan kat sini, kalau nak kerja lama kat sini.. jangan
berani nak goda laki orang.” Aku beristifar dalam hati. Tergeleng-geleng aku
melihat isteri Shahril.
“Puan... saya tak ada apa-apa dengan En. Shahril. Terpulang pada puan nak
percaya ke tak. Saya berkerja di sini pun nak cari rezeki yang halal.” Tegasku.
Isteri Shahril mundar mandir di depanku. Dia menikam pandangan pada staf-staf
lain yang memandang kami dari luar bilik.
“Hah... yang korang tengok buat apa? Nak kena pecat?” Hambur isteri
Shahril. Semua staf yang berkerumun bertempiaran di tempat masing-masing. Aku
masih bersandar.
“Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau perempuan. Ingat tu.” Keras suara
isteri Shahril memberi amaran. Aku hanya mampu tergeleng. Ya ALLAH... aku ingat
dalam novel dan drama TV aje ada perempuan macam ni. Dunia... dunia...
*********
Aku hairan... sejak akhir-akhir ni.. Kuzu selalu termenung. Pergi kerja
pun... lambat dari aku. Selalunya.. dia yang dulu pergi kerja. Bila aku balik
dari pejabat, dia dah terpacak di rumah menyediakan makan malam. Rumah pun
nampak bersih berkemas. Takkan dia tak pergi kerja kot..
Masalah di pejabat lagi. Buat aku sakit hati. Dengan bini si Shahril
tu... dengan si sengal tu sendiri. Buat aku terseksa jiwa raga. Sejak si
Shahril tu muncul balik dalam hidup aku,
hidup aku tak pernah aman.
“Kenapa ni sayang? Penat ye?” Tegur Kuzu. Aku menarik senyum melihatnya
menghampiriku. Bila dia hendak memelukku, aku menolak lembut.
“Sorry bang... bukan Kiah tak nak abang peluk Kiah. Tapi... Kiah baru
balik ni.... tak selesa. Peluh lagi ni.” Terangku melihat wajahnya berubah
ketika aku menolak tangannya yang hendak memelukku sebentar tadi. Aku
sebolehnya... tidak mahu dia rapat denganku dalam keadaan yang baru balik kerja
macam ni. Rimas dengan keadaan yang berpeluh dan serabai macam ni.
“Hmm... tak apalah sayang.” Ucapnya mengucup dahiku. Aku menyalami dan
mengucup tangannya.
“Hmm... awal abang balik. Abang tak kerja ke?” tanyaku. Dari minggu lalu
lagi aku hendak bertanya. Tapi, belum ada kesempatan.
“Sayang...kalau abang cakap... sayang jangan marah ya.” Ujarnya dalam
serba salah. Aku menjungkit kening bertanya.
“Apa?” Tanyaku malas.
“Abang minta maaf sayang. Abang kena buang kerja. Bengkel tempat abang
kerja tu dah di beli Puan Ellina. Entah...anak orang kaya mana. Abang tengah
berusaha cari kerja kat tempat lain.” Beritahunya. Wajahnya keruh. Aku
menggeleng dan menarik senyum.
“Tak apalah bang... Kiah masih kerja ni. Mana tau lepas ni abang dapat
kerja kat lain.” Balasku.
“Sayang penat ke? Cepatlah mandi... kita solat maghrib..lepas tu kita
makan.” Ujarnya. Aku tersenyum dan menghulur tangan padanya. Dia menarik
tanganku lembut untuk berdiri. Puan Ellina? Aku macam pernah terdengar nama tu.
“Bang... siapa nama pemilik baru bengkel tu?” Tanyaku dalam perjalanan ke
bilik.
“Hmm...Puan Ellina Datuk Sudin.” Beritahunnya. Langkahku terhenti
mendengar nama itu. Puan Ellina Datuk Sudin? Kan itu nama isteri Shahril? Ya
ALLAH... kalau betul dia..nampaknya Ellina betul-betul mahu menyusahkan hidup
aku. Ya ALLAH...
********
“Saya nak awak bagi resignation letter kat saya. Saya tak sangka awak
sanggup buat macam ni Kiah.” Aku tersandar mendengar kata-kata Datuk Sudin. Aku
tergamam.
“Kenapa Datuk? Apa salah saya?” Tanyaku. Kepalaku rasa pening.
Berkali-kali aku memicit dahiku, cuba menghalau pening kepalaku.
“Ni.. semua bukti yang Shahril bagi. Kenapa tuntutan perjalanan pekerja
semua tak masuk akaun mereka? Awak dah sign semua ni.” Aku sekali lagi
tergamam.
“Datuk... saya dah bagi semua cek pada Indra. Dia sepatutnya dah bank
in...” Balasku cuba mempertahankan diri.
“Sudahlah Kiah. Saya tak nak dengar alasan awak. Saya tahu, awak pekerja
berbakat. Sebab tu saya tak nak pecat awak. Saya nak awak surat perletakkan
jawatan awak kat saya esok. Awak boleh keluar.” Tegas Datuk Sudin. Aku menahan
air mataku dari mengalir. Ya ALLAH... dugaan apakah ini lagi? Aku berusaha
untuk melangkah.
Melihat wajah sinis Shahril menyebabkan aku makin membenci dia. Aku
menghampirinya, dia tersenyum mengejek.
