Prolog
“Abang...
dia dah ambik tadi.” Aku kecut perut dengar suara di belakangku. Bukan kerana
takut pada pemiliknya. Tapi, kecut kerana terkantoi. Tanpa menoleh pun aku tahu
siapa penjahat kurang asam tu. Abang milo itu memandangku dengan muka tegang.
Ho o... kantoi! Aku sengih.
“Alah
bang... Cakap free.” Ucapku sambil capai segelas cawan milo. Abang Milo sudah
cekak pinggang.
“Ambiklah.
Janganlah selalu sangat dik. Kawan-kawan lain nak rasa juga.” Balas abang Milo
itu perlahan.
Aku tahu
dia tak marah, Cuma kesihan kat kawan-kawan lain yang belum merasa lagi air
milo free ni. Aku angguk. Wajahku rasa panas bila ramai memandangku sinis.
Huhuhu.
“Buat malu
pasukan rumah hijau je budak tu.” Aku tersipu bila mendengar bisik-bisik
pelajar lain. Hari ni hari sukan sekolah. Memang dah rasa kena panggang dah
muka aku ni. Jatuh imej aku. huhuhu.
“Apa
tengok-tengok? Tau lah aku ni cun.” Ujarku berani. Alang-alang dah buat
perangai. Alang-alang juga dah malu. Diaorang pun satu hal, macamlah aku ni
buat jenayah paling kejam. Tu pun nak hairan. Buat sakit hati je budak lain ni.
Abang Milo
itu memandangku dengan senyuman dan tergeleng saja. Sejuk sikit hati ni tengok.
“Terima kasih bang..” Ucapku tanpa malu.
Budak lain
sebenarnya jeles, abang Milo tu tak marah aku. Hehehe.. alah..bukan aku saja
yang buat kerja ni. Si Mail, Syuk, Sara pun dua tiga kali aku tengok
berbaris kat depan lori milo ni. Aku pun
kalau tak kantoi kerana orang yang dengki khianat ni, tak ada maknanya aku
tertangkap. Tapi kan sah-sah mereka bagi free. Tak ada cakap pun tak boleh
ambil lebih dari sekali.
“Woi..
minah tak malu. Tepilah, orang lain pun nak minum.” Segera aku menoleh. Alwi
senyum sinis. Memang mengundang rasa menyampah yang amat. Kenapalah mamat ni
asyik cari pasal dengan aku.
Tiba-tiba
aku dapat menangkap seraut wajah yang boleh buat aku ketar satu badan. Anaz...
jiwa aku rasa berbunga-bunga sekejab. Anaz cinta pertama aku. senior tingkatan
5 kat sekolah.
Tapi tidak
lama rasa berbunga-bunga tu, wajahku rasa hangat melihat senyum Anaz. Senyum
itu seakan mengejek. Huhuhu... kau kejam Alwi.
“Tepilah
beruk.” Marahku menolak tubuh besar Alwi. Tapi Alwi sengaja menghalang
laluanku. Makin geram aku tengok dia ni. Meluat yang amat. Kalau hensem tak
apalah. Ni muka macam muka pecah rumah. Kalau perangai elok, tak hensem pun
boleh nampak hensem. Ni, perangai menyakitkan hati.
“Kau tu
cantik sangat?” Balas Alwi.
“Memang
lah cantik. Kalau tak..kau tak kan suka usik aku kan?” balasku sinis. Bukan aku
tak tahu isi hati sepupu yang sangat aku benci ni. Muzri adik dia ada cakap kat
aku yang Alwi syok gila-gila kat aku.
“Kau cakap
apa ni?” Herdik Alwi. Aku makin menarik senyum.
“Kau tau
tak... Muz dah cakap semua kat aku. kau tau tak...sampai bila-bila pun aku
takkan suka kau.” herdikku. Aku tidak kisah lagi. rasa marah lebih menguasai.
Wajah Alwi merah macam kena bakar. Tambah-tambah gelagat kami di tonton ramai
pelajar lain.
“Kau
jangan sombong. Nanti kau jatuh cinta kat aku.” Balas Alwi bongkak. Aku
mencebik.
“Aku rela
tak kahwin dari kahwin dengan kau.” ucapku. Tapi dalam hati cuak juga. Selalu
dengar, jangan terlalu benci, nanti boleh jatuh cinta. Aku doa-doa tak.
