Wednesday, April 3, 2013

Suami Tangkap Muat versi Novel prolog & bab 1 (Perkenalan)



Prolog
“Abang... dia dah ambik tadi.” Aku kecut perut dengar suara di belakangku. Bukan kerana takut pada pemiliknya. Tapi, kecut kerana terkantoi. Tanpa menoleh pun aku tahu siapa penjahat kurang asam tu. Abang milo itu memandangku dengan muka tegang. Ho o... kantoi! Aku sengih.

“Alah bang... Cakap free.” Ucapku sambil capai segelas cawan milo. Abang Milo sudah cekak pinggang. 

“Ambiklah. Janganlah selalu sangat dik. Kawan-kawan lain nak rasa juga.” Balas abang Milo itu perlahan. 

Aku tahu dia tak marah, Cuma kesihan kat kawan-kawan lain yang belum merasa lagi air milo free ni. Aku angguk. Wajahku rasa panas bila ramai memandangku sinis. Huhuhu. 

“Buat malu pasukan rumah hijau je budak tu.” Aku tersipu bila mendengar bisik-bisik pelajar lain. Hari ni hari sukan sekolah. Memang dah rasa kena panggang dah muka aku ni. Jatuh imej aku. huhuhu. 

“Apa tengok-tengok? Tau lah aku ni cun.” Ujarku berani. Alang-alang dah buat perangai. Alang-alang juga dah malu. Diaorang pun satu hal, macamlah aku ni buat jenayah paling kejam. Tu pun nak hairan. Buat sakit hati je budak lain ni. 

Abang Milo itu memandangku dengan senyuman dan tergeleng saja. Sejuk sikit hati ni tengok. 

 “Terima kasih bang..” Ucapku tanpa malu. 

Budak lain sebenarnya jeles, abang Milo tu tak marah aku. Hehehe.. alah..bukan aku saja yang buat kerja ni. Si Mail, Syuk, Sara pun dua tiga kali aku tengok berbaris  kat depan lori milo ni. Aku pun kalau tak kantoi kerana orang yang dengki khianat ni, tak ada maknanya aku tertangkap. Tapi kan sah-sah mereka bagi free. Tak ada cakap pun tak boleh ambil lebih dari sekali. 

“Woi.. minah tak malu. Tepilah, orang lain pun nak minum.” Segera aku menoleh. Alwi senyum sinis. Memang mengundang rasa menyampah yang amat. Kenapalah mamat ni asyik cari pasal dengan aku. 

Tiba-tiba aku dapat menangkap seraut wajah yang boleh buat aku ketar satu badan. Anaz... jiwa aku rasa berbunga-bunga sekejab. Anaz cinta pertama aku. senior tingkatan 5 kat sekolah. 

Tapi tidak lama rasa berbunga-bunga tu, wajahku rasa hangat melihat senyum Anaz. Senyum itu seakan mengejek. Huhuhu... kau kejam Alwi. 

“Tepilah beruk.” Marahku menolak tubuh besar Alwi. Tapi Alwi sengaja menghalang laluanku. Makin geram aku tengok dia ni. Meluat yang amat. Kalau hensem tak apalah. Ni muka macam muka pecah rumah. Kalau perangai elok, tak hensem pun boleh nampak hensem. Ni, perangai menyakitkan hati. 

“Kau tu cantik sangat?” Balas Alwi. 

“Memang lah cantik. Kalau tak..kau tak kan suka usik aku kan?” balasku sinis. Bukan aku tak tahu isi hati sepupu yang sangat aku benci ni. Muzri adik dia ada cakap kat aku yang Alwi syok gila-gila kat aku. 

“Kau cakap apa ni?” Herdik Alwi. Aku makin menarik senyum.

“Kau tau tak... Muz dah cakap semua kat aku. kau tau tak...sampai bila-bila pun aku takkan suka kau.” herdikku. Aku tidak kisah lagi. rasa marah lebih menguasai. Wajah Alwi merah macam kena bakar. Tambah-tambah gelagat kami di tonton ramai pelajar lain. 

“Kau jangan sombong. Nanti kau jatuh cinta kat aku.” Balas Alwi bongkak. Aku mencebik. 

“Aku rela tak kahwin dari kahwin dengan kau.” ucapku. Tapi dalam hati cuak juga. Selalu dengar, jangan terlalu benci, nanti boleh jatuh cinta. Aku doa-doa tak. 

“Ingat Kiah. Kau jangan nak cakap besar. Lepas kita habis tingkatan lima ni, aku suruh mak aku meminang kau. mak kau mesti suka.” Ugut Alwi. Aku menarik wajah sinis. Sengaja menyakitkan hati Alwi.

“Tunggulah kau sampai kau mati.” Memang sah, ternganga si Anaz dengar aku cakap macam tu. Pergilah kau Anaz. Walaupun aku suka sangat kat kau, tak ada maknanya aku nak cover-cover depan kau macam minah-minah lain. Bajet ayu lah konon. Perangai belakang macam hampeh. 

“Kau memang melampau.”

“Pada orang yang pendengki macam kau.” ujarku, mengatur langkah ingin pergi dari situ. Ketika aku lalu di sisi Alwi, tiba-tiba tanganku di sentap dari belakang. Aku nyaris terjatuh terduduk ke belakang. Cawan milo di tanganku terlepas. Aku tergamam melihat air milo tumpah di baju rumah sukanku. Alwi ketawa. Di ikuti oleh pelajar lain. wajahku rasa dah terbakar. Malu. Marah, geram dan benci menjadi satu. 

“Kau akan dapat balasannya.” Balasku pantas berlari ke tandas sekolah. Masuk ke dalam salah satu tandas, aku menangis. Dah tak dapat nak control lagi. 