Pang... Wajah Shahril merah menerima tamparan dariku. Shahril mengangkat
tangannya hendak membalas, Awin menghampiri kami. Shahril kembali menurunkan
tangan. Mujur tiada staf lain di situ.
“Kau memang melampau.” Ucapku.
“Kau tu yang tak tau malu. Pergi dari sini. Bawa sekali semua barang
kau.” herdik Shahril. Aku terus berlalu ke bilikku. Mengemas semua barang
peribadiku. Awin menghampiriku dengan wajah cemas.
“Apa dah jadi ni Kiah?” Tanya Awin melihatku berkemas-kemas. Aku tidak
mampu menahan air mata. Awin memegang tanganku yang mengemas.
“Kiah... duduk dulu.” Awin menarik tanganku duduk.
“Cakap kat aku...apa dah jadi?” Tanya Awin. Aku menarik nafas
dalam-dalam.
“Entahlah Awin. Aku tak tau macam mana semua ni jadi. Aku dah sign semua
cek untuk bayar claim staf kita semua. Tapi... semua staf tak dapat claim
mereka. Aku tak tau..sebelum ni aku dah serahkan pada Indra.” Ceritaku.
“Datuk Sudin cakap aku songlap duit tu. Ya ALLAH... Awin..kau tau kan aku
macam mana? Mana aku nak songlap duit tu semua.” Sambungku.
“Kiah..aku rasa ada orang yang pedajal kau ni. Kau dah cakap dengan
Indra?” Tanya Awin. Aku tergeleng.
“Indra mana ada sekarang. Dia kan cuti 2 minggu.” Balasku lemah.
Entah..aku sendiri tidak tahu, aku keliru dengan semua ni.
“Kiah... aku tak nak kehilangan kawan macam kau. kau dah terangkan pada
Datuk?” Tanya Awin lagi. aku hanya menggangguk. Kalau orang sudah tidak
percaya, aku tidak tahu lagi macam mana hendak bercerita lagi.
“Sabarlah Kiah... aku akan tolong bersihkan nama kau. kita tunggu Indra
masuk Ofis 2 minggu lagi. Kiah... Kalau kau perlukan apa-apa... kau call aku
ye.” Suara Awin bergetar menahan pilu. Aku sudah siap mengemas baranganku. Aku
menaip surat perletakkan jawatanku. Bergetar tanganku menandatangan surat itu.
Aku pilu, susah payah aku berada di tahap ini. Segala usahaku musnah kerana
sikap busuk hati manusia.
“Aku tolong...” Tawar Awin. Aku hanya angguk.
“Huh... baguslah kau berambus dari sini.” Ketika keluar dari pintu lift
aku di sapa dengan suara sinis Puan Ellina. Aku hanya diam.
“Itulah... lain kali..jangan nak menggatal kat laki orang.”
“Saya ke.. laki you yang menggatal?” balasku sinis. Wajah Puan Ellina
merah, dia menerpa ke arahku. Dia menolakku kasar, aku tidak bersedia menerima
serangannya. Aku terpelanting ke tiang. Awin menerpa ke arahku melihatku
memicit dahi.
“Kau tak apa-apa Kiah?” Tanya Awin cemas. Aku menggeleng sambil
melemparkan pandangan tajam pada Puan Ellina yang melangkah angkuh ke dalam
lift.
“Muka kau pucat sangat Kiah.. kau tak apa-apa?” Tanya Awin. Aku tidak
mampu menyahut. Pandanganku rasa berpinar, ruang lobi rasa berpusing.
“Kiah...” Aku sempat mendengar suara Awin.
*******
Aku rasa badanku penat sekali. Aku berusaha untuk membuka mata. Tanganku
rasa di gengam seseorang. Sekejab-sekejab terasa kucupan lembut. Siapa? Aku
mencelikan mata.
“Sayang...” seru Kuzu. Dia tersenyum manis, tapi masih ada garis
kerisauan.
“Sayang tak apa-apa?”Tanya Kuzu. Aku cuba menarik senyum, menghalau
kerisauannya. Aku cuba bangun.
“Sayang baring je k.. sayang tak sihat sangat tu.” Tegah Kuzu. Aku tidak
jadi untuk bangkit. Kepalaku masih pening.
“Macam mana Kiah boleh kat sini bang?” Tanyaku.
“Kiah pengsan, Awin bawa Kiah ke sini. Dia dah balik... budak ofis call.”
Beritahu Kuzu bila mataku melilau mencari kelibat Awin.
“Sayang pening lagi tak?” Tanya Kuzu lagi.
“Hmm... sikit. Entah kenapa boleh pengsan pulak.” Ujarku. Kuzu tersenyum.
“Sayang... Sayang tahu tak sayang mengandung?” Aku ternganga.
“Betul ke bang?” Tanyaku.
“Betul sayang.. Alhamdulillah... kita bakal dapat baby..” ucap suamiku
penuh kesyukuran.
“Alhamdullillah... Kiah.... tak sangka..” Aku rasa kehilangan kata-kata.
Air mata kegembiraan mengalir tanpa dapat di tahan. Tiba-tiba aku teringatkan
sesuatu.
“Tapi bang.... Kiah.. Kiah..baru kehilangan kerja. Macam mana kita
nanti?” Aku kerisauan. Kuzu tersenyum.
“Sayang jangan risau k. Kita akan sama-sama berusaha. Buat masa ni...
sayang rehat aje di rumah. Abang akan berusaha cari kerja.” Ujar suamiku
memujuk. Aku tersenyum.
