“Hah..sekarang
dah tak gaduh-gaduh lagi?” Aku dan Ikmal sama-sama tersipu mendengar soalan
dari mulut papa. Yang lain tersengih saja. Aku meletak kembali sudu ke dalam
mangkuk bubur. Sebelum makan tadi, Ikmal merengek mahu aku menyuapnya makan
bubur yang dibawa mama dari rumah. Kalau tak sihat macam ni… mulalah dia
mengada-ngada.
“Minta-minta
tak ya Im.. cukup-cukuplah tu… kesihan cucu abi kat dalam tu.. penat dia travel
sana sini.” Usik pulak abi.
Wajahku
rasa hangat aje. Abi… cukup-cukup je lah usik alang… huhuhu… alang malu sangat
dah ni.. hatiku menjerit. Umi mengusap belakangku dengan senyuman. Mama pulak
mengengam erat tangan Ikmal. Semalam kakak anak beranak dan abang Nazri anak
beranak sempat menjenguk. Tapi… mereka terpaksa balik semula kerana urusan
pejabat.
“Tak apa
abi… lepas ni.. kalau Mira hilang… Mal tau mana nak cari dia.” ujar Ikmal,
sambil merenungku dalam senyuman. Aku turut membalas senyumannya. Mak Teh dan
Murni pun ada menjenguk di sini semalam. Gembira betul aku dengan pertemuan
kami.
“Mana Nina?”
Tanyaku dari tadi tidak nampak kelibatnya. Waktu sampai tadi je dia muncul
sekejab. Itupun tidak sampai 10 minit, selepas menerima panggilan telefon dari
seseorang dia meminta diri untuk menyahut di luar.
“Apa
lagi… bergayut dengan cik abang dialah tu… Fatiha demam, tu lah dia risau
sangat.” Jelas mama. Aku terangguk-angguk dan teringatkan sesuatu.
“Oh… Nina
dah bagitau family ye tentang..
aa..apa nama cik abang dia tu?”
“Fauzi.”
Sampuk papa.
“Ha a..
Fauzi. Nina dah bagitau rupa-rupanya.”
“Hmm..
kami dah berkenalan. Fauzi pun… Nampak baik orangnya. Hormat orang tua. Fatiha
pun cute sangat. Kesihan mama tengok cucu mama tu. Dia kehilangan kasih seorang
ibu sejak lahir lagi.” Ujar mama. Suaranya seperti menahan sendu. Aku sendiri
pun.. simpati dengan abang Fauzi dan Fatiha.
“Bila nak
langsung mereka tu?” Tanya umi.
“Hmm…
cadangnya hujung tahun ni.” Beritahu mama.
“Jangan
je Mira dah bersalin time tu.”
Ujarku. Sedih je terpaksa duduk di dalam bilik aje bila Majlis tu nanti
betul-betul time aku berpantang.
“Eh.. ya
tak ya jugak.. bila due?” Tanya papa.
“Hujung
tahun ni. Ikut tarikh.. 29 Disember.” Jawab pula Ikmal. Dia memang rajin
mengingati tarikh tu. Aku ni..selalu lupa. Apa yang aku ingat, hujung tahun ni
aje.
“Tapi..
abi rasa tahun depan cucu abi ni keluar.” Celah abi. Aku dan Ikmal hanya
tersenyum. Awal tahun depan ke.. hujung tahun ni ke.. kami tidak kisah. Janji
selamat.
“Tapi..kalau
bersalin time majlis sanding Nina
pun..okey juga kan.. macam Mira juga…
lahir atas pelamin.hehehe..” Ucapku.
Umi sudah
mula tersipu. Yang lain tergelak. Kami tidak sabar menyambut kelahiran anak
sulong kami. Nama pun.. kami dah pilih. Ajmal untuk anak lelaki dan kalau
perempuan.. Annissa.
“Eh..
ateh dan Faizil macam mana?” Tanya mama. Ha a.. kesihan mereka, sebab hal aku
dan Ikmal. Mereka terpaksa menangguhkan perancangan mereka.
“Mereka
tu… kahwin lepas alang bersalin.” Beritahu umi.