Aku tekad nak balas dendam kat Alwi. Tapi, alih-alih balik je ke rumah petang tu, teruk telinga aku kena tarik kat emak. Semua tu kerana Alwi yang mengadu kat emak aku menyamar berkali-kali semata-mata nak ambil air milo kat lori milo. Sekali lagi aku menangis. Memang lepas tu aku kunci diri dalam bilik, merajuk dengan emak. Ayah panggil, pujuk makan pun aku tak layan. 

Kerana itu puncak kemarahan aku pada Alwi. Dia memalukan aku depan rakan sekolah yang lain. tambah-tambah depan cinta pertama aku Anaz. Sejak dari hari tu Anaz dan rakan-rakan sekolah memanggilku Milo. Sangat memalukan.




Bab 1
Mana aku nak rembat ni.......? mak aku ni pun... kot ya pun tak sabar tengok aku berteman... janganlah si Alwi bengap tu... aku mana ada steady boyfriend sekarang. Bukan tak ada orang nak tau... tapi.. aku je yang tak nak. Tak nak terikat dengan komitmen. Couple-couple ni tak main. Bukan dalam kamus hidup aku sejak aku putus dengan si bangang ‘S’ bukan nama sebenar lagi. aku masih mahu menumpukan pada kerja. Dua tahun aku habis study... syukur Alhamdulillah... dua tahun juga aku bekerja di SS Sdn. Bhd. Milik usahawan bumiputera, Datuk Sudin. 

Tapi... sekarang...kepala aku pula di semakkan dengan kerenah si Alwi. Mana aku nak cari calon ni. Kawan-kawan aku? Aku tak Nampak yang berkelayakan untuk jadi pemimpin aku dalam berumah tangga. Kalau yang ikut cakap aku adalahlah. Aku mahu yang tegas. Yang boleh membimbing aku. Bukan aku yang membimbing dia. Semua yang cakap berkenan kat aku selama ni... semua lembut gigi dari lidah. Ikut awaklah... mana-mana aje yang awak suka... ayat skema mereka. Mana nak pimpin keluarga. Kalau pun..ikut cakap aku...kenalah timbal baik buruk. Ada juga yang terlalu tegas. Nak aku je yang ikut cakap dia. Kuku besi... macam tu pun aku tak nak. Siapa lagi ye.... 

Mak aku dah siap ugut aku. Bila aku tak angkat telefon dia, dia main mesej lah pulak. 

‘Mak x kira. Ko kena kawen gak. Cari jgn x cari.’

Mesej mak ni memang macam tak boleh pakai. Mak aku memang brutal sikit bahasa dia. Sebab tu kot aku pun terikut sama. Tapi, mesej dia ni lah yang menyeksa jiwa raga. Kata-kata dia hujung minggu lepas buat aku tension sangat dah ni. Sebab tu aku jumpa dengan beberapa mamat minggu ni. Sibuk si Awin dan Keropok atur jadual temu janji untuk aku. Dengan diaorang sekali pun aku angkut. . Keropok ni bukan makanan tau. Tapi kawan aku. Nama sebenar dia Kerop bin Pok. Tapi satu ofis memang panggil dia keropok. Masa aku masuk pun memang dah orang panggil dia keropok. Time dia memperkenalkan diri kat aku dulu aku ingat dia main-main. Rupa-rupanya memang betul. Aku ingat zaman sekarang nama akulah yang paling tidak bercitarasa. Tapi..rupa-rupanya nama aku jauh lebih baik dari nama orang lain. 

‘Bila nak kenalkan menantu mak?’ 

Setiap kali tengok skrin handphone muncul nama mak, memang aku tension. Mak ni, sejak pandai taip mesej guna handphone, dia akan mesej kalau dia tak dapat call aku. Kan best dulu-dulu mak tak reti taip mesej kat handphone. Tak lah sekarang sampai ke tengah malam pun dok mesej aku. Sekarang ni angah dah bising dah bila mak minta beli handphone ‘touch screen’. Ambik kau ngah..

Isnin tu time lunch kami jumpa calon pertama. Nervous memanglah nervous. Fist time jumpa. Nasib baik si Keropok dan Awin setuju bila aku angkut sekali diaorang. 

Calon pertama. Zainal- Orangnya hensem... tapi Ya ALLAH....  tak nak lah aku kat dia...bukan apa.. aku takut aku akan femes satu Malaysia. Bukan apa..aku ni bukannya jenis perempuan yang tabah sangat melihat kecurangan suami. Nanti... tak pasal-pasal muka aku masuk news paper sebagai salah seorang penyimbah asid. Zainal  tu buaya darat. Kalau aku kahwin dengan dia sah-sah kena beli tisu dua tiga kotak. Tak pun... mesti satu bilik tu buat stor tisu. Dia ni.. mak we... bukan main banyak. Peringkat paling ganas yang aku akan buat aku akan simbah asid kat dia. Wah... ganas juga aku ni sampai nak simbah asid. Dia ni rupa-rupanya kerja satu bangunan dengan kami. Dia cakap dia selalu dok usha-usha aku. Tapi aku tak perasan pun kewujudan dia selama ni. Jumpa ni pun atas usaha si Keropok. Kawan aku yang bernama makanan ringan. Nasib kau lah Keropok. Aku tau perangai dia buaya darat pun sebab si Atul, kerani jabatan aku pernah cerita dia keluar dengan Zainal. Dia putus sebab tak tahan dengan perangai buaya darat Zainal. 