****
Kuzu tersenyum sebaik masuk ke dalam rumah. Kandunganku baru masuk tiga
bulan, alahan yang aku alami tidak teruk sangat. Mungkin... dia tahu... ibunya
sedang menghadapi masalah yang besar.
“Sayang macam mana hari ni?” Tanya Kuzu memeluk bahuku. Aku memeluk
pinggangnya, rasa ingin selalu dekat dengannya.
“Okey je bang.... baby kita anak yang baik. Dia tak dera ibu dia sangat.
Cuma pagi tadi je muntah.” Balasku. Kuzu tersenyum senang. Tapi...dari raut
wajahnya...aku tahu dia menyembunyikan sesuatu. Aku dapat rasa, suamiku belum
dapat pekerjaan. Dalam kelulusan yang cukup-cukup makan... mana mungkin dia
dapat kerja segera.
“Bang... apa kata kita buka bengkel sendiri? Kiah ada sedikit simpanan.
Rasanya... cukup untuk kita buka bengkel kecil-kecil.” Cadangku. Kuzu terdiam.
“Tak payahlah sayang... nanti-nanti adalah..” Balas Kuzu. Aku kurang
setuju dengan suamiku. Bukan apa....sampai bila? Kami dua-dua tidak bekerja.
Sewa rumah, bil-bil di rumah ni, barang dapur, kereta lagi. Aku diam.
“Sayang...kalau boleh abang tak nak guna duit sayang. Abang nak usaha
sendiri.” Mungkin tahu ada sesuatu yang bermain di fikiranku, dia bersuara. Dia
masih membatu di sebelah. Mengusap lembut perutku.
“Abang... duit Kiah ke.. duit abang sama aje bang. Kita kan suami
isteri.” Aku cuba meyakinkannya. Kami sudah berkongsi hidup, kalau boleh semua aku
hendak kongsi bersama. Jatuh bangun kami, kami sama-sama hadapi.
“Abang masih mampu nak sara keluarga kita.” Dengusnya kecil. Aku menarik
nafas dalam-dalam. Rasanya.... ini pertama kali kami bertikam lidah. Aku dapat
melihat kerutan di dahinya. Faham sangat dengan tabiat dia yang satu itu. Dia
tengah marah kalau dahinya berkerut begitu. Aku cuba menenangkan diriku
sendiri. Cuba bertolak ansur.
“Kiah tak nafikan keupayaan abang nak sara keluarga kita bang... tapi
sampai bila? Abang belum dapat pekerjaan. Kiah pun tak kerja sekarang. Kiah
Cuma bagi cadangan untuk kita mulakan perniagaan sendiri. Kiah boleh tolong
abang urus apa yang patut.” Jelasku panjang lebar. Kuzu hanya diam memandang ke
dinding seolah berfikir panjang. Aku angkat kepalaku dari dadanya. Tangannya
aku gengam dan aku bawa ke bibir. Aku kucup lembut, memujuk.
“Tapi... abang takut usaha kita tak menjadi. Duit tu duit Sayang.”
Luahnya. Aku menarik senyum, mengusap lembut pipinya yang bersih. Jambang yang
selama ini menghiasi wajahnya sudah di cukur bersih. Tinggal sejemput kecil dan
kumis yang membuatkan dia Nampak kacak di mataku. Sejak dia janji nak nak buat
aku sentiasa terpikat dan tergoda pada dia, wajahnya sentiasa bersih. Dulu dia
bukannya tidak pembersih, tapi... pakaian dan jambangnya yang agak selekeh. Aku
tidak kisah pun imejnya, aku tahu...hatiku memilih dia.
“Kalau kita tak cuba... kita tak tahu hasilnya bang... biar kita bersusah
dulu.” Ucapku meyakinkannya. Anggukannya membuah senyumku. Pipinya aku kucup
lembut. Dia turut membalas.
*****
Aku hanya diam bila emak berleter panjang. Kata-kata ayah pun dia tak
dengar. Berkali-kali dia mendesakkan aku dan Kuzu duduk saja di kampung
mengusahakan kebun ayah. Tapi... macam mana perancangan kami? Kami sudah
mencari tempat yang sesuai. Kebetulan, bekas majikan suamiku menawarkan tawaran
yang sukar kami tolak. Kami sepakat berkongsi niaga. Kuzu meminta aku membantu
dalam pengurusan di bengkel itu, termasuk akaun dan stok bila aku menyatakan
hasrat untuk mencari kerja lain. Dia cakap... sementara waktu, aku boleh
menolongnya di situ. Dia boleh tengok-tengokkan aku. Aku setuju saja.
“Kiah bukan tak nak mak... tapi..kami dah ada perancangan kami sendiri.”
Balasku. Nasib baik Kuzu tidak ada di rumah, kalau balik ke kampung, mana
pernah dia duduk diam. Dia selalu ke kebun membantu ayah menebas ataupun
meluaskan parit.
“Itulah kau.. dulu mak cakap kahwin dengan si Alwi tu...terjamin masa
depan.” Aku diam. Kecil hati dengan kata-kata mak. Kalau Kuzu dengar, mesti dia
terasa hati. Emak mencebik, masih ligat menggoreng cucur udang.
“Mak... abang Izz dah cukup baik untuk Kiah mak... Kiah sayangkan dia.