“Eh..
biar betul umi… kan ateh masih study
lagi.” Sampukku. Abi dan umi berbalas senyuman. Aku memandang Ikmal. Dia turut
tersenyum.
“Faizil
ikut sana. Dia dapat tawaran dari syarikat walid Yusuf korang untuk urus
pelancong dari syarikat diaorang nak ke sana.” Jelas umi.
Aku
terangguk-angguk faham. Wah.. nampaknya.. semuanya sudah berjumpa dengan pasangan
masing-masing. Kawan-kawan aku pun dah bertemu dengan pasangan mereka. Waher
dah selamat jadi suami Norliza. Mamah pula.. dia cakap dia tunggu aku ada
sekali. Baru dia menerima lamaran Firdaus Lee. Lepas kami jumpa hari tu.. tarikh kahwin mereka pun dah ditetapkan
pertengahan tahun depan. Cuma ada seorang lagi yang aku tunggu. Aku mahu dia
bertemu dengan wanita yang layak untuknya. Aku mahu dia bahagia.
“Abang
macam mana? Umi dan abi tak nak kahwinkan sekali ke?” Tanyaku. Abi dan umi
tersenyum penuh makna. Mereka mengangguk.
“Itu abi
dan umi dah uruskan. Sebelum alang bersalin, ‘kembar’ alang tu akan selamat
jadi suami orang.” Aku tidak mengerti maksud mereka. Aku mengerutkan kening
memandang wajah abi dan umi silih berganti. Masa jumpa sebelum ni, mana sempat
nak tanya itu ini.
“Dengan
siapa?” Tanyaku. Banyak lagi yang aku tidak tahu rupanya.
“Dia
minta umi pinangkan adik abang Har kamu. Nasuha. Alang ingat lagi tak dengan
Nasuha?” Tanya umi. Aku cuba mengingati adik abang Azhar sorang demi sorang.
Oh.. Nasuha yang belajar di Jordan tu.
“Eh.. dia
dah habis study ke? Bila abang jumpa dia?” tanyaku ingin tahu. Abang ni…
bukannya dia nak cerita kat aku. Tapi… aku tidak menyalahkan dia. Aku sendiri
yang mengambil keputusan terburu-buru meninggalkan keluarga kerana masalah
rumah tangga aku.
“Time dia temankan abang Har kamu ambil Nasuha
di airport. Sekali jumpa tu aje… lepas balik tu terus minta umi dan abi pergi
merisik.” Aku tertawa kecil mendengar cerita umi. Abang… abang…
“Eh..
abang tak pernah jumpa Nasuha ke sebelum ni? Time majlis kahwin Aisya dan Har
dulu?” Tanya mama. Keningnya berkerut.
“Time tu
Nasuha tak dapat balik. Sebab tu tak pernah jumpa, sampailah time dia temankan
Har ambil kat airport.” Jelas umi. Aku dan Ikmal sama-sama menggulum senyuman
mendengar cerita umi. Cinta pandang pertamalah tu. Mungkin suamiku turut fikir
benda yang sama.
“Suha
macam mana? Dia memang suka kat abang ke?” Tanyaku. Bimbang juga aku, abang
hanya bertepuk sebelah tangan.
“Itu
alang jangan bimbang. Abang dah bincang dengan Nasuha dari hati ke hati. Dia
okey je. Lagipun.. dia memang nak orang tua dia carikan suami untuk dia.” jelas
umi. Aku menarik nafas lega.
Bibirku
menerap senyuman bila terbayangkan abang dan Nasuha. Tidak sangka, abang dan kakak
akan jadi biras.
*****
“Bang…
Mira nak tanya sesuatu ni… boleh tak?” soalan ini sudah lama aku pendam.
Sebelum ini, aku belum berkesempatan bertanya. Kalau boleh… aku mahu melupakan,
tapi..selagi aku belum tahu cerita sebenar. Selagi itu hatiku meronta ingin
tahu.
“Ya…
Tanya apa?” Tanya Ikmal kembali. Semalam kami sudah kembali ke rumah kami. Jauh
di sudut hati, ketika di rumah Mak Teh ataupun di rumah rehat di kampung. Aku
sebenarnya rindukan suasana di rumah sendiri.