Malamnya pulak, kami jumpa pulak calon Kedua pulak..nama dia Haizim- Dia ni boleh tahan juga muka dia. Tapi.... yang aku tak suka. Dia ni pengotor. Kuku dia masyaALLAH... hitam... daki pun..boleh Nampak kat celah telinga. Tu...tak masuk lagi kat tengkuk.. wek... Bau badan dia pun boleh tahan. Aku ni bukan memilih sangat.. tapi..macam mana aku nak berbakti pada dia sebagai isteri kalau aku tak tahan dengan sikap pengotor dia tu. Nama aje lawa mamat tu. Memilih tak memilih.. kalau jumpa yang macam tu, setiap perempuan pun akan fikir dua tiga kali nak terima. Kot ya pun suka menyepah, tapi biar pembersih pada diri sendiri. Jangan daki sendiri pun tak reti nak gosok. Uwek... Awin pulak tak cover-cover langsung nak termuntah. Memang aku rasa nak ketuk minah sorang ni. 

Huhuhu...itulah selama ni aku mana nak layan sangat kalau ada yang cuba masuk line. Aku serik sebenarnya. Takut nak bercinta sejak peristiwa lalu. Lagipun sebelum ni aku bukan terdesak sangat pun. Aku masih muda. Aku tak nak kahwin semata-mata tengok orang lain kahwin atau kerana nafsu semata-mata. Aku selesa macam ni. Setelah dua calon aku reject, selasanya Awin dah buat temu janji ketiga untuk aku. 

Mat Pit- Mat Pit tu nama panggilan dia. Nama dalam IC Mohd. Sanusi. Dia cakap dulu dialah raja rempit di kampung dia. Sebut aje Mat Pit semua orang kenal dia. Sampaikan dia sendiri pun lupa lupa ingat nama sebenar dia. Dia kerja hantar surat. Dia ni gaya brutal habis. Kenal dia dalam FB je. Sebab dah terdesak sangat kan, setuju la bila dia ajak keluar. Aku jumpa dia sekali dengan Awin dan Keropok. Gila eh! Dengan seluar koyak rabak, rantai gantung sana sini. Ya ALLAH.. sakit jantung mak aku kalau aku bawa dia jumpa mak aku nanti. Tak pasal-pasal balik je si Mat Pit ni dari rumah aku, mak aku terus kejar aku dengan parang. Punyalah sengkek mamat tu, ada ke aku yang kena bayar harga makanan dia. Bayar sendirian Berhad lah, kot ya pun tak nak belanja aku. Malu tau aku kat Awin dan Keropok. Memang lepas tu, berbakul sumpah seranah aku kat dia. Si mat Pit ni siap ajak aku merempit dengan dia sekali. Dah tu melamar aku jadi Cikaro dia. Gila! 

Calon keempat ni aku jumpa hari malam selasa. Sejak jumpa dia ni lah aku tak percaya lagi dengan temu janji yang Awin tetapkan. Memang hampeh punya kawan. Ada ke..hisy... geli eh! 

Nama calon ke empat ni, Joe- Yang ni buat aku meremang bulu roma sampai sekarang. Ini kenalan FB Awin. Tengok dari jauh memang stok ‘baik punya’. Hati aku dah berbunga-bunga. Jambu gak mamat ni. Bisik hati aku first time aku tengok dia. Aku datang berdua dengan Awin je hari tu. Tu pun lepas habis office hour. Memang gentlemen habislah dia ni. Layanan dia pun first class punya. Sampai-sampai je aku dan Awin kat meja yang dia dah tempah tu, dia terus tarik kerusi ke belakang untuk aku duduk. Pergh... dapat full mark dia untuk layanan. Tapi... bila dia start berbual, rasa happy aku dah turun bar. Dan saat dan ketika itu juga aku rasa nak sepak Awin laju-laju. Nasib baik kesabaran masih ada di dada. Aku beristifar sendiri nak menamatkan pertemuan dengan si Joe ni atau nama sebenar dia Johana. Memang seram. Awin pun pucat je muka bila sedar ‘mamat jambu’ yang kami jumpa ni sebenarnya seorang perempuan. Aku datang nak cari calon suami. Bukan nak..huhuhu... aku masih normal lagi. kot ya pun aku terdesak, tak adanya aku nak bersuamikan.. kaum sejenis. Ya ALLAH... ampunilah dosa hamba-Mu ini. 

Dalam dua minggu mencari calon ni memang macam-macam je aku jumpa. Aku bukannya memilih yang sempurna. Tapi, seorang pun tidak membuatkan hati aku selesa. Entah.. aku belum lagi berjumpa dengan lelaki yang boleh buat hati aku terima dia tanpa syarat. 

Menjadi anak tunggal perempuan... merangkap anak bongsu kesayangan kepada Encik Zafuan dan Puan Zulaikha... menjadikan aku hidup aku macam ni. Hidup bawah ketiak mereka aje. Mana mereka nak lepas aku jauh dari mereka. Tau lah... aku ni anak yang cun melecun... ayu gitu... mungkin sebab tu kot mereka takut... entah anak raja mana nak jadikan aku hak milik persendirian. Takut mereka tak di benarkan aku jumpa mereka lagi. Wah... perasannya aku. Hehehe...tak salah sekali sekala. 

Tapi... nasib baik along dan angah main peranan. Merekalah yang pujuk mak ayah benarkan aku masuk UiTM Jengka. Dapatlah juga menjenguk ‘dunia luar’. Tapi... tak jauh mana pun. Masih dalam Malaysia. Itupun nasib baik dapat kat Jengka. Kalau kat Sabah atau Sarawak, mati-mati mak aku tak kasi. 

Ikutkan hati.. nak juga keluar dari Malaysia. Wah... tingginya impian. Belajar pun tak cemerlang... markah pun cukup-cukup makan, dah berangan ke luar Negara. Hehehe... bahasa inggeris pun tunggang langgang.. nanti nak speaking dengan ‘omputih’ lagi.. tak pasal-pasal jadi haru biru. Hehehe...
*****
“Kau memang tak sayang adik ke long? Sampai hati kau pisahkan dia dengan mak...”

