Ketika aku
mengambil keputusan untuk menerima lamaran abang... ramai yang menentang.
Mereka cakap... abang tak layak untuk aku. Abang tak mampu lindungi aku. Abang
takkan mampu mebahagiakan aku. Mereka cakap.. mereka cakap... abang pondan.
Abang pondan?
Soalan itu sentiasa berlegar menghantui fikiran aku. Abang yang aku kenal...
lemah lembut. Ya... dulu…memang lah dia terlebih feminin. Tapi… dia dah
berubah. Dia dah tukar imej rambut panjang dia. Cuma… mungkin cara berjalan dia yang kekal lembut
sehingga digelar pondan. Tapi... dia baik. Dia faham perasaan aku. Dia ambil
berat tentang aku. Dia kawan aku. Dia sahabat aku. Dialah segala-galanya dalam
hidup aku. Abang memang lembut. Tapi... dia bukan pondan.
“Kau langkah
mayat aku dulu sebelum kau kahwin dengan dia. Apa kau pandang kat dia? Kacak?
Hei... aku boleh cari yang lebih kacak dari dia.” Bentak along.
Aku terdiam
sambil memandang wajah emak. Hanya emak yang menerima keputusan aku dengan hati
terbuka. Mak cakap... dia tidak memandang abang dari luaran. Tapi... dia
memandang dari sudut peribadi lelaki itu. Ya... aku sependapat dengan emak.
Abang tidak seperti lelaki lain. Dia istimewa. Sangat istimewa.
“Along...
siapa yang nak kahwin sekarang? Kau ke adik?” Bidas emak.
“Ya mak...
memang adik yang nak kahwin. Tapi mak... cuba mak fikir.. mana kita nak letak
muka kalau adik jadi dengan si pondan tu.” Emak mengucap panjang mendengar
ucapan along. Aku apatah lagi. Rasa nak menitis air mataku mendengar along
menghina abang.
“Siapa ajar
kau menghina orang ni long? Siapa ajar? Dia baik long.” Emak masih membela
abang.
“Mak... betul
apa along cakap tu mak. Nanti... orang akan pandang serong pada adik dan
keluarga kita. Mereka akan cakap adik macam terdesak sangat sampaikan sanggup
kahwin dengan pondan.” Celah angah. Sekali lagi emak mengucap panjang. Aku
hanya memerhati dan mendengar mereka bertingkah.
“Mak sedih
tau.. dengar semua ni dari mulut anak-anak mak. Mak rasa mak dah gagal mendidik
korang.” Luah emak nampak kesal.
Along dan angah cepat-cepat meluru dan melutut
memeluk kaki emak. Mereka teresak kecil.
“Ampunkan kami
mak. Kami tak bermaksud nak buat mak sedih.” Pohon along.
“Ya mak.
Jangan sedih mak... jangan buat kami jadi anak derhaka.” Ucap pulak angah
dengan esakan kecil. Emak melabuhkan punggung ke sofa. Along dan angah masih
mendongak menunggu kata maaf dari emak. Tapi, emak hanya diam. Along dan angah
berbalas pandang.
“Mak...
ampunkan kami. Kami janji takkan menentang keputusan adik nak kahwin dengan
lelaki tu. Mak... kami ikut je. Janji mak tak sedih. Kami ikut je mak.” Esak
along. Emak memegang bahu along dan angah. Dia menarik along dan angah ke dalam
pelukan. Menggogoi along dan angah menangis di bahu emak. Aku turut menumpahkan
air mata.
“Dia
baik long.. angah... mak yakin dia boleh bahagiakan adik.”ucap emak. Keyakinan
emak semangat aku meneruskan keputusan aku menerima abang. Abang... Dura
sayangkan abang.
“Terima kasih
sayang... terima kasih kerana sudi terima abang. I love you.” Bisik abang di
telingaku.
Aku tersenyum
bahagia mendengar ucapannya. Ucapan lelaki yang baru sejam lalu menjadi
suamiku. Akhirnya… jodoh aku dan abang diikat dengan ijab dan Kabul. Berwalikan
along yang pada mulanya menentang.
Aku tahu…
separuh hatinya tidak rela aku bersuamikan abang. Aku akan buktikan yang abang
memang pilihan terbaik untuk aku. Dia suami yang akan membimbing aku ke jalan
yang diredhai. InsyaALLAH..
“Kenapa diam
hmm?” soalnya.
Wajahku masih
panas melihat senyuman manis dia. Betapa kacaknya dia dalam persalinan bahu melayu
putih. Aku tidak peduli dengan pandangan ahli keluargaku. Tidak peduli dengan
bisik-bisik kawan-kawanku. Janji aku tahu… hanya abang pilihan terbaik untuk
aku. Abang dah banyak berkorban untuk aku.
“Hmm… thanks
abang… thanks sebab sudi jadi suami Dura.” Ucapku perlahan. Abang mencapai
tanganku lembut dan dikucup perlahan.
“Kita ucap
terima kasih.. dia pun ikut sama. Apa-apa je lah isteri Sauqi ni…” usiknya
dengan gelak kecil. Aku turut tergelak sama. Sempat aku hadiahkan cubitan kecil
di lengannya.
“Aww.. ops…”
dia menutup mulutnya. Dia mengaduh sakit.
Aku hanya
senyum meleret. Kalau spontan macam ni… memang keluarlah gaya lembut dia tu.
Aku sudah terbiasa begitu. Dia tu je ha.. nak control macholah kononnya.
Macholah sangat.
“Abang tak
payah control macho bang… Dura tak kisah pun. Walau macam mana pun abang… Dura
tetap sayang dan cinta abang sorang je.. Dura..” Aku terdiam sambil menutup
mulut. Aduh... terlepas cakap je. Dia sengih lebar.
“Wah..
bestnyer dengar isteri abang ni lafazkan kata cinta. Abang sayang dan cinta
Dura kuasa dualah kalau macam ni.” Usiknya mencuit daguku. Wajahku rasa panas
je. Abang ni…
“Esok majlis
sanding kita. Hmm… abang kena gerak sekarang sayang. Pak Su dan Mak Su dah
tunggu tu.” Ucapnya.
Hatiku berat
melepaskan dia walaupun esok kami akan berjumpa lagi. Rasa tidak puas berbual
dengan lelaki yang telah mengangkat darjatku menjadi isterinya.
“Hmm.. okeylah
bang. Drive carefully. Dura sayang abang.” Ucapku sambil mencapai tangannya.
Tangan lelaki itu aku kucup lembut. Ketika aku mengangkat kepala memandangnya.
Dia mengucup dahiku syahdu. Alah… indahnya saat ini.
“Qiqi… jomlah
lepak… malam ni Rizky ada lumba kereta. Dia nak I tengok sekali.”
Qiqi diam saja
bila aku ajak dia menonton Rizky berlumba kereta malam ni. Biasaya, dia akan
mengekori aku ke mana saja. Dia tu… dah macam bayang-bayang aku. Cuma kalau
keluar makan je aku berdua dengan Rizky. Rizky memang anti sangat dengan si
Qiqi ni. Tapi.. ada aku kisah?
“Qiqi..”
Rengekku melihat Qiqi masih membelek failnya. Entah ia ke tidak sibuk buat
assignment. Entah-entah buat-buat sibuk.
“Qiqi..” Bentakku.
“Ha… Nape
perempuan? Dari tadi memekik. Aku busylah.
Kau tak payah tengoklah malam ni. Stay dengan aku je. Tolong aku buat
assignment kita ni.” Balasnya.
Aku mencebik.
Sejak couple dengan Rizky. Baru aku merasa apa itu kebebasan sebenar. Sejak aku
kecil lagi aku dikongkong oleh emakku termasuk abang-abang. Itu tak boleh.. ini
tak boleh.. sebab itu peluang duduk di kampus ni aku gunakan sebaik mungkin.
“Kau ni Qiqi..
tak boleh harap. Tak pe… kalau kau tak nak ikut aku… aku pergi berdua je dengan
Rizky.” Ugutku. Qiqi mengerutkan dahi.