“Ingat
Kiah. Kau jangan nak cakap besar. Lepas kita habis tingkatan lima ni, aku suruh
mak aku meminang kau. mak kau mesti suka.” Ugut Alwi. Aku menarik wajah sinis.
Sengaja menyakitkan hati Alwi.
“Tunggulah
kau sampai kau mati.” Memang sah, ternganga si Anaz dengar aku cakap macam tu.
Pergilah kau Anaz. Walaupun aku suka sangat kat kau, tak ada maknanya aku nak
cover-cover depan kau macam minah-minah lain. Bajet ayu lah konon. Perangai
belakang macam hampeh.
“Kau
memang melampau.”
“Pada
orang yang pendengki macam kau.” ujarku, mengatur langkah ingin pergi dari
situ. Ketika aku lalu di sisi Alwi, tiba-tiba tanganku di sentap dari belakang.
Aku nyaris terjatuh terduduk ke belakang. Cawan milo di tanganku terlepas. Aku
tergamam melihat air milo tumpah di baju rumah sukanku. Alwi ketawa. Di ikuti
oleh pelajar lain. wajahku rasa dah terbakar. Malu. Marah, geram dan benci
menjadi satu.
“Kau akan
dapat balasannya.” Balasku pantas berlari ke tandas sekolah. Masuk ke dalam
salah satu tandas, aku menangis. Dah tak dapat nak control lagi.
Aku tekad
nak balas dendam kat Alwi. Tapi, alih-alih balik je ke rumah petang tu, teruk
telinga aku kena tarik kat emak. Semua tu kerana Alwi yang mengadu kat emak aku
menyamar berkali-kali semata-mata nak ambil air milo kat lori milo. Sekali lagi
aku menangis. Memang lepas tu aku kunci diri dalam bilik, merajuk dengan emak.
Ayah panggil, pujuk makan pun aku tak layan.
Kerana itu
puncak kemarahan aku pada Alwi. Dia memalukan aku depan rakan sekolah yang
lain. tambah-tambah depan cinta pertama aku Anaz. Sejak dari hari tu Anaz dan
rakan-rakan sekolah memanggilku Milo. Sangat memalukan.
Bab
1
Mana aku
nak rembat ni.......? mak aku ni pun... kot ya pun tak sabar tengok aku
berteman... janganlah si Alwi bengap tu... aku mana ada steady boyfriend sekarang.
Bukan tak ada orang nak tau... tapi.. aku je yang tak nak. Tak nak terikat
dengan komitmen. Couple-couple ni tak main. Bukan dalam kamus hidup aku sejak
aku putus dengan si bangang ‘S’ bukan nama sebenar lagi. aku masih mahu
menumpukan pada kerja. Dua tahun aku habis study... syukur Alhamdulillah... dua
tahun juga aku bekerja di SS Sdn. Bhd. Milik usahawan bumiputera, Datuk Sudin.
Tapi...
sekarang...kepala aku pula di semakkan dengan kerenah si Alwi. Mana aku nak
cari calon ni. Kawan-kawan aku? Aku tak Nampak yang berkelayakan untuk jadi
pemimpin aku dalam berumah tangga. Kalau yang ikut cakap aku adalahlah. Aku
mahu yang tegas. Yang boleh membimbing aku. Bukan aku yang membimbing dia.
Semua yang cakap berkenan kat aku selama ni... semua lembut gigi dari lidah.
Ikut awaklah... mana-mana aje yang awak suka... ayat skema mereka. Mana nak
pimpin keluarga. Kalau pun..ikut cakap aku...kenalah timbal baik buruk. Ada
juga yang terlalu tegas. Nak aku je yang ikut cakap dia. Kuku besi... macam tu
pun aku tak nak. Siapa lagi ye....
Mak aku
dah siap ugut aku. Bila aku tak angkat telefon dia, dia main mesej lah pulak.
‘Mak x
kira. Ko kena kawen gak. Cari jgn x cari.’
Mesej mak
ni memang macam tak boleh pakai. Mak aku memang brutal sikit bahasa dia. Sebab
tu kot aku pun terikut sama. Tapi, mesej dia ni lah yang menyeksa jiwa raga. Kata-kata
dia hujung minggu lepas buat aku tension sangat dah ni. Sebab tu aku jumpa
dengan beberapa mamat minggu ni. Sibuk si Awin dan Keropok atur jadual temu
janji untuk aku. Dengan diaorang sekali pun aku angkut. . Keropok ni bukan
makanan tau. Tapi kawan aku. Nama sebenar dia Kerop bin Pok. Tapi satu ofis
memang panggil dia keropok. Masa aku masuk pun memang dah orang panggil dia
keropok. Time dia memperkenalkan diri kat aku dulu aku ingat dia main-main.