“Macam
mana dengan Masliza? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa dia boleh jadi macam
tu?” tanyaku bertalu-talu.
“Amboi..
banyaknya soalan..” Ikmal tergelak di hujung bicara. Aku menampar lembut
dadanya. Dia terdiam sebentar.
“Hmm…
okey.. abang akan cerita. Tapi… sayang kena minum ni.” Senyumku mati melihat
Ikmal meletakkan segelas air susu didepanku.
“Tak
minum tak boleh?”
“Tak
minum… tak ada cerita.” Ugut Ikmal. Aku meneguk air susu itu dengan malas.
Apa-apa ajelah laki aku ni. Selalu je ugut aku kalau nak suruh aku minum susu.
“Hah… dah
habis. Ceritalah.” Desakku sebaik meletakkan gelas kosong di depannya. Dia
tersenyum senang.
“Okey…
macam ni… sebenarnya.. abang dan Mas kenal sejak kecil lagi. Kami kawan. Tapi..
Mas ni salah faham. Dia ingat..abang kawan dengan dia.. abang sukakan dia.”
Cerita Ikmal.
“Aih…
mungkin abang bagi harapan kat dia.” sampukku. Ikmal menarik hidungku sebelum
sempat aku menepis.
“Cuba
jangan menyampuk.. orang nak cerita.”
“Okey.”
Aku menutup mulutku. Ikmal tergelak kecil melihat kelakuanku.
“Abang
tak pernah bagi harapan kat dia. Bila dia luahkan perasaan dia kat abang… abang
mula tak selesa kawan dengan dia. Time
tu.. kami dah kat U. Abang tak sangka dia pilih study kat U yang sama dengan abang sebab dia tak nak jauh dari
abang. Abang cakap kat dia… cari lelaki lain yang lebih sesuai untuk dia, sebab
abang memang tak boleh nak terima dia.” sambung suamiku. Aku terangguk-angguk.
Nak menyampuk.. tadi dah kena tegur.
“Abang
pun dah lupa sebenarnya dengan luahan dia. Lepas tu abang jumpa Mira. Kita
kahwin, Mas datang semula. Dia cakap dia tak dapat lupakan abang. Dia buat
banyak macam untuk pisahkan kitaa. Pasal Faizil. Dia cakap dia pernah
terserempak dengan Mira dan Faizil berpelukan kat restoranlah… apalah.. tapi
abang tak percaya. Tapi.. bila rasa marah dan rasa curiga datang berbisik.
Abang termakan juga dengan kata-kata dia. Maafkan abang ya sayang.” Ucap Ikmal
dengan suara kendur.
“Sayang..”
Aku menjungkit kening mendengar dia memanggilku.
“Kenapa
sayang diam?” Tanyanya. Aku memandang pelik.
“Kenapa
sayang diam?” Ulangnya.
“Tadi kan
abang suruh diam.” Balasku. Ikmal tergelak dengan gelengan.
“Apa
punya bendullah bini aku ni..” ucap Ikmal. Aku mencubit lengannya. Geram.
“Sampai
hati abang kutuk Mira.” Ucapku pura-pura marah. Ikmal masih tergelak.
“Sayang
ni… abang gurau je lah..” pujuknya. Aku kembali tersenyum dan kembali
merebahkan kepala di bahunya. Perutku di usap lembut. Ikmal memang suka berbuat
begitu. Dia tidak jemu-jemu menunjukkan kasih pada anak kami yang masih di
dalam kandunganku.
“Sambunglah
lagi bang.” Pintaku.
“Hmm..
Lepas problem kita selesai. Mas tak
pernah senang. Bila dia tak dapat nak goda abang, dia try nak perangkap abang. Tapi… hari tu abang Arie pulak yang
terjerat. Tapi.. itulah..dia masih tak putus asa. Dia jerat abang Arie untuk
perangkap abang. Dia ugut nak jatuhkan maruah keluarga kita kalau abang tak
kahwin dengan dia. Lagipun…kak Ayu tengah sarat. Abang terpaksa terima. Sayang
tahu kan..sejak kami kahwin, abang tak pernah tidur dengan dia. Cuma abang terpaksa
jemput dan hantar dia pergi kerja. Sebab tu abang selalu hilang pagi.” Dia
berhenti sekejab. Aku hanya diam, member peluang pada dia menyambung ceritanya.