“Kau jangan
Dura… Rizky tu tak sebaik yang kau sangka..” keras aje suara Qiqi member
amaran.
“Alah... kau
je yang fikir macam tu. Dia okey apa. Selama ni… dia okey je. Tak apalah… kalau
kau tak nak ikut. Aku pergi dengan dia je.” Ucapku. Aku yakin dia takkan
lepaskan aku pergi berdua dengan Rizky. Entah apa yang dia takutkan sangat.
Rizky tu baik apa. Cuma… yelah… suka berlumba je.
Melihat je
Qiqi disebelah aku, mulalah si Rizky ni
tarik muka. Anti sangat dengan si Qiqi ni. Aku ingat lagi pertama kali kami
keluar bersama, dia memang perli habis.
‘Eh… tak
sangka dia ni pakej sekali dengan awak ye…’ Ayat pedas yang aku ingat sampai
bila-bila.
“Betul ke awak
nak lumba malam ni? Kan ni kawasan diaorang. Awak jangan bual hal wak…” Aku
menyuarakan kerisauan aku. Hatiku cuak melihat gelagat orang ramai di situ.
Terasa menyesal pulak setuju dengan ajakan Rizky semalam.
“Relax k. Ini
Rizkylah… awak duduk diam-diam dengan ‘kembar’ awak tu.. saya nak jumpa Ray
jab.” Rizky berlalu. Aku melangkah ke arah Qiqi. Muka Qiqi cemas semacam je.
“Kau tak risau
ke Dura? Lain macam je aku tengok diaorang ni. Ni first time kan Riz lawan
dengan Ray tu? Kau tengok tu… sekejab-sekejab diaorang pandang sini. Seram
mak..” luah Qiqi.
Aku hanya
jongket bahu, pura-pura tenang. Aku tidak kenal sangat kawan-kawan si Rizky ni.
Dia ni… banyak member. Hanya dua tiga orang je aku kenal muka.
“Okey..diaorang
nak start dah tu… jom pergi ke depan tu.” Qiqi menarik tanganku, mengajakku
bangkit. Aku mengekori langkahnya. Entah kenapa, hatiku berdebar semacam. Rasa
tak sedap hati.
“Kau nak ke
mana? Malam ni.. kau jadi milik aku.” Pekik suara lelaki dari belakang kami.
Aku tidak tahu ke mana kakiku melangkah. Aku sudah penat berlari diheret Qiqi
masuk ke kawasan semak di tepi jalan. Aku tidak sangka Rizky sanggup buat aku
macam ni. Aku dijadikan taruhan untuk perlumbaan malam ini. Nasib baik Qiqi
sempat menarikku lari. Tapi… mereka masih mengejar kami.
“Qiqi.. aku
penat.” Nafasku rasa semput. Qiqi menarikku ke belukar yang agak tinggi. Tanganku
calar bilar terkena ranting kayu. Kaki aku apatah lagi. Luka-luka dah terasa
pedihnya.
“Dura… kau
kena kuat. Jangan mengalah. Nanti kau jadi mangsa. Kau sembunyi sini. Nanti aku
alihkan perhatian diaorang.” Bisik Qiqi.
Aku terpana
melihat Qiqi. Macam mana dengan dia?
“Jangan Qiqi…
kita sama-sama sembunyi kat sini. Aku tak nak kau jadi mangsa.” Esakku.
“Syus.. Jangan
nangis. Jangan bising. Nanti diaorang tau kita kat sini.” Pujuk Qiqi.
Aku menyebam
wajahku ke dadanya menahan tangis. Buat pertama kali, aku berasa selamat di
sisinya. Dia memeluk bahuku, menenangkan aku.
“Jangan
tinggalkan aku Qiqi… aku takut.” Esakku.
Qiqi mengusap
lembut kepalaku.
“Aku takkan
tinggalkan kau.”
“Janji?”
“Janji. Aku
takkan tinggalkan kau. Selagi aku ada.. aku takkan biarkan mereka apa-apakan
kau. Kau duduk sini diam-diam. Walau apapun berlaku… jangan keluar sehingga
mereka jauh dari sini. Janji dengan aku.” Tegasnya menikam pandangan ke anak
mataku.
“Tapi.. kau..”
“Janji
dengan aku Dura. Janji dengan aku… kau takkan keluar dari sini walau apa yang
berlaku.” Qiqi mengengam erat tanganku.
Aku
hanya mampu mengangguk dengan esakan tertahan. Qiqi…
“Qiqi...”
Sedaya upaya aku merangkak menghampiri tubuhnya yang sudah terbaring berlumuran
darah.
“Qiqi..”
panggilku. Tapi… tiada sahutan.
Tubuh kaku itu
aku tarik ke dalam pelukan. Aku tidak peduli lagi. Biarlah samseng-samseng
kurang ajar itu kembali ke situ menangkap aku untuk memuaskan nafsu binatang
mereka. Aku tidak peduli. Aku mahu Qiqi bangun. Aku mahu Qiqi selamat.
“Kau jahat
Qiqi.. kau janji takkan tinggalkan aku. Tapi… sekarang kau nak tinggalkan aku.
Aku takut Qiqi… aku takut…” Aku rasa hendak meraung. Dadanya aku pukul.
Tiba-tiba badan itu bergerak sedikit. Hatiku berbunga harapan. Kepalanya aku
pangku.
“Qiqi..”
Panggilku.
“Dura… kenapa
kau keluar?” Tanya dengan suara lemah.
“Aku tak
sanggup kehilangan kau Qiqi. Qiqi… aku takut kehilangan kau.” Tangisku di
dadanya. Qiqi mengengam erat tanganku.
“Sakit Dura..
sakit.” Aku mengangkat kepalaku dari dadanya. Tanganku bergetar melihat darah
membuak dari dadanya.
“Qiqi..” Aku
menyeluk poket seluar Qiqi. Mencari handphone dia. Handphone aku entah ke mana
hilang.
“Hello..
Sauqi..” Sahut suara itu.
“Amin.. tolong
kami.. Qiqi kena tikam. Tolong Amin…” esakku.
“Korang kat
mana?” suara itu cemas.
Nasib baik
Amin sempat menghubungi polis dan ambulance datang ke situ. Kami dibawa ke
hospital tidak jauh dari situ. Qiqi di bawa ke wad ICU. Luka di dadanya agak
dalam. Badannya penuh dengan lebam akibat dipukul dengan Ray dan
kawan-kawannya. Mereka telah di tangkap sehari kemudian. Rizky pun sama. Emak
datang dari kampung hanya mampu tergeleng. Nasib baik along kat Dubai. Dia
outstation enam bulan kat sana. Angah pulak bertugas di Sarawak. Kalau tidak...
memang teruk aku kena dengan diaorang. Mak pun tak kasi bagitau diaorang.
Tapi… Qiqi
belum sedar. Menurut doctor, dia masih koma. Aku hanya mampu menangis dengan
rasa bersalah yang amat. Pak Su dan Mak Su Qiqi dari kampong datang sebaik
dikhabarkan berita itu.
Nasib baik
mereka tidak menyalahkan aku dengan apa yang berlaku. Aku janji aku akan jaga
Qiqi. Ketika dia masih koma, aku dan Mak Su bergilir menunggu di luar bilik
ICU. Ketika kami exam. Dua minggu aku tidak dapat ke hospital. Mujur Mak Su
faham.
Habis je exam
terakhir, aku bergegas ke hospital. Aku mencari Qiqi di bilik ICU. Tapi… Qiqi
tiada di situ. Menurut petugas di situ, Qiqi sudah dipindahkan ke wad biasa dua hari yang lalu. Mungkin Mak
Su tak sempat beritahu aku. Maklumlah, aku exam. Tak nak mengganggu kot.
Aku memulas
pintu wad dengan hati-hati. Bimbang penghuni di situ terganggu. Mak Su tengah
berbual dengan pesakit lain. Aku melangkah ke arah Mak Su. Sebaik tiba di depan
Mak Su, aku menghulurkan tangan bersalaman dan mengucup tangan orang tua itu.