Rupa-rupanya memang betul. Aku ingat zaman sekarang nama akulah yang paling
tidak bercitarasa. Tapi..rupa-rupanya nama aku jauh lebih baik dari nama orang
lain.
‘Bila nak
kenalkan menantu mak?’
Setiap
kali tengok skrin handphone muncul nama mak, memang aku tension. Mak ni, sejak
pandai taip mesej guna handphone, dia akan mesej kalau dia tak dapat call aku. Kan
best dulu-dulu mak tak reti taip mesej kat handphone. Tak lah sekarang sampai
ke tengah malam pun dok mesej aku. Sekarang ni angah dah bising dah bila mak
minta beli handphone ‘touch screen’. Ambik kau ngah..
Isnin tu
time lunch kami jumpa calon pertama. Nervous memanglah nervous. Fist time
jumpa. Nasib baik si Keropok dan Awin setuju bila aku angkut sekali diaorang.
Calon pertama.
Zainal- Orangnya hensem... tapi Ya ALLAH.... tak nak lah aku kat dia...bukan apa.. aku
takut aku akan femes satu Malaysia. Bukan apa..aku ni bukannya jenis perempuan
yang tabah sangat melihat kecurangan suami. Nanti... tak pasal-pasal muka aku
masuk news paper sebagai salah
seorang penyimbah asid. Zainal tu buaya
darat. Kalau aku kahwin dengan dia sah-sah kena beli tisu dua tiga kotak. Tak
pun... mesti satu bilik tu buat stor tisu. Dia ni.. mak we... bukan main
banyak. Peringkat paling ganas yang aku akan buat aku akan simbah asid kat dia.
Wah... ganas juga aku ni sampai nak simbah asid. Dia ni rupa-rupanya kerja satu
bangunan dengan kami. Dia cakap dia selalu dok usha-usha aku. Tapi aku tak
perasan pun kewujudan dia selama ni. Jumpa ni pun atas usaha si Keropok. Kawan
aku yang bernama makanan ringan. Nasib kau lah Keropok. Aku tau perangai dia
buaya darat pun sebab si Atul, kerani jabatan aku pernah cerita dia keluar
dengan Zainal. Dia putus sebab tak tahan dengan perangai buaya darat Zainal.
Malamnya
pulak, kami jumpa pulak calon Kedua pulak..nama dia Haizim- Dia ni boleh tahan
juga muka dia. Tapi.... yang aku tak suka. Dia ni pengotor. Kuku dia
masyaALLAH... hitam... daki pun..boleh Nampak kat celah telinga. Tu...tak masuk
lagi kat tengkuk.. wek... Bau badan dia pun boleh tahan. Aku ni bukan memilih
sangat.. tapi..macam mana aku nak berbakti pada dia sebagai isteri kalau aku
tak tahan dengan sikap pengotor dia tu. Nama aje lawa mamat tu. Memilih tak
memilih.. kalau jumpa yang macam tu, setiap perempuan pun akan fikir dua tiga
kali nak terima. Kot ya pun suka menyepah, tapi biar pembersih pada diri
sendiri. Jangan daki sendiri pun tak reti nak gosok. Uwek... Awin pulak tak
cover-cover langsung nak termuntah. Memang aku rasa nak ketuk minah sorang ni.
Huhuhu...itulah
selama ni aku mana nak layan sangat kalau ada yang cuba masuk line. Aku serik
sebenarnya. Takut nak bercinta sejak peristiwa lalu. Lagipun sebelum ni aku
bukan terdesak sangat pun. Aku masih muda. Aku tak nak kahwin semata-mata tengok
orang lain kahwin atau kerana nafsu semata-mata. Aku selesa macam ni. Setelah
dua calon aku reject, selasanya Awin dah buat temu janji ketiga untuk aku.
Mat Pit-
Mat Pit tu nama panggilan dia. Nama dalam IC Mohd. Sanusi. Dia cakap dulu
dialah raja rempit di kampung dia. Sebut aje Mat Pit semua orang kenal dia.