Aku ingat lagi drama sebabak, masa mak dapat tau aku dapat tawaran belajar kat UiTM Jengka. Mak memang marah sangat kat along sebab diam-diam tolong aku apply kat sana. 

Abah yang duduk di kerusi sebelah aku, diam je. Tapi dia Nampak sedih juga. Aku memang sudah awal-awal kuncikan mulut. Along dan angah awal-awal dah pesan, supaya aku diam je. Tak payah sibuk nak menyampuk. Tak fasal-fasal pelan tak menjadi. 

“Pisah apa pulak ni? Mak ni kenapa?” Tanya along dengan wajah tak bersalah. Dia yang duduk berdepan dengan kami sempat mengerling ke arah televisyen. Aku tahu, dia tak fokus sangat tengok rancangan kat televisyen tu. 

“Kau buat-buat tak tau pulak. Yang kau tolong adik kau mohon U kat Jengka tu kenapa?” Tanya mak dengan linangan air mata. 

“Mak... dah rezeki acu dapat kat situ. Bukan kita yang nak tentukan. Along tolong isi UPU, acu dapat kat Jengka.” Terang along. Susah nak terangkan pada emak. Memang pun dalam pilihan tu kita letak banyak. Tapi.. tak semestinya pilihan pertama yang kita pilih yang kita dapat. 

“Tapi long.. tak ada yang dekat lagi?” Along dah buat muka bosan berbalas pandang dengan angah. Memberi isyarat agar angah pulak yang masuk line. 

“Apalah mak ni.. bukan jauh pun. Kalau acu kentut kat sana, kat sini boleh dengarlah.” Sampuk angah. Ayah sudah ketawa. Aku dan along hanya menahan gelak. Apa je lah angah aku ni. Time ni pulak nak buat lawak. 

“Korang ni memang. Orang marah dia buat main.” Marah emak. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Aku diam tidak berkutik duduk di sebelah ayah.

 “Along buat ni untuk masa depan acu mak... sampai bila mak nak tengok dia duduk bawah ketiak mak je? Nanti dia tak pandai berdikari. Sampai masanya nanti, kita tak dapat nak jaga dia sepanjang masa. Kalau apa-apa jadi kat kita, macam mana? Mak nak tengok hidup acu tak tentu arah?” Ujar along. 

Aku kagum tengok cara along psiko emak. Emak terdiam, mungkin mencerna kata-kata along. Minta-minta mak terima. Aku faham, sebagai orang tua, emak mana nak berjauh dengan anak.
“Betullah along cakap tu cik Ika oi.. acu tu dah besar. Biarlah dia jenguk dunia luar juga.” Tiba-tiba ayah mencelah. Emak angkat kepala memandang ayah dengan wajah masam. 

“Awak pun sama je cik wan. Sengaja nak pisahkan saya dengan acu.” Tuduh emak. Ayah, along dan angah tergeleng.
“Mak... Kami bukannya nak pisahkan emak dengan acu. Sebulan sekali acu boleh baliklah mak.” Ujar Angah. 

“Sebulan sekali? Apa kau cakap ni ngah? Sehari tak tengok dia pun mak rasa nak nangis. Ni.. kau cakap sebulan?” luah emak dengan esak tangisnya. Ayah, along dan angah saling berpandangan.
Aku pulak jadi pilu mendengar luahan emak. ‘Mak... acu pun sayang mak. Tapi mak.. acu tak boleh macam ni aje. Acu kena cari ilmu dan pengalaman di luar sana.’ Ucapku hanya sekadar di dalam hati. 

“Okeylah sebulan sekali tu mak.. macam angah ni.. tiga bulan sekali baru mak jumpa. Mak tak rindu pun.” Balas Angah. 

“Siapa cakap mak tak rindu? Kau tu lain ngah.. kau tu lelaki. Tapi.. acu ni perempuan. Adik bongsu kau ni.” Balas emak. Dua tiga kali dia mengesat air mata. Rasa bersalah dah bertimpa-timpa kat hati aku tengok dia menangis. Derhaka ke aku? 

“Angah tau la dia adik bongsu angah.. tapi mak.. perjalanan acu masih jauh lagi mak. Mak tak nak tengok dia kerja elok-elok? Mak nak tengok dia kerja kilang macam si Ani, Jeera tu? Bukan Angah nak menghina pekerja kilang mak.. tapi.. sayang tau mak. Sayang kalau acu lepaskan peluang ni. Bukan semua orang dapat peluang belajar kat U ni mak.” Ceramah angah panjang lebar. Emak terdiam. 

“Tapi.. tak ada ke U yang paling dekat?” Tanya emak. 

“Ada. Dekat je mak... 2 km je dari rumah kita. ” Balas angah pendek. 

“U apa ngah?” Tanya mak pantas. 

Aku menjungkit kening pada angah. Dia hanya senyum sesaat. Aku terus pandang along dan ayah. Dua-dua hanya jungkit bahu sambil geleng. Rasanya... tak ada. 

“U-turn mak. Kat simpang hujung sana je mak.” Jawab angah. Aku tak dapat nak tahan gelak. Pecah gelak aku, ayah dan along. Angah ni.. memang kepala tahap gila-gila. Emak terus meluru ke arah angah dan menarik telinga anak bujang keduanya itu. Terjerit angah bila sepit ketam emak memainkan peranan.
“Memang kurang asam punya anak.” Marah emak. Aku masih gelak. 

“Biarlah budak ni masuk U tu cik Ika oi.. nanti-nanti.. kalau dia tak balik.. saya ni ha.. sanggup jadi driver awak, jenguk dia kat sana. Dia bukan nak pergi berperang yang awak takut sangat ni. Dia nak pergi study je.” Ucap ayah. Emak diam lagi. 