“Dura minta
maaf lama tak datang. Dura baru habis exam tadi. Mana Qiqi mak Su?” Tanyaku.
Aku buat tidak
Nampak bila pesakit di sebelah mak Su memandangku. Entah apa yang dia pandang.
Mungkin… dia hairan melihat wajah pucat aku dengan mata kuyu. Mungkin dia ingat
aku ni zombie kampong pisang kot. Dua minggu ni tak cukup tidur. Study. Kesihan
Qiqi, dia tak dapat turun exam. Nasib baik Ketua Program cakap, Qiqi boleh
ambil exam berasingan lepas keluar hospital.
“Dura tak
kenal Qiqi lagi?” Tanya Mak Su. Aku mengerutkan kening.
“Eh.. takkan
tak kenal. Mana dia Mak Su? Dia jumpa doctor ye? Dia sihat kan?” Tanyaku
kehairanan.
“Dura..”
Panggil suara lelaki itu. Aku mengerutkan dahi dan pantas menoleh ke arah
lelaki yang dari tadi memandangku.
“Qi…qi..?”
Suaraku tersekat-sekat. Lelaki itu menarik senyum. Senyum itu… ya.. senyum
Qiqi… tiba-tiba tawaku meletus. Wajah Qiqi dan Mak Su serentak berkerut. Berair
mataku ketawa.
“Kenapa kau
gelak?”
“Kau hensem
sangat macam ni Qiqi… nyaris-nyaris aku nak jatuh cinta tadi.” Gurauku dengan
sisa gelak. Mak Su dan Qiqi turut tergelak sama.
“Kalau
betul-betul jatuh cinta pun tak apa…” Usik Mak Su. Dia meminta diri dari situ
memberi ruang dan peluang kami berdua berbual. Aku rasa kekok pulak berbual
dengan dia dengan rambut yang pendek. Malu mak…
“Kenapa kau
macam malu-malu je dengan aku?” Tanya Qiqi. Aku cuba buat-buat biasa. Tapi… boleh
ke? Huhuhu. Hiys.... macam lain je.
“Rasa pelik.”
“Hah? Pelik?
Pelik yang macam mana?” Tanyanya. Dia masih merenungku membuatkan aku
tertunduk. Adoiyai… kenapa tiba-tiba aku rasa malu-malu miaw pulak ni?
“Selama ni…
tengok kau dengan rambut ayu kau. Hehehe…” Aku gelak lagi. Qiqi turut tergelak
sama.
“Aku rasa…
sampai masanya aku berubah. Bila pisau tu terpacak kat dada aku.. aku rasa ajal
aku dah dekat. Aku takut tak sempat nak taubat. Tapi... lepas tu kau datang.
Aku rasa Tuhan masih nak aku hidup. Tuhan nak aku jaga kau. Aku tak nak orang
apa-apakan kau Dura. Aku rasa aku tak mampu lindungi kau jika aku terus jadi
Qiqi. Kalau aku macam ni… baru orang tak berani kacau kau.” Tegas Qiqi.
“Habis… aku
nak panggil kau apa? Qiqi ke.. Sauqi?” Tanyaku.
“Panggil
apa-apa je lah. Tapi… aku suka kau panggil aku abang. Aku kan tua setahun dari
kau.” Ucap Qiqi, eh! Sauqi.
“Apa
senyum-senyum ni?” Tanya suara itu. Aku memalingkan wajah ke sisi, menghadap
wajah kacak itu. Lelaki yang sudah hampir tiga bulan menjadi suamiku itu.
Alhamdulillah… setakat ini.. Semuanya baik-baik saja. Baik along atau angah…
mereka nampaknya sudah boleh menerima suamiku.
“Teringat
kisah kita dulu-dulu.” Beritahuku. Sedar tak sedar… sudah dua tahun kami habis
study. Dah hampir tiga tahun juga aku kerja kat LL Construction. Mujur lepas
praktikal kat situ, aku terus diserap. Memang rezeki aku murah sangat. Abang
pulak kerja kat KK Holding. Dia ditawarkan kerja kat situ lepas syarikat tu
tertarik dengan reka bentuk bangunan yang dia buat time pertandingan mereka bentuk bangunan komersial. Sebelum habis
study lagi.. syarikat tu dah tunggu dia. Memang berbaloi-baloi usaha dia ketika
belajar.
“Janganlah
ingat lagi citer lama k. Malu abang tau.” Entah apa yang dia cakapkan
sebelumnya. Hanya sebaris itu yang aku dapat tangkap. Aku masih belum puas
mengusiknya.
“Qiqi…”
usikku. Wajah suamiku merona merah.
“Nakal..”
tanpa amaran dia menarik hidungku. Puas aku menepis, baru dia melepaskan. Aku
mengurut hidungku dengan rasa tidak puas hati.
“Alololo…
sayang isteri abang ni… jangan buat muka macam tu… tak comel dah..” Pujuknya.
Bahuku dipeluk lembut. Aku tersenyum. Dia memang pandai memujukku. Tidak
sangka… aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini.
“Abang… baby
teringin nak makan pengat pisang.. ” rengekku. Sengaja hendak bermanja dengan
dia.
“Ni… baby ke
Dura yang nak ni?” Usiknya tersenyum manis. Sejak aku disahkan mengandung. Dia
memang memanjakan aku betul-betul. Apa je aku nak, sebolehnya dia bagi. Aku
pun... mengada-ngadalah nak itu ini. Kadang-kadang memang aku sengaja mengambil
kesempatan.
“Nape? Kalau
Dura yang nak… abang tak nak masaklah ye?” Aku menarik muncung berpeluk tubuh
sambil berpaling darinya. Geram je dengan dia ni.
Abang tergelak
kecil. Aku memukul tangannya yang menakal untuk memelukku. Sebaik dapat memelukku,
aku terus bersandar ke dadanya. Dia menyangkut dagunya ke bahuku. Sesekali dia
mengucup bahuku. Tangannya mengusap lembut perutku yang masih kempis.
“Asyik merajuk
je mama baby ni… entah-entah perempuan ni yang…” Ujarnya. Aku masih menahan
diri dari bersuara. Kononnya nak merajuklah ni. Nak tengok… sejauh mana dia nak
pujuk.
“Merajuk lagi
lah ni… sayang… abang minta maaf k. apa
je sayang minta… abang masak. Sayang nak makan apa lagi? Pengat pisang je? Nak
sup unta? Sup kuda?”
Aku tidak
dapat menahan gelakku. Tangannya di perutku aku tampar lembut. Dia turut sama
ketawa kecil.
“Ha… macam ni
lah baru cute. Sayang kalau gelak cute sangat tau.” pujinya. Aku mencebik.
Sengaja nak jual minyak lah tu..
“Mengada.”
“Betul…”
Ucapnya bersungguh-sungguh.
“Itu belakang
kira… Dura tau.. Dura memang cute sangat… sekarang ni.. Dura nak makan pengat
pisang.” Ucapku sudah kecur air liur. Abang cepatcepat bangkit. Dia menghentak
kaki dan mengangkat tangan paras telinga. Seperti askar.
“Yes mem..”
dia terkocoh-kocoh ke dapur. Aku hanya tergelak kecil. Nasib baik ada pisang
yang kami bawa dari kampung hujung minggu lalu.
“Dura...” Aku
terkejut melihat lelaki itu di depanku. Serta merta darahku rasa mengelodak
marah. Aku ingin lari dari situ. Dah empat atau lima tahun aku tidak melihat
dia. Sejak dia lari selepas mempertaruhkan aku pada Ray selepas dia kalah
berlumba malam hitam itu. Dia sempat lari ketika pihak polis menyerbu tempat
lumba haram mereka dulu. Ray dan beberapa orang lagi ditangkap polis atas
beberapa kesalahan.
“Dura..” Rizky
mencapai tanganku. Aku terus menepis kasar.
“Jangan
pegang-peganglah.” Marahku. Dia mengakat tangannya paras dada.