Walaupun dia tak ada kerja tetap, dia rajin mak. Dia tak minta satu sen pun
pada Kiah. Mak jangan nak sebut nama Alwi tu lagi. kiah menyampah. Tolong
mak... jangan ungkit benda ni lagi. kiah tak nak abang Izz kecil hati kalau dia
terdengar apa yang mak cakap.” Ujarku masih merendahkan suara. Walau apapun...
emak tetap orang tuaku. Dia membesarkan aku, terlalu besar jasanya. Sampai
matipun aku tidak mampu membalas. Emak meletakkan cucur udang di depanku.
“Mak bukan apa Kiah. Mak takut masa depan Kiah macam mana nanti. Mak
tengok Kiah ni makin kurus. Perut aje membonjol depan tu. Kau tu tak lama lagi
nak bersalin. Ada duit tak nak beli semua kelengkapan?” Suara emak kendur. Aku
tahu, walaupun kata-kata emak sedikit berbisa, dia sebenarnya risaukan
anak-anaknya. Tangan emak terus aku gengam.
“Mak jangan risau k. Menantu mak tu sangat baik. Dia takkan biarkan hidup
anak mak ni susah.” Ucapku meyakinkannya. Emak mengangguk perlahan.
Petang itu rumah orang tuaku riuh bila along sekeluarga turut datang.
Sudah lama aku tidak melihat Haizil anak along dan kak Min yang baru menginjak
setahun. Ketika aku berkahwin dulu, kak
Min tengah sarat mengandung. Kami masing-masing berkongsi cerita. Angah
pula tak lama lagi akan mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya. Cikgu
dari kampung seberang. Mungkin bulan depan akan bertunang.
*****
Bukan senang untuk memulakan sesebuah perniagaan. Walaupun berkongsi
modal, tapi... kami masih memerlukan pinjaman. Bengkel kami masih baru, belum
ada pelanggan tetap. Urusan pun tidak banyak. Kalau ada majlis kahwin kenalan
kami, adalah juga rezeki kami bila mereka meminta Kuzu menjadi jurugambar.
Aku tersenyum hambar melihat baki dalam akaun aku. Baru dua minggu lepas
aku mengeluarkan wang untuk membeli peralatan lama yang sudah rosak. Aku
mengira-ngira sendiri. Abang Suaidi, rakan kongsi kami memang tidak masuk
campur dalam urusan lain. Dia menyerahkan sepenuhnya pada kami. Share dia pun hanya
15 % saja.
Perutku makin membulat. Bimbang juga aku, bil bersalin nanti. Kelengkapan
lain yang perlu di beli. Kami belum sempat lagi nak beli barang kelengkapan
bayi. Kuzu tidak betah meninggalkan bengkel tanpa seliaannya. Dia bimbang jika
ada rungutan dari pelanggan. Kamri, pembantunya belum cekap melayan pelanggan.
Kadang-kadang jejaka itu mudah melenting.
“Sayang menungkan apa tu?” Aku tersentak mendengar suara Kuzu di depan
pintu. Dia mengelap tangannya yang berminyak dengan kain buruk. Aku menjeling
jam di dinding. Mesti dia nak solat kalau mula membersihkan diri.
“Hmm.. tak ada apa-apa bang...” balasku menyembunyikan kegusaranku. Kuzu
tersenyum dan menghadiahkan kucupan di pipi dan di perutku yang memboyot.
“Anak ayah apa khabar kat dalam tu? Penat ye tolong ibu buat kira-kira?”
aku tersenyum bahagia melihat dia bercakap di tepi perutku.
“Anak ibu rindukan ayah...” kuzu tergelak.
“Anak ke... ibu yang rindukan ayah ni?” Tanyanya dengan senyuman nakal.
Aku tergelak saja. Walaupun tidak berenggang tapi...aku sentiasa rindukan dia.
Mahu dia sentiasa di depan mataku.
“Dua-dua.”
“Ayah pun rindukan ibu dan baby.” Ucapnya tulus. Dia menghadiahkan
senyuman manis untukku.
“Hmm... abang nak mandi kejab. Jab lagi kita berjemaah k.” Ujarnya. Aku
hanya angguk.
******
Aku tidak sangka pula petang itu suamiku membawaku membeli barang
kelengkapan bersalin dan sedikit baju-baju untuk anak kami nanti. Kami dah
pesan kat Kamri supaya tutup bengkel.
“Wah... banyak duit abang. Kena lottery yek?” Tanyaku sekadar bergurau.
Kuzu menarik hidungku lembut membalas usikanku.
“Apalah sayang ni... haram tau lottery tu.” Ujarnya dalam senyuman. Kami
teruja memilih barangan untuk bayi kami nanti.
“Mana tau.... terikut-ikut dengan kawan baik abang tu...” ujarku sekadar
menduga. Aku tidak rela dia memberi kami anak beranak makan dengan hasil judi.
Tapi... aku percayakan dia.
“Itu dia.. abang takkan nak buat naya kat isteri abang yang cantik manis
ni..dan anak kita tau. Yang haram tu... tetap haram. Abang bukan apa... abang pun
fikir juga. Mat tu Nampak berduit... dia bagi makan kat anak bini dia. Sayang
nampakkan apa jadi kat anak dia? Mat tu selalu merungut pasal bini dia. Kalau
ikut akal...macam tak logic aje semua tu mempengaruhi perangai anak-anak dan
isteri. Tapi... kita kena ikut rasionalnya. Bukan dia aje tau... tapi banyak
kawan abang yang lain macam tu. Anak-anak mereka berani melawan kata orang tua.