“Kalau susah sangat.. Apa kata mak pun apply study kat sana.” Cadang si sengal angah aku tu. Dia tu memang sengal. Bila along jeling, baru dia menghentikan tawannya. Dia menarik wajah seserius yang boleh. Macam manalah mamat sengal macam tu bakal jadi doctor nanti? Angah..angah.. 

“Hmm... abang janji tau.. abang bawa saya jenguk acu kat sana.” Emak menagih janji ayah.

“Ya.. abang janji. Kalau abang tak larat pun.. kita naik teksi jenguk acu.” Ucap ayah. Aku bersorak kegembiraan dalam hati. 

“Okey.. mak setuju. Tapi.. sebelum tu, mak nak Tanya acu. Acu setuju tak?” Tanya mak.

“Acu okey je mak. Thank you mak.. sayang mak..” Ucapku sambil melangkah kea rah emak. Pipinya aku kucup sayang. Dia memeluk bahuku sendu. Huhuhu. 

“Udah-udah la tu mak.. mak kena ingat.. mak ada dua lagi anak lelaki yang hensem-hensem ni..” ucap angah. Emak dan aku tergelak. 

“Meh sini... mak peluk semua anak mak.” Along dan angah serenatak meluru ke arah kami. Terjerit aku dibuatnya bila angah sengaja peluk kami kuat-kuat. 

“Hoi! Hoi.. ayah anak awak ni.. awak tak peluk ke?” Usik ayah dengan senyuman. Wajah mak terus merah. 

“Dah tua nak minta peluk juga ke? Tak malu kat anak?” Tanya emak dengan wajah tersipu. Ayah gelak saja. Kami terus meluru ke arah ayah. Giliran ayah pula menjadi mangsa kami bergayut. Terjerit orang tua tu kami kerjakan. Ayah.. mak.. kami sayang ayah dan mak..


p/s : Salam... ni perkenalan je. insyaALLAH... lepas habis kerana terlupa kat p2u. citer ni akan menyusul. kalo de xb'kenan.. sila2lah komen ye. 