“Okey...
okey.. I tak pegang. You ni sombonglah...” perlinya dengan wajah sinis. Aku
menarik nafas dalam-dalam. Rasa menyesal pulak merayau ke bahagian pakaian
lelaki tanpa abang tadi. Kononnya nak beli sesuatu untuk dia untuk surprise.
Tak sangka pulak jumpa dengan si Bangang ni.
“Hah! Nak
apa?” bentakku. Dia senyum lagi.
“Kalau you
hanya nak tersengih kat sini... I pergi dulu.” Dia menghalang aku pergi dengan
badannya. Aku menjauh. Geram.
“Ops... ops..
relax dulu. You ni... tak dapat usik sikit. Hmm... you apa khabar? Lama tak
jumpa. Bertahun I cari you. I betul-betul nak minta maaf pasal hal dulu-dulu
tu. I terpaksa sayang. I merana lepas tu. I betul-betul rindukan you, Dura..”
Sekali lagi
darahku rasa menyirap mendengar kata-katanya. Boleh puak dia cakap macam tu?
“You ni gila
ke apa?”
“Hahaha... you
ni makin comellah Dura. You dah kahwin?” Aku meluat melihat muka tak malu dia.
Dia masih bersandar sambil merenungku.
“I dah kahwin.
Dah lah... I nak jumpa husband I. Dia dah tunggu I tu.” Aku pantas berlalu.
“I akan
dapatkan you balik Dura... ingat tu. Si Pondan tu tak layak untuk you.” Aku
tersentak mendengar kata-katanya. Macam mana dia tahu? Maknanya... dia Cuma nak
kepastian lah tadi? Aku terus berlalu tanpa menoleh lagi. Makin lama aku di
situ. Makin sakit hati aku.
“Qiqi.. Qiqi..
jangan tinggalkan aku.. Qiqi...” Aku menangis teresak-esak melihat Qiqi
dibelasah..
“Qiqi..”
“Sayang...”
Aku terasa kepalaku diusap. Aku tergeleng dengan mata yang masih terpejam. Aku
tidak berani untuk mencelikkan mata.
“Qiqi...
tolong... jangan pukul Qiqi...” esakku makin deras.
“Sayang...
bangun.. hei.. buka mata tu sayang... abang ada sebelah sayang ni.” Pujuk suara
Qiqi. Aku tergeleng.
“Sayang...
sayang mimpi ni.. buka mata ye..” Pujuknya.
Mimpi?
Perlahan-lahan aku mencelikkan mataku. Aku terkebil-kebil melihat abang. Dia
mengusap-usap rambutku sambil berbaring mengiring menghadapku. Aku terus
menyebamkan wajah ke dadanya dengan esakan. Pertemuan semula dengan Rizky siang
tadi seakan mendekatkan semula aku dengan peristiwa hitam itu. Aku betul-betul
takut.
“Abang...
Dura.. Dura..” Aku gagal meneruskan kata. Esakanku menguasai ruang.
“Syus... dah..
jangan nangis... abang takkan tinggalkan sayang. Abang akan lindungi sayang
selagi abang masih hidup. Abang janji sayang..” bisiknya sambil menepuk-nepuk
lembut lenganku. Aku terus menarik tangannya dan berbaring di lengannya. Dia
memeluk erat tubuhku. Aku rasa selamat di situ.
“Dah... jangan
nangis lagi. Sayang tidur ye.” Mataku makin memberat. Tepukan lembut dia seakan
mendodoikan aku. Abang... terima kasih..
“Kau ingat
pondan tak mampu bagi zuriat? Kau tengok si Dura tu... mengandung jugak.” Langkah
aku dan emak terhenti di pintu dapur. Bisik-bisik itu membuatkan aku menitiskan
air mata. Emak pun diam saja sambil mengengam erat tanganku. Aku tidak kisah
mereka menghina aku. Tapi.. jangan hina abang. Abang bukan pondan.
“Sabar je lah
Dura. Mak Lang kau mulut je macam tu...” pujuk emak, berbisik. Aku hanya mampu
berdiam diri memujuk hati.
Abang pulak
entah ke mana. Mungkin memasak di khemah bawah. Kalau ada kenduri kendara
saudara mara kami, memang abang yang akan dicari. Masakan dia sedap. Kalah
masakan aku. Kat rumah tu memang kami dah bahagi tugas. Dia memasak. Aku kemas
rumah. Tapi... sejak mengandung ni, memang dia tak kasi aku banyak gerak. Kerja
aku cuma masukkan pakaian dalam mesin. Sidai dan melipat pakaian. Kerja yang
tak mencabar langsung. Dulu… akulah yang panjat tangga untuk betulkan lampu.
Sekarang… jangan harap. Panjat kerusi nak ambil barang atas almari pun… dia dah
bising. Macam mulut murai berleter.
“Eh.. Dura..
mana isteri.. ops.. suami kau?” Aku geram mendengar pertanyaan mak Lang
buat-buat tersasul. Kata-kata itu
mengundang marahku.
“Kau ni
lang... mulut tu.. jaga sikit.” Tegur emak. Emak Nampak kurang senang dengan
adik iparnya itu. Emak tidak ada adik beradik lain. Adik beradik sebelah arwah
ayahlah adik beradik dia.
“Orang
tersasullah long... ha.. mana menantu kak long tu?” Tanya Mak Lang. Memang aku
kurang berkenan dengan mak lang ni. Mulut dia memang tak bertapis lagi.
“Dia ada kat
khemah memasak tu.” Beritahu emak, selamba.
Aku melabuhkan
punggung bersebelahan Mak su. Mencapai pinggan untuk di lap. Kalau tidak
mengenangkan kenduri doa selamat tok abah dan tok umi balik dari mengerjakan
haji, memang aku dah ajak abang balik. Kenduri ni pun… untuk family kami-kami
je. Sebab tu takut pulak saudara mara lain kecil hati.
“Nape dia tak
tolong si Shah dan Mil tu pasang khemah? Nak jugak memasak. Entah apa nasib kau
ni Dura... dapat suami lembut macam tu. Dulu aku nak kenenkan kau dengan abang
Yazid kau... kau tak nak..” leter mak Lang.
“Alang...” Mak
Su mencubit lengan Mak lang. Wajah mak Su Nampak serba salah.
“Alang...
kenapa kau ni? Siapa ajar kau menghina orang macam tu? Aku tak pernah ajar anak
aku cakap macam tu.” Kami tersentak mendengar suara tok abah dari belakang
kami. Mak lang terkulat-kulat. Emak dan mak su sama macam aku. Hanya mampu
berdiam diri.
“Alah abah...
orang cakap pasal anak saudara sendiri.”
“Kau cakap tak
fikir perasaan orang. Kau tak ada hak nak cakap pasal orang lain. Kau kena
ingat, kau tu ada anak. Lepas ni nak bercucu. Kalau tak kau... anak cucu kau
yang terkena.” Leter Tok abah. Wajah mak lang makin kelat.
“Abah ni...
macam mendoakan je.” Rungut mak lang. Kami tidak berani menyampuk. Tok abah
memang tak suka anak cucu dia menghina orang lain. Pantang betul dia.
“Itulah...
cakap hal orang tak ingat.” Mak Su tersenyum kecil melihat wajah kelat mak
lang. Aku dan emak hanya membatukan diri.
Aku gembira
melihat hubungan along, angah dan abang semakin baik. Hubungan dia dengan
sepupu aku yang lain pun boleh tahan. Aku hanya ada seorang sepupu perempuan,
anak mak lang. Petang ni baru dia sampai dari Sabah. Yang lain semua lelaki.
Bayangkan, dua perempuan lawan dengan 18 lelaki. Aku dan Rasyma memang kena
buli aje. Nasib baik tok abah selalu protect kami. Setakat ni.. memang aku
sorang je yang dah kahwin. Along sebagai cucu Haji Sahari yang paling tua buat
pekak je bila soal kahwin di bangkit. Dia dah bertunang sebenarnya. Tapi, Kak
Nia nak alang-alang habis study dia. Angah pula.. huh! Memang tak ambil port
langsung. Dia cakap tunggu puteri raja pinang dia. Hampeh punya abang. Abang
Ajid anak sulong Mak lang pun… diam-diam je. Tak ada bunyi langsung nak kahwin.