Sampaikan dia sendiri pun lupa lupa ingat nama sebenar dia. Dia kerja hantar
surat. Dia ni gaya brutal habis. Kenal dia dalam FB je. Sebab dah terdesak
sangat kan, setuju la bila dia ajak keluar. Aku jumpa dia sekali dengan Awin
dan Keropok. Gila eh! Dengan seluar koyak rabak, rantai gantung sana sini. Ya
ALLAH.. sakit jantung mak aku kalau aku bawa dia jumpa mak aku nanti. Tak
pasal-pasal balik je si Mat Pit ni dari rumah aku, mak aku terus kejar aku
dengan parang. Punyalah sengkek mamat tu, ada ke aku yang kena bayar harga
makanan dia. Bayar sendirian Berhad lah, kot ya pun tak nak belanja aku. Malu
tau aku kat Awin dan Keropok. Memang lepas tu, berbakul sumpah seranah aku kat
dia. Si mat Pit ni siap ajak aku merempit dengan dia sekali. Dah tu melamar aku
jadi Cikaro dia. Gila!
Calon
keempat ni aku jumpa hari malam selasa. Sejak jumpa dia ni lah aku tak percaya lagi
dengan temu janji yang Awin tetapkan. Memang hampeh punya kawan. Ada
ke..hisy... geli eh!
Nama calon
ke empat ni, Joe- Yang ni buat aku meremang bulu roma sampai sekarang. Ini
kenalan FB Awin. Tengok dari jauh memang stok ‘baik punya’. Hati aku dah
berbunga-bunga. Jambu gak mamat ni. Bisik hati aku first time aku tengok dia.
Aku datang berdua dengan Awin je hari tu. Tu pun lepas habis office hour.
Memang gentlemen habislah dia ni. Layanan dia pun first class punya.
Sampai-sampai je aku dan Awin kat meja yang dia dah tempah tu, dia terus tarik
kerusi ke belakang untuk aku duduk. Pergh... dapat full mark dia untuk layanan.
Tapi... bila dia start berbual, rasa happy aku dah turun bar. Dan saat dan
ketika itu juga aku rasa nak sepak Awin laju-laju. Nasib baik kesabaran masih
ada di dada. Aku beristifar sendiri nak menamatkan pertemuan dengan si Joe ni
atau nama sebenar dia Johana. Memang seram. Awin pun pucat je muka bila sedar
‘mamat jambu’ yang kami jumpa ni sebenarnya seorang perempuan. Aku datang nak
cari calon suami. Bukan nak..huhuhu... aku masih normal lagi. kot ya pun aku
terdesak, tak adanya aku nak bersuamikan.. kaum sejenis. Ya ALLAH... ampunilah
dosa hamba-Mu ini.
Dalam dua
minggu mencari calon ni memang macam-macam je aku jumpa. Aku bukannya memilih
yang sempurna. Tapi, seorang pun tidak membuatkan hati aku selesa. Entah.. aku
belum lagi berjumpa dengan lelaki yang boleh buat hati aku terima dia tanpa
syarat.
Menjadi
anak tunggal perempuan... merangkap anak bongsu kesayangan kepada Encik Zafuan
dan Puan Zulaikha... menjadikan aku hidup aku macam ni. Hidup bawah ketiak
mereka aje. Mana mereka nak lepas aku jauh dari mereka. Tau lah... aku ni anak
yang cun melecun... ayu gitu... mungkin sebab tu kot mereka takut... entah anak
raja mana nak jadikan aku hak milik persendirian. Takut mereka tak di benarkan
aku jumpa mereka lagi. Wah... perasannya aku. Hehehe...tak salah sekali sekala.
Tapi...
nasib baik along dan angah main peranan. Merekalah yang pujuk mak ayah benarkan
aku masuk UiTM Jengka. Dapatlah juga menjenguk ‘dunia luar’. Tapi... tak jauh
mana pun. Masih dalam Malaysia. Itupun nasib baik dapat kat Jengka. Kalau kat
Sabah atau Sarawak, mati-mati mak aku tak kasi.
Ikutkan
hati.. nak juga keluar dari Malaysia. Wah... tingginya impian. Belajar pun tak
cemerlang... markah pun cukup-cukup makan, dah berangan ke luar Negara.