Thursday, March 14, 2013

Adikku Nurzaliza

Nur Zaliza, pemilik nama itu amat istimewa dalam hatiku. Aku menyayanginya melebihi sayangku kepada diriku sendiri. Aku rela korbankan apa sahaja untuknya. Dia benar-benar istimewa dalam hatiku. Terlalu istimewa!
“ Jaja sayang abang…” aku rindu sekali hendak mendengar ucapan itu dari bibir mugilnya. Aku sangat sayangkan satu-satunya adik perempuanku itu.
“ Kenapa mama tidur tutup muka bang?” Tanyanya suatu tika dulu. Dia baru berusia 8 tahun ketika itu. Mama kami meninggal kerana kanser hati. Aku masa itu berumur 15 tahun hanya merintih di dalam hati mendengar pertanyaan adikku. Abang Shamsul dan Zulhelmi hanya membeku di sisi ayah. Memang Jaja rapat denganku, berbanding dengan adik-beradik yang lain.
“ Abang! Kenapa mama tidur tutup muka?” ulangnya.
“ Mama kita dah meninggal dik.” Susah payah aku menjawab, dalam kesedihan ditinggal oleh mama kami dan kepiluan melihat wajah adik kesayanganku.
“ Meninggal tu apa?” Tanya Jaja lagi, nyata dia belum mengerti dengan apa yang terjadi. Dia memang tidak pernah mengalami kehilangan sebelum ini.
“ Mama akan pergi jauh.” Sahut ayah, setelah aku tidak mampu mencari ayat yang sesuai.
“ Jaja nak ikut mama..” tiba-tiba Jaja teresak-esak.
“ Tak boleh Jaja… Jaja kena duduk sini dengan ayah, abang Sham, abang Mizan dengan abang Zul.” Pujuk ayah sambil menyeka air mata. Aku faham perasaan ayah. Ayah amat menyayangi arwah mama.
“ Jaja nak mama…” tangisan Jaja semakin nyaring. Suasana jadi ribut sebentar. Ketika Jaja meluru hendak mendapatkan jenazah mama, aku sempat menariknya ke dalam dakapanku. Aku peluk tubuh kecilnya erat-erat. Aku mahu dia tahu yang dia tidak akan berseorangan.
“ Abang ada sayang…. Abang akan jaga Jaja” Pujukku.
“ Siapa yang nak masak untuk Jaja?” tanyanya dalam esak tangisnya.
“ Abang”
“ Siapa nak tidurkan Jaja?”
“ Abang.”
“ Jaja sayang abang…” ucap bibir comel itu.
Aku pilu sekali mengenang nasib kami yang baru kehilangan mama, tempat kami bermanja selama ini. Tapi… adikku Jaja lebih kesihan. Dia terlalu rapat dengan mama kerana dia satu-satunya puteri kami. Sejak peninggalan arwah mama, aku berjanji akan menyayangi Jaja sepenuh hatiku, aku akan menjaga Jaja dari sebarang ancaman. Aku akan menolong ayah membesarkannya.
“ Abang Mizan…Jaja nak kahwin!” aku tersentak mendengar kata-kata Jaja. Tidak tertelan rasa roti yang aku makan. Jaja memang aku bawa tinggal bersamaku di rumah dua tingkat yang aku beli itu. Abang Sham sudah berkeluarga dan Zulhelmi duduk menyewa bersama kawan-kawan di kota. Ayah pula… hampir 4 tahun yang lalu menuruti mama menemui Ilahi.
“ Hei… betul ke ni Jaja? Jaja kan masih kecil.” Ujarku antara percaya atau tidak. Aku lihat Jaja ketawa geli hati.
“ Abang je yang rasa Jaja ni masih budak kecil. Jaja dah berumur 24 tahunlah bang.. abang tu.. umur dah lanjut. Tak kahwin-kahwin jugak.” Sekali lagi aku tersentak mendengar celoteh Jaja. Aku tersenyum sendiri. Betapa aku tidak sedar, adikku ini sudah membesar dan menjadi seoarang gadis yang cantik manis. Aku rasa… Jaja adikku ini adalah gadis yang paling cantik yang pernah aku lihat, wajahnya persis wajah arwah mama. Kata-kata Jaja mengingatkan aku kepada umur aku sendiri, tidak sedar aku telah berusia 31 tahun.
“ Betul ke apa yang Jaja cakap ni? Betul Jaja nak kahwin?” tanyaku serius. Aku sangat risaukan dia. Aku tidak mahu dia membuat pilihan yang salah. Aku paling takut hatinya terluka. Aku tidak mahu melihat dia terluka walaupun sedikitpun.
“ Betul bang…” jawabnya dengan wajah yang merona kemerahan.
“ Siapa lelaki tu?” tanyaku pantas.
“ Azman… kami kenal sejak di kampus lagi bang.. bang… sekarang dia bekerja sebagai Jurutera di Syarikat kita.” Jelas Jaja. Aku nampak dia ragu-ragu memberitahuku, mungkin dia takut aku tidak suka dan terus membuang Azman dari syarikat kami. Aku cuba mengingati wajah Azman. Setahuku… Azman yang aku kenal seorang yang pendiam dan bersungguh-sungguh dalam kerja. Bagaimana jejaka pendiam seperti Azman dapat memikat adikku yang nakal itu? aku tersenyum sendiri.
“ Abang..” aku sedikit terkejut mendengar sapaan itu.
“ Abang setuju ke tak?” Tanya Jaja lambat-lambat. Aku sengaja mendiamkan diri sengaja menguji Jaja.
“ Abang.. Jaja sayangkan Azman, bang..” hatiku sedikit terusik mendengar luahannya. Aku sedikit cemburu kerana aku akan berkongsi adik kesayanganku dengan lelaki lain.
“ Jaja sayangkan dia lebih dari Jaja sayang abang?” tanyaku sekadar menguji. Aku lihat Jaja mengetap bibir. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan di pipi gebunya. Aku pantas menyeka air jernih itu. Aku tidak sanggup melihat air mata menodai pipinya.
“ Abang…tidak ada seorang pun dapat tandingi sayang abang di hati Jaja. Kalau abang tak suka Azman jadi suami Jaja, Jaja akan tolak lamaran dia. Biar apapun yang terjadi, abang tetap nombor satu dalam hati Jaja.” Luahnya menahan sebak, aku juga berkongsi perasaan yang sama.
“ Adik abang sudah besar…abang izinkan Jaja kahwin dengan dia. Dengan syarat…” aku terhenti seketika.
“ Apa bang?” Tanya Jaja, aku tahu dia berdebar-debar. Aku hanya tersenyum.
“ Jaja dengan Azman mesti duduk dengan abang dalam rumah ni.” Putusku. Jaja melepaskan nafas lega dan tersenyum. Dia memelukku, aku kucup ubun-ubunnya dengan setulus kasih seorang abang.
“ Abang pun… kahwinlah jugak. Abang tu…sepatutnya dah ada anak dua tiga orang tau. Abang kahwin sama dengan hari kahwin Jaja ye…” aku tertawa mendengar omelannya.
“ Abang kan dah ada anak… Jaja nikan anak sulong abang… dari kecil lagi abang yang besarkan Jaja.” Jaja pula tergelak.