Rasyma pernah cakap… along dia tu frust giler time aku kahwin dengan abang
dulu. Entah betul.. entah tidak si Rasyma tu. Aku tak tau lah. Dia tu kalau bab
mengenakan orang nombor satu.
“Sayang buat
apa tu?” aku tersentak mendengar suara abang melaung dari khemah memasak. Malu
pulak aku tengok sepupu sepapat aku memandang kami dengan senyuman mengusik.
Entah apa-apa abang tu. Macam tak boleh datang dekat .
Aku melangkah
ke arahnya yang sedang menggaul lauk di dalam kawah.
“Lapar?” aku
geleng saja. Lauk ayam masak rendang tu Nampak menyelerakan. Tapi… perut aku
belum lpar lagi.
“Hmm.. sayang
duduk atas jelah… kat sini panas.”
“Tak apalah
bang… Dura temankan abang.”
“Hmm…
suka hati Duralah ye. Kalau penat… naik atas tau.” Aku hanya senyum.
Sejak
seminggu yang lalu aku tengok abang banyak termenung. Tanpa dia sedar,
kadang-kadang dia mengeluh kesah. Aku tidak senang melihat wajah tegang dia.
Bila aku Tanya dia Cuma cakap tension sebab projek baru company. Company dia
tengah berebut tender untuk projek kondominium mewah di Bukit K. Ya.. aku tahu
itu. Sebelum ni… ada juga projek besar masuk. Tak pulak dia setegang ini. Aku
malas hendak mengganggu bila dia cakap, dia akan settlekan sendiri. Aku faham
sangat kalau dia dah cakap macam tu. Dia perlukan masa untuk diri sendiri.
Abang
dengan masalah dia. Aku pulak… dua minggu yang lalu asyik dapat panggilan dari
Rizky sehingga membuatkan aku tekad menukar nombor handphone. Bila aku tukar
nombor… ada pulak SMS dari pengirim misteri yang masuk. Mungkin juga Rizky.
Entah… kalau betul-betul dia. Memang cekap betul dia siasat tentang aku.
SMS
yang aku terima sebaik aku masuk ke pejabat pagi tadi betul-betul membingungkan
aku. Siapa yang hantar mesej ni? Sebelum ni Rizky pernah menghubungi aku.
Pelbagai cerita tentang abang dia cakapkan. Semuanya buruk-buruk belaka. Aku
tidak percaya langsung. Abang takkan buat aku macam tu.
‘U
dtg ke Kelab BB malam ni. U tengok sendiri, apa yg husband U buat’
Aku
malas nak reply. Entah-entah si hantu Rizky tu. Sengaja dia guna nombor baru
untuk elak aku delete terus mesej dia. Tekaku. Belum sempat aku menyimpan
handphoneku, sekali lagi handphonenya berbunyi menandakan mesej masuk.
‘U
jgn percaya sgt dgn hubby u 2. Xrugi pun, kalo U dtg mlm ni. Kalo U x dtg, U
akn t’tipu spjg hayat U. baik U tau skrg’
Aku
betul-betul bingung. Antara percaya atau tidak. Antara rasa ingin tahu dan rasa
takut. Perasaanku saling bertingkah. Apa perasaan abang kalau dia tahu aku mula
curiga dengan dia. Ya… ALLAH, apa patut aku buat?
Mulutku
ternganga melihat seseorang di atas pentas itu. Aku tidak tahu apa yang
membuatkan aku berkunjung ke situ seorang diri. Mungkin juga kerana rasa sangsi
selepas menerima SMS dari seseorang yang tidak dikenali. Aku tidak tahu. Tapi..
apa yang aku jumpa amat mengejutkan aku. Betul-betul melukakan hati aku. Sampai
hati abang… air mataku mengalir. Perlahan-lahan aku melangkah ke depan pentas.
Nyata… dia tergamam melihatku. Dia terus terkaku. Suara sorakan dari tetamu
yang datang seakan sepi. Seakan aku dan dia saja di situ.
‘Dura..’ Aku
seakan dapat membaca gerak bibirnya menyeru namaku. Aku tergeleng terus
melangkah keluar dari situ. Aku tidak sanggup melihat dia lagi. Betul-betul
tidak sanggup. Entah mana janji dia pada aku. Entah mana iman dia. Ya ALLAH..
apa yang aku perlu buat? Esakan aku tidak dapat aku bendung.
Ketika aku menunggu teksi, aku terasa tanganku
dipegang. Wajah itu memandang aku dengan pandangan sayu.
“Lepaslah…”
marahku.
“Abang takkan
biarkan Dura balik sorang.” Ucapnya.
“Abang? Bukan
Qiqi?” Sindirku sinis. Melihat dia dalam pakaian macam itu membuatkan aku
jelik.
“Jom balik.”
Dia tidak menunggu jawapan dari mulutku, pantas menarikku ke keretanya.
Sepanjang perjalanan balik, kami diam.
Sebaik sampai
aku melangkah ke bilik. Tapi, dia menahanku.
“Dura..”
Serunya. Aku memandangnya dengan hati yang membara.
“Abang..
kenapa abang buat Dura macam ni bang? Apa yang abang nak lagi? Abang cakap
abang dah berubah. Abang tekad nak berubah.” Aku terus menghambur tangisku. Dari
dalam kereta tadi aku menahan tangisku.
Abang hanya
membatu. Aku tergeleng-geleng memandangnya dengan rasa tak percaya. Dia dah
janji nak berubah. Dia dah janji takkan jadi macam dulu. Abang...
“Abang...
jangan diam je. Dura dah tak penting pada abang ke? Abang tak ingat ALLAH?
Abang tak ingat anak kita?” Aku kecewa sangat-sangat melihat wajah dia. Wajah
yang lama. Kenapa abang sampai hati buat aku macam ni? Apa kata keluargaku
nanti? Susah payah aku nak yakinkan along dan angah.
“Abang..”
“Dura tak
faham sayang...”
“Cuba fahamkan
Dura.. jangan biar dura buat tafsiran sendiri. Tengok abang macam ni... Dura
kecewa sangat bang. Mungkin ini balasan Dura sebab melawan cakap along dan
angah.”
“Dura...
Jangan cakap macam tu sayang. Jangan buat abang rasa bersalah. Abang sayang
Dura.. Abang..” Dia tidak menghabiskan kata-katanya.
Aku menarik
nafas dalam-dalam. Cuba menghalau rasa kecewaku. Kalau dengar dari orang lain,
sumpah aku tak percaya. Ini... dia yang berdiri di depanku. Melihat dia
sekarang seakan mengiakan kata-kata Rizky selama ini. Aku ingat Rizky hanya
membuat fitnah untuk memisahkan kami.
“Dura rasa... Dura kena pergi dari rumah tu.
Izinkan Dura balik rumah mak ye bang. Masa tu... terpulang pada abang nak fikir
macam mana. Kalau abang nak Dura terus jadi isteri abang.. atau abang nak
lepaskan Dura. Tapi... kalau abang nak Dura masih dengan abang. Dura nak abang
bertaubat takkan kembali macam ni. Dura nak besarkan anak kita macam pasangan
normal bang.” Ucapku panjang lebar. Sekarang... terpulang pada dia untuk
membuat keputusan. Aku pasrah dengan apa saja keputusan dia. Aku tidak mahu
kami berpisah. Tapi... kalau dia sudah tidak mahukan aku terus menjadi isterinya.
Aku terpaksa terima. Memaksa dia kembali menjadi suamiku, tidak sesekali. Aku
mahu dia ikhlas berubah. Tapi, kalau ditetapkan kami akan berpisah, biarlah
hubungan kami putus dengan baik.
“Sayang... sayang
jangan pergi.”
“Tapi bang...