Dah kita bagi makan anak-anak dengan hasil yang haram. Dah jadi darah daging
mereka. Sebab tu mereka jadi macam tu.” Panjang lebar suamiku berbiara. Aku
tersenyum sambil mengengam tangannya lebih erat. Dia menoleh ke arahku.
“Sayang nak tahu tak... impian abang dari dulu lagi?” Tanya memeluk
bahuku.Aku bersyukur... tak sangka pula suami tangkap muat aku ini telah
menghadiahkan kehidupan yang bahagia pada aku.
“Apa?” Tanyaku sambil menjongket kening.
“Abang nak anak ramai. Abang nak jadi suami dan ayah yang baik. Abang
akan berusaha untuk bina keluarga yang diberkati oleh ALLAH. Abang tidak
mengimpikan hidup yang mewah, tapi... cukuplah yang selesa dan sentiasa di
berkati ALLAH.” Beritahunya. Aku memeluk pinggangnya.
“Kiah pun macam tu bang... tak guna hidup mewah, kalau hati tak tenang.”
Ucapku.
“Moga-moga anak kita nanti..jadi anak yang soleh.” Ucapnya. Doanya
seiring dengan doaku.
“Hmm.. jomlah balik bang... Kiah penat.” Ajakku. Dia tergelak. Membimbit
bakul barangan yang kami pilih. Mujur tidak ramai orang di kawasan barangan
bayi itu. Malu juga kalau ada yang terperasan dengan drama sebabak kami suami
isteri.
*****
Awin datang meminta Kuzu mengambil gambar untuk majlis perkahwinannya
hujung bulan ni. Tapi kawan baikku itu pulang dengan hampa. Kuzu menolak
permintaannya. Mulanya... aku ingat Kuzu ada urusan lain, tapi...bila dia masih
turun ke bengkel, hatiku di hinggap curiga. Sudah lama aku tidak melihat dia
menghabiskan masa dengan ‘Puan Lia’ dia tu.
Aku menjenguk ke bilik ‘peribadi’ Kuzu. Bilik itu dia gunakan untuk
aktiviti seninya. Kuzu keluar sekejab katanya, nak cari lauk untuk makan malam
kami. Hari ni aku rasa penat sangat, tidak larat untuk memasak. Aku pun memang
dah tunggu hari lagi nak bersalin.
Aku membuka almari, tempat dia menyimpan kamera dia. Tapi...kamera dia
tiada di situ. Aku hairan. Mana pula dia letak kamera dia. Tidak puas hati
dengan hasil pencarianku, aku membuka pula laci meja. Tidak ada apa-apa di
situ, kecuali kamera kecil. Dia memang tidak boleh berenggang dengan kamera.
Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Aku terkejut melihat resit di situ.
Resit pembelian kamera... mana kamera besar? Mungkinkah... Kuzu jual
kamera besar dia dan beli kamera kecil ni? Tapi...kenapa? aku mula tidak sedap
hati, aku terus melangkah keluar. Kepalaku pening tiba-tiba. Tapi... persoalan
tentang ‘Puan Lia’ suamiku masih menyesak. Kuzu sayang sangat kat kamera dia.
Kenapa dia tukar dengan kamera kecil tu?
“Sayang... sayang ok?” Aku tidak menyedari bila Kuzu sampai. Tidak pula
dengar bunyi kereta dan grill di buka tadi. Mungkin...aku leka melayan pening
kepala dan pasal kamera suamiku.
“Sayang...”Kuzu menghampiriku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Dia
melekapkan belakang tangan di dahiku.
“Sayang...kita ke hospital.”ucapnya. Aku tidak mampu berkata apa-apa
selain dari mengangguk. Aku tahu, waktu itu sudah makin hampir. Peluh dingin
rasa memercik di dahiku. Kuzu hilang sekejab dari sebelahku. Tidak lama
kemudian dia muncul semula memimpinku ke masuk ke dalam kereta.
“Kepala Kiah pening sangat bang...” beritahuku.
“Sabar ye sayang... tak lama kita sampai. Sayang baca selawat
banyak-banyak... beristifar...baca surah yang mak ajar tu.” Pujukknya. Suaranya
cemas. Secemas hatiku.
****
Aku mencelikkan mata. Aku tersenyum melihat suamiku terbaring merengkok
kesejukan di atas sofa. Dia memeluk kamera kecil. aku meramas perutku. Kempis!
Aku menelan liur pahit. Berusaha untuk mengingat kembali apa yang terjadi
sebelum aku tertidur.
Ya aku ingat lagi. sebaik sampai aku di bawa masuk ke bilik bersalin.
Kuzu sendiri tidak berenggang denganku. Kata-kata semangatnya membuatkan aku
kuat. Dia sendiri yang menyambut kelahiran anak kami. Aku sempat memeluk tubuh
kecil itu. Kami dapat anak perempuan yang comel. Wajahnya iras betul dengan
ayahnya.
“Abang...” panggilku.
“Abang...” Ulangku bila dia tidak berkutik. Panggilan keduaku membuatkan
dia bangkit dan membuka mata. Aku menghadiahkan senyuman. Dia turut membalas bila melihatku. Segera dia
menghampiriku, menarik kerusi dekat dengan katil tempat aku berbaring. Tanganku
di gengam dan dikucup perlahan.