Hehehe... bahasa inggeris pun tunggang langgang.. nanti nak speaking dengan
‘omputih’ lagi.. tak pasal-pasal jadi haru biru. Hehehe...
*****
“Kau memang
tak sayang adik ke long? Sampai hati kau pisahkan dia dengan mak...”
Aku ingat
lagi drama sebabak, masa mak dapat tau aku dapat tawaran belajar kat UiTM
Jengka. Mak memang marah sangat kat along sebab diam-diam tolong aku apply kat
sana.
Abah yang
duduk di kerusi sebelah aku, diam je. Tapi dia Nampak sedih juga. Aku memang
sudah awal-awal kuncikan mulut. Along dan angah awal-awal dah pesan, supaya aku
diam je. Tak payah sibuk nak menyampuk. Tak fasal-fasal pelan tak menjadi.
“Pisah apa
pulak ni? Mak ni kenapa?” Tanya along dengan wajah tak bersalah. Dia yang duduk
berdepan dengan kami sempat mengerling ke arah televisyen. Aku tahu, dia tak
fokus sangat tengok rancangan kat televisyen tu.
“Kau
buat-buat tak tau pulak. Yang kau tolong adik kau mohon U kat Jengka tu
kenapa?” Tanya mak dengan linangan air mata.
“Mak...
dah rezeki acu dapat kat situ. Bukan kita yang nak tentukan. Along tolong isi
UPU, acu dapat kat Jengka.” Terang along. Susah nak terangkan pada emak. Memang
pun dalam pilihan tu kita letak banyak. Tapi.. tak semestinya pilihan pertama yang
kita pilih yang kita dapat.
“Tapi
long.. tak ada yang dekat lagi?” Along dah buat muka bosan berbalas pandang
dengan angah. Memberi isyarat agar angah pulak yang masuk line.
“Apalah
mak ni.. bukan jauh pun. Kalau acu kentut kat sana, kat sini boleh dengarlah.”
Sampuk angah. Ayah sudah ketawa. Aku dan along hanya menahan gelak. Apa je lah
angah aku ni. Time ni pulak nak buat lawak.
“Korang ni
memang. Orang marah dia buat main.” Marah emak. Dia menghempaskan tubuhnya ke
atas sofa. Aku diam tidak berkutik duduk di sebelah ayah.
“Along buat ni untuk masa depan acu mak...
sampai bila mak nak tengok dia duduk bawah ketiak mak je? Nanti dia tak pandai
berdikari. Sampai masanya nanti, kita tak dapat nak jaga dia sepanjang masa.
Kalau apa-apa jadi kat kita, macam mana? Mak nak tengok hidup acu tak tentu
arah?” Ujar along.
Aku kagum
tengok cara along psiko emak. Emak terdiam, mungkin mencerna kata-kata along.
Minta-minta mak terima. Aku faham, sebagai orang tua, emak mana nak berjauh
dengan anak.
“Betullah
along cakap tu cik Ika oi.. acu tu dah besar. Biarlah dia jenguk dunia luar
juga.” Tiba-tiba ayah mencelah. Emak angkat kepala memandang ayah dengan wajah
masam.
“Awak pun
sama je cik wan. Sengaja nak pisahkan saya dengan acu.” Tuduh emak. Ayah, along
dan angah tergeleng.
“Mak...
Kami bukannya nak pisahkan emak dengan acu. Sebulan sekali acu boleh baliklah
mak.” Ujar Angah.
“Sebulan
sekali? Apa kau cakap ni ngah? Sehari tak tengok dia pun mak rasa nak nangis.
Ni.. kau cakap sebulan?” luah emak dengan esak tangisnya. Ayah, along dan angah
saling berpandangan.
Aku pulak
jadi pilu mendengar luahan emak. ‘Mak... acu pun sayang mak. Tapi mak.. acu tak
boleh macam ni aje. Acu kena cari ilmu dan pengalaman di luar sana.’ Ucapku
hanya sekadar di dalam hati.
“Okeylah
sebulan sekali tu mak.. macam angah ni.. tiga bulan sekali baru mak jumpa. Mak
tak rindu pun.” Balas Angah.
“Siapa cakap
mak tak rindu? Kau tu lain ngah.. kau tu lelaki. Tapi.. acu ni perempuan. Adik
bongsu kau ni.” Balas emak. Dua tiga kali dia mengesat air mata. Rasa bersalah
dah bertimpa-timpa kat hati aku tengok dia menangis. Derhaka ke aku?