“ Yelah tu… Jaja ni anak abang….anak sulong abang.. tapi Jaja nak adik-adik.. Jaja tak ada adik..” ucapnya nakal. Aku menghadiahkan cubitan kecil di pipinya.
“ Abang nak kahwin dengan siapa?” tanyaku pura-pura tidak punya calon.
“ Alah.. macamlah orang tak tau..dia tengah dok asyik masyuk bercinta dengan kak Azah kat pejabat tu… abang kahwin ye…” Pujuk Jaja dengan nada manja. Dia memang manja.
“ Hmmm…. Abang akan kahwin. Tapi….selepas setengah tahun Jaja kahwin.” Balasku. Jaja melompat keriangan, seronok benar dia mendengar persetujuanku.
“ Eh! Macam ni ke rupa orang dah nak kahwin? Perangai macam budak-budak lagi.” Wajah Jaja merona kemerahan mendengar usikanku.
“ Abang ni…” ucapnya manja, sambil merebahkan kepalanya ke pangkuanku. Aku usap rambutnya penuh kasih sayang, macam usapan seorang ayah kepada anak tersayang. Tanpa dia sendiri sedari, aku sudah menganggapnya seperti anakku sendiri.
Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika melihat adikku tersenyum bahagia di atas pelamin. Wajahnya yang sememangnya cantik mengundang pujian dari tetamu yang hadir, ditambah lagi wajah kacak satu-satunya adik ipar lelakiku. Mereka laksana raja dan permaisuri yang sedang bersemayam di singgahsana.
Aku menahan sebak melihat Jaja adikku di atas pelamin. Ketika aku bersalaman dengannya, Jaja memelukku erat sambil teresak kecil. Aku pujuk dirinya agar tidak bersedih kerana aku tetap sayangkannya, walaupun dia milik lelaki lain.
Aku berkahwin jugak dengan Azah, gadis yang aku cintai. Walaupun tidak semekar kasihku terhadap adikku Jaja. Ketika itu Jaja sudah berbadan dua. Bukan main gembira aku ketika mendapat perkahabaran yang Jaja adikku sudah berbadan dua, kalah Azman. Aku pulak yang menjerit sakan. Jaja hanya tersenyum manis melihat kegembiraanku di samping suaminya. Aku begitu gembira apabila mendapat tahu aku akan menjadi pak cik kepada anak Jaja. Anak-anaknya nanti akan memanggilku ayah. Aku nak anak dia nanti menganggapku seperti ayah sendiri.
Aku tahu… Azah agak terabai ketika itu kerana aku melebihkan perhatian kepada adikku. Bukan aku sengaja melebihkan Jaja, tapi…dalam keadaan Jaja berbadan dua, Jaja perlukan perhatian. Azman seorang tidak akan mampu kerana Jaja mengalami alahan yang teruk ketika mengandung. Jaja tidak lagi dapat ke pejabat kerana rasa pening dan loya. Aku kesihan melihat adikku, Azmanpun aku tengok semakin kerap menemani Jaja.
Aku harap Azah faham keadaanku. Aku amat bimbangkan adikku Jaja. Lagipun..dari awal lagi aku sudah berterus terang kepada Azah yang aku lebih menyayangi Jaja lebih dari segala-galanya. Pada mulanya Azah nampak bertolak ansur denganku, Cuma sejak akhir-akhir ini dia mula merungut dan sesekali aku dapat mengesan cebikan di bibirnya melihat aku melebihkan Jaja.
“ Kenapa kakak tolak Jaja?” aku terdengar suara nyaring Azman ketika baru memulas tombol pintu rumah. Aku terkejut sekali. Seingatku tidak pernah Azman bersuara nyaring begitu.
“ Kerana dia abang Mizan sisihkan aku. Aku memang tak sukakan Jaja..” tersentap hatiku mendengar kata-kata panas yang keluar dari mulut isteriku sendiri. Tidakku sangka selama ini dia menyimpan dendam terhadap adikku.
Tiba-tiba aku terdengar suara halus mengerang kesakitan.
“ Abang…” bergegar lututku mendengar suara itu. Jaja! Spontan aku melangkah pantas ke ruang tamu. Aku terkejut melihat Jaja tebaring di dalam pangkuan Azman. Aku berlari pantas mendapatkan mereka.
“ Kenapa ni Azman?” tanyaku panic.
“ Abang Mizan….” Jaja memanggilku lemah. Aku tambah panic melihat darah mengalir di betis adikku, Azman pun nampak cemas.
“ Kita bawa Jaja ke hospital..” aku berteriak kecil. Azman segera mengendong tubuh kecil adikku. Aku duduk di tempat duduk belakang sambil memangku kepala adikku. Aku menangis melihat keadaannya yang kesakitan. Selama ini aku tidak pernah membiarkan dia kesakitan, tetapi sekarang….
“ Siapa buat Jaja macam ni Man?” tanyaku. Azman yang sedang memandu teresak kecil melihat Jaja. Aku tahu Azman sangat sayangkan Jaja.
“ Kak Azah bang…dia tolak Jaja dari tangga..” membara hatiku mendengar pernyataan itu.
“ Perempuan sial…” marahku. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak aku hendak membunuh Azah kerana menyakiti adikku.
“ Bang Mizan…. Tolong jaga anak Jaja bang… tolong bang…” aku terkejut mendengar kata-kata adikku.
“ Apa Jaja cakapkan ni… nanti kita jaga sama-sama…” ucapku menahan rasa. Air mataku usah dikira lebatnya.
“ Bang…tolong bang…” pohon adikku. Aku hanya angguk. Azman tersedu-sedu di depan. Tidak ketentuan kelajuan kereta yang dipandunya.
“ Jaja sayangkan bang Mizan,.. sangat sayang… bang Man… Jaja cintakan abang…” ucap Jaja. Aku dan Azman tidak segan silu menangis. Azman menoleh ke belakang memandang isterinya di pengkuanku.
“ Abang cintakan Jaja..” ucap Azman.
“ Man…. Kat depan tu….” Teriakku apabila melihat lori balak begitu hampir dengan kereta kami. Azman cuba mengawal stereng. Kereta yang kami naiki tidak tentu arah… aku cemas di belakang.
“ Ya Allah…” aku sempat menangkap suara Jaja berbisik halus. Selepas itu aku merasa kesakitan yang amat sangat di kepalaku sebelum pandanganku gelap.
Sebaik tersedar aku terus teringatkan Jaja dan Azman. Aku cuba bangun walaupun kesakitan mengusai kepalaku.
“ En. Mizan tak boleh bangun dulu.” Ucap satu suara di sebelah kananku. Aku tahu, dia jururawat yang bertugas mengawasiku.
“ Saya nak jumpa adik saya.” Tegasku.
“ Adik encik dalam bilik ICU..” terangnya.
“ Saya nak jumpa dia…” tegasku lagi. Walau apapun yang terjadi aku mahu menemani Jaja. Aku mahu Jaja rasa selamat di sebelahku. Aku tidak mahu lain, aku hanya mahukan adikku. Aku akan lindungi dia.