“Sayang...” Ucapnya dengan suara serak, baru bangun dari tidur.
“Anak kita?” Tanyaku.
“Anak kita kat dalam bilik baby. Nanti abang ambil. Sayang rehat dulu.”
Sarannya. Aku tersenyum bahagia, dia pun.
“mak ayah dah tau?” Tanyaku. Dia menggangguk. Jejarinya masih mengusap
pipiku penuh kasih. Dia angguk perlahan.
Alhamdulillah..... semuanya selamat.
“Abang bahagia sangat sayang. Sayang dah bagi abang zuriat. Keluarga yang
sempurna. Selama ni abang sebatang kara.” Ucapnya. aku tersenyum.
“Saya tau tak kenapa abang tak pernah cerita pasal keluarga abang?”
Tanyanya.
“Sebelum ni Kiah pernah tanya abang. Tapi... abang macam tak suka.”
Jawabku.
“Bukan abang tak suka. Tapi... sebolehnya abang tak nak imbau kembali
kisah lalu. Mak ayah, kakak dan adik abang meninggal dalam kemalangan tu. Masa
tu...abang tertanya-tanya..kenapa abang sorang yang terselamat dalam kemalangan
tu. Abang rasa dah putus harapan nak hidup. Mujur... Arwah nenek sentiasa di
sisi abang. Abang membesar dengan arwah nenek. Tapi... dia tak sempat nak
temankan abang lama. Dia meninggal ketika abang di tingkatan lima. Abang
terpaksa berhenti sekolah bila arwah nenek meninggal. Abang bekerja di bengkel
di kampung dan lepas tu abang merantau di KL ni.” Aku sebak mendengar suamiku
bercerita. Hampir dua tahun kami berumah tangga, baru kali ini dia membuka
kisah lalunya. Bukan aku tidak bertanya, tapi dia cakap kisah lalunya tidak
menarik untuk di cerita. Aku tidak tahu dia mengalami kisah lalu yang
menyedihkan. Tangannya aku bawa ke bibir dan aku kucup lembut. Aku membiarkan
dia menyambung bicara. Mendengar dan akan sentiasa sudi mendengar dia
berbicara.
“Abang kenal dengan along. Dia pelanggan tetap bengkel kami dulu. Kalau
ada masa kami keluar makan dan minum sama. Sayang ingat tak jurugambar yang
ambil gambar time along nikah?”
Tanyanya.
“Hmm... tak ingat bang.” Balasku berterus terang.
“Mana nak ingat dengan mamat serabai ni. Suami tangkap muat kan?” Wajahku
rasa panas. Macam mana dia tahu panggilan aku pada dia? Dia tergelak melihat
aku terkejut. Aku tersipu malu. Malu kerana pernah memanggilnya begitu. Mesti
along yang beritahu dia.
“Mana abang tahu? along cerita ye?” Tanyaku. Dia angguk dengan senyuman
manis. Aku senang kerana dia bukan jenis yang bukan cepat naik darah. Syukur
yang amat...suami tangkap muatku ini lah yang menyempurna hidupku.
“Jadi...abang dah kenal Kiah sebelum kita jumpa dulu kan?” Tanyaku. Dia
angguk lagi.
“Abang tengok sayang jadi pengapit Min. Abang terpikat habis kat sayang
masa tu. Sayang percaya atau tidak... kalau sayang tengok koleksi gambar kahwin
along. Sebenarnya... gambar sayang lagi banyak dari gambar kahwin along. Time
sayang senyum, mencebik, muncung... senyum paksa... dan paling abang suka...
time sayang tersipu malu. Semua abang ambil. Sorry ye.. ambil tanpa kebenaran.”
Ucapnya. Aku tergelak dan mengusap lembut pipinya. Tulus sekali dia bercerita.
“Manalah Kiah nak perasan time tu bang... jadi pengapit pun kena paksa.
Kak Nona, cousin kami yang sepatutnya jadi pengapit tu tiba-tiba sakit perut
pagi tu. Malu sangat time tu.” Beritahuku. Ya... memang malu sangat. Kalau ada
kenduri kendara dalam keluarga kami, aku selalunya menjadi sukarelawan di dapur.
Tapi... hari itu aku tidak boleh mengelak. Tambah-tambah dengan rayuan along
dan Kak Min. Angah yang jadi pengapit along beria-ia memujuk.
“Habis...mana gambar-gambar tu?” Tanyaku.
“Ada...abang dah siap cuci dan letak kat tempat rahsia.” Balasnya. Aku
tersenyum saja. Bahagia rasa di mana-mana.
“Thanks bang.... thanks untuk segalanya.” Ucapku. Dia mengucup dahiku
lama. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Ya ALLAH... syukur
kepada-Mu.
*******
Petang itu, ramai bekas rakan sepejabatku yang datang. Kebetulan, lepas
aku bersalin, Awin cuba menghubungiku. Kuzu yang menjawab telefon dan
mengabarkan berita aku sudah bersalin. Menurut Awin, Shahril sudah di hantar ke
Sabah menguruskan cawangan di sana. Dia telah di tangkap kerana pecah amanah.