“Angah tau
la dia adik bongsu angah.. tapi mak.. perjalanan acu masih jauh lagi mak. Mak
tak nak tengok dia kerja elok-elok? Mak nak tengok dia kerja kilang macam si
Ani, Jeera tu? Bukan Angah nak menghina pekerja kilang mak.. tapi.. sayang tau
mak. Sayang kalau acu lepaskan peluang ni. Bukan semua orang dapat peluang
belajar kat U ni mak.” Ceramah angah panjang lebar. Emak terdiam.
“Tapi..
tak ada ke U yang paling dekat?” Tanya emak.
“Ada.
Dekat je mak... 2 km je dari rumah kita. ” Balas angah pendek.
“U apa
ngah?” Tanya mak pantas.
Aku
menjungkit kening pada angah. Dia hanya senyum sesaat. Aku terus pandang along
dan ayah. Dua-dua hanya jungkit bahu sambil geleng. Rasanya... tak ada.
“U-turn
mak. Kat simpang hujung sana je mak.” Jawab angah. Aku tak dapat nak tahan
gelak. Pecah gelak aku, ayah dan along. Angah ni.. memang kepala tahap gila-gila.
Emak terus meluru ke arah angah dan menarik telinga anak bujang keduanya itu.
Terjerit angah bila sepit ketam emak memainkan peranan.
“Memang
kurang asam punya anak.” Marah emak. Aku masih gelak.
“Biarlah
budak ni masuk U tu cik Ika oi.. nanti-nanti.. kalau dia tak balik.. saya ni
ha.. sanggup jadi driver awak, jenguk dia kat sana. Dia bukan nak pergi
berperang yang awak takut sangat ni. Dia nak pergi study je.” Ucap ayah. Emak
diam lagi.
“Kalau
susah sangat.. Apa kata mak pun apply study kat sana.” Cadang si sengal angah
aku tu. Dia tu memang sengal. Bila along jeling, baru dia menghentikan
tawannya. Dia menarik wajah seserius yang boleh. Macam manalah mamat sengal
macam tu bakal jadi doctor nanti? Angah..angah..
“Hmm...
abang janji tau.. abang bawa saya jenguk acu kat sana.” Emak menagih janji ayah.
“Ya..
abang janji. Kalau abang tak larat pun.. kita naik teksi jenguk acu.” Ucap ayah.
Aku bersorak kegembiraan dalam hati.
“Okey.. mak
setuju. Tapi.. sebelum tu, mak nak Tanya acu. Acu setuju tak?” Tanya mak.
“Acu okey
je mak. Thank you mak.. sayang mak..” Ucapku sambil melangkah kea rah emak.
Pipinya aku kucup sayang. Dia memeluk bahuku sendu. Huhuhu.
“Udah-udah
la tu mak.. mak kena ingat.. mak ada dua lagi anak lelaki yang hensem-hensem
ni..” ucap angah. Emak dan aku tergelak.
“Meh
sini... mak peluk semua anak mak.” Along dan angah serenatak meluru ke arah
kami. Terjerit aku dibuatnya bila angah sengaja peluk kami kuat-kuat.
“Hoi!
Hoi.. ayah anak awak ni.. awak tak peluk ke?” Usik ayah dengan senyuman. Wajah
mak terus merah.
“Dah tua
nak minta peluk juga ke? Tak malu kat anak?” Tanya emak dengan wajah tersipu. Ayah
gelak saja. Kami terus meluru ke arah ayah. Giliran ayah pula menjadi mangsa
kami bergayut. Terjerit orang tua tu kami kerjakan. Ayah.. mak.. kami sayang ayah
dan mak..
p/s : Salam... ni perkenalan je. insyaALLAH... lepas habis kerana terlupa kat p2u. citer ni akan menyusul. kalo de xb'kenan.. sila2lah komen ye.
hahahahahhaa.... bahagianya keluarga ini... <3
ReplyDeleteawal yg bagus kak LC ;)
cepat sambung yee...!! ;) :-p
Tq.. akak tunggu hbs kerana terlupa kat p2u. lps kuar hbs, insyaALLAH akak upload
ReplyDeletesiip lah akak ;)
Deletetak sabar nak tau ending KT kat p2u...
nice enter
ReplyDelete