“ Nurse… bawa pesakit ni ke bilik sebelah..” arah seorang doctor yang baru muncul di depan pintu. Jururawat itu membantu aku duduk di kerusi roda yang disediakan.
“ Azman….” Bergetar suaraku menyebut nama adik iparku itu. dia nampak teruk sekali. Aku toleh ke arah wajah doctor yang merawat Azman, dia menggeleng kepadaku. Aku tahu, Azman diberi peluang untuk bercakap untuk kali yang terakhir. Doctor itu dan beberapa jururawat di situ meninggalkan kami.
“ Man….” Aku memanggil namanya perlahan. Azman berusaha membuka matanya. Setitik dua air mataku mengalir melihat keadaan adik iparku itu. Tidak salah Jaja memilihnya menjadi suami.
“ Bang Mizan.. tolong jaga anak kami bang… tolong ye bang…” pohonnya. Aku angguk kepala. Walaupun Azman tidak meminta begitupun aku akan menjaga anak itu.
“ Abang mesti janji..” ucap Azman lagi.
“ Abang Janji Man..” balasku. Azman tersenyum senang. Aku panic melihat reaksi wajahnya.
“ Man…mengucap Man….” Bisikku ke telinganya. Aku membisikkan dua kalimah syahadah ke telinganya. Aku lihat bibirnya mengikut setiap bisikan syahadah itu. Selepas itu dadanya tidak lagi berombak. Aku terduduk di situ. Aku berteriak memanggil doctor dan jururawat di situ. Azman telah pergi… bagaimana dengan adikku?
“ Adik saya nurse?” aku bertanya kepada jururawat yang menyorongku ke bilik Azman sebentar tadi.
“ Maaf cik…. Adik cik dah tak ada…” balasnya perlahan. Aku menjerit di situ. Hatiku bagai dihiris halus. Kenapa satu persatu orang kesayanganku meninggalkan aku? Sukar untuk aku menerima hakikat itu.
“ Kami hanya berjaya menyelamatkan anak-anaknya..” sapa satu suara. Aku mendongak memandang pemilik suara itu.
“ Anak-anak?” tanyaku terkejut.
“ Hmmm..anak-anak mereka. Adik encik sempat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan sebelum meninggal.” Jelas doctor itu lagi.
Aku meluru tanpa mempedulikan kesakitan di kakiku ke arah bilik yang menempatkan anak- anak adikku. Aku pandang wajah-wajah anak yang telah menjadi yatim piatu itu. Aku berjanji kepada diriku sendiri yang aku akan melindungi mereka seperti aku melindungi arwah ibu mereka sebelum ini.
“ Ayah… cepatlah… kita dah lambat ni..” jeritan halus Jaja menghilangkan lamunanku. Aku kesat air mata yang mengalir di pipi, aku malu kalau anak-anakku nampak nanti.
“ Kenapa anak ayah ni jerit-jerit.. orang perempuan tak elok jerit-jerit tau.” Nasihatku sambil menarik anak gadisku yang berusia 6 tahun itu ke dalam pelukanku.
“ Ayah cakap kita nak ziarah kubur arwah ibu dengan arwah abah… kita dah lewat ni…” celah pulak Jiji. Anak bujangku itu menarik muncung, aku tersenyum kepada anak-anakku itu. kedua-duanya aku dakap. Anak-anak kecil yang seiras wajah arwah Jaja dan arwah Azman itu petah berkata.
“ Ayah minta maaflah sayang…. ayah teringatkan arwah ibu dengan arwah abah… jaja dengan Jiji..” kedua-dua anakku terdiam. Aku dapat mengesan kerinduan di mata mereka. Rindu kepada arwah ibu dan arwah abah mereka yang tidak sempat memberikan kasih sayang kepada mereka. Aku menahan pilu. Anak-anakku Aziman dan Amiza anak-anak yang baik. Jarang sekali mereka membuat perangai.
“ Ayah… kami nak dapat adik ye…” Tanya Jaja. Aku angguk perlahan, mungkin dia teringatkan mamanya sekarang yang sedang sarat mengandung.
“ Tentu ayah dah tak sayang kami lagi.” Jiji pulak bersuara. Aku mendakap mereka erat. Tentu mereka akan merasa kehilangan kasih sayangku.
“ Jaja dengan Jijikan anak ayah dengan mama.. takkan ayah dengan mama tak sayang Jaja dengan Jiji…” sapa suara lembut isteriku. Aku berpaling kepadanya. Selepas bercerai dengan Azah, aku berkahwin dengan Maisarah. Adik kepada arwah Azman. Dia jugak sayangkan Jaja dan Jiji seperti anak kami sendiri.
“ Betul cakap mama tu…. Biar apa pun terjadi…ayah dengan mama sangat sayangkan Jiji dengan Jaja. Jaja dengan Jiji anak kami.” Ucapku meyakinkan mereka. Kedua-dua anakku mendakapku erat.
“ Jomlah… yah..kita pergi sekarang…” ajak Jiji sambil menarik tanganku.
“ Tak nak salam dengan mama dulu?” kedua-dua anakku berlari kea rah isteriku. Selepas menerima kucupan mereka,mereka kembali ke arahku.
Isteriku menghampiri kami perlahan-lahan. Aku tahu, kalau diikutkan hati dia ingin turut sama dengan kami. Tapi…keadaannya yang sedang sarat membataskan pergerakannya.
“ Jaga diri baik-baik ye bang..jaga anak-anak kita..” pesan isteriku. Aku tersenyum kepadanya.
“ Mai pun… jaga diri. Jaga baby baik-baik…kalau ada apa-apa, cepat-cepat call abang dan panggil mak Tam”pesanku sambil menghadiahkan kucupan di dahi isteri tercinta.
Aku melemparkan pandangan sekali lagi ke pusara adik kesayanganku. Semoga dirimu dan Azman berbahagia bersemadi di Sana. Semoga kamu berdua di tempatkan di kalangan muslimin dan muslimah yang soleh..


Note: Salam.. ni antara cerpen2 lama lc. cerpen berkurun kot. 

Tuesday, March 12, 2013

Sihat Sebelum Sakit




Orang kite.. masyarakat kite... prinsip 'makan untuk hidup' tak boleh pakai lagi... mereka lebih suka guna prinsip 'hidup untuk makan'. Melayan nafsu makan berlebihan.. sehingga lupe.. penyakit yang bertandang







Orang kite.. masyarakat kite... ingat lima perkara sebelum lima perkara.. sihat sebelum sakit... Makan biar bersekat... pilih yang berkhasiat... kalau mahu hidup selamat.. 


Note : Salam... bukan hanya teguran untuk mereka2.. untuk ingatan diri dan kawan2 yg di ingati...  sorry.. kartun ni agak selekeh..  p'cubaan lc wat komik dgn guna microsoft word dgn bentuk2 basic dlm 2... Hope citer ni.. citer mereka2.. bukan cerita dalam golongan kita...