Dura perlukan masa untuk diri Dura. Dura perlukan masa untuk tenangkan
fikiran.” Luahku. Panggilan sayang dari dia membuatkan hatiku rasa tersayat
pilu. Entah ikhlas atau tidak panggilan itu. Adakah dia sayangkan aku sebagai
lelaki? Hatiku dihinggap curiga. Ya ALLAH... kuatkan hatiku. Kuatkan cinta
kami.
“Kalau macam
tu... sayang duduk je kat rumah ni. Ajak mak. Rumah ni memang abang beli untuk sayang.
Nanti abang duduk kat apartmen lama abang. Nanti abang jenguk sayang dan anak
kita. Kalau sayang dah tenang... sayang boleh call abang.” Putusnya. Entah aku
tak pasti kenapa dia berkata begitu. Seakan keputusan di tanganku. Bukan dia
yang perlu membuat keputusan.
“Abang kena
fikir, apa yang terbaik untuk hidup kita.” Ucapku pula. Sengaja aku menyebut
hidup ‘kita’. Keputusan yang dia buat bukan saja melibatkan hidup dia. Tapi..
hidup aku dan anak kami yang di dalam kandungan ini.
Tanpa dia di
rumah ini membuatkan aku rasa orang bodoh. Dua bulan hubungan kami tergantung.
Aku sudah menunggu hari untuk melahirkan. Aku jadi ralat hidup sendirian.
Selama ini... dia memanjakan aku sehingga aku terlupa untuk hidup berdikari.
Hari-hari yang aku lalui tanpa semangat. Di pejabat pulak, aku pura-pura ceria
macam biasa. Tidak mahu kawan-kawan berfikir yang bukan-bukan. Apa yang mereka
hairankan, rutin aku pergi dan balik kerja dengan teksi. Abang mesej dengan aku
supaya naik teksi yang dia sudah tempah untuk aku sepanjang dia tiada. Sebelum
ini… memang dia nak hantar aku pergi dan balik. Abang.. Dura rindukan abang..
rintih hatiku. Dalam keadaan yang sarat ini... aku rasa semakin lemah. Aku
sengaja tidak mengajak emak menemaniku di sini. Bimbang emak akan berfikir yang
bukan-bukan.
Bunyi loceng
rumahku membuatkan aku sedikit tersentak. Aku menggagahkan diri membuka pintu.
Emak dan along. Detik hatiku melihat mereka berdiri di pintu pagar. Aku
melangkah lambat-lambat membuka pintu pagar.
“Emak dengan
along apa khabar?” Tanyaku ketika menyalami mereka. Aku tidak sedap hati
melihat wajah tegang along. Aku mempelawa mereka masuk.
“Apa semua ni
Dura? Please... explain kat along sebelum along belasah dia.” Aku ternganga
melihat gambar yang along lemparkan. Dia berjalan mundar mandir depan aku dan
emak. Macam mana along boleh dapat gambar ni? Aku telan liur pahit.
“Itu… itu..”
“Kau cakap
Sauqi tu bukan pondan. Hah… ni apa ni? Gambar dia kat atas pentas ni. Dia buat
part time jadi model untuk fesyen show ke apa?” wajah along kemerahan. Marah.
Aku terkulat-kulat di sebelah emak. Emak hanya tergeleng saja.
“Dia.. dia..”
“Dia.. dia
apa?” Sergah along.
Aku tidak mampu untuk mencari kata-kata untuk
menjawab soalan along.
“Itulah kau…
dari dulu lagi aku larang kau kahwin dengan si pondan tu. Kau tengok sekarang…
dia kembali dengan perangai dulu-dulu.” Marah Along. Dia mengepal-ngepal
penumbuknya. Aku rasa, kalau abang ada di situ, memang teruk abang menjadi
mangsa tumbukan dia.
“Kalau dia
masih macam tu. Baik kau minta cerai dari dia.” Tegas along.
Kata-kata itu
bagaikan halilintar. Aku gerun melihat kemarahan along. Along jarang marah.
Kalau dia marah, memang aku takut sangat. Entah.. apa aku nak cakap lagi. Aku
masih sayangkan abang. Dia suami aku. Tetap akan jadi suami aku, kalau abang
kembali pada aku.
“Along… cuba
bawa bersabar. Dengar dulu apa kata adik. Bagi peluang Sauqi untuk jelaskan.
Tak baik menghukum tanpa mendengar penjelasan dari dia.” Ujar emak lebih
berdiplomasi.
“Nak dengar
apa lagi mak? Mak tengok sendiri gambar tu kan.. Pondan tu....”
“Along… dia tu
ada nama. Jangan nak kusutkan lagi keadaan. Kesihan adik ni.” Celah emak lagi.
Dia Nampak susah hati. Aku serba salah melihat wajah mereka.
“Dia sendiri
yang rosakkan hidup dia mak. Kalau dia tak pilih si pon.”
“Along…”
Kami terkejut
mendengar suara angah dari muka pintu. Bila dia sampai? Kata-kata along turut
terhenti di situ. Hatiku rasa dicarik-carik setiap kali ada orang yang mengutuk
abang. Tapi… aku tidak tahu apa alasan untuk aku pertahankan dia, sedangkan
gambar abang dengan pakaian wanita terdampar di depanku. Aku malu.. tapi.. aku
tidak sanggup kehilangan abang.
“Kau kenapa
baru sampai? Kau dah jumpa si pondan tu?” Tanya along keras.
“Along jangan
hina Sauqi macam tu.” Tegah angah.
Aku memandang
wajah angah dengan rasa tidak percaya. Aku ingat dia akan mengutuk abang macam
along juga. Along mempamerkan wajah tidak
hati. Angah mengambil tempat di sebelah emak.
“Kau pun dah
termakan dengan si pondan tu. Kau tengok gambar kat depan tu. Gambar si pondan
tu tengah berpesta sakan.” Herdik along.
“Along tengok
video ni pulak.” Ujar angah.
Mataku
membulat melihat video itu. Suara-suara gelak dan teriakan dari video itu tidak
sanggup aku dengar. Aku menutup telingaku. Aku tidak sanggup mengingati tragedy
hitam itu... Malam itu.. Ya malam yang hampi-hampir meragut maruah aku. Malam
itu nyaris-nyaris diperkosa oleh Ray dan kawan-kawan dia. Tapi… abang yang
selamatkan aku. Abang yang heret aku lari . Tapi… siapa pulak yang sempat
merakam aksi dalam video itu? Kenapa sudah bertahun baru video tu muncul? Atau…
memang sudah lama video tu kat you tube? Hatiku makin kuat berdebar. Ya ALLAH…
Aku tidak
sanggup melihat wajah along dan angah. Mesti mereka terkejut melihat aku
dipeluk lelaki yang tidak mereka kenali malam itu. Bagaimana lelaki itu menarik
bajuku sampai terkoyak di bahu. Aku tidak sanggup.
“Jangan tengok
long.. ngah..”
“Adik boleh
explain apa maksud video ni?” Tanya angah dengan suara tenang.
Along dan emak
tergeleng-geleng. Ya… video itu kelihatan mencurigakan. Tapi… aku berani bersumpah.
Tiada apa-apa yang berlaku masa tu. Ketika Ray baru hendak mendidihku. Qiqi
telah menolak Ray. Qiqi mengugut mereka dengan mengacukan pisau jika mereka
berani menghampiri. Kami Berjaya melarikan diri. Walaupun akhirnya abang
ditikam di perut selepas mengalihkan perhatian Ray dan kawan-kawannya dari
tempat aku bersembunyi.
“Macam mana
angah dapat video ni?” Tanyaku dengar suara bergetar.
“Angah nak
adik jawab soalan angah tadi. Bukan adik Tanya angah balik.” Tegas angah.
Aku pandang
wajah emak. Emak masih menunggu jawapan dariku. Along terdiam. Mungkin juga
menunggu aku menjawab.
“Adik.. adik mengaku…
adik tak sebaik yang along dan angah fikir selama ni.” Akuiku.
Mereka
tergeleng dengan wajah kecewa. Along Nampak kesal. Angah masih memandangku
menunggu penjelasan lanjut.