Merayu-rayu Ellina pada ayahnya Datuk Sudin supaya tidak menghantar Shahril ke
balai. Datuk Sudin memberi syarat dan menghantar dia ke Sabah dan gaji
bulanannya di potong bagi membayar balik kerugian yang di alami syarikat. Indra
pun kena juga. Aku kesihan mendengar cerita Awin, Indra telah di ugut oleh
Shahril. Tapi... atas budi bicara Datuk Sudin, dia hanya di hantar ke Kelantan.
Aku bersyukur kerana Indra telah membersihkan namaku kembali. Semua tu..Awin
yang ceritakan pada aku.
Datuk Sudin pun ada datang sekali melawatku bersama Datin Ezila. Dia
memujukku kembali bertugas di syarikatnya. Dia dengan rendah diri memohon
kemaafan dariku. Aku tidak berani berjanji, aku hanya memintanya masa untuk
berfikir. Apa-apapun... aku harus berbincang dengan suamiku. Aku tidak mahu
membelakangkan dia dalam membuat keputusan. Dia paling tak suka tu.
********
“Mana kamera kau Kuzu? Cepatlah ambik gambar aku dengan anak buah aku
yang cun ni?” Aku tersenyum melihat keriangan angah memeluk Tengku Aufa Fariha.
Entah bila masa anak kami bernama. Semua ni Kuzu yang bagi. Dalam kesibukan
kami membangunkan bengkel kami, kami terlupa untuk merancang nama anak kami.
Mujur si Kuzu ni ada idea. Aku rasa... cantik je nama tu.
“Kuzu?” Aku turut sama tersentak mendengar angah memanggil Kuzu.
Termenung rupanya laki aku ni.
“Tunggu jab. Aku ambil dalam beg ni.” Jawab Kuzu. Emak, ayah, Along dan
Kak Min yang mendukung Haizil hanya terseyum memerhati. Emak dan ayahlah yang
paling gembira. Mereka dah ada sepasang cucu.
“Woi... mana kamera besar kau? ni... kamera kecil..” Aku menoleh ke arah
angah, Kuzu dan Aufa, anak kami. Aku terkejut. Kan... itu kamera kecil yang aku
jumpa dalam laci. Mana kamera besar dia?
“Alah.. ni aje yang sempat aku sambar. Cepatlah... angah..senyum k...
Aufa anak ayah... senyum ye sayang... 1, 2, 3...” Pelbagai aksi yang angah buat
bergambar dengan anak buahnya itu. Keluargaku yang lain tidak ketinggalan
bergambar dengan orang baru dalam keluarga kami itu. Aku baru teringatkan resit
yang aku jumpa... kamera kesayangan suamiku ‘Puan Lia’ sudah di jual. Dan aku
sedar...selama ini... aku ingatkan cintanya pada kamera dia melebihi cintanya
pada aku. Rupa-rupanya aku silap. Dia sanggup menjual barang yang amat di
sayangi untuk aku dan anaknya. Siapa kata suami tangkap muat tidak mampu
membahagiakan aku?
“Sayang...” Aku cepat-cepat menyeka air mata yang mua bergenang di tubing
mataku. Aku membalas senyumannya.
“Bak sini kamera kau tu Kuzu. Angah nak ambil gambar korang dan baby cun
ni.” Ujar angah. Aku tergelak. Emak meletakkan Aufa ke dalam pelukankan
hati-hati. Kuzu memeluk pinggangku mesra dan kami sama-sama tersenyum.
Tersenyum bahagia. Angah pula dah lebih-lebih. Rasa nak baling dengan botol air
panas pun...ada juga. Banyak macam aksi yang dia suruh kami tiga beranak buat.
Dia tak tau ke...aku ni baru bersalin. Masih belum boleh nak cergas sangat.
Yang bengangnya... ada ke patut dia suruh Aufa senyum. Macamlah Aufa tu dah
besar. Aufa pulak.. sporting aje. Tak meragam.
“Thanks bang... kerana sayang Kiah lebih dari Puan Lia.” Ucapku. Kuzu
Nampak tersentak. Aku tersenyum. Dia turut tersenyum dan mengucup dahiku. Angah
memang tak lepas peluang. Entah berapa kali dia snap gambar romantic kami laki
bini.
*****
“Thanks along..”Along mengerutkan dahi mendengar ucapanku. Aku tersenyum.
“Untuk apa?” Tanya along.
“Kerana memperkenalkan acu dengan lelaki hebat seperti Kuzu.” Balasku.
Along tergelak. Dari dulu lagi aku ingin berterima kasih pada along.
“Hmm... bukan ke dia suami tangkap muat aje? Asal ada aje? Daripada kena
kahwin paksa dengan Alwi?” Tanya along dengan nada mengusik. Tawaku dan tawa
along serentak meletus. Aku memeluk lengannya. Tika itu ahli keluargaku yang
lain sibuk di ruang tamu. Along menjengukku di dalam bilik kerana dari pagi dia
di pejabatnya. Kebetulan ada panggilan penting dari bosnya.
“Dia suami tangkap muat yang hebat long... Alhamdulillah.... ALLAH
tetapkan jodoh acu dengan suami sebaik dia.” Ucapku sebak. Wajah suamiku
terbayang di fikiran.
“Itu yang along nak dengar acu. Along yakin Kuzu boleh bahagiakan adik
kesayangan along ni. Along kenal dia acu. Walaupun tidak berpelajaran tinggi,
tidak kaya, tapi... along tahu...dia mampu jaga dan lindungi acu lebih dari
kami. Along pun banyak berhutang dengan dia acu. Acu ingat tak dulu along
pernah kemalangan?” Tanya along.