“Bila
kita gaduh semula. Abang pergi ke apartmen kita. Bila tahu sayang pergi ke
apartmen kita, abang happy sangat.
Tapi… Mas rupa-rupanya lebih awal tahu. Dia ugut nak letupkan gas kat dapur
kalau abang masih berbaik dengan sayang. Abang terpaksa cakap kasar dengan
sayang supaya sayang keluar dari apartmen. Abang takut dia cederakan Mira. Dia
macam orang gila dah masa tu. Sebenarnya..dia desak abang ceraikan sayang.
Tapi.. abang tak sanggup.” Jelas Ikmal. Dia terhenti sebentar. Aku terdiam
saja. Ya ALLAH… terlalu banyak peristiwa yang terjadi di luar pengetahuanku.
“Lepas
sayang keluar dari apartmen kita. Dia ketuk belakang kepala abang. Dia marah
sebab abang tak lafazkan cerai. Dia ikat kaki dan tangan abang dan terus bakar
langsir. Abang pun dah rasa tak boleh bernafas lepas tu. Nasib baik sayang
datang semula.” Ceritanya. Aku terdiam mengingati kembali situasi masa itu.
Memang masa aku sampai, Ikmal dalam keadaan terikat.
“Itulah
kan bang..kerana cinta manusia sanggup buat apa saja.” Ujarku. Ikmal
mengangguk.
“Tapi..abang
rasa bersalah sangat kat Mira. Kerana sikap kebudak-budakan abang… abang terus
marah Mira time kat hospital tu. Mira penat-penat jaga abang… abang tak hargai.
Malah… marah-marah kat sayang. Tak tau kenapa abang sensitive sangat time tu.” Ikmal meluahkan kekesalannya.
Tangannya yang berada di gengaman tanganku ke bawa ke bibir dan ku kucup
lembut. Aku tidak mahu dia diselubungi dengan rasa kesal.
“Abang
sensitive kerana pembawakan baby ni
kot… asyik merajuk je.” Usikku. Ikmal tergelak.
“Ya
kot..” balasnya. Dia tersenyum bahagia sambil mengusap perutku lembut. Wajahnya
mengambarkan kasih sayangnya.
“Apa dah
jadi pada Mas sekarang?” tanyaku. Tidak ada sesiapa pun membuka cerita pasal
Masliza di depanku. Mungkin takut aku akan terasa hati.
“Abang
dah ceraikan dia lama dah. Dia sekarang di tahan oleh pihak polis. Abang akan
pastikan dia takkan kacau kita lagi lepas ni. Ayah dia pun dah beri jaminan.
Sebelum abang jatuhkan talak pun… abang dah cakap kat dia. Jangan rendahkan
maruah untuk dapatkan cinta. Jangan sakiti hati wanita lain kerana kepentingan
sendiri.” Ucap Ikmal panjang lebar.
“Ampunkan
Mira bang… Mira dah fikir bukan-bukan kat abang.” Ucapku. Ikmal tersenyum dan
memeluk bahuku lebih erat. Pipiku di kucup lembut.
“Abang
dah lama maafkan Mira, sebab abang sedar… jika ada pun abang terasa hati dengan
sikap Mira. Semuanya salah abang sendiri. Abang yang lukakan hati Mira. Abang pun… nak minta maaf kat Mira. Sorry..
kerana banyak kali lukakan hati Mira.” Ucap suamiku tenang. Aku mengangguk dan
menghadiahkan kucupan di pipinya. Ikmal tersenyum gembira.
Note: Salam... sorry.. baru pg ni b'kesempatan nk ltk bab 85 ni. smlm blk keje btul2 pnt. slmt mmbc. kalo de rs xbest.. de kslhn... tegur2 la k.