“Tapi… adik
berani bersumpah ngah.. long… tak ada apa-apa yang berlaku malam tu. Adik
Berjaya larikan diri dari mereka. Qiqi tolong adik dengan acukan pisau pada
mereka. Qiqi heret adik bersembunyi kan semak sebelah jalan. Sumpah long..
sumpah ngah…” cerita dalam esakan.
Emak membawa aku ke dalam pelukan menenangkan
aku. Aku sudah bercerita semuanya pada emak sebelum ini. Dia lebih memahami. Tapi..
dia pun macam aku. Baru tahu kewujudan video ini. Mungkin juga hatinya terluka.
Mak… ampunkan adik mak..
“Kenapa kau
jadi macam ni dik? Kenapa kau boleh bergaul dengan mereka dulu?” Tanya along
dengan suara kesal. Dia tersandar.
“Adik fikir
nak seronok je masa tu long. Adik nak bebaskan diri dari dikongkong. Adik
ingat… kebebasan boleh bagi keseronokkan pada adik. Tapi.. adik silap long.
Adik silap. Adik hampir kehilangan maruah adik kerana nak cari kebebasan. Kalau
tak ada Qiqi adik tak tau apa yang jadi malam tu.” Jawabku dengan sendu yang
bersisa.
“Qiqi tu..
Sauqi?” Tanya along lagi. Aku angguk.
“Sejak malam
tu dia berubah long. Dulu ye.. memang dia berperwatakan lembut. Dia ditikam
selepas alihkan perhatian samseng-samseng tu dari tempat persembunyian adik.
Dia cakap.. dia betul-betul ikhlas nak
lindungi adik. Tapi… nampaknya… adik silap menilai. Dia… dah kembali..”
“Tak dik.”
Pintas angah.
Aku terdiam.
Tiga pasang mata memandang angah tepat.
“Adik tau tak…
sebab video ni.. Sauqi sanggup jadi macam tu semula. Dia terpaksa dik. Dia buat
macam tu untuk selamatkan maruah adik. Ada orang ugut dia nak sebarkan video ni
kat internet kalau Sauqi tak jadi boneka malam adik cekup dia kat party tu.”
Terang angah. Aku tergamam. Emak mengucap panjang.
“Malam tu je
dik.. malam tu je dia buat macam tu. Ada orang nak pedajal korang.” Jelas
angah. Wajahnya menahan kemarahan, atau mungkin geram. Tapi… macam mana angah boleh
dapat video ni?
“Mana angah
tau hal ni?” Emak bertanya selepas dari tadi hanya menjadi pendengar.
“Angah jumpa
masa kami serbu kat rumah suspek pecah rumah kat Taman M semalam.” Beritahu
angah. Kami sekali lagi terkejut.
“Kita kenal
penjahat? Siapa dia ngah?” Desak along.
“Rizky.” Aku
sudah dapat meneka. Dialah dalang sebenarnya.
“Siapa Rizky?”
Tanya along. Mereka memang tidak pernah tahu siapa Rizky tu.
“Dia.. dia
bekas teman wanita adik. Dia… dialah yang pertaruhkan adik pada malam hitam tu
dalam lumba kereta haram.” Jelasku. Sekali lagi along dan angah tergeleng.
Melihat wajah kecewa mereka membuatkan rasa bersalah makin kuat bergayut.
Tambah-tambah bila teringatkan abang.
“Angah dah
dapat tangkap dia?” Tanya emak.
“Tak. Tapi, angah
dah soal siasat salah seorang ahli ninja. Tak sangka Rizky ketua geng ninja.
Kumpulan pecah rumah yang kami cari selama ni. Tapi… sampai sekarang kami masih
belum Berjaya tangkap Rizky. Dia sempat larikan diri dalam serbuan hari tu.” Beritahu
angah lambat-lambat. Aku ternganga. Sekali lagi rasa kena renjatan elektrik.
“Adik takut…
dia sebarkan video adik tu.” Luahku perlahan.
“Adik tak
payah risau lagi. Lap top dia dah dirampas. Video adik takkan tersebar. Angah
dah deletekan. Ini… angah ambik video ni untuk minta penjelasan adik. Tapi… angah
nak dengar sendiri dari mulut adik. Angah dah dapat jawapan. Sekarang angah
akan delete.” Cerita angah. Aku sedikit lega. Tapi… hatiku tidak tenteram mengenangkan abang.
Macam mana dia sekarang? Aku harus jumpa dia. Dia… dia banyak berkorban untuk aku.
“Macam mana
angah tau, cerita pasal abang di paksa jadi.. jadi..” aku serba salah untuk
menyebutnya.
“Sebenarnya…
serbuan itu atas maklumat Sauqi. Dia minta angah tolong dia untuk siasat hal
video tu. Dari situ angah tau, dia diugut supaya kembali jadi pondan untuk
malam tu sebagai syarat supaya Rizky serahkan video tu pada dia. Tapi… tak
sia-sia juga angah intip Rizky tu. Intipan tu membawa kami kepada penangkapan
ahli kumpulan ninja.” Cerita angah. Kami hanya terangguk-angguk. Nasib baik
juga abang kedua aku ni seorang inspector polis.
“Mak.. adik
bersalah kat abang.” Ucapku kesal sambil melentokkan kepala ke bahu emak.
“Adik
pergi cari suami adik. Kembali pada dia.” Ucap emak. Aku pandang wajah dia
dengan pandangan yang kelam. Air mataku semakin lebat mengalir. Nyata… abang
tidak sejahat yang disangka.
Aku meminta
Angah menemani aku sampai ke depan pintu lift saja. Aku tak nak menyusahkan
dia. Lagipun, dia nak masuk bertugas lagi lepas ni. Sepanjang menunggu lift
sampai ke tingkat tujuh, aku merangka ayat yang sesuai untuk memohon maaf dari
abang. Aku takut dia enggan memaafkan aku.
Ketika aku
memulas pintu apartmen aku sedikit hairan bila pintu tidak berkunci. Ruang
depan sedikit berselerak. Takkan abang tak kemas. Setahu aku… abang seorang yang
rajin mengemas. Langkahku terhenti melihat abang duduk di kerusi yang menghadap
ke tingkap besar. Dia tidak sedar kehadiranku memandangkan kerusi itu
membelakangkan aku.
“Abang…”
Panggilku. Abang tidak menyahut. Aku jadi serba salah.
“Abang… ampunkan
Dura bang… Dura tak tau. Dura…” Aku tidak mampu bersuara bila mengenangkan rasa
bersalah aku. Abang diam masih belum menoleh. Hatiku tidak keruan melihat dia
diam saja. Marah betul dia pada aku.
“Abang…”
Panggilku. Aku tidak sedap hati melihat dia tidak berkutik sedikitpun.
Perlahan-lahan aku melangkah ke depannya. Mataku terbeliak melihat darah di
dadanya. Ya ALLAH…
“Abang..” Aku
sudah berteriak.
“Abang..
bangun bang… bang..” Panggilku mengusap kepalanya. Aku terus meletak jari di depan
hidung. Dadaku sedikit lega merasa deruan nafasnya. Cepat-cepat aku berlari ke
arah telefon rumah. Aku tidak tahu, apa yang aku pijak. Kakiku tersadung.
Badanku rasa melayang sebelum aku merasa kesakitan yang amat sangat pada
seluruh badanku. Ya ALLAH..
“Abang…. Ya
ALLAH… sakitnya. Tolong…” Aku cuba berteriak. Tapi… suaraku tidak mampu aku
besarkan. Aku tidak mampu menahan air mata.
“Ya
ALLAH…selamatkanlah kami ya ALLAH… abang.. bangun bang… Dura sakit bang..”
tangisku. Aku mengensot cuba mendapatkan dia. Kakinya aku tarik. Kesakitan pada
perutku membuatkan aku makin kuat menangis. Ya ALLAH.. sakitnya.
“Abang…”
nafasku rasa sesak. Aku tidak mampu membuka mata.
“Du..Dura..”
suara itu membuatkan aku sedaya upaya membuka mataku.