“Ya..kenapa?” Tanyaku kembali.
“Dialah yang bawa along ke hospital. Dia yang derma darah kat along.” Aku
terkejut mendengar cerita along itu. Kuzu tidak pernah cerita.
“Kenapa terkejut? Dia tak pernah cerita?” Tanya along seakan dapat membaca
riak wajahku. Aku angguk perlahan.
“Dia memang macam tu acu. Dia tak suka menghebohkan apa yang dia buat.
Along Nampak keikhlasan dia. Jadi... along harap... acu boleh jadi isteri yang
baik pada dia.” Nasihat along sambil mengusap rambutku. Aku hanya mampu
mengangguk. Masih terharu mengenang kemurnian hati suamiku. Lelaki yang selama
ini nampak sempoi dan macam tidak endah keadaan sekeliling telah banyak berjasa
pada kami sekeluarga. Entah bila along berlalu keluar dari bilik, aku sendiri
tidak sedar.
*****
Alhamdulillah..... berkat kesabaran, doa, dan usaha yang tidak putus...
bengkel kami sekarang sudah semakin maju. Kamri sudah boleh diharap menguruskan
bengkel dan dibantu oleh tiga orang pekerja baru kami. Suamiku sekarang hanya
memantau. Abang Suaidi menarik diri kerana kembali ke Sarawak. Dia menjual
share pada kami sepenuhnya. Setelah perbincangan bersama, kami suami isteri
memberi Kamri 5% share di bengkel itu. Kamri pun makin bertanggungjawab dan
bersemangat dengan kerja. Tambah-tambah dia nak kahwin tak lama lagi.
Aufa... puteri kesayangan kami.... sudah menginjak ke usia lima tahun.
Kecil-kecil lagi sudah pandai bergaya di depan kamera. Ayahnyalah yang selalu
menjadikan dia model. Pantang nampak kamera anak dara aku tu... ada aje
aksinya. Sampaikan kalau kami bawa bersiar di taman... dia akan tumpang sekali
bergambar dengan pengunjung lain. Aku dan suami hanya geleng kepala bila ada
yang minta bergambar dengannya. Wah... kecil-kecil dah dapat offer... hehehe...
Suamiku? baru-baru ni...dia dah jadi mamat serabai balik. Dah macam mat
gian bawah jambatan. Semua tu...demi cintanya pada aku. Sejak membawa orang
baru ni.... perasaan aku pelik sikit. Aku mahu dia kelihatan serabai seperti
kami mula-mula kenal dulu. Mula-mulanya... dia rimas kerana sudah biasa tidak
berjambang. Tapi.. dia akhirnya mengalah bila aku merengek manja memintanya
menyimpan jambang. Dia cakap.. tak apa.. hanya 4 bulan lagi sebelum aku
melahirkan si kembar dalam perut ni. Dia akan tebas balik segala jambang di
wajahnya. Hehehe... dia memang suami tangkap muat yang baik. Tapi... yang tak
bestnya... dia dah dapat balik ‘Puan Lia’ dia. Aku pun.... terpaksa bersaing
kembali dengan ‘Puan Lia’ dia.
Aku sekarang....selain dari menjadi isteri kepada Tengku Izzudin... ibu
kepada Tengku Aufa Fariha dan si kembar dalam perut ni... aku memilih untuk
menjadi suri rumah saja. Aku tidak menyesal menolak tawaran Datuk Sudin dulu.
Lagipun... aku juga yang menguruskan akaun bengkel tu dan aku juga dah pandai
menjahit sekarang. Aku ambil kelas jahitan sebaik melahirkan Aufa.
Pendapatanku... Alhamdulillah... amat memberansangkan. Pelangganku tidak putus,
bermula dengan Awin yang mempromosi di pejabat lama aku. Sampai sekarang...
tempahan tidak putus. Dari kenalan mereka yang lain. Datin Eliza, isteri Datuk
Sudin pun menempah baju dari aku. Cuma...kadang-kadang aku hadkan tempahan
kerana aku hendak menumpukan perhatian pada keluarga. Si Kuzu ‘anak sulong’ aku
tu... dengan si Aufa dan si kembar kat dalam perut aku ni... tetap menjadi
keutamaanku.
Keluargaku di kampung pun.... tidak risau lagi dengan kami. Emak
pun...diam aje. Tak lagi membebel setiap kali kami balik kampong. Dia tahu...
Kuzu mampu membahagiakan aku. Aku tahu... emak buat begitu demi kasihnya pada
anak tunggal perempuannya itu. Selain dari itu, kami suami isteri juga membuka
bengkel di kampung. Di uruskan oleh ayah dan di bantu oleh beberapa orang
sepupuku. Daripada tidak bekerja, menghabiskan duit mak bapak... baik buat
kerja berfaedah. Si Alwi pun kerja
dengan kami. Syukur...sejak jatuh cinta buat kali ke lima. Aku tengok dia
berusaha untuk berubah. Mungkin... Ain cinta sejatinya. Khabarnya... tak lama
lagi mereka nak bertunang. Hehehe... dulu benci sangat aku dengan Alwi tu
sehingga aku sanggup kahwin dengan Kuzu yang tidak aku kenali langsung. Kuzu...
Suami tangkap muat yang memberi kehidupan yang begitu bermakna pada aku.
Alhamdulillah.....