“Abang.. sakit
bang..” Tangisku. Dalam kelam pandanganku aku melihat dia sedaya upaya untuk
bangun.
“Sabar
sayang.. sabar.. abang bawa Dura ke hospital ye.” Pujuknya bersama usapan di
pipiku. Aku tidak mampu bersuara. Hanya esakan yang terkeluar. Kesakitan itu
membuatkan aku jadi kaku. Tidak mampu untuk bergerak. Apa yang aku rasa.. abang
cuba mengendongku. Ya.. Abang membawa aku keluar dari apartmen itu.
“Dura..” Suara
itu dekat di telingaku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajah emak pertama
kali menyapa pandanganku. Dia mengusap-usap lembut rambutku. Along dan angah
pun ada disitu. Mana abang?
“Mana abang?”
Tanyaku memandang wajah emak.
“Adik rehatlah
dulu. Adik tak sihat lagi ni.” Pujuk emak.
Hatiku rasa
berdebar. Aku terus teringatkan kandunganku. Pantas aku meraba perutku. Hah?
Kempis? Air mataku terus mengalir.
“Mana anak
adik mak? Dia selamatkan? Mana dia. ” Tanyaku dengan suara bergetar. Hatiku
berdoa agar anak aku selamat. Anak aku dan abang. Kalau diikutkan.. memang aku
tengah menunggu hari untuk melahirkan.
“Alhamdulillah…
dia selamat. Cuma masih dalam bilik baby sayang. Dura dapat anak perempuan.
Comel. Muka iras papa dia.” Beritahu emak. Aku meraup tangan ke muka dengan
ucapan Alhamdulillah. Ya ALLAH… syukur.. tapi.. abang macam mana?
“Abang macam
mana?” Tanyaku pantas.
“Adik.. Sauqi
tak ada..”
“Hah? Abang
dah tak ada? Ya ALLAH… aku banyak dosa kat abang. Along.. along tipu kan? Along
jahat. Along memang tak sukakan abang..” tangisku memeluk lengan emak.
“Dura.. apa
Dura merepek ni?” Aku terkejut mendegar suara itu. Angah memberi ruang tok abah
menyorong kerusi roda itu menghampiri aku.
“Abang?” aku
tergamam. Abang tersenyum tawar. Mukanya sedikit pucat.
“Along cakap..
along cakap abang tak ada..” aku rasa tidak percaya.
“Itulah… orang
belum habis cakap dia dah melalak tahap tak ingat. Along nak cakap Sauqi tak
ada kat sini. Dia jenguk anak korang.” Tempelak along.
Aku tersipu
malu. Masing-masing menahan gelak dengan senyum simpul. Wajahku rasa panas.
“Abang sihat
tak?” Tanyaku. Dia masih mengengam tanganku. Ahli keluargaku yang lain keluar
dari wad itu, memberi ruang aku dan abang berbual berdua.
“Abang Sihat
je. Sayang macam mana? Dah okey sikit?” tanyanya. Aku angguk menahan rasa hati.
“Ampunkan Dura
bang.. Dura bersalah kat abang. Dura..” Kata-kataku mati di situ. Bila jari
telunjuknya hinggap di bibirku. Dia menggeleng.
“Dura.. semua
orang buat silap. Abang tak boleh salahkan Dura, sebab Dura salah faham. Abang
pun salah sebab tak berterus terang dengan Dura. Abang biarkan Dura fikir
macam-macam. Masa tu… abang Cuma nak selesaikan masalah ni sendiri. Lepas
selesai, abang ingat memang nak berterus terang dengan Dura. Tapi… tak sangka..
jadi macam dua hari yang lalu.” Balas abang.
“Hah? Dua hari?”
Aku terkejut. Maknanya.. dua hari aku tidak sedarkan diri?
“Ha a sayang.
Abang takut sangat tengok sayang tak sedar. Abang tak boleh kehilangan sayang.
Abang tak boleh..” Ucapnya sebak. Aku turut sama sebak.
“Macam
mana hal ni boleh berlaku bang? Apa yang terjadi sebenarnya?” Tanyaku. Abang
menarik nafas dalam-dalam. Satu persatu dia ceritakan.
Ya
ALLAH… terima kasih kerana masih menyelamatkan kami. Terima kasih di atas
kurniaan ini. Menurut cerita abang… Sebelum aku sampai malam itu, Rizky datang
mendesak abang untuk menceraikan aku. Tapi.. abang berkeras tidak mahu. Risky
naik darah dan menikam abang dengan pisau secara curi-curi.
Ketika
abang mengangkat aku ke hospital pun… nasib baik jiran depan rumah kebetulan
baru sampai dari makan malam kat luar. Dua orang pemuda itu yang membantu
membawa mereka ke hospital.
Menurut
abang juga, Rizky telah Berjaya diberkas dalam sekatan jalan raya semalam.
Rizky cuba melarikan diri ke Thailand. Nasib baik juga dia tak sempat
meloloskan diri.
“Anak
kita macam mana?” Tanyaku. Aku belum berkesempatan memeluk dan memandang wajah
buah hati kami itu. Hatiku rasa tidak sabar.
“Alhamdulillah…
Nadira sihat. Cuma… dia masih dalam incubator. Dia kena kuning sikit.” Beritahu
abang.
“Alhamdullillah…
dia ikut muka siapa?”
“Mestilah
muka papa dia yang hensem ni.” Ucap abang. Aku mencubit pehanya.
“Perasan.”
Balasku tersenyum bahagia. Tidak sabar untuk melihat anak kami itu.
“Tak
percaya sudah. Jangan kecil hati tau tengok muka dia betul-betul iras abang.
anak papa dia kan?” Dia tersenyum bangga. Aku hanya gelak saja melihat
keriangan dia. Alhamdulillah.. tak kisahlah ikut muka siapa. Janji dia sihat.
“Tak
apa… orang cakap anak perempuan memang selalu ikut muka ayah dia. Lepas ni,
kalau kita dapat anak lelaki. Mesti ikut muka Dura.” Balasku.
“Wah…
ini memang best. Nampaknya… tahun depan ada peluang nak tambah satu lagi.” Dia
gelak.
“Jangan
harap bang… Dura kan ceaseran.. mana boleh beranak rapat.” Aku sengaja
mengingatkannya.
“Ala…
nampaknya… lambat lagilah nak tambah lagi satu. Tak apalah… lambat ke cepat..
kalau boleh… Nadira ada enam lagi adik.” Ujarnya. Aku hanya tergeleng dalam
senyuman. Iya sangatlah tu. Macam dia pulak yang beranak.
Alhamdulillah…
setelah apa yang kami lalui, kami masih tetap bersama. Peristiwa yang lalu akan
aku jadikan pengajaran untuk masa hadapan. Aku bersyukur dikurniakan abang
sebagai suami. Dia betul-betul suami yang baik. Hati dia cantik… jiwa dia
lembut. Tapi… abang bukan pondan. Ya… dia lelaki sejati. Hehehe. Aku bahagia
dikurniakan suami macam dia. Dia tidak cepat marah dan sangat pemaaf.
Syukur
tidak terhingga juga, anak kami Nadira selamat dan sihat. Aku sangka aku akan
kehilangannya. Nyata… TUHAN masih mahu memberi peluang si kecil itu menemani
kami suami isteri. Aku berjanji tidak akan mensia-siakan peluang ini. Aku
sentiasa berdoa, agar bahagia ini sentiasa mengiringi keluarga kami. Semoga
terus berkekalan hingga ke Jannah.
Note: Salam.. ni draft p'tama citer ni. byk yg kurg n byk slh eja gak... lc mohon pendapat anda2 tentang citer ni. lps ni, mungkin lc edit lg, tambah pe yg patut & htr kat p2u. lama xkuarkn cerpen. cerpen2 lain lama tgantung. ni sbnrnya cerpen tbaru. lc ambik ms lebih dr smgu utk siap draft ni. time wat citer ni... lc try lari dr perangai 'gila2'.. hope leh di terima...